Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Husband & Wife : Benda Kecik Tapi Boleh Gaduh

$
0
0
Hi :D


Sebelum kahwin jaga selepas kahwin pun saya jaga. Jaga apa hoihh , tetiba je jaga jaga .hahaa.Jaga pergaulan dengan jantina berlawanan . Saya perempuan, jantina opposite is lelaki la.Gittuuuu. Benda ni nampak macam kecik, tapi actually boleh bagi impact besar kat keharmonian relationship, rumahtangga. Elok2 bahagia tetiba boleh gaduh la benda kecik camni.For me benda ni kecik and simple je tapi kalau terlajak...boleh tetiba jadi besar. 

Skang pulak macam2 ada, wassap la wechat la.medium yang mudah nak ajak bersembang. Benda paling saya nervous kalau tengah bincang2 apa2 kang kawan laki tu tetiba buat ayat yang boleh timbul salah faham. contoh haritu...terima wassap dari kawan foreigner la.

Kawan laki : Later please give me the notes ok

Saya : Ok, will email to u later.

Kawan laki : Oh thanks, So wonderful of you. How to spell your name ?

Me : Nameera

Kawan laki : beautiful. Like its owner. MasyaAllah.

Pastu saya tak reply.Sebab nak cut it short. Bukan sebab perasan sebab ada perkataan wonderful beautiful tu.Orang asing, i mean foreigner la memang ramah lain kot. Even kalau negro ke apa tetiba kita lalu "How are you sweety girl?" .Tak pasal tegur panggil sweet girl pulak. Masyarakat kita kan jenis bukan tegur2 gitu.Tapi rasanya diorang ni jenis yang macam ramah je dengan semua orang tapi tak bermaksud syok nak ngurat pun. Budaya diorang camtu rasanya. 

Berbalik pada text dari kawan tu. Saya takut benda2 camtu buat Isham cemburu salah faham. Saya n husband plak memang jenis transparent. Handphone masing2 boleh belek2.Kiranya takde sorok2 atau istilah privacy . Even password email, facebook, instagram saya semua dia tahu password sebab saya nak transparent and dia pun sama. Saya jauh lagi muda so faham la perasaan insecure dia tu. bukan risau saya curang tapi macam kalau orang saiko ke tetiba nak kacau lebih2.  

Kita masing2 tahu password tapi jenis tak check on each other pun sebab ada trust tu .Bila masing2 transparent, automatic la harmony. Dalam semua benda la kita transparent.....kalau ada masalah ke apa...dia cerita kat saya tapi decision dia decide. Saya boleh dengar n bagi pendapat sikit je. Yang dah kahwin tu, memag tak relevan langsung untuk chatting benda2 kosong dengan perempuan dalam inbox fb ke, wassap ke wechat ke...bagi saya takde istilah "kawan je pun. apa yang nak jealousnya" . Laki pompuan yang kahwin / steady relationship nak borak2 manja2 kosong2 dengan orang lain...buat apa? Lama2 makin mesra pastu jadi "teman tapi mesra"

dalam bab2 interact dalam msg wassap ke wechat ke dengan opposite jantina...sila la avoid..

Nada manja..."alololololo".."alalallalalal" ...sort of macam tu la term manja. Avoid dari guna dengan laki.

atau nada manja "pleaseeeeeeeeee" .....kalau nak taip please pun saya taip camni "pls" . 

atau "tamau la camtu" ...tamau tamau..guna "taknak" sudah la.

Hormat partner sendiri sebab boleh buat salah faham nanti.Yang text foreigner tu, text kosong je tapi mungkin cara dia beautiful wonderful tu boleh buat salah faham.Tapi saya biar je text tu.Pastu esok tu hubby tanya.....siapa ni girl ? Saya jawab je kawan kelas,  tapi dia tengok saya pun reply pendek2 dalam conversation tu...dia pun ok la. cuba la kalau saya reply .....

"me ? wonderful ? beautiful?? ohmaii...thank uuuuuuu". Memang cari nahas lah gitu. hahahaaa.

Benda ni bukan dengan foreigner je, dengan laki biasa orang jawa ka apa ka pun. Mana boleh  ,nak nak yang dah ada partner nak main tepuk2 tampar..share2 air minum .Nampak macam kecik tapi sebenarnya boleh jadi besar. T_T . Lelaki pun sama hokayy. pelik tengok laki orang n bini orang siap boleh gurau2 lucah.T_T gila ke. Lepas tu orang luar yang memerhati....nanti bawak mulut and cerita.Dah jadi membara2 pulak api nya. tambah minyak tanah, lagi besar la api nya . haaaaaa


Toodles 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590