Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all 590 articles
Browse latest View live

#Life Update : Lega Hati

$
0
0
Hi

Lega hati, paru2, hempedu, organ dalaman, rahim, ovari , pankreas, tiub esofagus. Semua lega hahaa sebab dari minggu lepas dah ada staff yang handle Luminous. Bagi gaji tinggi biar semangat sikit dia kerja hahaa . Staff pun adik sendiri so tahu dia nak beli laptop , kereta baru tuuu hahaa. So agak lega la bila ada staff yang uruskan. Nak layan customer mesti nak layan elok2 tapi i tak boleh buat dua2.

Anak tengah nak membesar n makin manja makin banyak pe'el. So memang nak 100% tumpuan. Selama sebulan i urus Luminous Series sorang2, setiap hari tidur kul 3 . After anak tdo baru boleh bungkus parcel semua. Pagi pun kejap2 lari dapur reply wassap hehe siap ada customer marah nape lewat reply. hiks tanjat titeww. Beratus wassap beribu conversation, memang perlu mengadap je hari2. 

Demi nak buat yang terbaik untuk both, I kena ada pembantu.Nasib baik la adik iols cuti sebelum nak proceed sambung master ni so dia kerja la dulu. Fuhh fuhhh so Luminous pun boleh jalan lancar, I jaga anak. I jaga bab marketing je and teruskan kerja blog. Sebulan lepas deadline semua kelaut dah untuk kerja2 blog ni . Nasib baik I dah habis belajar, so memang beban atas bahu tu dah  hilang. Beban beg Umobile yang i selalu bawak gi kelas tiap minggu tu dah hilang. hahaa. 

Sian kat anak sebab diorang tak kisah pun berapa banyak mak bapak dia earn tiap bulan. Yang penting aku nak peluk manja nak makan susu tidur.So yeah., itu kerja sebenar I. Alhamdulillah Luminous dah stable, ramai yang repeat order berkotak2 sebab serasi dengan skin . Marketing pun tiap malam sebelum nak tidur tu sampai terlelap. Mati lah kalau esok tak bangun mati dalam duniawi je duk fikir business . T_T

Buat masa ni belum buka agent and dropship lagi sebab I handle alone so bila ada agent n dropship i nak jaga askar ni baik2 . Taknak la hire agent pastu biar diorang sorang. Takmau2 , we work as a team and friend tau. Sekarang stock cepat habis so kalau buka agent nnti lagi laju pulak kang sebab stock order dr Italy so makan masa nk ke Malaysia.Haritu 3 ribu stock licin . Alhamdulillah dah makin ramai guna and repeat. Terima kasih banyak2 sebab sudi cuba Luminous then repeat order bagi mak sedara mara semua.

Lepas ni insyAllah ada foundation pulak . Ni tengah test foundation and tengah deal harga untuk dapat murah sebab i nak jual harga mampu milik tapi kualiti macam produk mahal. Sebab order dr italy so yeah kena buat muka kesian sikit nak mintak murah dengan mat saleh tuh. T_T . 

Ok Adam dah gayut kat iols. Nanti bebel lagi. hehehhh. 

Kalau nak tengok tesimoni boleh follow fb : Luminous Series , Instagram : Luminous Series 



Dulu dan sekarang lepas guna produk 100% plant extract Luminous . Dah restock ya skincare ni. Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut boleh wassap terus Fira 016 250 9143




Wassap : Fira 016 250 9143

Hati-hati Dengan Peniaga Online Penipu Besar Ini.

$
0
0
Hi

Hati hati dengan online shop ni . Dia dah tipu beratus ribu duit orang . Hati2 dengan penjual instagram paris_shoppingheaven . Nampak macam banyak followers dan meyakinkan tapi sebenarnya horror. Kalau nak tengok ramai lagi mangsa boleh tengok kat ig kamibencikakitipuonline01

Mula2 taknak masuk campur pun sebab I takde terjebak dari online shop penipu ni pun. Tapi pernah survey and nak beli sebab handbag branded kat butik Malaysia ni mahal so kalau dari luar lebih murah. Tapi sebab i nampak and tahu ramai sangat yang kena tipu dengan paris_shoppingheaven , so I rasa cam kesian dekat mangsa. 


