Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Pengalaman 3 Tahun Blogging

$
0
0
Hi..

Sejak ada blog,saya semakin jadi orang. Takde blog bukan maksudnya saya rasa seperti binatang tapir, badak, bangau dan seangkatan dengannnya.Bukan bukan begitu,apa lagi figura seperi tapir. Jadi orang tu maksudnya, kau keluar bergaul dan buat sesuatu yang berfaedah. Sebelum ni selalunya murung dan lebih suka menyendiri lepak seorang diri di dalam bilik keseorangan. Rasa rimas nak duduk di tengah2 orang ramai. Rimas .Rasa bising. Tapi duduk dalam bilik dengar lagu bising2 tak rasa bising pulak. Tak faham dengan diri sendiri.  Apa kehe. Konflik dalaman atau sekadar bisikan syaiton.

Sejak ada blog, saya semakin berani untuk mencuba. Dulu sebelum ada blog,tahap gaban malu. Sebenarnya  bukan pemalu, tapi takde keyakinan diri. Tahap nak order mcdonald, siap hafal skrip sambil beratur. Orang sebelah mungkin ingat kau tengah jampi serapah apa sebab tengok mulut kat terkumat kamit.Padahal tengah hafal skrip nak order.."saya nak order 2 set medium mcchicken, air tukar milo. Yang lagi satu tukar twister". T_T . Punya takde keyakinan langsung. Padahal order guna bahasa rempit tak menggunakan tatabahasa yang betul pun takde siapa peduli.Sekarang, apa saja situasi...ah bedal dan berani mencuba!Tapi setakat ni belum cuba kentut di khalayak ramai dalam KTM lagi ahh.Ishh issh.

Sejak ada blog, hidup lebih riang. Ramai kawan. Baru saya tahu ada beratus2 ribu blog. Macam2 kehidupan orang .Dari situ lah bagusnya, kita belajar dari each other. Malah rasa disayangi. Kalau ada blog,buatlah kawan dengan mereka.So far saya dah berkenalan dengan ramai cuma ada yang masih belum sempat nak jawab salam.Bukan sombong tapi sedikit busy. Walaupun tak pernah bersua muka, mereka pun tak pernah tengok blackhead kat hidung saya secara dekat...tapi kita berbalas comment,  email dan wassap juga. 

Sejak ada blog,saya ada hobi.Dulu hobi mengumpul setem.Itu je yang ditulis dalam buku biodata .Mengumpul setem padahal setem ada 4 keping je dalam album tu. T_T .Itu maksudnya hobi yang tak ikhlas. Terikut trend je. behee.Sekarang hobi apa ? tulis blog, baca blog. Dan juga tangkap gambar.Pergi mana2 tangkap gambar apa2 yang unik. Bila bosan, tengok balik gambar yg ditangkap. 

Sejak ada blog, banyak belaja benda baru.Semua benda kau jadi minat.Contoh bila client mintak kau review sesuatu benda, automatic kita pun study pasal benda tu.Bertambah ilmu.Sejak ada blog juga saya jadi rajin masuk Kinokuniya.Jadi minat membaca. Kat rumah baca blog orang. So banyak membaca.Hobi baru ,membaca. Tapi memang sangat belajar benda baru.Tetiba jahil ilmu photography, kena jadi artistic untuk hasilkan gambar yang cantik untuk client. Rasa serba salah kalau  buat kerja tak bersungguh.

Sejak ada blog,ada extra duit untuk simpanan dan belanja. Sebenarnya pun tak tahu blog boleh buat duit. Tak sangka boleh dapat that amount dengan hanya menulis. Menulis pulak gaya merempit, bukan macam menulis novel tu.Bersyukur. Dulu nampak orang upload cheque income masing2...semua beribu2. 30 ribu pun ada. T_T hoihh. 

Marilah sama sama buat blog. hehe

Sejak ada blog juga,saya selalu berlagak invisible. Seolah takde orang disekeliling nampak.
Food review

Tak kisah lah nak tetiba bangun dari kerusi n tangkap gambar gaya apa pun.Asalkan gambar haku lawa, client happy. behehe

Terima kasih sebab sudi baca blog kecil ini. Mari buat blog. Kelak anda akan suka juga dunia blog ini.


Toodles T_T

pasni saya kongsi macam mana blogger buat side income.Blogger tapi bukan saya la.Saya tukang cerita je okay. behee



Viewing all articles
Browse latest Browse all 590