Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all 590 articles
Browse latest View live

Hokkaido Day 4

$
0
0
Hi

Hari keempat dah uols. Cepat masa sebab sana cepat gelap. Pagi lagi, jalan tak busy lagi so cepat la weolls menyibuk nak snap photo tengah jalan. 




 Morning from Sapporo uols ! Kalau gi Sapporo shopping la Gshock banyak2 niceeee. Kasut Adidas i tengok kat KL RM450 , kat Sapporo RM290 . Kasut Vans, Timberland ke, Nike ke, eh mace mace laa..




Depan hotel Richmond i bermalam. Hotel ni bilik kecik je tapi selesa. Untuk traveler memang terbaik la since turun je bawah tu ada shopping street weyh. Kita datang bukan nak tidur sangat, nak shopping and berjalan ! Nak GShock murah pastu balik Malaysia kata beli enam ratus lebih haha. Sini harga far far away murah yela GShock kan dari sini. 




Nijo Fish Market
 Lepas settle breakfast kat hotel, terus naik transport gerak ke Nijo Market. Kenapa pergi Nijo Market ni ?? Kenapa pasar ..hahaa. Lain oi pasar kat Malaysia and sini. Nijo Market ni pasar tertua kat Sapporo, Hokkaido tapi xde la nampak usang atau reput pun ekekeke. Dibaik pulih from time to time of course.




Bersih. Bila entah last i pergi pasar kat Malaysia....Mydin je. Siap suruh siang lagi. bluekk. 






Sini famous buah Yubari melon ni. Melon ni kira macam buah mahal la kat Hokkaido ni. Dipanggil Yubari sebab buah ni dari bandar nama Yubari. I ada baca2 ada pernah sebiji buah dijual RM80000, biar betul engko ni.  Diorang siap buat jelly, gula2, gummy lagi dengan Yubari ni. Kalau orang datang Hokkaido mesti bawak balik souvenirs dari Yubari ni. 

Masa first day, penjaga Masami San beriya suh i cuba..come try come try..i ni jenis mereput je kan ala buah je pun . ekekke, rupanya buah ni ditanam and dijaga dalam greenhouse ok siap dijaga tak kena sunburn. No wonder mahal. Shine bright like a diamond ye engko ni Yubari.

See dapat gak faedah korang baca blog i khenn. Dah tahu pasal buah Yubari ni. Rasa macam honeydew pun ye. Manis. 


Excited je nak nengok cara pasar Hokkaido ni.


 Ada restoran semua kat Nijo Market ni...










Sini semua King Crab ye...! Baby tak main , shuhh. 

Orang kedai baik, kasi je snap photo. Tak sia sia i pakai blusher tebal2 cuba menyamar jadi awek jepun. kahkah...terkeluar keluar benang topi. asal telinga tutup dari sejuk dah. ekkeke






Sapporo TV Tower
Dah ke Nijo Fish Market, mari gerak ke tempat lain. Sapporo TV Tower. Kalau datang negara orang of course la nak tengok view bandar nya. Macam pelancong datang KLCC la, sampai atas dipanjatnya nak tengok. Masa i pergi Tokyo, sampi 3 tower i naik just untuk tengok view saja. Masterplan lain2, jadi agak jakun la. Sesuatu yang boleh dinikmati waw ayat nak gempak. 


Eh traffic light negara orang, harus lahhhhhhh...


Sini la Sapporo TV Tower nya..





Lawa kan...










 Fridge magnet omey nya siap ada telur2 ikan lagi.




 Kat Sapporo TV Tower ni boleh buat coin engrave nama kita....









 Namee Roslan Tv Tower. Buat kenangan. Tapi mana gi coin ni dah ?gulp. susah perangai hodoh suka hilangkan benda. 











Waw macam pelancong tak ?






Shiroi Koibito Park @ White Lover Park Factory Candy Making
Lepas ni kita ada aktiviti lagi best kat Shiroi Koibito Park @ White Lover Park Factory Candy Making.

Nak snap haritu memang tak sempat. Ni i amik dari google. Credit o Issjong.com . Ni la Shiroi Koibito Park . Masa sampai tu snow snow sikit, masa balik snow lebat . Sejuk. Bawa keluar iphone, iphone pun mati. Ahahaiii, korang kalau g tempat sejuk bawa extra battery atau samsung lah haha. Best jalan musim sejuk sebab cantik. 


Korang pernah tengok cerita Charlie and The Chocolate Factory tak ? Aaa camtu la i rasa bila masuk dalam Shiroi Koibito Park ni.

Mr Kazu belikan tiket.


Siap ada passport tau. Saya bukan pendatang asing bulu dada juga tiada. 


Kat sini korang boleh pilih course apa korang nak.Kalau bawa anak, happy la ni. Sebab boleh buat cookies, hias cookies. 





Ni contoh2 biskut yang orang dah hias. Ikut la tahap kreatif korang macam mana. Kot boleh lukis effect 3D ke apa. 


Eeeee cuaknyaaa. Dalam kepala ingat nak buat Doraemon je. Tapi kepala Doraemon je dah besar mana . 



Kak Filla buat Hello Kitty . Menjadi pulak tu ! Memang A la kak Filla punya biskut, kalau subjek pendidikan seni memang kena tampal kat board belakang. haha


Entah la. Sian Doraemon. I lupa estimate tempat rantai loceng dia hahaaa dah terkepit mulut n misai kat atas. Macam resize picture x tekan shift. Jadi terpenyek gitu haha


 Budak2 yang excited .





 Kira macam gallery display cawan dari setiap negara. 






Tahun 1913. Eh ni mama i takleh nampak ni. Semua kang nak simpan dalam kabinet kaca. 


Pembuatan coklat !


Tak sangka ! Ingatkan gambar ada Adam Noah je like banyak. First time orang like gambar i sampai 20 juta . hahah



Tengok la detail nya. Kain lace jakel pun tak macam ni ekekek.  Telan air liur jela dulu kawen kek guna bunga yang keropok tu haha. Tak kuasa tau. 

Sedap je bau dalam Shiroi Koibito Park ni. Bau cookies. Paling famous biskut sandwich inti white chocolate tu la. Biskut tu memang originally dari Shiroi Koibito Park ni. Orang lain takleh tiru punya. Halus tapi rangup biskut nya .


Puas berjalan. I keluar paling lambat. ekekke duk sibuk amik gambar segala. Pastu terus gerak lunch. Setelah 3 hari makan Japanese food, hari ke4 kitorang lunch Indian food pulak !




Taj Mahal Restaurant
Restoran Taj Mahal ni ada 3 cawangan kat Jepun wey. Pastu bila masuk dalam ramai je orang local Jepun and pelancong lain. Hihi


Tak makan seafood tapi keropok lekor makan. Jumpa Indian Food licin habis setelah berhari2 tahan bau seafood. Pinjam gambar Ujang, nak tunjuk restoran nya. Ada 3 cawangan kat Jepun ni, salah satu nya in Sapporo yang kitorang makan ni lah.



Oh masing2 tamak. Nak ada semua, kebab tu nak, ayam tu nak nasi nak kari nak ...segala nak . hahaa. Mula2 order lain pastu eh syaitan rasuk...semua pilih ni haha. Orang Jepun makan. Licin pulak tu . Masami San je tak habis sikit nasi . hehe beza sangat la dengan makanan Jepun. Makanan india kan rempah kuat. 




Lepas makan g rayap shopping mall kejap. 20 minit je. ngehhh Taj Mahal yang kitorang makan tadi tu dalam mall la pastu Jocko nak merayap cari Gshock gak eh semua la nak merayap so merayap jela sekali semua mak bapak orang ni. Dah tinggal anak berhari2, ni masing2 cari reward untuk anak jugek ler. 





Tanuki Koji Underground City
Ok settle. Then kitorang diberi masa untuk merayap kat Tanuki Koji Underground City. Actually tu tempat kat kitorang bermalam malam tadi tu. Sumpah weyh, kalau gi Sapporo kat Tanuki Koji Underground City ni beli lah kalau kenan apa2. So far i tengok memang sini murah. Takde masa survey2 dah, memang sini harga kurang. 






Kat area Richmond Hotel. Ni pintu belakang Richmond hotel...sebab tu kat sesuai untuk traveler sebab nak turun je dah shopping street !




Macam2 adaa...i tak beli pape pun kat Sapporo. Sampai dah balik Malaysia ni i duk sebut2 pesal la aku tak beli pesal la aku tak beli haha. 





Mt. Moiwa Ropeway
Ok dah, 30 minit je kat sini pastu terus pergi Mt. Moiwa Ropeway  untuk tengok view Sapporo malam2. Sejuk betul sini sebab dah malam ni. Mt. Moiwa Ropeway ni kira tempat romantik untuk dating la siap ada tempat mangga2 cinta lagi, then tempat untuk pemandangan Sapporo malam2. 











 Besar Sapporo ni. Keseluruhan Hokkaido lagi la besar , sangat besar. 




Dalam tu ada small cafe. Nak minum air panas ke apa. 





Time ni i memang dah tak tahan sangat dah sejuk tak menahan. Gambar pun belas ikhsan dari camera  harga 20ribu Jocko. Pakat2 ramai cepat2 je sebab memang sejuk betul, hp ke camera ke semua mati dah. Pastu menikmati view bandar Sapporo. 




New Ottani Inn Sapporo
Dinner time ! Masa ni camera n iphone i dah kong pun so takde gambar sangat kat restoran ni. Kitorang dinner kat New Ottani Inn Sapporo. Sejuk2 makan sup panas syok nya. Tengok la tu cara diorang susun makanan. Rapi je. 







ANA Crown Plaza Sapporo
 Lepas makan kita jalan kita gi checked in, baik manager hotel bagi bilik best kat kitorang wuuu wuuu. Checked in ANA Crown Plaza Sapporo pulak. Penat , balik terus charge camera and phone sebab esok long journey lagi ! Banyak lagi tempat best kitorang nak jelajah ! Esok nya lagi tempat sejuk !


Bilik takyah cakap la, memang selesa. Bersih , kemas dan selesa. Sangat puas hati. Tak banyak gambar bilik sebab tengah charging haha. Sorry. 


Checked out !


Day 5, last day ! Tengok bear jom !


Toodles























Hokkaido Day 5

$
0
0
Hi



Hari kelima sudah ! So sad, bukan selalu pun dapat visit negara orang so all the kenangan very sayang one. So i tulis jela semua kat blog ni, korang pun boleh sama2 mereput refer post i kalau nak pergi Hokkaido. hehe Tak sangka Hokkaido besar gila, bila tengok kat map baru la sedar besar gilos Hokkaido ni. 



So hari kelima sempat la visit macam2 tempat. Full day ! Maaf post kelima ni sebab post perpisahan sekali jadi panjang ler sikit. 



First tempat yang kitorang pergi day 5 is Noboribetsu Jigokudani , tempat gunung berapi active. Masa i pergi tu kan winter time so penuh salji jela . Sejuk gila. Walaupun snow tapi bau sulfur dari volcano tu boleh bau lagi. Diorang panggil Noboribetsu Jigokudani ni Hell Valley, yela kan syaiton duk tempat panas neraka. ekekeke. Tersedak syaitan i tulis syaiton kat sini. 




                                       Noboribetsu Jigokudani / Hell Valley


Gemok betul gayanya. Caya lah i x gemok cenggini pun hahaaa ni effect pakai banyak lapis. 








Gunung berapi dpenuhi salji saja. Berasap2 . syaiton. 





Posing satu. 





Time ni x sejuk sangat lagi. Kejap lagi time hujan salji gulpp nak keluarkan tangan dari poket pun fikir banyak kali. Sekali keluar tangan, ur hand gone already. Cannot rasa one. 



 Nak jalan atas kayu ni kena hati2, licin. Banyak kali nak tergelincir oo mak kau oo mak kau je. 









 Mula2 sampai apa lerr bau hangit ni sape masak lupa tutup api , lupa iols kita dalam kawasan gunung berapi ghupenya bau sulphur. Sebab dah tutup dengan salji, ahkak lupa ingatan kejap . ekekkeke




 Nampak tak air2 kuning tu sulphur gunung berapi la tu. 



 Eh pompuan ni lagi. 
 Oii masa ni dah hujan salji , gigih jugak nak snap depan papan tanda. Berebut2 semua nak snap depan tanda ni. 





 Masa ni i dah lari laju2 dah masuk kedai gift sebab cari heater. Meninggalkan kak filla ujang jocko dan client Jepun yang lain. ekekeke sejuk gila i lari dulu wuuuwuuu memang cantik la view time winter.



 hiihi cuci mata duluuu..







Boleh beli minuman panas untuk warm kan badan dari machine ni. 


Lepas dah settle happy2 tengok Hell Valley, jom makan. Kitorang memang makan tepat masa je kerjanya. Trip kali ni beza la dari trip i ke Tokyo. Kat Hokkaido lebih slow and steady tak la penat sangat. Masa kat Tokyo memang penat gila tak terkira la penatnya . 

On hari kelima kitorang makan kat Noboribetsu Onsen `Sekisuitei' . Noboribetsu Onsen ni is hotel. Lunch kat Noboribetsu Onsen dulu, since dekat sangat je dengan Hell Valley tadi tu. 




                                                          Noboribetsu Onsen



 Masa awal2 sampai sini, dengar Jocko and orang Jepun duk sebut 'onsen' apa benda la tu. Rupanya 'onsen' ni is a hot spring, mandi air panas. Dari Day 1 lagi , kitorang dapat bilik private untuk 'onsen' kat The Lake Toya Nonokaze Resort , tapi first day takde mood lagi hihii jual mahal weolls...its okay we are very tired. wow poyo sangat. 



Ni la bilik kami lunch ! Susunan teratur je. Tengok meja all ikut line uols. Orang OCD suka la tengok ni. ekekke. Nasib i bukan OCD, benda2 ni tak la cerewet sangat tapi suka la tengok kemas2 gini. 



Sampai hari kelima, kitorang masih dimewahkan dengan king crab. I tak reti makan crab , nak kena gunting tu kan ekekek. Orang tanya, halal ke tidak semua makanan kitorang makan ni ? Food kat Noboribetsu Onsen ni muslim friendly so if korang datang Noboribetsu Jigokudani  boleh makan kat Noboribetsu Onsen ni sebab dekat je. 


Lepas dah makan burppp alhamdulillah, cuaca kt luar memang sejuk pulak tu. Dalam hotel ada onsen mandi air panas . Ada public and private onsen. So kalau tak reti malu mandi jela onsen public kalau maluuuu ada budget lebih sikit private onsen pun adooo ! Kitorang dapat sorang satu private onsen, weolls pemalu . Tengok public onsen pun ok sangat dah, bersih pun bersih pastu jangan la bogel. Pakai la towel. Eh korang ni . 



Sebelum pergi private onsen, kita merayap dulu kat public onsen. Public onsen pun dah okay sangat dah. Pakai la towel, sape suh bogel. Ada hot bath, sauna segala semua ada kat sini.


 Mandi2 dulu, pakai la towel. Kalau nak berbogelan boleh jugak...aku tengok kau kau tengok aku. haha 



 Sedapnya sejuk2 tetiba masuk air panas. Tengok pulak view lawa2 kat luar . Aumm eh minum pulak hot chocolate. Eh lelebih pulak . 


 Syok nya sebab air panas untuk onsen ni disalurkan dari Hell Valley tadi. Kebanyakan hotel yang ada onsen semua dapat supply air panas naturally dari Hell Valley tadi tu. Kat sini bukan pakai eletric water heater tak main laaa ekkeke. 


 Dapat celup2 kaki pun sedap dah. 







 View luar. Lawa kan tetiba rindu. 




Kitorang tak mandi dulu, nak sambung jalan tengok beruang duluuu !



Noboribetsu Bear Farm

Kali ni pergi tengok bear kat Noboribetsu Bear Farm .Masa hari pertama kemain la jakun tengok bear kat Ainu Museum hahaa kat Noboribetsu Bear Farm ni lagi banyak bear . Lebih 100 ekor bear ! Nampak comel je bear kan, tapi so sad bear is omnivor..sekali dia kunyah....musnah kita silap2 tulang i dia buat pecungkil gigi je. 






