Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Dear Anakku Baby Adam,

$
0
0
Hi... T_T

Namee Roslan,
Rumah Berdekatan Mydin Terbesar di Malaysia,
Seremban ,
Malaysia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ariel Adam bin Isham
Ruang rahim sempit,
Bersambungan uri , 
8987677 berdekatan kantung air ketuban,
Dalam Perut Ibumu.

Surat Rayuan Untuk Kosongkan Rumah Sewa Secepat Mungkin

Saudara baby Adam,

Assalamualaikum,

Kehadapan anakkku Adam. Sudah 39 minggu Adam menginap di rumah sempit itu, sewa tak pernah nak bayar. Takpe, anak beranak tak boleh berkira sangat. Mummy tak kisah pun. Tapi dah 39 minggu pun, rasanya macam makin sempit rumah kamu tu kan..tunggu apa lagi...marilah keluar ke ruang yang lebih luas dan best ini. Mydin Seremban 2 pun baru bukak nih. Dengar cite Mydin Seremban 2, Mydin terbesar di Malaysia. Awak tentu bangga dilahirkan di Seremban, ye dak Adam ? meheheh. Papa awak beriya ajak mummy gi Mydin, tempat fav papa awak Mydin la. Katanya ikan kat sana fresh2, nak buat asam pedas. Mummy takde mood sekarang ni.

1)    Sekarang, kamu dah cecah 3.3 kilo pun Adam, sebab tu mummy tanya....awak taknak keluar ke. Sebenarnya mummy baru balik dari pregnancy check up, Dr.Intan kata macam takde tanda2 nak keluar lagi. Mungkin rumah sewa kamu terlalu selesa..interior design gempak agaknya. Tiap kali check up, mummy bukan main excited teruja sangat nak jumpa Adam tapi Adam selalu tutup muka dengan penumbuk.  Pergi scan 4D seolah macam menonton wayang kulit tapi tiket sedikit mahal.  tapi kamu tutup muka, kenapa begitu wahai anakku.T_T sobs.

2)    Sekarang mummy sedikit sakit pinggang . T_T.Bentuk badan pun boleh tahan, semakin iras Humpty Dumpty . Kadang2 papa awak panggil mummy itik juga.Perut mummy makin lama makin besar kedepan. Meyukarkan kerja mummy untuk mencuci pinggan di dapur...perlu dua langkah kebelakang dan tangan kejung kehadapan.Akan sedikit lega kalau tangan mummy panjang, tapi mummy tak suka mencuri sebab tu mummy tak memiliki tangan yang panjang. T_T..

3)    Seluar takyah cakap ,makin tak muat. Kan best kalau macam incredible hulk....tetiba gemuk pun seluar tetap muat dan tak koyak mana pun. Macam tak logik dek akal hulk tu. Color hijau pulak tu. tapi orang anggap dia superhero.Mungkin material seluar dia diperbuat dari kain lycra kot. Stretchable. . Mummy lebih yakin dengan iron man. Nah ni mummy kenalkan iron man untuk Adam.




4)     Sudah 39 minggu pun Adam, cepatnya masa berlalu. Dr.Intan kata Adam patut lahir pada 25 December...christmas tu Adam.Tiap  kali birthday Adam semua orang dapat cuti.tapi kalau Adam taknak keluar jugak...Dr.Intan kasi can sampai 29 haribulan je Adam..then tanpa notis Dr.Intan terpaksa masukkan ubat dalam mummy untuk paksa halau Adam keluar dari rumah sewa sempit Adam tuhh. 29 tu anniversary kahwin mummy and papa tu Adam....saja2 taknak keluar , nak wait lagi sebab nak jadi hadiah anniversary mummy and papa ke Adam ? T_T tapi mummy cadang nak minta handbag baru sebagai hadiah anniversary, papa pula minta mummy iPad air sebagai hadiah anniversary. Apa2 pun Adam hadiah paling bernilai yang kami bakal dapat. (Saja buat ayat manis kasi Adam terharu sikit and nak keluar dr perut. mehehhe)

5)    Harap selepas saudara baby Adam membaca surat rayuan mummy ni, Adam setuju untuk kosongkan rumah sewa secepat mungkin. Ok lah Adam, dah nak maghrib ni. Papa dah panggil ajak solat sekali .Sampai disini saja madah surat rasmi ibumu. 

Yang Benar,
Ibu mu humpty dumpty

P/s : kawan2...doakan kita bersalin eh. hehe 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 590