Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Papa!! Surprise !!!!!

$
0
0
Hi

Sedikit tentang ayah saya. Dalam 7 orang adik beradik, saya yang paling tak rapat dengan papa masa kecik. Kita memang tak sebulu. bukan bulu bulu roma tu ye. Haha my dad takde bulu roma pun tangan , kaki pun macam boleh kira kot. ekekke. Entah, dari kecik saya rasa my dad pelik plus maybe muka kita agak iras masa saya kecik dulu. Orang kata kalau anak beranak muka iras ni, tak sebulu.

Tapi bila dah meningkat dewasa, macam makin rapat pulak. Nak2 masa dunia universiti. Masa tu nampak the true colors of my dad. Masa dulu hanya anggap dia seorang lelaki yg bernama ayah je. Macam takde perasaan sangat. Ayah keluar pergi kerja, balik kerja balik kerja. Tak faham pengorbanan dia. Especially zaman saya mula bermain cinta dengan Isham. Masa tu, dia lah yang paling risau kalau saya putus cinta, kalau Isham tetiba tinggal saya. Katanya sakit cinta ni tak keruan sampai tak boleh study. Aikk.Macam ada pengalaman je. ekekke

Bila dah besar, baru reti erti penyesalan. Cecececceh. Erti pengorbanan seorang ayah.

He's the type of father yang bila anak call "pa duit dah habis? "..dia terus tanya berapa ? nanti papa masukkan"

He's the type of father yang bila anak sakit,haritu jugak dia datang jenguk. Lewat malam pun datang . sobs T_T . Kalau dia penat pun takpe sampai rumah kul 1 pagi pun takpe asal dapat jenguk anak.

He's the type of father yang bila anak minta tolong...terus tanya "bila?"

He's the type of father yang bila anak ada masalah, dia boleh dengar tapi dia punya ceramah tu panjang dan pedas ah. hahaa

He's the type of father yang bila anak panggil paaaaaaaaa (panggil pa panjang tu sebab ada lah nak minta tolong. ekekkeke) ...dia terus tanya "haa apa diaaa?"

He's the type of father yang dia takde duit belanja beli apa2 kat diri dia pun takpe. Asal anak dapat belanja untuk belajar. (Serba salah pulak duit lebih pa bagi dulu pergi shopping beli baju T_T )

He's the stype of father yang fikir jauh dan panjang. Even dia dah umur 54 tahun pun dia masih atur strategy macam mana if dia meninggal awal. Duit nak tinggal untuk mama and my adik2 punya belanja at least sampai untuk habis university. 

Banyak pengorbanan dia. Kadang2 bila nampak dia terlelap kat sofa rasa sedih. 

Sangat obvious dia penat kerja.



Wow rambut HITAM berkilau. Curlasss! 

tapi sebab penat bekerja...
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
Terus jadi camni

Eh sorry sorry. Salah upload. Ingat ayah kita tadi.Nampak sama.ekekke

Ni haa..


Terus rambut tukar kelabu.


:'(


Bila kitorang bertiga adik beradik teratas dah lepas university dan kahwin, automatic memang rasa macam sedih sebab bebankan. Rasa terima kasih. Sejak lepas grad, saya memang takde minta duit dah. Fikir nak cari duit sendiri je. Masa tu dah sedar diri taknak susahkan mak ayah.

Walaupun antara kita bertiga, saya tak capai yang macam ayah saya target. Architect. Eww, tak kuasa haku nak belajar architecture sampai part 3.Kakak saya yang doctor sorang tu jela yang capai target dia.Jadi doctor,ekekke. Sorry pa. Banyak sangat pengorbanan dia sebagai ayah.So we all plan untuk buat surprise untuk dia . Untuk buat dia happy.

So surprise !! 