Eeee scary nya bear tu jenguk dari atas. U minat kat i ke bear ? I dah kawen sorry. U wax dulu bulu, baru i terima you. 







 Ingat Kpop tadi. Ingat semua bear warna cokelat je ke ? Ada yang warna cerah gak, cucuk gluthathione ke youu ...ekekke. 



 Nak ke Noboribetsu Bear Farm  i naik ropeway . Dalam 10 minit gak nak sampai ke atas. Sambil2 cuci mata tengok scenery dulu. 




 Taddaa udah sampai ! 








 Sampai atas je dah penuh snow dah sebab lokasi atas bukit !





Eeeee sejuk gigih nak snap photo jugak sebab lawa ! 





 Mari tengok bear !




 Kat sini tempat beli cookies. I ingat cookies apa benda la, rupanya cookies nak bagi bear makan nanti alololooo omey nya. 








 Geram tengok. Rasa nak polokkk je. Nak bau bulu dia, geram ketap2 gigi tengok. Tdo peluk sedapnyaaaa. Eee siap lentok2 goda i kenapa . 









 Bear2 ni semua ada phd , pandai bebenor. Dia nampak kitorang pegang paket cookies dia tu, kemain rayu2 nak nakk nakk. Comel gerammmmm. Dapat peluk memang aku tak lepas engkooo !Hempap2 lagi. 






 Ni la cookies nya !!! 





 Tengok laa...eee geram. Semua rayu2 nak cookies. cute gila. Menyampah pun ye sebab geram nak peluk tapi tak lehh takut kena kunyah. Male bear besar2 badan nya, u makan steroid ke. 









 U nak keee ?? Kena jawab quiz dulu . I cantik ke tak ? Jawab skang. 




 Biskut untuk bear je, bukan famous amos ye. Jangan memandai nak try . 





 Turun bawah ada macam tunnel. Dari sini boleh bagi makan cookies lagi dekatt tapi belakang cermin jelaa. Masukkan cookies kat dalam corong tu and tolak dengan besi. Nanti bear tu amik., omey. Lepas amik cookies, ketuk2 cermin mintak lagi. Amboii biasa dia ni ! Leleh2 air liur rayu nak cookies...tak tahan geram nak polok engko ni. 




Boleh beli cookies kat bawah ni jugak. So rasa ketagih nak bagi cookies, beli lagi beli lagi. 



 Ni nak tengok bear betina pulak tadi tengok bear jantan. 


 I tak pilih kasih tauu. Jantan dapat, betina pun dapat. Bear female ni size kecik dari bear male tadi. 



 Bear betina lagi garang and suka rebut cookies. Tengah period ke ekekeke. Kemain cakar2 rebut cookies. Yang bear jantan tadi tak dapat cookies muka pasrah je alaa takpelahhhh ada rezeki kendian hariii. Yang bear female ni gaduh2 rebut. 







 Nak gak posing gaya Titanic dari belakangggg...



Dah puas tengok bear, hari pun dah nak gelap. Kat Noboribetsu Bear Farm ni pun makin sejuk. sempat la kitorang duduk minum air panas kejap kat cafe. Pastu terus gi priavte onsen rendam air panas jap. 



Noboribetsu Onsen Private Bath

Kitorang jenis pemalu nak borkemban bersama2 so dapat ler rasa bilik private bath ni. Yabedabeduuuu ! Sukati korang la nk buat apa dalam bilik ni, nak rehat2 sambil tengok tv. Cuaca luar sejuk sangat, masuk je air panas terus rasa aaaaa legaaaaa. Onsen kat Noboribetsu Onsen ni air panas dari Hell Valley tadi. 

Kalau suami isteri ke, adik beradik ke nak cuba onsen, boleh je share bilik private bath ni. 





 Dont worry xde sape intai. Paling2 pun ada bear je kot kat luar sana ekeke. 




Boleh bau sulphur dari volcano tu lagi sebab air panas ni dari atas Hell Valley tu la. 






 Gaya orang kaya. hahah. 







Selesai sudah onsen kat Noboribetsu Onsen jadi mari lah kita jalan2 lagi. 






Lepas ni nak singgah Rera Outlet Mall, Chitose. Rera Outlet Mall ni macam premium outlet la, tax free . Sebelum sasau shopping , solat dulu. Kat Hokkaido ni mana2 senang je cari tempat solat. 






Rera Outlet Mall, shopping jom. Kecik je oultet nya and x busy sangat. Dapat la cuci2 mata and beli2 sikit hehe. 





 Ni kedai souviners, makanan2 famous kat Hokkaido ni semua boleh beli kat sini. 



 Segala tester , i nak cuba. Test sampai sendawa. haha




 Comel!


 Oh ni sedap gila. Macam keropok perasa ketam tapi ketam nya real ketam la bukan ketam perisa tiruan ! Sedap ! Macam biasa, we belasah tester. Kak Filla je semangat beli ekekke. Pastu simpan kat bag i pulak tu. Ingat dia tak ingat ada simpan dalam bag i kalau tak i dah telan sorang dah hahahh.





 Sempat beli 3 kasut sini . Em tapi nyesal pun ye sebab tak beli lebih , i mean tak bawa duit lebih. I bawa duit sikit je sian i dengan debit card nak kena activate bagai malas nak fikir haha. 


 Entrance of Rera Outlet Mall.  Semua snow dia dah sodok dah.


 Kat GAP i shopping banyak baju budak, rasa cam 15 helai tapi total dalam RM2++ je hahaa i pilih tshirt yang out of season and size dah kurang lah of course la harga jatuh kan.  Boleh la buat pakai2 basahan kat rumah semua baju rumah dah reput dah haha. Nak beli baju anak pun x sempat2..i tak tahu masa i pergi mana. Very limited. Tahu2 je dah malam pun. Jadi since i sorang2 kat Jepun ni beli terus la kalau kat KL xtau nak shopping bila, shopping mmg x bawak anak laa susah nak pilih tapi most of the time mmg dgn anak so mereput la x sempat shopping. 



 Gucci tak sempat masuk. Bukan takat tak sempat masuk, duit pun takde nak beli hahaa. 


Lepas shopping settle, terus g makan. Kitorang ada 30 minit je time kat Rera Outlet Mall ni takkkk cukup. Masa suntuk sebab cepat gelap pun kan then esok nak balik Malaysia dah. Jadi takleg lupa diri sangat. 


Dinner kat New Chitose Airport. Kan ada halal dining kan. Ni dia ! Dinner dekat2 ke sebab malam tu stay dekat airport ANA Crown Plaza Chitose Hotel  since flight pagi. 


 Donburi Chaya Restaurant  . Masa first day sampai Chitose Airport dah nampak dah restaurant ni tapi tak sempat makannn. Last day baru dapat makan. 




 Tak ingat apa nama menu  nya . Alahh belasah, asal halal. Orang Jepun n bagus sebab if tak halal dia kata tak halal. No no no cannot ! Kongsi2 la. 




sotong sedap. Kitorang ni boleh tahan peghak la, tengok menu mana macam sedap semua nak order hahah. 





ANA Crown Plaza Chitose Hotel

Ini la bilik i last day. Sepanjang 5 hari kat Hokkaido semua hotel best2. Selesa. Korang elok catat la segala tempat and hotel  i duduk ni. Tempat i pergi haritu kat Hokkaido memang tempat pelancong . ANA Crown Plaza Chitose Hotel ni dalam town je, nearby AEON, then transportation semua ada, ada kedai kasut seberang jalan...



Check in ANA Crown Plaza Chitose Hotel , konon2 penat la nak tidur pastu masing2 tak puas lagi dengan kisah GShock, merayap ke AEON pulak tapi kat AEON mahal la sikit . I nak cari GShock gak tapi tak beli kat AEON laa tak banyak choice sgt and mahal. Last2 i beli GShock kat Narita Airport je kekekkeke. 


Emm masa berlalu kejap je, dah nak balikkk. 


Boleh beza kan mana muka orang Malaysia and Jepun kee kitorang dah nampak lots of mixx ??. Laki yang tengah tu la Mr Kazunarikurosawa yang bertanggungjawab jaga kitorang sepanjang kat Jepun. Pandai cakap melayu, kalau suh snap photo beriya count SATU DUA TIGA !! Yang laki sebelah kiri i tu Mr Wataru . Kerja kat Malaysia, kontrak 2 tahun x silap untuk tourism Japan ni lah. Kemain korang ya, i baca kat blog kak Filla semua duk komen hensem hensem kemain korang yaa haha . Dah kahwin, bini macam Nasha Aziz letup kemain nampak je diam camtu . 




Hihi this one most fav Masami San ! Terkejar2 dia nak jaga kitorang ni. Tu belum lagi i cicir mafla la, glove la, sejuk la nak air panas lah. hahah. Paling tak boleh blah time kitorang main skii la....jenuh dia nak explain cara skii and angkat kitorang. Last2 i sedar diri jela, ski is not for u namee..sudeh2 la. Sedih nak say bye bye. I hate bye bye.


Terima kasih banyak Masami san, Mr Kazunarikurosawa and Mr Wataru. Sampai Malaysia je terus gi makan Tom Yam ekeke. 

Overall, Hokkaido mmg cantik untuk visit. Hokkaido besar gila tapi tempat2 yang kitorang lawat ni semua tumpuan pelancong . Kalau nak tahu tempat2 lain lagi kat Jepun yang muslim friendly bole  tengok kat website diorang http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/blog/


Toodles !






Kenapa Adam & Noah Berhenti Brainy Bunch ?

$
0
0
Hi

Masa mula2 nak masukkan Adam Noah sekolah memang i fikir banyak2 kali siap drama air mata lagi haihh nak period pun tak emo camtuh sejak jadi mak mak ni i cam makin leleh je whatzehel. Betul ke nak masuk sekolah. Tapi i rasa perlu sebab nak biar dia gaul dengan budak baya dia plus im working too. Plus kalau duduk kat rumah pun, asyik ngadap tv and kacau bibik ( masa bibik still working with me ) . Adam and Noah both speech delay. Noah maybe tak delay ( instinct i lah ) , sebab now Noah 3 tahun but boleh dengar ayat2 jugak. Adam masih spoke his German language. Mommy still love u Adam !




Balik pada kisah BB. 6 bulan awal di BB  . Dari awal Adam join BB, Adam memang speech delay. Masa Adam umur 3 tahun, i tak worry sangat sebab mak i bgtau yang adik beradik i semua dekat 4 tahun baru cakap. I paling awal bercakap umur 3 tahun wawww . haha so i rilek2 tak stress bagi Adam masa . Ramai suruh check samada Adam ni autism ke apa, tapi so far i tengok eye contact tu ada. Since i sendiri ada adik autism jadi tahu la sikit2 .

So i masukkan Adam di BB with a hope Adam bergaul dengan rakan2 sebaya and boleh la tiru2 sikit word budak lain . After 6 bulan, nampak la can say thank you, cowy (sorry) , benda basic. Tapi malas pergi sekolah. Nak pergi sekolah susah sangat, nak kejut susah sangat . Taknak mandi taknak keluar kereta . Ikut mood. Most of the time boleh tahan struggle la nak hantar lagi2 Noah , 75% dari setahun tu buat perangai. Bila nak pusing kereta masuk roundabout pun dah  tarik stereng. Time birthday party kemain pulak tetiba rajin hahaa.  Kadang i hantar diorang pun muka ketat je sebab dari rumah dah struggle berdegup jantungkuuuuu. Sorry teacher. Selalu hantar kul 9 ..930 ...sebab diorang taknak mandi. sedih dan sengsara bila ingat haha. Plus diorang tdo lambat .

Then suami pun suggest tukar sekolah . So i start survey mana2 sekolah. Buntu, runsing semua ada. Isham suruh tukar sekolah, but me as a mom mereput dah la takde maid dah if anak i tak sekolah habis i nak kerja macam mana ni. 

Sebab utama nya speech delay lah. and i rasa kesian Adam umur masuk 4 tahun but still terpaksa join kelas playhouse since dia speech delay. Actually on 2018 i macam plan nak try 6 bulan lagi di BB siap dah buat borang semua la isi online but then teacher sendiri suggest i tukar sekolah. Main concern tentang speech delay and anak i memang memerap kat sekolah. Tarik nafas dalam2 je masa tu , nasib la i jenis cepat move on. Manusia boleh absorb perkara samada jadi negative atau positive.  Kalau i fikir negative, i anggap anak i got kicked out from the school. Kalau i positive, i akan terus semangat and work hard for Adam Noah. Apa2 benda dalam life, cuba absorb jadi positive lah insyaAllah akan happy. 


I selalu perasan Adam & Noah kalau dalam crowd, dia macam nervous terus ngamuk sambil lari2 kehulur kehilir , takut and mengamuk . Tapi i ada consult dengan doctor , anak i ada masalah behaviour. Doctor kanak2 yang cakap ya, bukan i sendiri judge anak i . 

So now on 2018 , Adam Noah dah masuk sekolah baru. Kira special school yang ada speech therapy , therapy untuk behaviour, segala jenis therapy i join kuda ke swimming ke semua sekali hihii betul2 nak terapi haha. So far alhamdulillah, diorang suka pergi sekolah. I rasa maybe sebab crowd, anak i macam anxious kat crowd. Plus sekolah baru  ni ada dalam 10 students je tak silap. Ingat lagi masak concert Brainy Bunch..Adam Noah tantrum sampai cikgu cawangan lain semua tanya memang anak i camni ke kat rumah ?  








A post shared by Namee Roslan (@nameeroslan) on 

Ni masa concert BB tu, pitam i dan cikgu2 . Nangis sampai tersedu2. Cikgu cawangan lain pun curious tengok anak i nangis teruk sgt. Tapi yang i perhati diorang cemas bila dalam crowd. Now kurang sikit sejak sekolah baru. Sebab sekolah baru ni ada physical therapy sekali untuk behaviour tu. 




Jadi pertanyaan2 orang yang DM & email i pasal sekolah Adam, Noah...



Kenapa berhenti Brainy Bunch ?
Sebab utamaya speech delay. If ikut tahun, Adam consider dah masuk 5 tahun so tahun 2018 my target is to focus on the speech. Plus cikgu sendiri suggest i tukar sekolah. I pun dah survey lama dah cuma masih nak cuba lagi. Orang cakap speech delay ni salah satu sebab pasal gadget kan, tapi i bukan jenis bagi gadget selalu. Genetik ni .

Brainy Bunch bagus ke tak ?
Sekolah ni kita tak boleh nak cakap bagus ke tak. It depends on our kids jugak.  Anak i tak sesuai. Macam i tengok anak orang lain okay je, boleh belajar and hafal surah semua. Bergantung pada kesesuaian anak. I redha je anak i tak sesuai. 

Apa status Adam dan Noah ?
Both boleh read ABC and 123 and sebut banyak words , sentence ...cuma lidah nak sebut tu pelat lagi. Boleh fix , i trust u babyyy. 


Then kenapa u delete post pasal BB dulu ? ( ada dua orang DM i tanya )
Jawapan macam kat atas jugak. I tak selesa jadi reference pada future orang. Debar2 je rasa bila orang cakap i masukkan anak i sekolah tu sebab i baca post u. Kang tak sesuai, mati la i nakkk. Macam anak i tak sesuai so bila orang tanya i tak tahu nak jawab macam mana. Tapi anak kawan i okay je . Tengok budak dan keserasian. 

Adam Noah masalah behaviour apa ?
Em so far i nampak diorang cemas bila dalam suasana ramai2. Kalau bawa kenduri pun. Sekarang getting better . 

