Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Pengalaman Berlakon.

Hi

Berlakon. Kadang2 ada campaign iklan yang clients nak iklan yang ber-video. So blogger yang terpilih untuk buat campaign iklan tu terpaksa juga la berlakon walaupun tak reti berlakon. Macam campaign burger McDonald yang saya dapat haritu,,,terkejut tetiba kena buat video . Dah la blogger ni jenis menyorok di belakang screen je type type type. hewhew.  Sekarang kebanyakan clients nak iklan yang video. So korang blogger.....get ready je. hewww

Macam terkejut beruk juga la tetiba kena buat video WALAUPUN hanya scene pendek melibatkan saya.T_T behee. Tapi kalau client dah pilih kita...kita pulak dah accept the campaign memang tak boleh nak undur diri. Terlajak perahu boleh diundur terlajak setuju dengan client....nangis please. 

So haritu saya terpilih dengan satu campaign. Katanya ada photoshoot sikit lah.So saya okay la..thought macam photoshoot biasa2 gambar ke apake. Sekali engkau, kena berlakon. Tu la pertama kalinya saya berlakon. hahaa. Memang cuak gila bila tengok storyboard and saya dapat watak...emmmmmm watak emmmmm.....watak like macam like.....watak macam like...


BIMBO GIRL

Hoii tahu tak watak bimbo tu macam mana. Watak gadis yang gedik tahap gila gedik. Suka cakap pasal boys . Ey dia hadsome nya..nakk!! Handsome nya yang tuu!! Nak !! OMG OMG...hes so cute !!! Ala cute nya laki tu. FYI I nak kahwin dengan dia ! Omaigod ! Dah la takpernah pun terkinja tengok lelaki handsome.Takde perasaan. Bahaa. Tak tahu pun handsome tu macam mana. Asal hati baik suara lembut handsome la kot. sobs

Agak sukar gadis keras and takde perasaan ni untuk berlakon watak macam tu.Kalau bagi berlakon watak sedih pun susah la kalau dah nama tak reti. bahaa. T_T

Shoot on hari Jumaat haritu. Sangat susah jadi pelakon ni. Kagum juga la dengan pelakon dalam tv tu..boleh buat muka nangis, tetiba ceria balik tetiba boleh naik angin mengamuk tetiba babak cinta pulak tetiba yang dah berkahwin pun boleh buat muka feeling cinta kat pelakon laki lain.Like seriouly for me...susah gila. 

Padahal alahai berlakon scene pendek je bukan drama atau filem pun.

Tahu tak saya buat apa untuk dapat feel gedik ? T_T 
saya tengok filem gol and gincu. bahaaa semangat cari filem ni online. sebab nk tengok mcm mana nk watak girlish.



Script yang kena hafal ? . emm ni dari kat rumah dah standby awal2. Sambil duk jaga anak duk belek2 script.Nasib baik script pendek cuma nak melenggokkan script supaya bunyi gedik tu yang kena praktis.Diorang kata no need to praktis sebab simple jeeeee. Tapi sebab saya tahu saya tak reti berlakon....awal2 kat rumah dah praktis depan cermin.OMG. macam orang gila praktis depan cermin lepas tu bile tak menjadi riak gedik tu....alaaahh!! merungut sorang2 depan cermin.

Crew ramai . Of course kita malu. Dapat pulak wanita bimbo so agak malu untuk lakonkan depan crew2 lelaki semua. Tapi demi nak cepat2 habis, saya cuba imagine diorang semua takde.Saya bayangkan saya sorang je kat situ so that saya tak malu untuk buat riak muka perempuan gedik.

Saya tak tengok sangat muka semua crew lain sebab taknak ingat muka diorang time tengah berlakon. bahaa.So pretend macam tengah sorang2 je. Eye contact memang elak pelakon lain. T_T


Ni dengan talents dan juga models yang lain.Diorang sangat membantu untuk saya bawa watak gedik. Pandai gila berlakon masing2. Omaigod hes so cuteeee hes so cute !! T_T saya tak pernah sebut hes so cute sepanjang hidup. T_T 

senyum la padahal takut .Haku sorang je perempuan kat sini. nasib baik kat sebelah ni Phat Fabes yang DJ Fly.fm yang selalu the pagi show tu rasanya. Dia pulak memang kaki lawak...so kurang sikit malu.

buat2 asah kuku .tengah ambil feel sebelum ACTION !