Jenuh tau tak nak atur plan ni. Nak kena tipu2 sikit aaa. My sister kata perlu pertolongan papa nak gi kedai ikan untuk beli makanan ikan. bahaa. Beriya papa call orang kedai ikan tu tanya tutup kedai pukul berapa sebab haritu hari Ahad. bahaa . Padahal lambat sebab my sis pergi ambil kereta kat honda. bahaa. Ni dia tengah kelam kabut lah ni nak bawaj my sister pergi kedai ikan nak beli makanan ikan. ekkekeke

Masa ni dah blur. Dia siap jerit kat saya tanya "hey mana kereta papa ??" Sebab saya lah tukang alih kereta dia nya. haha. Buat2 pinjam kereta nak pergi kedai beli susu Adam dah habis. ekekkee.Kereta i habis minyak konon2. so terpaksa pinjam kereta dia padahal agenda nya nak alih kereta dia and letak kereta baru tu kat tempat dia selalu parking tuhh. bahaha


SURPRISEEE. nampak la dia terkedu.tak tahu nak react macam mana. 


memang saja pilih warna grey. biar padan dengan rambut Roseland.ekeke


Serious lama dah plan nak hadiahkan kereta tapi nak tahu kereta apa yang dia paling suka. Duit muka kereta macam mana nak bahagi. Bulanan macam mana, siapa bayar banyak ni banyak tu. So setelah finalized. Pheww selesai pun. Lega sebab dapat buat ayah happy. Mama pun banyak kali buat2 tanya pa kenan kereta apa. ekeke. Mama pun dalang jugak, Tapi ketua dalangnya of course my sister jugak sebab dia la surprise ni berjaya. Lepas ni plan untuk mama pulak. Dengar cite dia nak handbag. ekekke

Dulu dia belikan honda accord untuk mak dia and banyak berbakti kat kedua mak bapak dia. Sekarang kami anak2 dia pulak punya turn. What goes around comes around. haa gitu ke.

Kalau nak fikir mampu tak mampu, mesti syaitan bisik tak mampu kan. Kalau nak berbakti kat mak bapak tu, seribu alasan. tapi kalau saya sendiri, akan rasa tak tenang untuk hidup mewah2 .Selagi mampu berbakti , akan buat jela apa yang mampu. T_T .Bila kerja, mesti ingat pengorbanan dia..then terus lagi semangat nak kerja. 

Toodles. Thanks pa. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ORIDERM : Produk Kecantikan Yang Diekstrak Dari Tumbuhan Marin.


Saya pernah mention before, product Oriderm ni diestrak dari tumbuhan marin . So memang dari bahan semulajadi.Sebenarnya saya lebih yakin dengan bahan semulajadi dari produk yang banyak sangat bahan kimia. Sebab kulit tak pedih bila apply then kesan lebih cepat and kekal lama. contoh macam produk Oriderm ni.

sebelum diorang jual, diorang dah cuba eksperimen kat kulit orang lain dan terbukti berkesan. Diorang dah siap buat eksperimen kat duta diorang ni iaitu Liza Khairudin.  sebelum ni kulit Liza banyak jerawat dan kesan parut tapi sebab seharian bekerja yang memerlukan makeup untuk cover kesan2 parut tu. Sejak guna produk Oriderm ni, kesan parut pun terus hilang. so tak perlu risau dah nak apply terlalu banyak makeup untuk cover.

Ini real testimoni dari Liza Khairudin duta dia sendiri. Yang penting, pH kulit balance, dan kulit rasa lebih lembut. Ni kesan dari ekstrak tumbuhan marin dalam produk Oriderm tu sendiri.

Ada dua set, iaitu set remaja dan set anti peneuaan. :

-Pertamanya, SET REMAJA yang lengkap dengan pencuci wajah, krim mengimbangi kadar PH kulit wajah dan krim pelembab adalah penyelesaian kepada semua anak muda yang impikan wajah kekal berseri dan licin selain tekstur dan tona warna kulit wajah jauh lebih cerah sekata.


-Produk keduanya, SET ANTI PENUAAN (Anti Ageing) pula adalah formula yang berbeza dari kebanyakan produk anti penuaan lain. Tidak sekadar memberi kesimbangan PH pada kulit wajah dan mengurangkan kotoran juga kesan cela pada wajah, set anti penuaan ini bertujuan mengaktifkan sel kulit yang berfungsi mengurangkan kesan parut.

Boleh dapatkan dua set ni dengan harga promosi . Sangat berpatutan !!

Kalau nak tengok testimoni yang berkesan dan perbezaan ketara pengguna Oridern ni boleh tengok kat instagram diorang. ni antara kesan ketara pengguna produk Oriderm.




  Berbaloi cuba ! Serious ! Boleh hubungi mereka di talian  0164224439 untuk keterangan lanjut dan menempah set anda hari ini. Anda juga boleh melihat sendiri KEBERKESAN kami di laman instagram Oriderm_Malaysia.



No talian : 0164224439





Viewing all articles
Browse latest Browse all 590