Jadi now Adam Noah sekolah mana ?
Sekolah khas yang ada speech therapy. So far ni dah masuk 2 bulan. Awal seminggu tu nampak dah Adam especially,  dah mula cakap ayat panjang. Nanti i share lah kemudian. Balik2 sekolah..Mommy , where is bird ? ...then i jawab yes bird sleep on the tree. Satgi dia tanya binatang lain pulak. Where is elephant ? Where is lion ? Where is worm ? where is cat ? Semua beruang kutub semua dia tanya.If banyak gila development, i bagitahu sekolah mana. Ni awal lagiiiii.   Setakat ni Adam Noah nampak sangat happy, tak nangis . Awal seminggu sembang haiwan, hope setahun nanti jangan sembang politik plak. hehh . Now pagi2 tu pandai la kul 6 dah bangun teman i buat bekal kat dapur sampai hangit gak sebab sibuk nak join sekali wawawawawwwaa. Kadang2 ada time malas nk sekolah tu merengek2 sikit la tapi nampak muka teacher terus kluar kereta lupa mak sendiri. 


Macam mana anak u speech delay ? U tak sembang ke dengan anak u ?
Em apa2 benda pun,  i put all the blame on me jugak. Terus cat kulit dark chocolate u can put the blame on me u can put the blame on me Akon Akon. I sembang je dengan Adam Noah cuma kadang geram tak tahan i duk sembang bahasa baby . hihii. Skang i tahan diri jela tak cakap bahasa baby. Cakap bahasa dewasa but overall i memang rasa genetik . Noah nampak memang nak cakap dah banyak ayat. Adam pun dah mula2. Adam banyak belajar dari tv , buku dia tengok and utube animals. 

















Tahun 2018 i target speech saja, belajar membaca and count kemudian kita fikir. 


Now pun i happy dah. Takde apa nak kejar pun, 2018 focus on speech je dulu. Yang buat karangan add maths rumusan segala kemudian kemudian jela. Mama ajar siap ah dengan rotan. Akan update from time to time. wee. Hujung tahun baru i bgtau sekolah mana. Now masih awal nak huha huha lagi. hihi apa apa pun sekolah mana2 pun, berbalik pada keseuaian anak kita. ok bebeh. Try and try and try u dont have to try aih aii aa aihh tetiba lagu Colbie Callait. haha bye





Btw, thank teacher BB yang dah banyak didik and sabar dengan Adam Noah especially cikgu2 yang lama dari awal Adam Noah join. Itupun ramai teacher dah pindah sekolah lain and tukar cawangan. Dapat kenal kejap je. I feel sorry kat aunt yang pregnant yang kena dukung anak i. T_T May Allah bless u always teacher teacher sekalian. 


Toodles :)




Pengalaman Pertama Accident Lepas Tu Mangsa Cedera Gulp

$
0
0
Hi

Sesenja ( ada ke sesenja sukati i ) di Soromban Nogori Sombilan, dari keluar office merungut sebab kena pos parcel kat town sebab dah lepas pukul 5 tapi nak poslaju proceed order the same day jadi gigihkan jua pos di poslaju besauu Soromban. Staff takde kereta , poslaju pickup kat office i pulek selalu lambat kadang tak datang pun sukati je kecewa tawar hati dah. kita clash! Teringat kawan i dulu gaduh dgn bf je kita clash kita clash ekeke. On the way balik from poslaju , pandai. Ikut shortcut biasanya . Memang dah biasa expert ikut shortcut tu pun tapi entah sebab dari pagi macam rasa lesu lemau je. Kedengaran dj radio hot fm berpokpekpokpek lalu memainkan lagu Khai Bahar, Luluh. I yang dah memang rasa luluh hati berkecamuk rasa hilang ic identiti .

Dalam luluh luluh sempat la dengar lirik satu satu...

sudah puas aku menangis lagi 
kau hadirkan mendung awan yang kelam
namun
ku kan tetap bisa bertahan
secebis kasih yang telah kau beri

fast forward.....( ingat gigih ke nak type lirik semua pastu tak hafal ;( )


aku tersungkur menunduk meraung.....

line 'tiada siapa bisa merasakan'digantikan dengan.....


pommmmm!!!! 

Tetiba ada motor langgar i. Pantas gila. Tetiba kereta i and motor uncle tu bertembung then pakcik tu terus jatuh and terseret ke sisi jalan kiri. 





Pastu uncle jatuh tertiarap  tak gerak langsung . Apa yang i nampak kepala dia terhantuk kat jalan. Sikit pun tak gerak tuhan je tahu i shaking camne.  I terus park kereta tepi kat tempat pakcik tu terseret then i jerit 'uncle uncle'. Tak fikir dah cara sopan untuk jerit. Kalau sajat memang dah keluar suara sebenar.  'Uncle please bangun'. Dalam few seconds je kereta lain dah stop semua tenung i bagi muka "ayoo tak tahu ayoo tak tahu" . Tetiba ada satu budak laki tegur...'awak ada phone tak' . Meh saya call kan sekian sekian. Sumpah kalau masa tu i sorang i tak tahu nak buat apa. First time pulak tu accident. Nasib la budak tu ada sebab dia pun kerja RELA ni dulu settle orang accident macam2 kes, apa nama entah budak tu , nama dia lain sikit Elha something yang i ingat hidung kepit macam bini AC Mizal,  Amelya Rosnaida . Tu je i boleh describe untuk korang imagine.hihi. I terus call husband .


Elha tu la yang tolong call kan ambulance, then ajak i gi balai. Lepas 5 minit semua bantuan sampai. Hospital Tuanku Jaafar pun dekat. Kebetulan uncle tu pun sebenarnya nak gi kuil nearby sebab ada sembahyang untuk sedara dia meninggal. So jalan yang kitorang accident tu memang jalan laluan family members dia yang lain nak pergi ke kuil petang tu. Anak dia lalu jalan tu then nampak ayah dia kat tepi terbaring dengan i jerit2 then ramai lagi orang kerumun tengok . Menggeletar i, nak beranak pun i tak scary camtu. Anak dia panggil2 ayah dia 'appa appa' then uncle tu boleh angkat kepala. Aaa masa tu i lega gila then kept on say sorry kat anak and anak buah dia sorry sorry sorry sorry sorry . Masa uncle tu angkat kepala i tengok darah keluar kat mulut and hidung dah ala lagila scary sangat nih. 




Uncle tu pergi hospital, I terus gi balai ikut Elha tu. Buat report dulu and Elha pun bagi keterangan saksi. 

Situasi nya , i nak keluar dari roundabout then i slow down kereta tengok kanan uncle tu masih jauh masih before setengah kat roundabout so i keluar la sbb mengikut firasat sempat je rupanya uncle tu pun rushing nak sembahyang kt kuil and tengah on speed. Memang bertembung. But anything situasi macam tu mengikut Akta 13 , perlu bagi orang kanan lepas then only u can go. So i kira salah la kena saman tapi sarjan tu kata sebab i cam lurus bendul je dia bg diskaun . I tanya sarjan tu...i masuk penjara ke ? Pastu uncle tu kan cedera. Nasib tak. I ingat accident camni kena masuk penjara. :(


Lepas kejadian memang scary la nak jumpa uncle tu. I call minta maaf dulu tanya khabar suara kepit sopan then only pergi visit kat rumah. Pastu blur2 ayam , nak bawa buah tangan xtau nak bawa apa.Masa nak lawat tu dah la raya cina yang banyak sarang burung, ginseng punya hamper takkan nk bg tu pulek.  Yang senang hamper jela kan so sukati je i beli hamper makanan jajan manis2 bawa tanda buah tangan. Uncle tu diabetis pulak tu, i cakap uncle tak boleh makan ni, ni manis. Dah bagi tapi sound pulak uncle tu. bluek pesan bagi cucu. hihi

Haihh tengok uncle tu okay, i lega gila dah. Urusan claim NCB blakang cerita sebab uncle tu nak claim atas kecederaan dia. Kes tu biar lawyer je yang buat kerja. Pegawai penyiasat pun dah amik keterangan i semua.


Yang penting uncle okay and i tak masuk penjara. 




So sesiapa yang belum pernah accident lagi2 pompuan...blur blur ayam..

- kalau accident tengah malam sorang2 atau jalan sepi ke lock diri dalam kereta dulu. Call sape2 dulu . Haritu i keluar terus macam tindakan reflex je terus keluar jerit'uncle bangun!!'. Tapi ada yang trauma jadi statik terus. 

- Apa2 hal report balai dulu pasal insuran nak report balai kalo nak claim repair


-Jangan tandatangan apa2 borang yang kosong di beri call man atau pemandu trak tunda(kita berhak untuk tentukan kemana kereta kita untuk diperbaiki oleh bengkel) . Selalu bila accident camni nanti ada la trak tunda pandai2 datang nak tolong and suruh sign ke apa. Jangan sign !!!


- Ambik semua barang berharga dalam kereta termasuk Touch n Go , Smart Tag segala amik ya.


 -Sekiranya ada geran atau polisi dalam kereta jgn tunjuk pada sesiapa takut dicuri atau disalah guna oleh pihak lain



-Pemandu wanita pegang beg tangan jangan letak dalam kereta


-Beri kerjasama kepada pihak berkuasa supaya kereta anda tidak menghalang lalu lintas 


-Letak tanda amaran sekiranya perlu supaya tak terjadi kemalangan berantai


-Sekiranya berlaku kecederaan telefon ambulan maklumkan kemalangan


-Seeloknya bawa rakan seperti mekanik masa ambil kereta takut pemilik bengkel penipu(cakap tukar tapi tak atau claim insuran original tapi brg local)




Kalau korang perempuan dan dilanggar dari belakang .....

1-bertenang dan jangan panik..
2-jangan keluar dari kereta..
3-call ayah/abang/suami/teman lelaki untuk bantuan dan tunggu sehingga mereka sampai
4-lock kereta dari dalam dan naik kan semua cermin tingkap
5-perhatikan kereta belakang adakah pemandunya sendirian atau lebih.. kalau lebih jangan keluar kereta..
6-kalau pemandu/penumpang kenderaan yang melanggar itu mahu berbicara dengan anda.. jangan keluar kereta dan berbicara dengan cara turunkan sedikit cermin tingkap anda cukup sekadar untuk kedengaran suara, jangan buka luas sehingga boleh melepasi tangan masuk kedalam dan jari sentiasa stand-by kat suis tingkap untuk menutupnya sekiranya keadaan tidak terkawal
7-bersedia untuk menghafal nombor daftar kereta yang melanggar itu sekiranya kereta itu chabutttt...

sedikit tip untuk elakkan kejadian rompak kete.. inilah tektik perompak sondol belakang kereta yang dipandu oleh wanita yang memandu sendirian..


Atas ni i copy . So hati2 semua. Bila accident camni memang tak tahu la sape betul sape salah. Kena buat report bagi keterangan dulu. 




I blame Khai Bahar.

Tetiba.




















Macam Mana Ceaser 2 Kali Tapi Bagi Perut Kempis

$
0
0
Hi

I xtau la sejak2 tua ni tajuk mereput je . dulu muda rajin aaa cari tajuk yang konon2 spookyyyy perghh tajuk macam nak kena click baca nih ! ekekekke skang tajuk direct jela tak kuasa nak seo seo search engine optimization. nak baca , baca taknak baca eh baca la jugak ! bluek :(




Dulu masa ngandung orang dah cakap2 dah beranak memang perut buncit kalau czer lagiiiiii buncit. Perkataan 'lag'i tu sebut panjang betul harakatnya. Nak tambah kan scary lagi lah tuu. Laaaaagiiiiiiiiii buncit laaaagiiiiiii boroi . Sekali i memang dua dua czer . Lepas bersalin lebihan skin mmg gelebeh la michelin. Tapi alhamdulillah pulak lepas Noah pun tak buncit lagi masih kempis..insyaAllah tak buncit lagi kot mudahann amin . Confident je sekali anak ketiga gulppp pitammmm. 

So bila orang tanya camne i tak buncit tapi czer dua kali. I rasa sebab ni...korang ingat tak masa i share kisah i bersalin dulu...i ada pakai bengkung special hospital bagi untuk czer. Tapi bengkung tu bukan untuk kurus tapi untuk support tulang belakang after czer. Sebab lepas bersalin czer memang badan automatic nak menunduk je tahan sakit . so i duk pakai benda tu la dari hari pertama pantang sampai lah budak2 ni dah besar. Bukan pakai press kat tempat bedah tu, tapi angkat perut and support so i rasa sebab i guna bengkung tu la perut i cepat shrink and rahim on point kembali. gituuu

I rasa sebab mcm waist trainer gitu then i rajin letak lotion pecah lemak / shrink kan kulit lembik malam sebelum tdo then pakai bengkung masa pantang. Malam jela, pagi x kuasa tau. Nak cantik tapi tak kuasa sangat i. Sekarang dah kempis so x pakai sgt lah. 



tapi yang i pakai atas ni more untuk orang sakit pinggang nak tegakkan pinggang. Then bila duduk kelepet la bcoz the bengkung got no tulang tu. 


pinggang dulu dan sekarang. Dulu pinggang 29 now 26..


Lotion pakai lotion sejuk mint2 punya and kecutkan fats...bakar kebabom. Macam i czer sampai skang kalau stress luka denyut2 lagi belum berani nak sit up drastik haha padahal dah lama dah bersalin. So tang perut masih ada skin la cumanya banyak kurang since i guna waist trainer and lotion sejuk.


Power ni. Guna lotion sejuk bakar lemak only after habis pantang bagi yang czer. Jgn sapu kat luka pulak. Apply kat perut area michelin je okays then guna waist trainer. 





I pakai yang jenis ni okay.. Tak panas and tak kelepet. This one...


abaikan serabai. Yang jenis ni okay.


Paling selesa and murah .


Material tak panas sebab dia macam jaring2 gitu. Yang ni pakai time tidur ok la selesa. Kalau nak kempis, pakai sebelum tidur time badan tengah rest . Apply lotion bakar lemak yang tak panas punya, kalau panas gatal kulit me dont like. Rajin guna masa tidur lah. 




Sampai skang memang i tak buncit lah shud i say alhamdulillah ? ok alhamdulillah mudahan tak buncit sampai bila tapi i rasa if guna waist trainer selalu boleh maintain tengok mcm orang zaman dulu kan guna waist trainer..wiwiwiwiwiwi If makan banyak pun takdela boroi . Skin perut i tak la 6 pax but okay ahhh. Tak tahu nak tulis macam mana sebab tak boleh selak baju tunjuk hahahh. I rasa pasal routine i yang dari awal bersalin. I guna dari masa pantang Adam sebab doctor suruh pakai bengkung support tu sebab nak support rahim so luka czer tak la sakit sangat. Menjadi . Murah je benda ni. Tak perlu mahal2 asal duduk tak terlipat dah. 

Tips kurus i...

1) Nak pelahap silakan, tapi pagi.
2) Tengahari can pelahap also but in sederhana portion.
3) Kurangkan gula . Gula la macam air manis2 cool blog starbucks ke icecream ke.
4) Minum air at least 1 ke 2 litre. 1 lire tu sumpah sekelip mata je habis.
5) Detox please. Sila pastikan buang setiap hari. 
6) Dinner before 7 . Ni kalau kes nak reduce weight mmg kena ikut rule dinner before 7. If dah kurus nak maintain boleh je cheat2 . Macam now i rasa ok lah berat skang ni tapi diri dah terbiasa no dinner after 7 unless pergi dating i makan je la. wewewewe
7) Waist trainer . Tak perlu beli yang ribu2.


Berat sikit2 turun, badan sikit2 dapat ke bentuk asal. Not 100% sama macam sebelum deliver, tapi almost sama. Actually banyak je berubah kat badan ni after ada anak . I kehilangan pinggang obviously after deliver sebab berat 58kg ...now 49 to 50 and i dapat pinggang balik. yahuuuuu.

this is not a paid advertorial. I mmg kempis perut guna kaedah di atas. sekian. czer doktor tak bagi barut yang lilit tu tapi hospital mmg bagi i supporter tu. till bersalin Noah , i perasan yang perut kempis.

The cheap waist trainer tapi berkesan and the lotion blh dapat dari akak ni... 013 716 9211


Hope membantu. 


Part 1 : Tips Kurus Lepas Bersalin Dari 68kg ke 49kg .




Hidup Susah Selepas Kahwin

$
0
0
Hi








I suka bila ada orang tanya soalan pasal reality. I dibesarkan oleh seorang bapak yang selalu menyedarkan pasal reality pedih gila ayat bapak i. Kadang statement yang keluar dari mulut bapak i memang pedih gila tapi sebenarnya betul.  Dulu i selalu rasa aneh kenapa ayah i cakap love itu kemudian. No 1 tanggungjawab. Sekarang dah kahwin, baru faham. 

