Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Kenapa Bilik Perempuan Bersepah ?

$
0
0
Hello peeps..

Fuhhh, penat. Baru lepas kemas bilik dek kerana bebelan mama." anak dara pemalas, bilik bersepah-sepah mama tak pernah ajar pun anak mama pemalas macam ni. dari kecik mama ajar displin semua tapi bila besar semua jadi pemalas. kain baju duk berlonggok-longgok atas katil tu dah pakai ke belum tu. rimaslah mama ada anak dara pemalas sangat ni. tak boleh harap semua. dulu kecik-kecik boleh la pukul kalau buat sepah ni dah besar tak larat dah nak pukul. anak dara apa lah ni malu mama nak mengaku ada anak dara ey mama rimas la ada anak dara malas......to be continued......

Kalau mak membebel memang panjang gila kan. Tak pasti titik noktah kat mana, ayat sabung menyabung menusuk jantung terus dan ayat ulang-ulang.. HAH. masa mak membebel, rasa nak cakap.."rilex ma rilex. nanti kita pergi makan ice cream McD chocotop RM1.50" .

Inilah bilik belang-belang pink saya dan adik saya....
Ini time kemas. Adik saya yang rajin kemas. 

Tapi bila saya masuk, jadi macam ni...
yang berlonggok atas katil tu semua baju semata. 

Selalu nya aku tak tahu kenapa bilik aku sepah. Tahu-tahu je alarm dah bunyi (pot pet pot pet dari mak ). Rasa macam tak buat sepah pun. Bila sendiri kemas bilik, barulah tahu.

Sebenarnya kalau perempuan lah especially, suka longgok barang-barang lebihan yang dah tak muat dalam almari dan takde tempat untuk diletak. Beli barang baru, longgok barang. Barang terlalu banyak dan shopping beli sana sini lepas tu longgok. Contoh, beli baju lepas tu tak pakai. Sampai kadang-kadang tu aku tak tahu pun kewujudan baju tu. Beli dan tak pakai. shopaholic. 

Kenapa bilik perempuan tiba-tiba sepah ?

1)Baju banyak sangat sebab kuat shopping sampai tak tahu nak letak mana, almari dah penuh. Suka shopping baju dan semua benda  mengikut nafsu walaupun tak diperlukan. Bila pergi shopping, rasa nak beli semua barang dengan alasan 

"sale lah" 

"ala, kalau aku tak beli baju tu nanti orang lain beli !!! baik aku beli sekarang ! " 

"Ala beli jela, mana tahu masa hadapan nak pakai!"

2)Terlalu banyak alat / makeup kecantikanPerempuan memang la.Pantang ada yang tak kena kat kulit muka ke kulit badan ke mesti gelabah sibuk cari product yang boleh elokkan semua. Tengok model dalam iklan, lawa betul kulit..mesti lotion tu berkesan. Satu hari pakai dah berkesan terus. haha. Tengok iklan tv pasal product...

"eh bagus ni. nak try lah"

lepas tu product tu tak elok, beli pula yang lain. Try try try try lagi product lain.Semuanya..

"eh bagus ni. nak try lah"

Tadi kemas bilik and jumpa banyaknya lah prodcut lama-lama siap dah expired lagi.. So buang dan ambil yang basic je. Sayang nak buang yang lain, tapi dah takde tempat nak letak or else bilik sepah dan kena dengar alarm tiap hari.

Basic needs.
tinggal products yang betul-betul nak pakai je. yang lain buang !! ( alat makeup, accesories, dan body lotion je )

Benda yang sekelip mata boleh buat "cantik" shining shining semua nak beli semua nak try. 
Before ni, simpan Innershine dalam kotak dan tolak bawah katil, sekarang letak kat meja susun  cantik-cantik uols. Buat apa "inner" shining tapi bawah katil tak shining. Sian bawah katil. heh

Tula, bilik perempuan ni bersepah bukan sebab pemalas tau. Tapi sebab bilik tak cukup besar je sebenarnya. heh :B

Em, baju pulak , saya dah pack up yang mana saya jarang pakai dan masukkan dalam lugagge. Masukkan dalam plastic bag and simpan dalam luggage.

Dan yang mana dah taknak pakai, fikir macam nak jual je. Ada ke yang nak beli ? Saya nak jual murah je untuk kurangkan barang. Tolong beli semua seluar saya please!! 
Saya banyak sangat seluar.

Dari atas:
Zara
Levi's
Levi's
Wrangler

Semua original dan saya beli harga RM200 keatas tapi saya nak jual bawah dari half price. Sesiapa nak beli, tolong lah beritahu saya. Kita kira-kira. Kalau lelaki nak pakai dan feeling-feeling nyah pun boleh beli ni. 

Saya dah kemas bilik saya, anda bagaimana? Macam mana nak buang tabiat shopaholic ? Kalau tak alarm akan terus berbunyi...sigh. Em, okay lah semua, saya nak lipat kain. Banyak sangat ni.Esok baru habis kot . sighhh. 

Happy reading and have a nice day..:)





Viewing all articles
Browse latest Browse all 590