Duit ditipu bukan ratus2 tapi cecah berbelas ribu sorang . sorang berbelas ribu, bayangkan mangsa tipu dia beratus orang. Makanya duit untung menipu dia beratus ribu ringgit ya.  Punya boleh hidup tenang makan duit haram. I terpaksa share sebab masih ramai orang tak tahu dan bakal jadi mangsa. So untuk elakkan ramai mangsa lagi, i kongsi sini. Sesiapa ada pengalaman pun mintak share kat semua and instagram kamibencikakitipuonline01 







Even Rozita Che Wan pun dah sebarkan pasal dia ni. Hati kering sebab selalunya penipuan online ni poilis tak boleh buat apa . Sebab tu I bantu sebarkan so that lebih tersebar .




Masuk suratkhabar atas kesalahan jenayah online. So maksudnya gambar dia dah tersebar. Bukan membuka aib tapi nak membantu mangsa2 yang dah kena tipu beratus ribu untuk dapat hak diorang balik. 

Taktik penipuan paris_shoppingheaven 
Akan gunakan artis sebagai medium iklan dan meyakinkan customer. Yela sebab artis beli la konon, so orang pun jadi percaya la. 

Bila orang order, dia akan kata "YA YA barang ada atau on the way atau in stock"

Then berbulan korang tak dapat barang, tanpa sebarang update. Ada yang setahun tak dapat barang. gila tak ?

Bila korang tanya , dia akan bagi seribu alasan.

Bila ugut pun takde refund lagi. Sebab seorang mangsa kalau mengamuk macam mana pun susah nak dapat refund. 

Sampai tahap tak ingat pun order customer yang mana. so nampak dia tak catit order pun. Ambik duit tapi barang takde . Tengok bukti di bawah. Bila customer minta refund sebab dah berbulan2, dia baru tanya yang mana satu..order yang mana. 
Wanted. Dia banyak amik order dari customer walaupun barang tu tak wujud atau takde pun sebenarnya. Orang deposit duit beribu2, cecah puluhan ribu untuk beli handbag jenama atas dasar percaya.

Kena tipu USD3000+ ya . Darab duit Malaysia berapa.   



NURUL YASMIN BINTI ROSLI

I google kat internet and menurut mangsa2 dia , dulu dia pernah terlibat dengan penipuan pakej umrah. Kiranya cakap handle pakej umrah then bawak lari duit. Beratus ribu. Dah masuk suratkhabar diatas jenayah siber. Dah tipu duit orang tu sampai beratus ribu bukan perkara kecik tu, agak kejam lah. 

Pastu buat hati kering. T_T . Ramai yang order handbag, pinggan mangkuk , barang2 dapur  tapi tak dapat barang . So ramai la yang nak refund . 


Mangsa dia beratus2 tapi selama ni mangsa tak tahu  nak buat apa dan senyap saja. Setakat report polis tapi pastu passive , duit beribu tak dapat balik. So dengan cara ni, ramai2 boleh berkumpul and dapatkan hak korang balik. Korang boleh kumpul report kat kamibencikakitipuonline01.


Hati2 dengan instagram paris_shoppingheaven ni. Sekarang katanya giat menjual tudung pulak. Setiap hari beratus orang dia akan block . Sesiapa yang tinggalkan comment negative atau minta refund dia akan terus block.  Dia akan terus update ig dia menjual barang baru macam takde apa yang berlaku. Skang ni kalau korang tengok followers dia, tiap hari followers akan berkurang rasanya sebab dia block orang. Customer2 yang ditipu dah mula mengamuk and spam comment and minta refund , dia block terus. So korang perhati la jumlah followers dia tu. Tiap hari akan makin kurang .  hari ni banyak tu, esok makin kurang dah followers. Nampaknya makin ramai yang dia dah blocked. Bukti banyak dah ada sebab mangsa dah semakin berani untuk tambil and lawan.

I bukan nak masuk campur tapi nak kumpul lagi ramai supaya korang dapat refund balik. Ramai yang dapat refund since ada page ig kamibencikakitipuonline01 ni membantu !