Susah tu sebenarnya macam mana ? Kategori susah setiap orang tu berlainan definisi nya. Wey pehal tulis topik ni i banyak guna word skema. wawawawa.Ingat lagi masa bloger Yuyu punya kes viral sebab dia tulis pasal status dia susah lepas kahwin, ramai hentam sebab rasa situasi dia tu tak lah susah sangat sebab masih boleh duduk rumah selesa dan bertilam. Itu susah dia. Mungkin ada orang pernah rasa susah teruk dari tu .so definisi susah setiap orang tu berlainan. Tak sama. Contoh anak orang kaya yang dah biasa duduk bungalow tiba2 kena duduk sewa bilik saja. Tu maybe bagi dia sesuatu yang baru, bagi yang jenis tak lasak akan rasa susah. Kalau jenis okay boleh move on cepat biasakan diri.

My case, i berkawan dengan lelaki yang jauh umur near 20 tahun ( herher baru nak bagitau betul2 dulu tipu je haha kata 10 tahun padahal emmmmm) ...Jadi bila lelaki yang dah umur jauh , bekerja lama ni, expectation tinggi . I know the stress. Jadi takde istlitah nak minta belas ihsan mak bapak, sape2 nak tolong ya. Mereput la korang sorang2. Kita sendiri jadi malu nak ask for a help sebab tahu situasi diri patut nya dah stabil .

Masa i nak kahwin , i dah fikir dah. Awal2 dah fikir, kalau ini pilihan aku, aku kena tempuh gila2 ni lepas kahwin kalau apa2 jadi. 4 years before kahwin, suami i masih belum ada rezeki kerja yang stabil lagi. Org dengar aumm bidang aviation, orang dengar engineer ke macam canggih ke kan tapi susah dapat kerja. Macam org dgr arkitek la org kata kaya. Rezeki dia kurang baik masa sebelum kahwin. A year before kahwin pun i bincang dgn husband, macam mana niiiiii sebab dah berkawan lama sangat ni so i tak nampak lagi tanda2 boleh kawen i mean pass card dari ma pa untuk restu macam nan hado je and keadaan kewangan husband yang i tak sure kenapa nasib dia masa tu macam tu. Jadi marilah berpisah saja. ( sukati i je ) . Bukan pasal duit lah tapi sebab i rasa tak leh kawen kot sebab tu takdir jadi macam tu i sendiri rasa i bawa suewww lah. Takde ong lah .


Fresh grad lagi kaya masa tu. Susahnya i tak tahu la perlu tulis kat sini ke tak kesusahannya tapi sampai tahap tidur masjid la sebelah bilik jenazah. Kira tolong jaga masjid sekali , tolong cat masjid . suami i mau benci ni i tulis sini dia memang tak suka tapi i nak cakap pasal reality hidup ni.   Dia ada family tapi dia sendiri yang perangai malu tak tentu hala dgn family . Kalau i susah, i lari family dulu hihi tak kisah la malu ke tak.

Jadi sesaatnya mak i kata "hang nak kahwin sangat kahwin lah namee !" . Masa tu i terus cakap kt suami..kahwin ke tak ni. Then he said yes tapiiii duit wuuuuuuuuuuuu. Masa tu baru dapat surat nak kerja . Gaji basic after tolak2 ada la dalam seribu lebih. Seribu lebih , yes.


 Kereta xde 
rumah xde 
baju baru xde 
barang mewah xde
barang kemas xde
handphone mahal xde
 simpanan xde. All xde. ( simpanan habis support life masa ssh)

 2 bulan before kahwin, i cuba2 loan dapat la kereta satu itupun i kerja online dan sendiri susun kwsp sendiri . Lepas kahwin stay dengan mak, tu pun malu and husband i terperuk je, sampai pregnant kan Adam. 


Ni phone i dulu sampai kahwin. di saat korang canggih2 selfie dengan samsung android baru ..i masih active game snake. wawawawa . I ada handphone canggih tu pun masa Samsung bagi selepas setahun kahwin. I tak sedih langsung kenang zaman dulu, sebab kalau i tak lalui zaman tu mungkin i bukan yang sekarang. Sekarang macam mana ? Sekarang apa2 ok saja . eh tapi toilet lumut takleh :( 


Tapi sampai i bersalin Adam , masih duit cukup2. Persiapan barang baby , ala kadar saja. 
Kira belum sampai hujung bulan duit mmg gone dah tak belanja pun takde benda mahal. I hafal nama2 captain yang tolong kami bg pinjam duit RM300 RM200 bila nak sampai hujung bulan. This is reality. Semua orang, semua family akan ada kesusahan masing2 dan struggle masa awal kahwin. Bukan awal kahwin, semasa kahwin, after kahwin pun akan ada kesusahannya. 




Macam mana kak namee handle saat saat susah ? Sometimes tak boleh jadi kuat untuk partner..


Lumrahnya, nak percaya atau tak.... hidup ada turun naik. Mungkin sekarang kaya senang, esok susah. Ada yang nampak macam takde potential, tapi in future kebaboom. Kisah paling dekat, Jack Ma. I memang inspired gila dengan kisah dia. Bukan la nak jadi billionaire macam Jack Ma tu tapi kisah dia tu very inspiring on how people really look down on him..muka plak macam tak siap gitu hahaa apply kerja KFC pun kena reject . Ada yang nampak mewah bergaya, tapi financially kita tak tahu. Mungkin hutang keliling pinggang .We never know susah orang. Silap2 kita ynag rasa kita susah sangat ni sebenarnya we are doing okay. cuma cukup2.



Trust . Percaya lah rezeki ada. Masa i takde kerja mereput sebab duk pregnant and tak tahu hala tuju....i dah fikir dah . Aku mesti bangkit ! Tetiba macam iklan Milo. I mean masa tu i nampak potential business online masa tengah habiskan master. Tapi kahwin ni sikit2 akan ada rezeki sikit2 masuk. Tak drastik tapi ada, contoh dulu boleh makan satu lauk skang boleh makan 2 lauk. Takde la kahwin terus tetiba drive Lamborghini. Tapi boleh nampak la sikit2 . alhamdulillah.

Selagi usaha, mesti ada hasil . I paling2 percaya benda ni. Selagi usaha, mesti ada hasil. Usaha usaha usaha usaha. Biasa la kadang manusia  rasa gv up tapi  give kejap je dah pastu bangun balik.

Macam mana handle saat susah. memang i tak berbelanja apa2, sambil tu cari jalan jela nak beranakkan duit kt mana lagi. Sekarang pun i takde la mewah sangat, masih sederhana marhaen saja tapi better life. Sekarang pun since Adam Noah sekolah mahal gila yuran sebab special school dengan therapy sekali..memang i push diri masak untuk budak2 ni hari2 tak skip . cuba kira kalau makan luar untuk 4 kepala, sekali makan dengan air rm50...3 kali makan ? 150. 150 darab 30...4500. Zaman yuran anak x mahal sgt boleh la, now i cermat gak. Kalau dulu ada lebihan gaji i sendiri, now so sad. Susah yang berlainan situasi . Kita susah macam ni, orang lain susah kematian suami tiba. hilang anak2 tiba2. Partner sakit tiba2. I paling worry jika i sakit tiba2 masa tu susah and dugaan lain pulak. Nak ke partner ke jaga kita.


Sebab kita dah kahwin and jadi partner for life....mesti kuat dan mesti boleh kuat. Kita kuat, partner pun kuat semangat. Lagipun bila kita dah pilih orang tu, means kita dah ikrar lah susah senang sama2. Macam mana susah pun kena tempuh .

Untuk sis , mesti boleh punya. ayat typical manusia biasa lah banyak2 doa , banyak bersabar. Tu nasihat typical sangat hehe. Semua orang lalui benda sama. Bila dapat tempuh tu nikmat dia aum sangat. 

Tapi i memang percaya

trust pada rezeki
usaha sampai hasil
tak dengki
positive
anak bawa rezeki walaupun pampers mahal hihi
nampak kelainannya bila solat dan doa

For me, indahnya bila kita tengok sesuatu tu grow. Macam letak biji kacang kat kapas basah pastu esok jadi taugeh pun jakun kan. Camtu la life. hihi

Hidup umpama taugeh. pastu masuk dalam mihun.

Toodles





Baby Baru

$
0
0
Hi

Baby baru. I ingat i sorang je jenis malas bersiap. Masa jenama luminous jual set Flawless Treatment Foundation with lip n cheek stain...terkejut . Ramai suka .  Jual sendiri sebab luminous tak buka agent masa tu. Ramai rupanya spesis nak bersiap tangkas laju pantas. hihi. So dari situ mmg nampak la populasi wanita zap zuss zass ramai. Ingat smua jenis makeup nak contour2 duk cermin lama2 hihi.






Then after that masa Luminous buat makeup kit pun sama, set tu terjual dekat 3k unit, i sell alone. Maybe bg brand lain tak byk unit i sell tapi sebab i sell sendiri so its quite positive.insyaAllah.

Jadi dengan itu...terlahir lah baby baru ni sebab ramai suka set pantas !

Ramai suka set camni..

Ramai yang tak suka makeup pun ada, tapi nak nampak glowing sikit. dulu i kagum tengok Uqasha Senrose nampak berseri je dia pink pink, rupanya sikit warna pun main peranan. Sikittttt je dah nampak berseri. Terinspirasi terus nak buat express makeup kit macam ni. I kalau tak makeup cam pale je ..bibir pun dah pink pudar haha. 


Dalam set ada...

2 steps and there u go ! Fabulous glowing skin. 😍😍😍 

💄Selfie Ready Stick Foundation with Brush . Ada berus lembut sekali senang !
💄Kiss and Blush Pigment . Pink pink pipi and bibir ! Bukan macam lip matte yang keringkan bibir  tu. Ni sedap2 je dia kat bibir and pipi. Tak minyak. 




Are u selfie ready gituuu. hihi

Ni set nak pink pink macam Uqasha Senrose . 




Foundation ni ada stick sekali. Formula dia tak oily ! Kalau guna takkan rasa minyak atau greasy . Effect macam pakai bedak, tahan sampai ke petang. Tak kelabu ! Memang rnd untuk skin orang Malaysiaa. hehe












@nameeroslancosmetics dah open untuk agent and stokis. Marketing HQ akan sediakan tiap bulan dari segi video , material, gambar semua lah ! So senang untuk squad @nameeroslancosmetics .

Ni customer bg feedback hiks !



Pengambilan agent pun modal kecik je. Set ni memang set pantas bersiap. I namakan dia EXPRESS MAKEUP KIT . Memang best hihi. Taknak cakap lebih2, kalau berminat nak jadi agent atau stokis boleh terus contact 

Kiela .... 019 687 9303





Boleh tengok2 kat instagram and facebook @nameeroslancosmetics jugaa !








Therapy Adam Noah Speech Delay

$
0
0
Hi

Asalnya i tak tahu umur berapa yang budak kecik patut cakap. Makanya bila Adam Noah makin membesar masuk 3 tahun pun masih cakap bahasa baby. Tapi i rilex rilex sebab adik beradik i semua jenis cakap lambat 4 tahun lebih baru cakap (asik ulang ayat sama je kan kahkahkah nak salahkan genetik jugak tak kiraa tak kiraaa *hentak kaki ). Lambat betulll nasib semua jadi manusia gak skang herherherr. Entah la, ada yang cakap parents zaman skang yang risau lebih2 tapi yelaaaaa mesti risau la kalau tak reti cakap dengan clear then macam mana nak ajar membaca and deliver message dengan jelas. Wah gitu.



Kalau Adam tu, i mak dia memang hari2 dengan dia boleh faham la dia nak apa. Nanti kesian dia kalau sekolah macam mana. wuuuuu laff u Adam idung kembang. Tahun 2018 my main target ( salah satu target dalam hidup ) is nak repair Adam Noah ni. On 2018 extra focus on Adam Noah . Sekolah khas.

So ni few benda yang i nampak Adam Noah deliver kat rumah so i share sini manfaat nya waww macam jual produk uols..Hantar sekolah khas and terapi luar mmg mahal kebanyakannya so i share sini so sama2  kita dapat benefit ok. 


Ni antara benda yang i rasa helps juga la . Sila cuba , boleh nampak perubahan punya. alhamdulillah and insyaAllah selagi usaha.



1) Flash card
- oih pelik gila kan ada mak bapak dari anak still baby lagi dah flash card dengan anak.Ganas. Tapi sumpah benda tu membantu. Adam jenis speech delay yang kurang perkataan apa lagi ayat. I dulu rajin je baca kan buku words at Adam tu tapi entah ler maybe sebab faktor genetik juga la kot Adam Noah speech delay ni.




 Jadi kalau banyak word dia tak boleh sebut, then how to form a sentence kan. Jadi i kenal2 kan la dia dengan banyak flashcard yang Adam ,Noah minat lah. Macam Adam minat animals, so bagi flashcard yang monkey, tiger , lion , penguin semua lah. Praktis lidah diorang sebut benda2 yang diorang minat nak tengok dan sebut. Flashcard sangat membantu. 

Sebut memang pelat2 tapi makin lama makin clear. Noah i bg flashcard abc je.

Kiranya flashcard ni untuk familiar kan anak korang dengan banyak words and sebutan asas yang dia minat untuk sebut. Ok bebeh muahh.




2) Sign language 
- bila speech delay, memang susah sikit nak bagi dan terima instructions . Jadi boleh guna sign language. Macam nak bagitau anak TIDAK BOLEH , so sign language nya GELENG2. Macam makan sedap  so gooodddddd tunjuk THUMBS UP . 

Do you want to eat ? ......sambil tanya buat la sign suap tangan kat mulut tu maksud nak makan tak ?




3) Label barang & Boleh cuba fridge magnet
- kaedah label barang ni bagus . Nanti dia tunjuk dia nak apa , time dia tunjuk dia nak apa korang boleh mention terus . Contoh dia tunjuk apple "oh u want an apple ?" . Lama2 dia pun sebut la. Kadang tengah makan roti ke apa...sebut la roti . Ini roti. Adam makan roti. Terpulang lah korang nak bahasa english ke melayu ke tapi kalau boleh focus satu bahasa dulu untuk kenalkan words. 

Fridge magnet kalau dapat jenis fridge magnet yang sama serupa barang dalam peti ais lagi bagus. Dalam peti ais ada telur, then cari telur fridge magnet telur. Gitu. Tips ni i dapat dari kawan. 




4) Main olok2
- main olok2 . Tau tak main olok camne ? hihi. macam korang main dengan Barbie cakap2 dengan Barbie korang tu la. Yang laki pulak main robot lawan2 terbang sana sini siap ada effect bunyi dush dush. Main olok macam main kawen2 la. Macam Adam suka animals, duk usung la kehulu kehilir dia punya animals. Paling sayang patung Cheetah dia sekarang, tidur pun pegang Cheetah dia. I selalu la amik Cheetah dia tu olok2 bawa lari bantal busuk bulat dia tu.

Cheetah take Donooo..oh no .Cheetah want to eat Donoo ! ....sambil olok2 Cheetah usung Dono dan bawa lari Dono dia tu. 

Main olok2 ni budak selalunya respond and reacted balik dengan dialog . No cannot no cannot. Benda tu sikit2 ajar dia sebut. 

Dono tu nama bantal busuk dia. Actually bantal busuk dia tu is napkin yang membaluti bantal bulat Doraemon. Adam nak sebut Doraemon tapi lidah tak sampai jadi la Dono. Jadi i namakan saja bantal busuknya Dono. haha




5) Repeat soalan sama n word sama setiap hari
- i perasan sejak2 masuk sekolah baru ni ...Adam selalu tanya i soalan sama berulang2 kali..Buat permulaan ni biasakan dengan soalan basic and sama pratktis sebutan bagi jelas. Ni dari sekolah la dia belajar, i sambung kat rumah je praktis hehe.

