Hello peeps...
Walaupun ayah aku selalu gelakkan aku sebab tak masuk dapur and confused between garlic and ginger ( sebab tak kenal rupa halia) , but at least aku masuk la juga dapur untuk buat cheesecake. Malam semalam dah mimpi-mimpi teringin nak makan cheesecake. Hari ni takde kerja sangat ,so bangun tidur je, terus niat nak pergi Tesco beli barang semua. hihihihi. so ni nak share recipe lah dengan korang semua. Simple cheesecake yang best. Recipe ni aku belajar dari aunt dulu. Dia belajar masa dia stay kat US dulu.So ini cheesecake mat saleh punya style lah. hehe
Baru balik Tesco lah ni. Jom mula ! Boleh buat untuk raya nanti !
So, bahan-bahan yang aku guna simple je and boleh dapat kat kedai lah.
1) Buttercup (mentega)
2) Biskut digestive ( boleh ganti dengan biskut Marie / Hup Seng empat segi )
3) 2 Philadelphia cheese
4) Susu pekat manis (any brand)
5) Sebiji telur
6) Strawberry ( sebenarnya tiada kena mengena pun, sekadar untuk hiasan)
Cheesecake yang saya selalu buat ni ada dua layer.
Okay, let's start ! Kita mula dengan based of the cake dulu okay which is the first layer. Bahan-bahan yang diperlukan untuk first layer adalah Biskut digestive and butter.
Masukkan biskut tu dalam any bekas untuk lenyek-lenyek sampai dia hancur. Kalau nak blend pun okay cuma takut terlalu hancur sampai jadi pasir halus tu tak best jugak nanti. So kalau rajin, lenyek2 pakai sudu sampai biskut tu hancur jadi macam pasir kasar. Hasil dia akan jadi macam ni....
Biskut sudah hancur
Lepas tu masukkan semua biskut hancur tu dalam loyang dan gaulkan semua biskut tu dengan mentega. Quantity mentega ikut suka asalkan semua biskut tu kena mentega. Tadi aku guna dalam setengah mentega Buttercup tu je.
Biskut digestive yang sudah hancur + mentega
Gaulkan biskut hancur dan mentega macam dalam gambar (1) dan setelah itu ratakan semua biskut yang dah sebati dengan butter tadi macam dalam gambar (2)
Okay, first layer dah siap! Kita buat layer kedua pulak iaitu top cheese nya.
Second layer pun simple. Sekejap je boleh siap. Second layer hanya guna 2 cheese Philadelphia, susu pekat manis , dan satu telur.
Bila cheese , telur and susu pekat manis dah sebati dan gebu ,masukkan semua cheese tu atas layer biskut yang kita dah buat tadi tu..
Okay dah siap. Ready untuk dibakar ! Suhu dalam 180 degrees dan bakar selama 30 ke 45. kalau cucuk dengan fork and masih lembik2 tu means kena sambung bakar lagi. Keep on checking lah. Kalau cucuk dah macam pejal tu, dah masak lah tu. Tunggu sejuk sikit then masuk dalam peti ais. :)
Dah siap pun! Inilah cake nya ! Tapi lepas bakar tu letak dalam peti ais ok. Lepas dah sejuk sikit, baru potong dan makan. Hasil dia macam kat bawah ni.
Sekejap je nak buat cheesecake ni. Sedap cheesecake ni. Tak percaya try buat ! hehe. Selamat mencuba. :)
Have a nice day.....