Sesiapa yang pernah jadi mangsa paris_shoppingheaven , boleh kumpul ramai2 report polis. Banyak lagi mangsa boleh tengok kat page  instagram .. 

https://instagram.com/kamibencikakitipuonline01/



Dulu dan sekarang lepas guna produk 100% plant extract Luminous . Dah restock ya skincare ni. Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut boleh wassap terus Fira 016 250 9143




Wassap : Fira 016 250 9143


Insecurities

$
0
0
Hi

Dulu zaman belum kahwin husband punya cemburu ya hampun power rangers. Sebab beza umur weolls kan cam jauh London ke Perlis.  Dia kata sebab dia risau kot I tersuka terpikat kat budak sebaya iols muda bergetah kat uni. Lelaki pun ada muda bergetah ya jangan main2 hahaa. Masa kitorang belum kahwin i belasan tahun awal 20an la time tu husband dah 30an dah. I kahwin umur 24.  Beza umur memang jauh ah hahahaaa cuba teka berapa ? Jauh tapi tak lebih 20 tahun tapi lebih 15 tahun ekekek. Nak kasitau tapi saja nak buat ujian minda plak kat sini kahkah. Macam la korang heran nak teka teka kahkahhh. 

So dari dulu I selalu la acah2 sweet tenangkan dia "takpe hati budi yang penting, yang penting kita dua serasi and buddy susah senang sama2" . So like everytime ada laki cam muda lalu ke I memang toleh tempat lain la kang takut husband ingat i pandang ke apa kan nak nak muka cam mat saleh kan Channing Tatum takyah lalu tepi aku bakar kau.  Sampai skang ah. Pastu hari tu tengah tengok tv, i tengok la muka husband. Dalam hati bisik "dah kedut dah laki aku. kulit muka pun dah open pore" . 

Bisik dalam hati sambil tenung husband lama then husband tanya "nape tengok saya ?" Then i terus cakap "kalau takde awak ni tak tahu lah, selalu tolong ngasuh anak buang pampers kutip sampah tdokan noah cuci botol ok dah tak takleh tulis lagi cam menunjuk poyo plak kan tapi tu la yang sempat bisik dalam hati. 

Lepas tu terus cakap "

"Best ah jodoh dengan awak ni. "

"Awak jangan risau, saya sayang awak sorang je. "

"Macam mana dulu saya susah dengan awak, skang pun camtu ok." 

Tetiba gigih nak sweet yakinkan cinta apa jadah . hahahh. 

"Beza umur takde masalah. yang penting serasi"

Gigih i yakinkan cinta iols .

Untuk mengutuhkan keyakinan cinta iols terhadap husband untuk mengurangkan rasa insecurities. 

"Umur beza takpe" (gigih meyakinkan cinta kahkahh)

then terus husband menyampuk

"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"



"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"

"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"

"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"


"33 tahun"

"alah Richard Gere tu beza dengan gf dia 33 tahun takde apa pun. Ok je"

"33 tahun"


terngiang2 dalam kepala. (saja tulisan besar kecik besar kecik kasi effect dramatic sikit)


Oh ok. Kiranya maksud dia boleh cari lagi muda 30 tahun ke macam mana?

T_T

Penat iols mengutuhkan meyakinkan last2 aku yang insecure gelabah. caitt Tetiba i rasa insecure plak. 




---------

TERBUKTI KEBERKESANAN ! 

KULIT LICIN TANPA JERAWAT , PARUT DAN PORI TERBUKA !


Dulu dan sekarang lepas guna produk 100% plant extract Luminous . Dah restock ya skincare ni. Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut boleh wassap terus Fira 016 250 9143






Wassap : Fira 016 250 9143




Paling Jauh Boleh Pergi

$
0
0
Hi

Tiap minggu, I travel 4 ke 5 kali ke KL dari Seremban. Kadang2 seminggu tu hari2 pergi KL. Pernah satu kali, tengah drive tetiba diri ini merasakan "weyh apehal rasa macam kereta ni jalan lembab seret seret nih?!" . Lepas tu siap dengan bunyi plupp pluppp sprett spreet, em entah la nak type bunyi tayar nazak camne ! hahaa. Pastu asal bila tekan paddle break tapi macam tak cengkam sangat. Lalu ku berhenti di bahu jalan. Jalan pun ada bahu tau jangan main2. Betul2 kat simpang yang banyak kereta. 

