Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Oh Husband, Terhenti Denyutan Jantung I Tau !

$
0
0
Hi

Sampai mana tahap cemburu korang wahai isteri2 sekalian ? Adakah tahap cemburu maximum sampai tahap suami cakap terima kasih kat perempuan cashier pun rasa nak cari gaduh and belasah suami ? Atau tak kisah langsung ? behee. Kalau saya, saya jarang cemburu. So far saya okay , takdela cemburu benda yang tak relevan. Cemburu biasa2 je.ihiks.

Alkisahnya...

Haritu pergi KLCC . Tak plan pun nak pergi KLCC plus dah malam pun pukul 8 malam dah. Tetiba Isham kata "ok jom girl kita bawak Adam pergi KL lah . KLCC paling dekat". Bab2 driving ni memang Isham suka la.KL yang macam jauh pun dia suka drive. So bergerak lah ke KLCC dari Seremban saja saja nak jalan je. Isham memang excited nak bawak anak jalan. Mak nya dah lemau penat dah seharian sebenarnya buat assignment and jaga Adam tapi takpela . Layan kan aje orang yang excited lebih ni.

Kat KLCC , pergi makan kebab then we go jalan2. Tengok2 barang kat butik2 . Ceee butik. Ok bukan butik  , kedai2 je tapi sebab lokasi kat KLCC rasa macam curlass sangat nak panggil kedai tu "butik". haha. Window shopping .Tetiba Isham stop kat satu butik bag, dia kata dia nak masuk. so silakan masuk. Saya tak larat dah . Fikir nak duduk kat bench jap sambil acah2 baby Adam kat stroller. 

10 minutes lepas tu, Isham keluar dari kedai sebab dengar Adam rengek2.so dia pun kata "Ok lah girl. Jom la jalan2. Adam boring kot duduk dalam stroller"  . Tetiba tengah jalan , Isham kata..

Isham : "Lawa lah model tu"

Me : Model tu ? (lalu mata saya melilau mencari mana modelnya?)

Tak cemburu pun tapi mata terus melilau lah cari model yang Isham maksudkan tu.Dai jarang puji orang lawa pun . Saya memang tak cemburu kalau takat puji sebab  dia pun selalu puji saya. Saya pun pandang kiri kanan cari "mana model nya ?"

Isham : Lawa gila model tu.

Me: (Dalam hati "model? mana? Amboi siap cakap lawa 'gila'. Kemain eh!") 

Time ni dah dengar lawa 'gila' hati dah macam tergugat dah sebab ada 'gila' tu. Terus bisik dalam hati, amboi bukan main 'lawa gila eh' . Mentang2 badan kita dah naik lepas bersalin. Berani nak puji perempuan lain secara hyperbola. Ayat lawa gila tu buat saya rapuh. T_T . Dah lawa dah la ni nak gila pulak kan. Mesti la I tergugat sangat.

Isham : Lawa lah!! Lawa gila !

Me :  :( ( dalam hati...'takpelah, sukahati lah puji melambung pun. lawa gila ke, lawa nak mampus ke..sukahati lah. benci tauu ")

Isham : Nak lahh ! Lawa sangat.

Jantung terus terhenti. Nak ?Nak apa ni ! Kalau pasang mesin denyutan jantung macam kat hospital tu, graf denyutan jantung saya memang dah mendatar.  Sedih. Dukacita tetiba, tak pernah2 puji orang melambung2 lepas tu siap cakap 'nak' ??! Hoihh !

Me : (dalam hati berbisik "ni dah kenapa ni sampai nak nak ni. Serious jantung memang macam stop jap. Graf denyutan jantung mendatar sesaat )



-
-
-
-
-
-

-
-
Isham : Harga RM700. Memang lawa la!

Me: Harga ? Apehal harga pulak ni.

-
-
-
-
-
-
-
-

Rupanya........
 model 'bag'. Bukan model "model" tu. hiiiiiiihh bikin jantung I dupdapdupdap je tauu.


Terus graf denyutan jantung naik balik bunyi bip bip bip bipp . Tadi time denyutan jantung terhenti mesin bunyi bippppppppppppppppppppppppppppppppppppppp. T_T .


 bahaa. Bila sebut model terus terbayang perempuan yang modelling  catwalk posing posing tuh tu.bahaa padahal perkataan model digunakan bukan untuk model modelling tu je. Boleh guna untuk model bag, model kereta,model handphone terbaru....tssskk .T_T Cetek akal .



bahaaa!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Review : Sabun Marine Essence a.k.a 'Sabun Ajaib @ Sabun Ketiak'
High demand product
Kesian bayi yang eczema tu guna ubat yang ada merkuri...better guna sabun Marine Essence. Tak salah mencuba.
Sesuai untuk kulit sensitif. Satu family boleh pakai sabun ajaib ni. Especially untuk : • Kulit yg sensitif • Ekzema • Kulit bercapuk • Kulit tak sekata • Kulit berjerawat • Kulit berjeragat • Ketuat • Panau • Kulit berminyak • Mampu putihkan kulit badan dan muka • Kesan2 parut lama dan baru • Kesan hitam pd lipatan badan/tengkuk/leher • Kesan stretch mark selepas melahirkan anak • Tompokan hitam di celahan ketiak, celah peha, lutut dan sebagainya. Dan ada yang panggil sabun putihkan ketiak!!! Boleh digunakan diseluruh badan. Memang all in one!! Ianya di rumus khas untuk : • Menyihatkan, melembapkan & meremajakan kulit • Diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yg terbaik untuk kulit anda • Memanjakan kulit anda sambil menghindratkan dan melembutkannya • Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh Ramuan yang terkandung dlm sabun ajaib ini : Garam Buluh ¤ Sumber kaya dgn mineral dan antioksidan utk kulit ¤ Anti-bakteria, anti-alergik, anti-keradangan Pheno-SFE (Ekstrak The Pu-erh) ¤ Terkenal dgn antioksidan dan sifat2 pemulihan utk menghapuskan radikal bebas yg berbahaya daripada merosakkan sel2 kulit. (Anti penuaan) ¤ Memperbaiki dan memperbaharui sek2 kulit dgn menjaganya agar tetap sihat dan muda utk masa yg lebih lama Ekstrak Liquorice ¤ Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik2 hitan ¤ Mencerahkan pigmentasi kulit Minyak Tea Tree ¤ Anti-bakteria, anti-kulat Vitamin E ¤ Antioksidan, anti-penuaan ¤ Menyembuhkan kulit bermasalah dan rosak dgn berkesan Gliserin ¤ Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit Aloe Vera ¤ Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel2 kulit pd kulit yg bermasalah ¤ Merupakan pelembap kulit yg terbaik


Hubungi kami melalui :- PM/INBOX di: https://www.facebook.com/messages/LailyBeautyCare☏ SMS/WhatsApp/WeChat : 017-6053711 → Instagram: @lailybeautycare


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590