Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Harga dan Nilai

$
0
0
Hi


Mama selalu kutuk saya. Ma kata pilihan saya selalunya bukan sahaja huduh malah tak berapa kena dengan harga. Kita selalu argue benda ni tapi saya tak mengaku. eh mestilah nak menang . haha.Contoh, bila beli barang perkakas rumah pun . Jenis tak biasa,harga satu bakul perhiasan RM50 tu murah sangat pada saya padahal harga bakul tu boleh dapat harga RM5 ke RM 10 di Nilai 3. Barangnya sama cuma tempat dibeli berlainan. Sebijik sama. Tapi saya rasa bakul yang saya tengok lebih berkualiti. Kualiti adalah perkataan untuk cover kekurangan diri yang tak reti survey barang dan menilaikan harga.



Sama juga kes masa nak kahwin haritu.,nak bagi gift pada tetamu balang kaca yang diisi cookies. Beriya kata kat mama"ma! adik dah tengok balang kaca tu. Kat IKEA ada murah gila!" Satu balang jatuh RM1.20 ..saya nak order 1000 biji so dia boleh kasi kurang satu balang RM1 . RM1 darab 1000 bersamaan RM1000 .Murahnya ma ! Muka mama masa tu dah macam nak tercirit sebab murah saya tu macam seperti melepaskan batuk di tangga. Padahal balang tu boleh dapat 50 sen je kat Nilai 3. T_T tapi saya rasa balang yang saya tengok lebih berkualiti.  Kualiti adalah perkataan untuk cover kekurangan diri yang tak reti survey barang dan menilaikan harga.


Ma selalu kata baju yang saya beli huduh dan tak berpatutan dengan harga. Fashion baju denim lusuh tompok tompok putih macam kena Clorox itu fashion. Kalau dibeli di kedai shopping mall, selalunya memang cecah ratusan. Tapi bagi ma , tak berbaloi untuk fashion baju kemeja denim lusuh tompok tompok macam kena clorox dengan harga beratus.Ma kata baju camtu ma boleh buatkan.Rendam clorox je jadi dah kemeja stylo.T_T Saya tetap rasa kemeja denim tompok Clorox dari butik shopping mall lebih berkualiti.Kualiti adalah perkataan untuk cover kekurangan diri yang tak reti survey barang dan menilaikan harga.




Walaupun begitu kata ma, saya tetap rasa barang yang saya beli mahal lebih sebab kualiti lebih bagus. Kualiti adalah perkataan untuk cover kekurangan diri yang tak reti survey barang dan menilaikan harga. 




Dulu selalu depan mata berkelahi pasal harga dan nilai.Kini saya sudah tinggal asing selepas kahwin. Kurang sikit tengok muka mama macam nak tercirit bila saya excited nak cerita pasal barang2 murah. Reaksi ciritan mu dirindui ma. ahaa. Haritu masa pantang selepas bersalin ,lama sangat tinggalkan rumah. Sah sah rumah pun dah sedikit bersawang.Rumput luar rumah pun panjang semak samun umpama bulu hidung panjang dari hidung. Nampak sungguh tidak rapi. Kebetulan ada india lalu depan rumah and tanya "akak mau potong rumput kaaa??" Saya angguk .

Bila abang bangla selesai merapikan  bulu hidung rumput, lalu dia panggil 

"akak! sudah habis potong"
Me: berapa??
Abang bangla : macam biasa RM50
Me: nah.

Bila singgah rumah mama,tanya ma...
Me: Papa selalu upah pemotong rumput berapa ma ?
Ma: RM50.Kenapa??Rumah hang haritu potong rumput orang tu cas berapa ??

T_T

Tak berani nak sebut.Takut ma buat muka  nak tercirit lagi.

Ini luas rumput kawasan rumah saya
cinonet je rumput yang perlu dipotong. itu pun rumput jahat semua Indonesian helper tolong cabut kan. Bangla tu potong guna mesin je.

Ini pula luas kawasan rumput rumah mama
rumput dari depan ke belakang.lebih banyak luas dari rumput rumah saya



Harga potong untuk kedua dua kawasan ini sama harga RM50.

T_T

Kesimpulannya?.....
a) Potongan rumput saya lebih berkualiti
b) Memang kebolehan saya menilai dan survey harga is cirit.

Pilih jawapan yang paling tepat . (5 markah)

?

T_T




Viewing all articles
Browse latest Browse all 590