Pergh cuak betul. time ni lah lori gabak2 nak lalu jugak kan.Siap hon pin pin, bukan nak tolong.  Terkumat kamit mulut berzikir berselawat. Beranikan diri keluar kereta and pergi check, perghh tayar dah nazak , siap ada bulu2 tayar terkeluar. Wayar tayar tuh. Rasa macam baru je tukar tayar, eh kenapa sudah berbulu. hahaa. Bunga tayar hilang, wayar pun keluar. No wonder bila tekan paddle break macam acah acah nak mencengkam bumi. Nasib baik la i sorang, kalau bawa the boys lagi sendu. 

Lepas insiden mendebarkan terpaksa berhenti di bahu jalan yang penuh lori acah2 transformer tapi tak membantu tuh, terus amik serius hal tayar. Terus jadi rajin untuk survey tayar yang paling best , yang penting tahan lama. Kebetulan masa nak dengar lagu kat youtube, ternampak icon iklan tayar Goodyear kat youtube. Eh jodoh ke apa ni, dan dan je terus muncul dalam hidup ku. Goodyear Assurance DuraPlus.

Goodyear Assurance DuraPlus with technology TredLife boleh provide more mileage sejauh 100,000 km weyh. Bersamaan dengan perjalanan dari KL ke London ke Rio ke Dubai ke Sydney ke New Delhi ke Vegas ke Cairo ke Tokyo ke Paris then balik ke KL balik. Jauh gila tu hoi. Then i calculate, boleh tahan perjalan I ke KL tu 5882 kali. Eh satu tahun ada 365 hari, kira- kira satu haru 16 kali i boleh travel ke KL. weheee. 

Pulak skang tayar Goodyear Assurance DuraPlus ada reinforced layer dari Kevlar. Eh kalau perempuan baca ni confirm tak faham. Cerita pasal makeup tahu lah. Come I cerita kenapa Goodyear Assurance DuraPlus ni awesome...

Tapi yang dalam banyak2 benefit ni, iols rasa yang paling berguna dan memang bagus bagi iols ni programme Worry Free Assurance yang tayar Goodyear offer ni. Sebab sebagai salah satu produk yang dikategori dalam programme Worry Free Assurance ni, tayar iols dilindungi daripada road hazard. So tak kira la kalau tayar uols pancit sebab langgar lubang-lubang kat jalan tu ke, tayar bocor sebab kena paku-paku atau batu tajam apabila jalan dekat construction ke, semua terjamin. 

Jadi macam confident sikit ah bila bawak kereta sebab takyah worry tayar pancit kena bayar lebih.. sebab dah terjamin dengan programme Worry Free Assurance ni. Tapi of course ada juga terma-terma yang tertakluk ah bagi process penukaran tayar secara percuma.. standard la kan. Kalau nak tahu maklumat lebih lanjut pasal Worry Free Assurance ni bolehlah uols layari website ni



Ok lepas kira2 memang sangat berbaloi. Proceed terus tukar tayar Goodyear Assurance DuraPlus !

Ini lah video youtube yang dah menjodohkan kami . heheh



For more info boleh terus ke Goodyear

Toodles !

Failure Mother

$
0
0
Hi

Skang ni blog asyik jadi macam tempat luah perasaan je. Now Adam and Noah makin membesar. Dua dua nak perhatian. Adam dah pandai cemburu dengan Noah, siap boleh hempap and cekik Noah. so now memang I takleh buat apa2 . Dari pagi sampai ke malam la mengadap. Kerja makin banyak. Banyak dah delay dengan internet lembapnya. I tak tahu la apa masalah streamyx ni I siap upgrade package yang RM190 setiap bulan ok dia pun lembap tahap rasa nak terajang je modem tuh. Bayar buta2 je sebab ada contract so suka ke tak suka kena bayar. Erghhh. 

Bila call centre and pergi kat branch siap jawab "luar bidang kuasa kami". Boleh eh jawab macam tu, mentang2 la I ni jenis cam malas nak layan argue tinggi suara sangat . Kalau dapat kat orang lain mungkin kena maki dah kot.. Pagi memang i takleh la buat kerja client ke apa sebab Adam x kasi and akan mengamuk if tengok i berdiri. Kadang2 i rasa macam failure sangat sebab bila stress deep in my heart i rasa tak ready nak jadi ibu pun.