Mommy, where the bird ?
Mommy, where is the tiger ?
Mommy, where is the cheetah ?
Mommy, where is the monkey?
Mommy, where is the cat ?
Mommy, where is the dog ?

Mula2 masa dia tanya tu i blur la nak jawab apa kat anak aku ni . nak jawab betul2 ke main2 ni hahaa. Then masa i terpaku jap fikir jawapan nak jawab mana Cheetah dia ? Adam jawab dulu, mommy Cheetah sleep , tiger sleep . dog sleep. cat sleep.

Then hari2 ulang benda sama yang Adam minat nak berbual or ajak bercakap. Then now bila dia tanya i bagi la jawapan lain. Cheetah run ! 

Kadang datang mood sasau , i main2 jawab je Cheetah poop preettttt ( sound effect cirit birit ) . hihi gurau jaaaa.





6) Straw . Latihan otot mulut



- Apa kena mengena benda alah ni ? Sape dulu rajin tengok Diary Akademi Fantasia time diorang tengah praktis vokal tu ? Kan  ada buat senaman buka mulut la sembur2 mulut la. Tu macam praktis and kuatkan otot mulut. 



So korang beli straw yang fancy cenggini, suruh anak korang sedut2 air .


Then boleh jugak guna straw biasa and main2 tiup kapas ke.


Atau buat la air cincau ke apa atau air ada biji2 cool blog tu....suh anak korang sedut2 kunyah. Macam main game la, sape sedut dapat biji dia score point ! Gitu. Asal anak korang excited nak main and xtahu sebalik agenda game tu ekekek. Kalau diorang tahu , nanti malas nak join amboii. 

Apa2 la yang creative asal otot mulut anak korang bergerak ! ok bebeh.

Ni antara yang i dah cuba home therapy lah. Mudahan Adam Noah cepat sikti cakap lancar nya sian i mereput bila la nak dengar anak i cakap mommy pretty ke beautiful ka gorgeous ka. hahaa

Bye 

Toodles







School Trip With Adam ,Noah

$
0
0
Hi





I tak tahu pun A Famosa ada resort ke , Safari ke apa benda . haha. Bila sekolah Adam Noah buat school trip ohhh "Puan kita ada school trip ke A Famosa " . I pun ye ye jela ok i join tanda support and saja nak Adam Noah happy2 . hihi Ingat A Famosa yang Alfonso De Albuqurque tu je alaaa seretttttt kakiiiii. Rupanya ada resort and safari theme park sekali. Best wey A Famosa Safari tu...bagi i best la sejenis manusia simple cam i ni. Masa nak masuk tu tak excited mana la sebab expect macam zoo jela ada binatang hehhh. Get ready for the smells what the rock is cooking je la. heeeeee


Adam Noah masa sampai pun takde mood. Yang Noah muka malas layan je .Yang Adam tak sabar nak masuk. Tak sabar sampai bad mood ahahaaiii la Adam ni.





Satu benda i suka the most, tempat dia bersih . Bau kurang sangat. Eh lupa, PALING suka sebab tempat dia shaded dengan pokok2 so tak la panasss i tak la hitam terbakar haha. Eh bagus la tak panas, anak tak la peluh teruk sangat n meragam .

Bersih . kurang bau bauan. Yela semua najis pun of course berbau tapi kalau jaga kebersihan takdela bau sangat. Gitu. Begitu la perumpamaan A Famosa Safari ni. Kurang bau. 



Ni melawat ayam. Hek eleh ayam je pun kann...tapi bila tengok banyak jenis ayam rupanya. Ayat negara Arab lain. ayam mat saleh lain. Dada macam pergi gym ayam mat saleh. 



Baru nak puji ayam ni, baiknya tak larii anyonyonyo...pastu nampak kaki kena ikat. Patut la hehhh. Tarik balik pujian .


Wow segak u gi gym ke . 











 Lain negara lain ayam nya. So mak pun jakun lah tengok.



 Ayam pun tahu masa pukul berapa ? Tak payah Gshock Daniel Wellington...auum.






Ni tempat reptiles . Segala jenis reptilia dalam ni. Kecik je tempat yang bersangkar macam ni. Takpe kecik asal bersih and banyak pokok2 nak jalan tak panas. pheww takdela anak nak balik copek nanti. Sebenarnya i yang nak cepat balik kalau panas dan berbau. heeeeee




 Ni apa... buaya eh ? 




Tidur je keja. Buat la strip dance sikit.



Eeee comel. Yang duk berkumpul dalam bakul tu geram tengok. Rasa nak picit sekor sekor.



Anak ayam. Dalam bahasa omputih chick kan anak ayam ? Banyak. comel. Kalau pijak tak pasal. Ingat takleh masuk rupanya bolehh.Boleh bg makan sekali.


Adam kalau dia ada toy memang dai treasure sayang betul2. Bawa and simpan dalam beg nak bawa g mana2. Kadang kalau tertinggal ke cicir ke memang sian tengok..sedih bebenor.
Sejak2 i cuba ajar beli Mc Donald Happy Meal asyik laaaa ajak i pergi Donald Happy Meal Toy...tak larat dah beginiii nak explain kenapaaa tak boleh get happy meal everyday . Nak explain dalam nada lembut tapi tegas so complicated last2 i berlakon nangis je wewewewe Nah nak sangat happy meal toy .....amik nah!




Pastu boleh tengok2 arnab . I suka concept A Famosa Safari ni , boleh feed animal tu. Macam arnab ni boleh la tengok dia keluar dari lubang tempat dia tinggal . So budak terus boleh belajarr oooooo begituuu beginiii. 





Lepas tengok ayam, pergi tengok gajah perform pulak. 




Punya la besau gajah. Adam dah la takut gajah tapi layan jela ekk Adam. Mama dah bayar tiket jangan nak macam2. wahaaa



Noah macam biasa...very bossy one.



Agaknya camne la diorang train gajah gajah ni. Diorang siap buat sketsa lagi gajah tu berlakon mati lah. So bila scene gajah mati, elok pulak gajah tu baring berlakon mati pandai gila. 




Tengok ni siap pegang ekor masing2 seiring dan sejalan. 


Habis performance, main2 sembur air pulak kat audience. amboi biasa dia tu .




Kalau tengok  binatang yang kecik2 and tak ganas ...area nya kecik je . Yang best nya bila naik truck ni. Bawak merayap tengok kawasan tiger, lion, rusa and binatang2 besar la macam kerbau ke apa benda. Tapi tengok kawasan bersih and memang terjaga.


Well planned gituuu.




Ni dalam truck la. Naik truck best dah cuma nak beratur laamaaa kalau budak mesti x sabar nak beratur. Lama gak la tunggu and ada budak dah amuk2 tak tahan sabar dah last2 tak jadi naik. Ni je kot yang i rasa leceh sikit.,



Tapi dah dapat naik truck happy lah. 




 Singa wanita. Boring la tu kena kurung.




I suka tempat dia. Macam dalam cite Jurrasic World gitu....nak masuk kawasan binatang bahaya...ada gate semua. Canggih. ekeke . Memang design macam habitat binatang ni lah. 


Tiger .




Ni rusa ke ? Nak cepat2 snap photo sebelum truck jalan. Nah amik lah view bootylicious. 



Dalam truck.




Flamingo . Eh ? haha i pun  tak ingat. Yang i ingat Diana Danielle and Farid Kamil kawen kat hotel flamingo ampang heeeee





Dalam truck . Suka tengok budak2 ni happy. Senyum banyak manissss.

Dah settle pusing naik truck..kita berjalan jelaa...



Kambing. Omeyy. Rasa nak peluk. Jinak betul dah macam kucing persian. Sondol2 kita. Ada booth jual  sayur potong nak feed binatang . Seronok la boleh bagi makan anyonyonyooo. 



Adam mula2 berani lepas tu terus raver




Manja. Geram tgk kambing ni duk sondol2. Rasa nak sedut perut dia .




Noah dah play safe dah hahah memang kejung je kat stroller tu .






 anyonyonyo...






 Nak bagi tapi kambing tak sabarr....naik takut Adam haha.



Biasaa dia tuu.



 My sister and her daughter . I masuk sekolah baru ni sebab kakak i suggest la. Tapi tengok mmg Adam Noah banyak sgt development. lagi2 bab speech !






 Cikgu2. hehe



Em tu malas berdiri sebelah kakak i. i nampak gabak. Orang selalu ingat i tinggi padahal tak pun hahaa. Memang dikelilingi oleh manusia2 tinggi 150 cm less than 156 cm. 


Ni panggil apa entah..macam ada show laaa. 


Sayang Adam. Sayang Noah cuma pic Noah tak banyak. Dia sibuk main stroller dia je. 

Baru mengumpat Noah kt caption atas haha sorry Noah cukulat. 







Ok dah Anak i dah cranky gila dah padahal ada lagi 2 aktiviti best . Banyak lagi tapi sebab diorang dah penat i balik je.


Nah bawah ni harga tiket and aktiviti yang ada. 





ADULT (Age 13 & Above)
  • Safari Wonderland : RM49 (RM88)
  • Water Theme Park : RM38 (RM58)
  • Old West (Cowboy Town Carnival) : RM30 (RM59)
  • Safari Wonderland + Wild Combo : RM63 (RM107)
  • Water Theme Park + Wet Combo : RM53 (RM77


CHILD (90cm - Age 12)
  • Safari Wonderland : RM35 (RM76)
  • Water Theme Park : RM33 (RM46)
  • Old West (Cowboy Town Carnival) : RM26 (RM48)
  • Safari Wonderland + Wild Combo : RM53 (RM95)
  • Water Theme Park + Wet Combo : RM49 (RM65)

Inclusion
Safari Wonderland
• Elephant Encounters
• Multi Animal Fun Time
• Color of The Bird
• Wild Wild West Show
• Safari Adventure
• Monkey Island
• Farm House
• Walk Thru Area
• Orang Utans of Borneo
• Reptile House
• And More ( Capybara, Flamingo island, etc)

Water Theme Park
• Arabian Village
• Kids Aventure Pool
• Family raft
• Wave pool
• Sandy beach
• Lazy river
• Hula Hula
• And More 
Old West 
• Carnival
• Red Indian Show
• Firework
• Children theme park

Safari Wonderland + Wild Combo
• 1day pass to Melaka A'Famosa Safari Wonderland with inclusion of meals and drink


Toddles :)

Tetamu Paling Tak Diundang

$
0
0
Hi

Sobs sobs. I jenis manusia yang bukan skin korea. Yillek. Nak kena jaga betul2, then baru dapat kulit bersih bebas jerawat parut ( kalau ada titik2 tu means i tak displin).   So far i dah experiment selama i hidup ni, nak jaga skin bagi bersih simple je...


Begini.....


- mesti dapat skincare product yang memang sesuaiii dengan skin korang. Once dah dapat yang serasi jangan gatal nak tukar2 tau. Kalau taknak setia, means sendiri amik risiko. gulp.   nikmat apa yang ku dusta kan . entah.


- bangun pagi, jangan leka buat benda lain. Terus cuci muka dan apply skincare korang tu. Tahu tak kenapa ? Sebab masa kita tidur, kulit rembeskan minyak yang berlebihan kat skin so minyak brlebihan boleh buat tumbuh jerawat. . Bangun pagi terus cuci muka ok jangan sibuk scroll ig dulu. hehh


- dah makeup , kena cuci guna makeup removal. 


- sebelum tidur, wajib cuci muka dari kotoran dan cuci makeup dengan bersih dan apply skincare kita.


Tu je la cara i. Kalau time sekarang i ada jerawat2 tu maksudnya i tak displin . Ada la terbabas terlelap tak apply skincare. 



Salah satu jenama yang i selalu dengar feedback positive adalah Hiruscar ni sebab memang diformulasi kan untuk masalah jerawat. Paling takut ada jerawat dan mimpi ngeri jerawat belum reda lagi dah perlu risau pasal kesan selepas jerawat pulih. Parut namanya. Tetamu tak diundang dua dua nya.


Oleh sebab itu lah, Hiruscar bijak keluarkan produk yang focus secara rapat dan teliti untuk 'anti acne' (semasa acne timbul) dan 'post acne' (selepas acne ) .


Dua gel yang paling laris by Hiruscar.


- HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel

- HIRUSCAR Post Acne Gel




Kenapa ada dua gel ? 

1) HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel

2)  HIRUSCAR Post Acne Gel




1) HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel

Acne ? Benda pertama yang i fikir bila ada acne is please please please harap tak lama la u datang. Sila go away, bila ada acne timbul titik2 merah...segan nak cakap tengok muka orang . Rasa macam orang perhati jerawat i nasi putih tersembul. hahaa . So untuk yang jenis ada acne bintik kemerahan , boleh guna Hiruscar Anti Acne Spot Gel. Apply kat bintik2 acne, then biarkan kering. Boleh makeup macam biasa no problem sebab texture gel cepat serap untuk kerjakan acne tu.  Kesan boleh dilihat seawal 2 hari . Dalam masa 2 hari je boleh nampak jerawat merah mula kering and kecut.


- mengecutkan jerawat
- mengurangkan kemerahan jerawat
- mengelak jerawat dari menajdi parut 
- mengelakkan dari jerawat baru timbul



 Ini lah dia Hiruscar Anti Acne Spot Gel tu. Gel untuk menghapuskan acne bintik bintik merah yang kita paling benci.





Texture dalam bentuk gel. Gel jernih .



Ni lepas i ratakan gel. Terus serap masuk dalam kulit ! Bagusnya is bila guna gel ni, jerawat baru takkan tumbuh lagi kat tempat yg sama. Mengelakkan jerawat yang ada tu meninggalkan parut. Benci parut kan !





2)  HIRUSCAR Post Acne Gel

Lepas ada acne, takut apa lagiiii ? Parut lah of course ! Bila ada parut , macam2 masalah lain lagi. Nak makeup susah, muka nampak semak je bila ada parut lagi2 jenis parut yang gelap. Nak cover guna makeup pun perlu apply makeup yang tebal. Sigh.

Maka dengan itu, sebab tu adaaa HIRUSCAR Post Acne Gel pulak. Gel untuk selepas acne pula ! Pudarkan parut yang sedia ada dan cela2 jerawat baru . 


- pudarkan parut lama
- elakkan parut baru dari jerawat baru
- hilangkan bintik2 hitam 










 Dalam bentuk gel dan mudah serap !



Senang bila ada gel yang mudah serap dalam kulit. Tak banyak pantang larang. Masih boleh makeup macam biasa. Boleh digunakan bersama skincare kita yang dah serasi. Bila makeup pun, tak nampak macam kita ada sapu krim jerawat atau kesan melekit. Padahal di sebalik makeup tu, Hiruscar gel tengah buat kerja merawat jerawat dan parut hihihi !


Formulated for sensitive skin !

Happy kan  bila dah pernah dapat kesan positive dari produk Hiruscar . Excited bila dengar Hiruscar dah ada set skincare lengkap ! 

Tambah lagi dua produk by Hiruscar. 


- Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser
- Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum 





Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser
- membersihkan wajah dari kotoran dan cela !









Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum 
- serum yang membantu untuk menghaluskan pori dan melembap kan kulit ! Apply dua kali sehari !















See , simple kan set skincare Hiruscar ni ! Tak payah apply banyak benda. Sesuai untuk golongan busy. Kalau skin banyak masalah kan, kena apply macam2. Tapi fir Hiruscar tak perlu. Setiap item dari Hiruscar ada power tersendiri !





Kalau berminat nak cuba, boleh dapatkan produk Hiruscar di seluruh farmasi yang berdekatan !


Toodles !



Bercuti Tanpa Anak . Kejam ke I ?

$
0
0
Hi 

Isu bercuti tanpa anak. 

Pernah  sekali i dapat komen masa my first trip solo to Tokyo ( dengan suami sekali i tinggal ) , "tak bawak anak ke ?Takpe ke tinggal anak?".  Faham2 je lah apa maksud komen tu cepat pikap tau i ni . Dah jadi mak tu , ramai jugak rasa tak masuk akal tinggalkan anak. Sesuatu yang ridiculous gitu.




