Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Meluat

$
0
0
Hi

Tiba tiba rasa meluat bila teringat. Saya ni jenis perangai, susah nak buat musuh dengan orang. cumanya bila saya nampak perkara negative, saya akan slow slow tarik diri. Sama jugak dalam dunia blog ni. Pernah menjauhkan diri dari seorang blogger. Takyah la mention siapa, yang penting saya tak suka nak dekat dengan orang negative and prejudis kat orang. Tapi ada sebab kenapa dijauhkan diri. Mula2 kenal beberapa bulan awal, tak nampak lagi sebab baru dalam dunia blog lagi. Ramai blogger jugak pesan and kata buruk pasal dia. Tapi saya masih diam je sebab setakat beberapa minggu kenal takde nampak perangai lagi.

Tapi bila dah mula chat kat yahoo messenger tu yang sikit2 terbongkar benda negative . Masa mula buat blog, semua blogger saya pandang hebat. Tapi tiap kali saya suarakan kekaguman saya kat seseorang blogger, blogger ni mesti tempias dengan benda negative. Contoh bila saya kagum dengan beautiful nara sebab traffic dia tinggi...blogger tu tempias kata traffic tipu dan dia sebut iframe.bila saya kagum dengan satu blogger ni income blog beribu2..dia tempias kata blogger tu tipu edit cheque and kumpul2 income tu..bukan income sebulan.Dan banyak lagi blogger hebat yang lain saya kagum tapi mesti dia tempias kata macam2. sebenarnya teringat hal ni sebab duk belek yahoo ,terjumpa chat chat lama tu. Mungkin perlu adore dia sorang je kot, baru dia puas hati.

Sikit2 nampak negativity tu.Bila baca blog dia, nampak macam asyik mengata hal orang je. Paling fav is perli orang.Konon2 entry macam takde kena mengena dengan sesiapa padahal baru jap berlaku benda tu sesaat, dia dah up entry. Contoh kalau ada orang luahkan perasaan kat dia...tup tup dia buat entry mengutuk orang tu padahal peluah perasaan tu percaya kat dia sebagai pendengar. Plus, apa yang jadi depan mata dia, itu lah stock entry dia. Sampai tahap nampak makcik pakai kain nampak line spender pun dia siap snap  gambar makcik tu.and jadikan entry. Time tu saya dah rasa macam ...emmmm. Inikah dunia blog. 


Saya paling rasa lain macam sekali bila dia nak masuk hal peribadi saya. Dia pernah nampak gambar isham kat facebook.Ceh ceh lepas tu tanya2 pasal isham kat ym, and time tu la mula la burukkan isham.Padahal dia tak kenal pun isham tu. Dia kata pilot macm tu pilot macam tu. Konon nak nasihat tapi tahap desak suruh putus. Sukati mak pak dia je .Tapi saya diam je tak pernah luahkan kat blog pun. 

Tahap paling meluat ,kebetulan dalam satu perjumpaan blogger untuk satu job. Saya senyum tanda hormat je walaupun dah tak contact and borak.  Saya tak pernah kutuk dia kat belakang walaupun orang lain ramai kutuk. Masa perjumpaan job tu, dia busy2 taip2 kat handphone dia. Biasalah, apa yang depan mata kan stock entry dia yang terhebat kan. Saya dah agak pun, mesti dia tulis something pasal saya and Isham kat blog dia. 

Masa job tu Isham teman.Cehh dia tulis  "kalau nak cari isteri cari la yang dunia akhirat. Jangan cari ikut nafsu." Maksud dia Isham n saya lah tu.Isham kan sedikir berumur, saya muda....dia prejudis la kata hubungan kami ni ala2 pompuan muda nakkan laki berumur sebab duit and laki pun nak pompuan muda sebab masih bergetah. Macam tu la apa yang dia maksudkan dalam entry dia. (bahasa dia lebih memerli) . Saya senyap je tak beritahu isham, sebab saya takut isham tumbuk dia je. Lagipun buat apa nak marah sangat dengan orang low mentaliti macam tu. Isham pun akan gelak je kot kalau sembang dengan dia.topik asyik nak cakap hal orang je. 

Padahal dia tak kenal saya n isham pun. Tak pernah tahu susah senang kami . oh lupa plak ,dia kan tahu semua benda dalam dunia ni. Dia paling betul. Banyak lagi sebab kenapa saya jauhkan diri walaupun baru beberapa bulan kenal. Dunia blog ni akan tak seronok kalau dekat dengan orang negative. Banyak lagi dia kutuk orang and perli dalam blog tu...sian makcik yang pakai kain nampak spender bila kena tiup angin tu. Tak pasal jadi stock hentaman di blog. Sian makcik tu, keluar mungkin pergi kerja cari rezeki halal ,mungkin pergi beli makanan anak ? Tapi sebab tak sedar kain baju kurung tu tekstur licin bila kena tiup angin nampak line spender lalu dijadikan entry  kat blog. Sian makcik tu. :') Mana nak cari makcik tu untuk minta maaf. 

So far dulu entry dia dulu memang banyak cakap hal orang je la. Skang tak tahu, tak baca pun . buka pun tak . Ewww . Bila client tak jadi nak iklan dengan dia pun, dia buat entry nak perli2 client tu. Patut lah ramai yang jauhkan diri. Sian perangai macam budak2. Lega dah jauh dari orang negative and bahagia skang dengan blogger positive macam korang ni. 

:)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 590