Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Oriderm

$
0
0
Hi

Tension gila haritu muka naik jerawat banyak sangat banyak nya lah heyy. Sebab makeup photoshoot guna berus campur2. Dasyat jugak lah tumbuh. Macam menggerutu satu muka. Masatu memang stop semua pencuci muka.Krim semua tak pakai sebab nak neutral kan balik kulit. Gatal sangat, garu sikit2 nanti mula lah berparut. So haritu after 2 minggu cuci muka hanya guna air....cuba guna balik skincare yang biasa pakai tapi dah tak serasi ! :( Rasanya sebab kulit punya pH dah tak stabil. Sebab tu lah kot. 

Pastu skang nak cuba produk Oriderm ni pulak . Fikir nak stabilkan pH kulit je sebab haritu memang tahap macam berkurap je. Sedih. Sebab skang dah x boleh guna produk yang macam banyak sangat kimia kimia. Nak kena guna produk yang dari bahan semulajadi plak. Kalau tak, akan pedih. 
Oriderm. diestrak dari tumbuhan marine. 

Banyak testimoni Oriderm ni yang positive. Ada dua produk, satu untuk Set Remaja dan lagi satu Set Peneuaan ! Set remaja ni bantu untuk imbangi pH kulit wajah then automatic skin akan nampak lebih smoot dan dah takde merah2 lagi.Saya nak cuba set remaja ni lah. Sebab skang pH skin kan dah banyak lari. :( so alang2 nak cuba, kongsi sekali kat sini ok.

Second is produk untuk peneuaan, sama gak tolong balance kan pH kulit wajah,buang kotoran dan yang paling penting dalam set peneuaan ni bantu mengaktifkan sel  kulit untuk pudarkan parut.Dalam tiap set ni , yang ni kita akan dapat.

Set Remaja / Teenager Set
-------------------------------
1. Clear Mild Wash
• Mencuci atau membersihkan wajah sambil membantu melembapkan lagi kulit wajah.
• Mencerah dan memberi tona kulit yang lebih sekata.
2. Clear Balancer
• Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama menyeimbangi kadar PH kulit wajah untuk mengurangkan keadaan kulit yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
• Mengurangkan kesan cela pada wajah
3. Clear Repair Essence
• Gel yang dapat melembapkan kulit wajah
• Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit wajah.
Langkah pemakaian
Cuci muka terlebih dahulu menggunakan Clear mild wash. Bilas keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikkan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka; dahi, pipi kanan, pipi kiri,hidung dan dagu sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Terakhirnya, sapu Clear Repair Essense juga dengan cara yang sama. Selesai.
Set Anti Penuaan / Anti-Ageing
-----------------------------------
1. Absolute Cleansing Gel
• Gel pencuci yang memberi kesimbangan PH pada kulit wajah
• Mengurangkan kotoran dan kesan cela pada wajah
• Kulit akan lebih mudah menyerap kebaikan setiap kali selepas cucian
2. Absolute Hydro Fluid
• Mengaktifkan sel kulit
• Berfungsi mengurangkan kesan parut
• Anti-oksida
• Anti penuaan dan memberi kesan lembap pada wajah
3. Absolute Hydro Serum
• Membantu membaiki tekstur kulit
• Melembut, ,melembap dan menyuburkan kulit
• Memastikan kulit wajah sihat dan cerah
4. Absolute Hydro Cream
• Melembap dan menyuburkan kulit
• Istimewa kerana formulasinya diekstrak dari tumbuhan marin
• Menjadikan kulit lebih lembut dan cerah
Langkah pemakaian
Cuci wajah dengan menggunakan absolute cleansing gel terlebih dahulu. Bilas dengan tuala/kain yang bersih. Titiskan Absolute Hydro Fluid ke 5 bahagian pada wajah; dahi, pipi kiri, pipi kanan, hidung dan dagu sebelum meratakannya secara menaik pada wajah. Sapu Absolute Serum diikuti dengan Absolute Hydro Cream dengan cara yang sama.
Kalau nak cuba jugak boleh usha http://instagram.com/oriderm_malaysia




Viewing all articles
Browse latest Browse all 590