I pernah few times lah pergi trip tinggalkan anak, dalam 4 kali macam tu . Itupun perihal kerja yaaa i semuanya kernaa wang ringgiittt hahhh hahhh ahhhh gelak puaka tapi jangkamasa paling lama masa i pergi Tokyo and Hokkaido haritu lah. Jauh pulak tu . Sebelum i dapat offer pergi Tokyo tu dah 3 kali i dapat offer yang sama ke Jepun untuk pergi sponsored trip cuma i pun spesis yang merasakan "takpe ke tinggal anak lama2 ni ?" jadi i tolak offer2 sebelum ni. Sebab rasa "takpe ke tinggal anak ni ?"jadi i berhuhuhu saja lah. Taktahu macam mana nak pergi jauh tinggalkan anak. 

I kawen zapzuszas and kami kawen memang takde atur pre wedding shoot ka , bachelor party ke , post wedding shoot ke apa lagi fikir nak honeymoon mana2 . I bukan jenis yang berjimba bersama rakan2. Spesis terperuk. Lagi lepas ada anak siang malam 24 jam anak saja. Lepas 3 bulan kahwin terus pregnant kan Adam. Pantang tak teratur, emosi tak betul, stress dengan sambung study , kewangan. Adam 3 bulan , i dah pregnant kan Noah. And i pulak jenis ada murung. Murung menjadi2 . As things developed pun I rasa kosong. Makan minum pakai cukup pun rasa kosong. Rasa penat. Dulu masa Adam Noah kecik2 kerap jugak i nangis sorang2 sebab rasa restless . Maybe tu tanda2 kemurungan post partum. 

Kemurungan lepas bersalin adalah benar yaaaa. Bukan dongeng. Salah satu sebab i tak ready nak pregnant lagi sebab i takut nak lalui perasaan tu lagi. Tekanan sangat. Pernah la rasa nak terjun dari balcony rumah ni ingat lagi masa tu Adam nangis, Noah pun nangis and i sorang kat rumah. 

Masa tu i rasa 

lesu
tiada kegembiraan 
rasa diri tak berharga 
tak fokus
menangis tanpa sebab
insonmnia ( penat tapi susah sangat nak tidur )

Saya manusia biasa saja.


Kalau dulu i selalu la tulis kisah suka duka i kat blog ni. Dikurnikan Adam Noah memang satu hadiah paling besar lah untuk i walaupun dulu i konon fikir modern xnak ada anak langsung. Tapi lepas ada anak, memang tetiba ada hala tuju hidup hihi of course jadi matang. Diorang banyak ubah i, yang for sure im not a cry baby anymore lah, , jadi lebih kuat tanpa perlu makan muntah sape2. ( sape xtau cerita badang xtau lah nak kata apa ekkekek) .  Segala kerja kuat untuk Adam Noah. Memang takde 'me' time langsung. Masa i tak active jadi blogger join join event, takde niaga, tak jumpa orang lain..siang malam kat rumah je. Rasa macam tersepit sangat. Bahagia tu memang bahagia tapi rasa macam restless sangat. Ni bukan ayat tak syukur, kalau ikutkan i rasa cukup je dah apa yang ada .. 


Anak2 memang rapat dengan i walau ada time i garang strict. Maybe sebab anak lelaki. Dengan bapak rapat jugak but ada time nya. 
sampai skang pun i nak makan masih meriba anak2. nak makan sampai kenyang tu kurang percentage nya.
kalau pergi mana2 pun masih berdukung Noah tu
dua dua masih clingy sampai kalau pergi grocery shopping pun i xleh ikut atau i keluar dari kereta kemudian  sebab bila Adam Noah tahu i ada mesti diorang jadi manja boy again. 
now plak fasa dua dua kuat bergaduh bergusti
kalau dalam kereta berebut sepit2 mak nya. Bangun dari pagi urus anak sampai malam . Kalau diorang baring, diorang akan make sure i baring sekali "mommy come shleepp" Selalu jugak sampai i tak sempat nak duduk pun. Lepas satu satu bergilir2. Nak kemas dapur cuci pinggan pun kejap2 ada kes . Dua dua memang manja. Tak dimanjakan spoil  tapi memang manja. Balik kerja settle hal rumah pulak. Siapa yang biasa urus rumah, faham la kerja rumah apa yang biasa kena buat. 



Bukan complain. I sangat bersyukur digilai jejaka2 kontot ni . rasa disayangi. I rasa happy je cuma anggap saja lah i ni manusia biasa yang need to recharge. 


Ada time I selalu terdampar , eh guna perkataan terduduk jela hahaa sopan sikit terdampar macam badak sumbu je. Ok back to the topic...i selalu la terduduk sandar kat sofa and tenung ceiling lama2...sebab rasa lesu. Menung lama. Rasa nak menyendiri kejap. 


I tak tahu lah orang lain bila stress jadi macam mana. Mungkin jadi suka tidur, mungkin jadi mengamuk kat pasangan. Kalau yang jadi mengamuk tu, kesian kat partner lah kena baling2 barang semua. If dapat partner penyabar memang terbaik lah tapi personally i rasa golongan yg jd mengamuk ni semuaaa sebab stress so mmg kena take it seriously lahh. Ikut masing2 lah hormon tu ubah korang jadi macam mana. Tapi dulu i jadi  banyak menangis lah. KAlau i rasa penat i akan termenung and lebih suka passive. Nangis la kadang duk tepi sudut sorang nangis kejap2 sebab stress masa awal2 nak biasakan diri ada dua babies yang dua dua nak kan perhatian and kita memang stage perlu teliti jaga dua dua. 

Masa dapat email offer sponsored trip pergi Tokyo  tu i terus cakap lagi kat partner. 

Kalau xde sponsored trip ni mmg i tak pergi mana2 tinggalkan anak jauh dan lama. Masa tu kali ketiga i dapat pelawaan untuk bercoti2. 2 kali sebelumnya i tolak la sebab anak kecik lagi pun . Masa kali ketiga pun anak kecik gak hahaa tapi entah masa tu i rasa macam nak time kejap. Anak of course pd tangan yg boleh dipercayai. Thank u ma pa and others. 



nah buat kenang kenangan masa i di Tokyo. Pertama kali tinggal anak suami. I nak keluar single boleh tak ? Raff Yakob . hashtag tetiba.  Tengok negara luar. 5 hari. 










Trip kedua away pun sebab kerja. Kerja yang sambil bercoti2. Kalau tak, memang i tak pergi. so pasni if takde sponsored trip kerja memang tak la i pergi mana2 jauh2 tinggalkan anak. eluang haha. 

Rasa awkward masa sorang2 kat sana sebab dah biasa bangun pagi kelam kabut. Ni bangun pagi, tetiba sorang dalam bilik. eh aku perlu urus diri sendiri sahaja. Kalau tak i lah paling last diuruskan. Dah paling last bersiap, masa bersiap Adam Noah memang akan ikut je i pergi mana2. haha. i buka almari amik baju, diorang pun pilih2 sekali. 

Masa away, of course rindu anak2. Bila balik dari trip rasa macam bunga2 sangat nak jumpa diorang. Tapi bila balik tu ,macam mood baru semangat baru . Dulu i pelik nape bestfriend i suka sangat travel lah , daki bukit lah....rupanya memang boleh bagi nafas berbau baru. Mak i selalu cakap anak i takde nakal pun bila i takde. Selalu budak depan mak xtau nape nak extra stunt. 


Sebenarnya issue bercuti ni macam 'me time' lah. Tak semestinya bercuti lama2.... pergi wayang kejap berdua dengan partner pun dah 'me time'. Terpulang masing2. Terpulang pada apa yang korang lalui harian. 

Gi spa ke, pedicure manicure ke, facial ke, salon ke , tengok wayang ke, nak ciriti birit dalam toilet lama2 ke, sukati korang lah. Lain orang lain kisah, lain yang dihadapi harian. Skang kalau i penat kerja stress ke ..pergi salon belek2 melawakan diri pun happy dah. Buat benda yang korang suka lah. 

2 jenis bercuti

Cuti dengan partner. 

For me penting gak kadang2 honeymoon laki bini berdua tanpa anak. Sebab each marriage akan lalui zaman terlupa dah nak teliti partner masing2 sebab so busy dengan anak2 lagi anak2 kecik. Tiba2 lupa kenangan manis masa mula jatuh hati. Nanti tetiba honeymoon  rasa partner korang lawa emsem. Fasa hambar namanya.  Yang ni i taknak ulas sangat lah (  tak layak ulas ). Sape dah kahwin ..u know la. If x bercuti pun, buat banyak benda sama2 pun fine dah. Wayang .  I pernah je gi Sabah (kerja ) and Penang dengan husband konon macam nak spend time sama2 tapi maybe kami dua jenis lagi suka jalan dengan anak. Kalau jalan berdua tu macam emmm entah rasa macam nak ada anak juga. Tu cakap setiap orang lain routine. I hari2 ngadap muka dia. Macam haritu i baca Fatin Liyana kena kecam sebab bercuti dengan suami tinggalkan anak. Tengok la kes dia macam mana, dia doktor... suami dia doktor . Tahu lah orang keja doktor if dapat tempat kerja lain2. dah berjauhan. Jadi relevan lah dia honeymoon tinggal anak kejap untuk sweet2 dengan suami kejap. Why all sisthur kecam.  Tengok situasi masing2. 



Bercuti sorang
Haa ni yang sisthurrr pernah buat. Itupun atas alasan kerja. ( cover diri ). Jadi la 1 tahun sekali sis buat hal . Ingat bukan alasan kerja boleh terlepas dari kandang ke haha. Sedut2 oksigen negara luar. Tapi ni kes kalau kerja la. Kalau xde kerja, xde sape restu sis pergi.


Gitu. Siapa je mak tak sayang anak.  Nak bercuti boleh je setahun sekali ke. Jangan la stress sikit nak away, tu mengada namanya. hashtag mengada. Lain orang lain routine , lain orang lain masalahnya. I pun dah cari masalah. Ahahaiii. 

Perempuan je ke stress ? Laki tak eh. This applied to men also of course.

Ni i tengah taip ni Noah kat riba la ni baring sambil bergimnastik.


Toodles :)






Masa Jadi Mangsa Skincare Mercury

$
0
0
Hi 

Masih ingatkan wajah ini. Ini la rupa i yang sebenar . I jenis skin yang berjerawat sebenarnya . Kalau tak dijaga memang jerawat penuh lah. Blackhead , whitehead , jerawat pasir pantai semua ada. Erghhh. So ada satu time i obses jugalah cuba macam2 produk . Kejap2 tukar and tukar tukar tukar lagi. 


Ini lah dia. Jelita  ? Angguk la pleaseee.





Sampai la satu masaaa i terguna salah skincare ni. Konpiden je pakai ...yang pelik nya, kulit i jadi berurat urat, pastu area tepi pipi berurat, atas mulut jadi berurat jadi macam misai dah aku. Sampai skang i nampak macam ada misai sebab tone atas mulut tu dah warna lain terbakar masa kena mercury dulu.  Bila stop pakai dia akan jadi macam ni...




Sape pernah jadi mangsa mercury dia tahu lah. Memang kulit jadi terbakar kluar biji2 nanah camni kan. Gatall ya amat ! Rasa nak garu kat jalan tar . Siapa pernah kena dai faham lah . And ramai gak dm i tanya pasal masa i kena mercury dulu. 



Nampak tak nasi2 putih tu rapat2. I tengok cermin mesti meremang bulu roma sebab nampak macam katak puru biji2 . Ini bukan air khatira. heh




See , kusangka kan boleh menyorok disebalik makeup yang tebal. I tengah taip ni pun masih seriau sebab biji2 rapat2 . Masa ni punya gatalllll kulit tuhan saja yang tahu. Nak garu kang luka and air nanah lagi keluar so i mampu terkenyit2 jela masa ni. 



Sangat serik. Open pore semua teruk gila. Seluruh muka pulak open pores



Sampai lah i jumpa formula Luminous skincare. Sampai sekarang masih guna. Skin mula elok lepas i guna Luminous formula ni lah. Nak nak activator gel dengan toner, memang tak boleh lepas langsung. 



Ni skin 2 minngu lebih lepas guna Luminous formula skincare.


 Aaa camni nak makeup pun senang. Masih boleh smooth. Open pori semua kecut. 

Ni my face now lah..tahun ini di saat ini...





Selfie cincai2 je haha. Ni skin without makeup langsung. 



Sekarang...With no camera 360.

Now Luminous skincare dah up with new packaging and improved formula. Semua item masih 4 in 1 . Texture semua masih sama liquid cuma kita ada tambah extra bahan and i order lebih bulk so bila order bulk i dapat murah dan boleh la sell cheaper !! yabedabeduuuuu. Dulu harga RM157 , now dah beli bulk and buat set harga RM110 untuk 4 in 1 item !


So for harga pengenalan promo raya now RM100 free postage  dapat free pouch Luminous bag gak. Sapa berminat nak cuba boleh terus order ok muahh. 



Skincare set 4 in 1 ...RM100 sahaja free pos and free pouch bag !

nak cantik2 raya ni tak. hihi


Ni muka i makeup... kira makeup tipis pun ok dah. Overall texture skin i ok dah rata tak bijian. Tengok video di bawah, maaf thumbnail video wajah selenga. 



- Cleanser 30ml
- Toner 30ml
- Emulsion 15ml
- Repair Activator Gel 15ml

FREE POSTAGE
FREE MAKEUP POUCH


Nak order boleh terus whatsApp

016 250 9143




Ramai Nak Dua Dua

$
0
0
Hi 

Namee Roslan Cosmetic express makeup kit dah terjual second batch. Luminous pun dah new packaging n improved formula.

Then ramai request nak cuba dua duaaa. adudu













Jadi dengan itu...


Nah, jangan terlepas hehe !

Nak order boleh terus whatsApp

016 250 9143






Cousin Kahwin .

$
0
0
Hi 

Saat yang dinanti akhirnya tiba haha. Dalam adik beradik mama, mama yang paling awal kahwin then mak long. So kitorang adik beradik jela yang tua n besar sob sobs. Cousin yang lain semua kecik2 kontot sebab makcik pakcik kawen lambat. Mak i kawen paling awal dalam adik beradiknyaa gitu lag ceritanya. Pastu maklong kahwin. Maklong tu my mom punya kakak lah hahaa . So anak mak long pun yang dewasa juga lebih kurang umur kitorang.

Part best dalam family bila dapat berkumpul ramai2 jela . Tertunggu2 kenduri kawen. Selalu tanya mak i , sape lagi nak kahwin ni. Seronok sikit meriah2. Time kenduri kawen family semua mesti ler ada. Last 7 years turut2 adik beradik i kawen. Mula2 kakak sulong i pastu , kak kedua then i kawen. Lepas tu adik lambat la kawen sebab beza umur i dgn dia 5 tahun dah. so skang ni target anak mak long jela kawen. 

Finally ! Suka majlis kawen. hahaaa tapi kawan kawen xde pulak datang semua. bluekk.

Yang pengantin laki tu la anak sulong mak long. Arif Kashani . 2 beradik je tetiba i teringat Adam Noah dua beradik je camne la i kalau diorang kahwin.  Kira masa kecik2 sama kat kampung, i jadi ketua gangster la bawa arif n akmal ni main bakar2 daun  sampai pokok pisang i bakar hahaa. Ahkak taiko la dulu zaman tomboy then i paling tua dalam geng of course i lead mereka ke arah yg benar. harhar



Ni semua cousin la ni. Kontot detected. hahaa semua cousin i kecik2 lagi. Nak tunggu turn depa kawen i dah mereput dah. Kena mula makan collagen 10 biji sehari ah nak vogue di majlis kawen diorg nnti.


Haa ni makcik2 i. Yang belah kanan n paling kiri tu lah yang bela i masa kecik kat kampung. Ajar i makan guna spoon n fork. Ajar goreng telur mata kerbau. Rindunya kampung. Seronok weyh sukati i je nak lepak panjat pokok ke tu yang sampai terlepas bakar pokok pisang. heeeeee yang makcik belah kanan tuuu pun rapat dengan ktorang. 