Semua talents ni power gila berlakon. BeautifulNara pun terror.

see tepuk tangan pun gedik. 

dalam apa jua situasi...tetap kena asah kuku. Watak memang suka asah gilap kuku tak sudah2. Ada ke orang macam ni ?? T_T Weird.

Talents. Nama dia Hanson kot.Rasanya model juga. 

Nara punya watak pulak jenis kuat marah naik angin. hahaa. Ketap2 bibir nak naik angin lah tu. bahaa. Memang time scene ni semua orang tahan gelak sebab tak boleh bising bila tengah shoot. 

Sangat suka Cat makeup kan sebab natural je. Kalau natural means takde eyeliner tebal. Boleh contact dia thru instagram Cat Wong.

Makeup artist and Phat Fabes.  Selalu dengar Phat Fabes kat Fly.fm je kelakar2.ni jumpa depan2. tapi memang dia kelakar.Ada je idea nak buat kelako. Skang dia dah dengan mix.fm rasanya haritu dia mention. 

Me  and BeautifulNara. 

Lepas ni kalau ada kena berlakon lagi harap dapat watak mak mak pulak.

Nanti video keluar..i hope you dont hate me.T-T. Saya taknak tengok diri sendiri.Nanti rasa nak caci bimbo girl tu. hahaa

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mega Bazaar 2014 !

Saya and kawan inysaAllah akan join bazaar ni sebab during bazaar barang cepat habis sebab laku betul !Kawan la yang berniaga nya , saya sibuk nak tengok pengalaman sebab saya sendiri nak buka shop sendiri and sambil tu tolong2 dia.  Makin ramai peniaga nak nak peniaga online. Memang bagus berniaga online tapi dalam masa yang sama sangat bagus kalau peniaga semua join bazaar. Time ni lah peluang untuk diri sendiri merasa dekat dengan pembeli. 



Bazaar ni dah macam trend dah untuk peniaga.  Dari 1000 space yang ada tinggal 100 je yang kosong ! Ohamjay cepat sangat licin space. 900 lagi dah ada orang booked dah ! Pernah join mama dulu in bazaar. Produk lebih laku and ramai orang lebih kenal online shop kita. Jangan lupa prit business card banyak and print banner so that pengunjung boleh snap photo and hashtag !

Bazaar ada hashtag sangat up to date skang ni hokayyy. Like omg. Strategy berniaga yang fun.

Tarikh : 21 dan 22 June 2014
Tempat : MAEPS Serdang

layout bazaar.teratur.

Like seriously tinggal 100 tempat je lagi ?? Bazaar ni akan jadi bazaar paling terbesar dalam sejarah diorang. Tu diaa patut la nama nya pun 'Mega' Bazaar.  Memang Mega betul. Dalam masa seminggu 500 seat dah penuh. So ni kita shoutout sebab nak tolong korang la sesape yang berminat jangan terlepas. I hope to see you kat sana nanti !

Ramai yang gelojoh berpusu2 nak join Mega Bazaar 2014 ni sebab artis yang support bazaar ni semua yang hot hot. so sah sah la akan dapat sambutan kan. Ada 50 artis terkenal yang sama sama support bazaar ni ...antaranya...

Neelofa, 
Hanez Suraya, 
Yana Samsudin, 
Adira, 
Afdlin Shauki, 
Amer Forteen 
Fahmi Apex
dan ramai lagi akan turut memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini dengan membuka gerai masing-masing. tssskkk

Tak sabar sebab kat bazaar ni semua benda ada. Nak raya dah ni memang bazaar la tempat plaing sesuai untuk terjah semua benda. My wishlist...kuih raya, baju raya, baju baby, kasut raya, bag raya, perkakas rumah emm banyak lagi. Kalau list kan memang emmm semua booth bazaar tu. haha

100 seats je yang tinggal. Antara korang ada tak peniaga online shop..dont worry harga tapak murah. ! Boleh contact  +60 12 292 0131. Jumpa anda di sana! Saya pun kena pulun tolong kawan packup apa yang perlu.Toodles !


See you 
Tarikh : 21 dan 22 June 2014
Tempat : MAEPS Serdang

contact for booking :  +60 12 292 0131

Twitter : @EhEhBazaar
Instagram : @EhEhBazaar



Viewing all articles
Browse latest Browse all 590