Kontot detected again. Ni semua cousin belak mak lah. Kecik semuanya. Nak gossip membawang pun bawah umur lagi. Cantik pelamin i suka.



Dulu i kawen tak mampu ada photobooth haha. Time kenduri orang lain lah caras lebih sikit. Sekarang ni i tak sure pergi mana gambar ni punya nak sorok dari Noah. 



Tangan adam kot halus je kulitnya . I pun tak sure. haha yang penting bukan tangan i. Makan sedap.



I dah agak i akan balik awal. Sempat lawat pengantin time pengantin nak makan. Tahniah Arif n Ika !



Dari jauh saja lah. Anak meriba tak dapek nak kehulu kehilir. 



Cepat betul masa berlalu. Tetiba adik i dah besar . Dah takleh tipu sunat potong and jahit guna mesin jahit. haha ..dulu adik i tanya manusia dari apa. I jawab buat dari tepung pun dia percaya. tak sangka percaya. 



Dua dua ni nanti lepas kawen duk dengan mama tauuu. Dua je anak kita. Husband i tak bagi diorang duk sama2 kata nanti mereput bawah tiak i. 





Papa and adik Nine. Nama zulqarnine plak masa dia lahir plak tengah hot Phyneballerz ( yeke eja camni)  ke apa group melayu tu. Kan main vocalist dia Nine tu . tu yang i pun nine nine kan adik i. Lekat sampi skang. Rupanga dah tinggi dari i, nampak kenit je. 


Tengah2 tu my nenek. Haritu nenek ajak bual pun i x dapat duk lama. Baru nak layan makan cendol, anak2 dah memanggil. hihi...

Habis dah. Gambar habis cerita habis. Gambar semua i caras orang punya. haha. I tak sempat nak snap sangat. 


Yayy siap satu blogpost haha

Tahniah Arif n Ika. Cepat2 dapat babyy.  Pasni i target anak makngah pulak kahwen. wewewewe.


Toodles. 









Raya Pertama 2018

$
0
0
Hi

Kisah raya 2018. Valid lagi ke nak cerita pasal raya, eh masih onz je korang semua upload gambar open house kan. So onz jela bluekk. Macam biasa lah raya setiap tahun memang raya pertama i kat Seremban dan KL , raya kedua kat Melaka belah husband. Yang sedihnya tahun ni, iphone i boleh tak detect password okayyy makanya kena reset lah iphone i ni habis semua gambar. Gambar backup takde ke ? Ada rasanya tapi malas nak fikir hewhew. Amik saja la gambar dari orang lain ekekke. Selesai masalah.


Mula2 gi rumah mak bapak i yang 2 minit je dari rumah i . ngehh. Nak dengar lagu ho ho ooo balik kampung pun tak habis eh dah sampai kampung nya hihi.
Tahun ni theme warna cream ye. Adik beradik i memang awal2 dah keji "namee mesti sesat warna lain jauh gila". Tak tahu lah sumpahan ke apa tapi i memang akan selalu terwarna lain . Tu la setiap kata2 adalah doa tauu . Tu doa adik beradik i lah tu asyik duk cakap "namee mesti sesat warna lain jauh gila" ...doa tuuu. ekeke.  Tahun ni pun i TERwarna lain oppsss stailista ! hahaaa maaf zahir batin la yeee.


Adik no 5, mama and adik no 4. Eh betul la diorang cream betul. Serba salah pulak ekekeke. Besar dah adik i, takleh tipu dah kata manusia diperbuat dari tepung. 



Next destination is rumah my nenek belah ayah. Rumah nenek kat Paroi je. Nenek i famous dengan nama Rozi karipap pusing, tak pun kuih koci. hihi . Tahun ni anak2 husband dua dua raya sini . Selalu yang sulong Luqman je raya sini, tahun ni adiknya Nazirul raya sini sekali. Boleh nampak happy muka ayahnya semua anak ada.



Tak cream ke warna baju i dan anak2 ? Ekekke. Baju Adam n Noah tu i bersyukur gila pergi KLCC nak cari baju melayu diorang in Parkson ke apa terus terjumpa in Isetan baju jenama QUTN ni . N baru tahu ada butik besar kt Bangi. Next year akan sambar brand ni lagi. So far suit terus size anak2 i. Takyah nak potong ke apa. Kemas and kain tak panas. Iron pun sharp je tajam gituuuuu. Yang penting seluar ada line tengah sharp tu ekekekke. Kasut loaf Adam n Noah pun beli kat Isetan brand Poney tak silap. Suka gila tengok budak laki pakai loaf. Kemas. Formal sesuai, casual pun sesuai. 


Gambar dalam rumah nenek all habis hilang dah since iphone i restore dah. haiihh. 


Lepas rumah nenek , terus gerak ke Cheras rumah aunt pulekk. 

Anak2 i dah salin dah, kesian pulak nak bersampin semua. Salin jela . Sempat la tidurkan diorang kejap kat rumah sebelum bertolak ke Cheras. 


Family. Tengah2 duduk tu my nenek. Ni semua family belah mama. 



Tengah2 tu maklong tuan rumah. 


Family.



 Singgah rumah maklong kejap je lepas tu balik dah hehe since dah petang. Balik Seremban . Sebelum balik sempat la ootd ekekek. 



 Adik bongsu i. Gambar penuh dengan adik beradik semua memang takde la since semua datang asing2 and lambat. Noah kat belakang tu dah naik angin jeles mama ootd dengan uncle dia ni. 



Hihi itu sajalah kisah raya pertama 2018. Second day ke Melaka pulekkk.

By the way, selamat hari raya yaa korang maaf zahir batin. Maaf salah silap terkasar tulis ke apa. Muahh !

Toodles :)


Sekolah dan Terapi Adam & Noah

$
0
0
Hi 


ini bukan sponsored post tapi as an appreciation post . Sebagai terima kasih kat sekolah yang dah banyak bantu anak i and anggap anak i macam anak sendiri  . 

Lain budak, lain development nya. Ada budak umur setahun dah petah sangat cakap ayat clear. Adam & Noah (bukan anak syeikh muzaffar ya apa lagi anak angkasawan ekekekechallenge). Adam & Noah ikut adik beradik i jenis lambat bercakap. Umur nak masuk 4 tahun baru boleh dengar clear sikit sebutan. Tapi i mula concern Adam tu sebab rasa dah lewat sangat , dah jadi masalah negara ni.  Mula2 I tak risau pun rilek rilek je, tapi bila fikir balik, baik lah i  ambil langkah awal dan fikir solution so that persediaan darjah 1 nanti tak lah mencabar sangat . Mommy loves u so much Adam :) u are my first baby and 100% iras muka mama . harharr







Adam now kira umur 5 tahun, tapi tak berapa boleh cakap ayat lagi. Tapi lepas masuk sekolah khas dan therapy..banyak sangat development. Dulu tak banyak word, now dah boleh form a sentences walau pelat i syukur. hewhew

Lagi2 bab behaviour dan speech . Dulu Adam Noah jenis tantrum menjerit2, bila di khalayak ramai memang jadi mengamuk2 . Social anxiety. Bila dalam crowd, dia akan mengamuk. Ingat lagi masa sekolah Brainy bunch and perlu buat fashion dan concert. I dah susah hati dah and minta undur diri jela anak2 i ni menjerit belakang stage tapi sampai depan hujung dewan boleh dengar.  But sadly the teacher insisted diorang perlu juga on stage jadi i berdukung sambil anak2 i meraung. Fashion show meraung2 yaa hahahaaa. 


2 masalah negara yang i really concern. 

Adam & Noah..
- social anxiety disorder
- lambat bercakap 
- masalah tidur malam

Sebenarnya bila anak kita ada masalah tu baru lah tahu and concern. Ingatkan memang jenis buat perangai agaknya.   Banyak je masalah among kanak2 nak membesar ni, sensory, motor skill semua tu, tak boleh focus , autisme , masalah pembelajaran ,Syndrom Down, ADHD , ADD, Lewat Perkembangan , Cerebral Palsy, tidur lambat etc .

I pernah masukkan anak i Brainy Bunch but tak sesuai. Then amik keputusan untuk masuk sekolah khas untuk speech therapy sekali dan fix masalah tidur lambat dan behaviour. Pernah tak korang anta anak korang gi sekolah, tapi anak korang nangis2 x berminat...maksudnya maybe tempat tak sesuai untuk anak korang. Kalau berlarutan berbulan bulan tu jangan dipaksa dah. Kalau minggu awal tu nangis2 biasa lah tapi kalau dah berbulan pun sama juga, jangan paksa. Sama la macam i paksa anak i sekolah BB sampai setahun dulu. Maybe anak i tak selesa dengan persekitaran but i tengok anak kawan i ok je hafal surah gempak betul. Bukan salah sekolah, bukan salah u atau anak u. Just tak serasi. Jadi jangan paksa. 


Sesuai untuk anak orang lain tak semestinya sesuai untuk anak kita. So jangan paksa, sebab ganggu emosi.  Bila anak tak happy , nak hantar sekolah susahnya terseksa sangat rasa. I yang murung . 


Sekolah khas ...Rayyan OT Centre


Ramai tanya and dm pasal sekolah khas anak i. 
I mula masukkan anak i di sekolah khas  masa bulan January 2018 , and i daftar untuk dua  therapy .....

- speech therapy untuk speech
- horse riding and water play untuk behaviour dan masalah malam susah tidur walaupun petang tak tidur. 



ni la sekolah nya. I masukkan pun atas suggestion kakak i. 

I banyak read google pasal toddler nak buat comparison  . Social anxiety disorder in toddlers ada ya rupanya. Jadi sekolah khas yang i masukkan ni Adam Noah tu ada therapy untuk speech, behaviour, masalah tidur lambat tak penat2  dan pelbagai lagi  . Masa sekolah tu i join sekali terapi kuda and water therapy. therapy kuda memang bagus lah. Untuk Adam Noah hanya naik kuda macam  biasa je takde special case sangat tapi balik sekolah memang masing2 badan penat. Kurang sangat menangis dan mengamuk. Kalau korang ada masalah anak tdo lewat ke, bawa la pergi main air swimming ke apa confirm badan penat . 


ni terapi horse riding. 



Sebelum masuk sekolah Rayyan..
- tidur lambat 
- asyik berjaga malam
- apa2 hal tantrum amuk dulu
- takut dengan crowd
- lambat bercakap
- mengamuk ( maybe x reti cakap so mengamuk je solution nya )


Selepas 6 bulan di Rayyan OT Centre...
- tidur awal
- tahu urus diri
- tahu meminta
- banyak improvement on the speech
- dah tak amuk atau nangis bila di khalayak ramai
- pandai express feelings and emotions . pandai merajuk siap peluk tubuh.
- banyak tanya soalan and respond, melawan skang hahaa tanya "do u want shishi" banyak kali pun marah. Orang risau dia terlepas kincingg sebab tu tanya.adudud

Cikgu kat sekolah Rayyan OT Centre ni one to one .Cikgu semua penyayang sangat. Dari guru besar sampai lah ke cikgu2 yang tak kahwin takde anak lagi tu...sangat lah penyayang. I musykil je berapa la umur cikgu2 ni sebab nampak muda masing2 tapi kalau sayang budak mmg nampak ikhlas. Murid2 semua jenis special kid, ada yang autisme etc etc. 


Jenis2 terapi yang ada kat Rayyan OT Centre...

Terapi Carakerja (OT)
Terapi Pertuturan (ST)
Horse Riding for Special Needs Children
♂️ Water Play
➡️(One to One session)


Memang banyak beza sangat beza dalam masa 6 bulan ni. Nak explain lebih2 pun tak berani sebab korang je anak korang camne. Tapi sekolah ni for me positive lah. Thank u teacher2 semua. May Allah balas jasa2 korang.

Nak tanya, boleh contact no ni...

019-611 5813 Rayyan OT Centre






How I Met My Stepkids

$
0
0
Hi

Ramai yang nak tahu kisah ni kemain korang ciss. Ngape nyaa expect i nenek Bertha ke. 

Tak kelakar ya sebenarnya. I tahu status husband pun dari anak dia sebenarnya .   Asalnya i jadi mula berkawan berbual , berkomunikasi  dengan husband dulu bila dia luah perasaan pasal hidup. Tak boleh blah juga lah umur mid 30's nak minta pandangan budak 18 tahun whatisthis sangat.  Cakap minat satu pmpuan nama Ella tapi tak sure la si gadis nak ke tanak nak ke tanak kat dia lepakk mamak.  Keja gomen and model majalah pengantin sambilan katanya amboi. I tahu status pasal anak2 husband 2 bulan lepas kita kenal. Kebetulan dalam masa yang sama jugak, makcik2 i ada sebut and tanya...muka suami i macam duda jeeeee kot ada anak kot suami orang ke mana tau baik hang hati2. Danger danger.  Serious la i hanya lah budak pompuan hingus leleh 18 tahun yang taktahu nak tilik muka orang. Boyfren pun takde sebelum ni. ye ye kan jela apa je pun. hahaa




Masa family sebut, memang i ada tanya dia lah.."awak ada anak ke ?" Tapi dia jawab main2   herghh takut i chow chin chow ke . Dipendekkan cerita, kantoiii nya bila anak sulong dia sendiri text i cakap tu ayah dia . Masa dapat tahu tu memang turn off terus lah, status sebenar kisah silam dia ke apa memang i tak tahu. Umur dia pun i xtahu. Jadi hubungan awal banyak misteri saja. Masih contact pun sebab dia selalu luah perasaan pasal kerja jela time tu. Time mula kenal la kereta dia kena jual, hilang kerja, tiba2 i tahu pasal anak tiri. Tak tahu la nak kata best introduction ke tak nih. Liku2 awal perkenalan. 


Masa tahu dia ada anak tu, i personally takde rasa apa . Macam tak terkejut maybe macam dah agak dah sebab muka dia nampak je macam 37 tahun masa mula kenal , nak detect orang berumur ni tengok skin lah. Muka budak sebaya  kita ni skin baby baby lagi hihihhh. Bila tahu pasal anak tiri tuuuu ,rasa normal. Tak rasa nak jadi nenek sihir ke apa lagi , belum nak jadi nenek Bertha lagi walaupun kebaya nenek Bertha cantik2 semuanyaaa.



tatappp mata sayaa..


Sampaiiiiii lah kahwin. First time jumpa anak2 suami masa i mengandung kat Noah. First time jumpa ye, serious la masing2 awkward nya. Dia tengok i, i tengok dia bila mata terpandang cepat2 tengok tempat lain. Gitu . Masa awal2 perjumpaan , masih tak bual sangat. Nak tanya pun segan . Dua dua hala pun segan segan berselisih kat dapur pun tunduk je. Tak pernah discuss pun diorang patut panggil i apa. 


Yang sulong beza 5 tahun je dengan i, so nak panggil i mama maybe dia pun rasa whatzehel nya. I ok dia panggil kakak so yeah why not rasa muda sikit iols hehh. Kalau dia panggil i mak pun  i onz je and bila public tanya boleh lah feeling I Benjamin Button jap waw makin tua i makin bergetah acah anak dah besar nya pun. . Tapi now dah biasa dah, macam kawan2 je. Sebaya je, so boleh share la pasal perfume ke, baju ke , kasut ke diet ke jerawat ke skincare ke. Benda2 viral ni masing2 tahu la. Bapak dia xtahu la sebab generasi lain. Bapa  nya group Linkedin. hihhh









I banyak dapat soalan pasal stepkids cuma rasa tak nak jawab je sebelum ni gegege i acah private person. lulz


Setiap kes anak tiri mak tiri , beza beza. Ada yang dapat anak tiri kecik , ada yang dapat besar , ada yang anak tiri takleh terima bapak/mak diorang tak berbaik dengan mak/bapak diorang. In my case maybe jenis kes mudah. Anak husband okay and terima . I pegang dua benda je dalam hubungan between me and the stepkids...bab nafkah , hubungan diorang dengan ayah and adik2 tiri dia and the door is always open for them tak kisah bila2 nak datang. Nak datang baring tergolek ke silakan. Dua tu je i pentingkan. 

Then i just low down my expectation je. Just lengkapkan bab nafkah , hubungan diorang dengan ayah and adik2 tiri then lepas tu i tak fikir dah. Kalau diorang suka ke tak suka i, i okay boleh terima tapi so far tengok diorang okay. Tapi kalau i , memang boleh terima diorang dr awal  . Since my family pun bagi support and terima macam cucu sendiri. 


Expectation lah yang selalu buat kita kecewa dalam hidup. Jadi takyah la expect apa2 sonang. Sama juga dalam perihal lain. I pun memang dah latih diri untuk expect nothing. Perlu ada target tapi takyah expectation lebih2 sangat. Lagi kalau kita berbuat baik tapi orang tak hargai.Bila ada expectation , jadi kecewa, Pernah je one time issue, my husband suruh2  his kid to jaga Adam Noah. I macam errr okay ke, then husband suruh jugak. Tapi of course la diorang pun dua beradik je mana la biasa nak babysit budak kecik. Dah lama besar tak hidup dengan budak kecik tetiba kena main jaga anak2 i pulak.  Anak i pulak jenis merengek2. Ada la issue sikit sekali. Sekali tu je ah. Pastu bila diorang datang i mmg sound husband la jangan nak suruh2 bossy sangat . But i appreciate je effort abang2 dia especially Luqman (anak sulung husband) la yang nak melayan adik2 dia. 




Setakat ni i rasa kelakar jela. Rendah diri takde. Kalau orang pertikai or bawang2 , u jawab kelakar2 je. I pun experience je mulut2 orang..pertikai . Tapi i jawab kelakar2 jela. Macam anak tiri i dah besar, and ada je orang terdekat yang like laaaa laaaaa ada anak kaaaaaa . I buat lawak2 jela. Bagus la anak tiri besar, banyak sikit tenaga kalau nak dera suh mop lantai ke sental longkang ke macam cite Cinderella tu. ngehhh. Time i kahwin lagi lah tak tahan, banyak mata tengok i atas bawah atas bawah je. Nasib la i jenis macam xde perasaan sangat. 





Memang penat nak kejar. Just buat baik je sebab kalau pihak sana tak nak atau saja atau buat2 xnak terima ke atau buat ego...susah jugak. Just buat baik je. Lama2 mesti diorang cair bwekk. 











Settle hak diorang
Hubungan diorang dgn bapak and sibling baru
Then kita berhuhuhu sajaa..

Macam dalam pergaulan antara kawan2 pun, lebih cakap pun salah kurang cakap pun salah. Sederhana saja . Sayang orang tangan2 kan . eh tiberrr. 

Toodles..



EH now ada MERDEKA PROMO untuk EXPRESS MAKEUP KIT @nameeroslancosmetics ! 



Sekarang Sis Over Confident !

$
0
0
Hi


Sure ke korang and family korang cukup zat ? Macam i sendiri jenis hemoglobin low . kalau nak increase hemoglobin, bersedia lah untuk pelahap makanan yang full with iron. Tapi cabarannya is susah nak estimate berapa banyak iron yang betul2 berkualiti dan cukup yang i dapat dari food yang i makan tu ? Doctor nasihat i supaya take banyak makanan yang tinggi kandungan iron bersama dengan vitamin c sebab iron mudah diserap dengan kewujudan vitamin c. Cabaran kedua pulak adalah khasiat/zat makanan mudah hilang semasa dimasak adui la pulak. Eh pening sis. Dah hemoglobin low jadi makin low pulak,  sis pening . 






Sebab tu lah wujudnya supplement , lagi golongan macam i tak reti nak estimate jumlah iron kot masak terlebih masak ke habis sudah zat dari food i ciss. Supplement as makanan tambahan untuk mencukupkan zat dan nutrient untuk tubuh kita. See easy breezy betul dunia modern nih. Makan supplement . 

Supplement yang diyakini 100% berkualiti dan halal. Mana nak cari ? Pernah kecoh pasal issue supplement tak halal kat facebook. Lagi zaman social media, news cepat tersebar , info mudah tersebar..pengguna makin bijak untuk memilih. Ramai jugak ragu2 nak take supplement sebab tak sure tentang status halal. Tu la, ingat makanan harian je ke nak fikir halal sembelih tak sembelih , supplement pun perlu fikir pasal halal jugaa . Pernah masa tahun 2009, sebanyak 100 produk diuji oleh Universiti Sains Malaysia , 30% dari produk yg diuji rupanya  tak halal . capsule diperbuat dari gelatin yang tak halal. See so scary . 

Bab-bab produk farmasi dan supplement halal ni senang jeeee .....korang refer produk tu distributed by who ? Kalau produk yang under CCM Duopharma korang boleh tarik nafas lega seleganya sebab  CCM Duopharma adalah organisasi yang dikenali globally dan sentiasa memastikan semua produk keluarannya halal dan proses penghasilan produk dari awal sampai akhir CCM Duopharma mematuhi standard yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia , Jakim dan Halal. 

Tengok..ini antara produk by CCM Duopharma . 

Macam mana nak tahu tu produk CCM Duopharma ??? 



Tengok ni ada logo kecik comel CCM ...



All products distributed by CCM Duopharma is halal dan selamat. Apa2 supplement atau ubatan dari farmasi ....sila terus cari  by CCM DUOPHARMA   dulu. Then terus lega ambik masuk troli hihi. Ada logo halal yang sah juga. Since produk by CCM Duopharma adalah supplier yang diyakini semua dan famous dengan kecerewetan tentang status Halal yang mengikut standard KKM, Jakim dan Halal. Mesti la cerewet and strict sebab nak consumer yakin dapat produk yang terbaik. 



Mata i juga ingin dibelai . Eh! . Sebelum belai2 mata i, buktikan cinta u keturunan CCM Duopharma dulu. Oh nasib baik. Checked. Boleh belai mata i sekarang. tehee .  Nampak tak logo CCM tu :)





Semua ada logo CCM...










Even non-muslim sekarang pun titikberatkan pasal issue halal ni. Halal ni bukan issue kandungan supplement  je atau sembelih capsule tu hoihh  tapi proses pembuatan dari awal sampai akhir dari segi kebersihan jugak ! Halal dalam standard CCM Duopharma sangat titikberatkan tentang kebersihan, selamat, pemprosesan yang halal dan menepati standard KKM, Jakim dan Halal. So sebagai organisasi yang dikenali globally . CCM Duopharma only supply produk yang natural, pure dan safe untuk consumers. Lega i nak telan hehe.


Bukan produk supplement untuk i je, produk untuk anak2 pun sama lah mata i besar kecik besar kecik je tengok label kotak manufactured by siapa ni ? Nak  by CCM Duopharma , taknak  curang . 

Nak tengok senarai produk ubatan dan supplement under CCM Duopharma boleh refer kat sini...


Usha2 website tu so nanti nak beli apa2 ubat ke supplement ke takyah la mata besar kecik besar kecik je tengok label hehe. Asal keluaran CCM Duopharma ok onz terus masuk troli dan bayar. Boleh telan supplement dengan gumbiraaa . 


Toodles:)





Selepas Beberapa Kali Ditimpa Malapetaka

$
0
0
Hi


Sejak-sejak accident haritu , barulah tertahu apa itu NCD . After 12 years of memiliki lesen memandu , baru sis tahu NCD weyyy memang parah,  nasiblah masa kahwin mas kahwin rendah tak lah terkilan sangat pasangan sis dapat pasangan macam sis baru tahu NCD tu apa. "geIeng kepala" . 


'Ter' tahu pasal NCD bila first time accident yang melibatkan diri sendiri. Situasi di mana i yang driving and melibatkan 3rd party yang cedera. Jadi pihak di sana nak claim insurans i di atas kecederaan nya. First time i experience situasi disiasat, pegawai penyiasat datang rumah tanya itu ini dan tangkap2 gambar. Polis siap ketawa kan i sebab i ingat i akan tidur dalam lokap ootd baju oren bernombor. ootd silang kaki peha Nampak kurus.

Pengalaman malapetaka sis selama memegang lesen memandu.....

1)  kereta dihempap pokok . Nak claim insurans, lerr I tak ambil insurans bencana alam rupanya. Ramai nak berjimat tak nak pakej insurans bencana alam, jadi bila dalam situasi banjir, pokok tumbang yang merosakkan kereta ...tanggung sendiri ye sis. 

2) Kereta langgar bumper. Adakah sis ingin membayar sendiri kerosakan RM9k ? Sis sayang duit sis jadi sis claim insurans saja. sobs. 


3) Accident melibatkan 3rd party yang cedera. Baru terdengar  perkataan NCD. 3rd party nak claim insurans sis untuk kecederaannya...



malapetaka sis tak sudi nak bayar bumper and camera depan ni 9k . Sorry naik lorry sebab bukan kesalahan sis.




malapetaka . Masa ni worry keadaan uncle tu je. gulp.





Pengalaman mematangkan kita. Manusia. ingat nak buat ayat sastera sikit untuk line ni tapi tak jadi. 

Sejak peristiwa itu, diri i dah mula canggih and dah reti ambil tahu pasal insurans kereta. Kita semua terutamanya perempuan perlu ambil tahu tentang insurans kereta. Perempuan jangan sibuk beli bantal dan pewangi kereta je. Jangan hanya angguk2 dan terima je bila ada agent2 insurans ni tawarkan khidmat insurance renewal tapi end up blur je tak tahu menahu. Perlu ambil tahu, nanti garu garu kepala.


Sekarang dah dilancarkan Liberalisasi Insurans, maksudnya harga premium/takaful motor tak lagi berdasarkan Tarif Motor (mengikut satu senarai harga yang telah ditetapkan berdasarkan nilai pasaran kenderaan, kapasiti enjin kenderaan dan juga penggunaan kenderaan). 

Jadi harga/premium takaful motor sekarang macam mana? Jeng jeng scary sis. Now dah Liberalisasi Insurans, salah satu faktor yang menentukan harga takaful motor adalah 'diri anda' sendiri. Jadi kita sebagai pemandu perlu bertanggungjawab on our own insurans kereta .  ‘Play Your Role’ and enjoy better protection' 


Sekarang nak shopping insurans kereta
pun dan senang since dah ada Motor Product Selector di laman web Perstuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA). Sesuai la untuk manusia yang blur . 


Di Motor Product Selector tersenarai semua syarikat insurans dan product baru yang ada. Jadi senang nak buat comparison dan pilih mana yang paling sesuai dengan keperluan. 



Motor Product Selector

 Motor Product Selector di laman web piam.org.my


Meh I bagi tips sikit macam mana nak pilih insurans...sejak2 sis berilmu ni dalam kempen ‘Play Your Role’ and enjoy better protection'


1) JADI PENGGUNA YANG BIJAK 
- tak semestinya tengok harga sebagai faktor utama. Yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak sesuai. Yang penting utamakan insurans yang bersesuaian dan kualiti perkhidmatan pelanggan syarikat insurans tu.

- pilih apa yang perlu. Macam dulu I tak rasa pun insurans bencana alam macam banjir tu perlu, sumpah perlu sebab dah terkena hempap pokok sebab hujan lebat! Macam insurans kalau berlaku pecah kereta, ramai yang rasa ehh takkannn la nak terjadi kat aku, bila dah terkena baru rasa perlu. hewhew

- survey kat Motor Product Selector di laman web PIAM dan MTA. Boleh buat perbandingan harga.

- buat perbandingan harga awal2 sebelum tamat tempoh polisi at least sebulan sebelum tamat tempoh perlindungan insurans. 













Dah pilih pilih, terus click 'request quotation ' . 




2) JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH
- rekod pemanduan yang bersih akan jadikan profil risiko anda bertambah baik . So yeahh patuhi had laju, peraturan trafik, jangan guna phone while driving , jangan drift hehehe. 



3) JADILAH PEMILIK KENDERAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
- jangan lupa servis kereta so that kereta sentiasa dalam keadaan terbaik jadi kuranglah risiko kemalangan. Bila tiada kemalangan, NCD dapat dikekalkan untuk penjimatan harga jangka panjang.

See, ilmu i so canggih . 

Nasib la now dah ada web

Senang kerja nak survey macam beli baju nak mix and match dengan kasut gitu. hihi



Layari sesawang berikut:
PIAM

Atau 



#PlayYourRoleMY

Tips Rambut Gugur. Produk Yang Namee Guna Sekarang.

$
0
0
Hi

Sorry. Sis memang siput sedut expired. I rasa dah bertahun ramai orang tanya pasal latest produk yang i guna untuk rambut gugur. Dalam ask me a question kat ig pun tanya benda sama hahaa. Alhamdulillah ya Allah ku panjatkan syukur, i dah jumpa produk yang memang i dah ummmphhhh tetiba teringin teh panas Eh !  rambut i tak gugur banyak lagi. Pernah one time rambut i gugur teruk sampai botak sampaiii ( berapa kali guna perkataan sampaii ) nak photoshoot pun bila set rambut nak kena touch up guna eyeshadow pallete warna coklat dan hitam kat area botak tu . How bad. 




So ini lah dia produk2 rambut yang i guna and rambut sangat kurang gugur.

Some tips untuk rambut gugur ...

1) Sikat rambut sebelum mandi. Sebab masa rambut kering, rambut kuat lagi kat atas kulit kepala. Jadi sikat dan rapikan rambut sebelum mandi. So selepas mandi korang tak payah lah sikat rambut lagi. Biarkan kering sendiri je.

2) Pakai sikat yang berus dia jarang2, so takde la tercarik carik rambut korang yang kusut tu hewhew. 

ahh ni sedap. Lagi kalau orang sikatkan haha


3) Jangan sesekali apply conditioner atau minyak atau benda lembap kat kulit kepala sebab bila kulit kepala lembap....liang rongga rambut terbuka jadi lagi mudahla rambut tu tercabut dari lubang akar . 

3) Cuci guna air sejuk. Jangan guna air panas sebab air panas akan membuka pori rambut si gugur laaa nanti sob. Ingat tak air suhu biasa je tau !

Ok puas dah kita bebel. Now i dedahkan produk yang i guna sekarang dan rambut tak gugur. Sehari gugur pun dalam 10 helai kot. Kalau mandi , kat shower trap tu memang takdee sangat punn hewhew. Sis berlagak .

Konsepnya, kalau rambut berminyak..cari la produk yang keringkan. Kalau rambut jenis dry, cari la produk yang sederhena minyak. Yang penting tengok kulit kepala kita oily atau dry. tapi selalunya oily sebab tu gugur. 



Ni i main terjah je masuk Loccitane ni. Dulu noob sebut LOKITAN kahkah ya ampun. Pastu i cakap la rambut i gugur banyak, intro la produk apa yang sesuai. Then dia bagi i shampoo ni so bila cuba ..eh eh serasi pulak tapi memang rambut i kurang gila gugur guna shampoo atas ni. Dah 2 tahun lebih guna. 

Kulit kepala i jenis berminyak and kelemumur . So memang mandi cuci rambut setiap hari. 




Oooo ni power. Dari zaman remaja sampai skang tua kerepot selulit kedut  , conditioner ni paling2 berkesan sekali. I dah guna banyak jenis condiitoner dari pelbagai jenama...tapi yang ni paling berkesan. 


Cara guna conditioner..please please jangan sesekali apply kat atas kepala sebab nanti kulit kepala berminyak. Walaupun instruction kat botol tulis pakai kat kulit kepala kan, tapi jangan nanti skin kepala minyak. 



Cara apply conditioner yang betul...
Dari hujung i tanda tu je . Jangan terkena kulit kepala pun. 

Gituuu. Then bilas guna air paip biasa. bukan air panas.

Then lepas mandi balut kepala je dengan towel jangan gosok2  pulak. Sikat dengan jari je. Jangan pakai topi ke tudung ke serkup kepala ke time rambut basah. it will lead to kepala berminyak pastu gugur lagi sissss. 

Muahh tu je tips nya.

Toodles. Tapi rambut i memang tak gugur sangat. Sehari dalam 10 helai gitu je. muahh dah toodles nak sambung lagi biasa la manusia tak pernah puas haha.

muah

Toodles . ni betul2 toodles. heee janji tak sambung.



Viewing all 590 articles
Browse latest View live