Besar betul tanggungjawab. I selalu salahkan diri sendiri tiap kali rasa macam tu. Bila dua dua tantrum lagi la rasa macam sesak nafas. Sebab bila dua dua nangis memang dua dua nak i dukung. So time nak bagi tdo memang critical la. Sorang i riba sambil cuba nak tenangkan, sorang lagi nangis i cuba nak tdokan. Tak panas pun i berpeluh2. haha I takde maid and belum cadang nak amik. 

Haritu upah orang kemas rumah and cuci toilet tiap minggu tapi indon worker tu dah merajuk taknak datang just because i tegur dia. I tegur la jangan letak tin susu atas water heater. Water heater kan panas, so bila tin susu letak atas heater tu jadi kering la susu tepung dalam tu. Isham dah banyak kali sound I pasal tu, so i tegur la sebab dah 3 kali dia buat tapi maybe dia lupa kot. Takde la marah pun, tak pernah marah pun. 

Then satu hari tu dia letak handphone yang we all selalu pasang mengaji kat atas heater tu. So hp tu memang rosak terus lah kan. Tak boleh on langsung la sebab dah ber wap kan letak atas heater. So memamg dalam hp semua dah berair. Then lepas i tegur tu terus merajuk xnak datang. Maybe jenis xleh ditegur kot. So I takde la merayu2 suruh dia datang. I boleh je buat kerja rumah sendiri sebab memang suka cleaning pun cuma penat la sikit bab sental toilet segala tu. See ni baru pembantu yang datang setiap minggu, belum lagi maid yang akan stay dengan kita tu. Lgi banyak masalah kot. T_T sebab tu la i macam fikir la nak amik helper ke taknak. Nanti dah bayar puluh2 ribu lari la, nak balik la. Husband now banyak bantu.

Suap makan memang terabur2 la. Tapi lebih baik biar Adam makan bersepah asalkan dia nak makan. Then after suap makan kena clean balik. Then Noah pulak. Gilir2. Time nk bg tdo paling mencabar. 

Non stop . Then malam Adam bangun banyak kali. 



Adam plak makin power dia punya tantrum. Dah pandai jealous and tendang Noah so I tak boleh lepas pandang langsung. Kalau i pergi dapur nk cuci botol pun dah meraung2. Lately Adam asyik kena marah je dengan I. Bila tengok balik gambar dia masa baby rasa sedih sangat plak. Sebab dia bukan faham apa pun. Bila I tak boleh reda kan dua dua nangis I rasa failure gila. 


Masa lahir kat Adam I excited sangat nak tengok dia and nangis happy tengok dia. 

I rasa gagal gila. Dulu kat sekolah failed subject Kimia dapat 28 over 100 memang tak sedih langsung. Now tiap kali tengok Adam and Noah I rasa macam bukan yang terbaik untuk diorang. 



Tabungan SSPN-i

$
0
0
Hi

Rasanya semua tahu PTPTN tu apa kan ? Duit semua orang tahu hahaha. PTPTN la yang banyak membantu kawan2 masa zaman belajar dulu woi. Takde PTPTN memang akan menyusahkan mak bapak la nak fikir bayar yuran  and duit poket bulanan semua sendiri. 100% pinjaman diberi oleh PTPTN lepas tu jangan liat nak bayar eh. Ada yang jenis tak suka nak meminjam tapi lebih suka menabung. Masalahnya tak tahu nak menabung di saluran mana. Bila nak menabung, nanti bila emergency mesti terpakai duit simpanan tu. So acah2 menyimpan tabung pendidikan untuk anak tapi at last habis terguna alasan 'emergency'. 


Sebab tu lah now dah ada tabungan  SSPN-i . SSPN-i adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang direka khas oleh PTPTN untuk menggalakkan ibu bapa atau diri sendiri untuk menabung bagi tujuan pendidikan tinggi. Khas untuk lanjutkan pelajaran di peringkat IPT . After SPM tak payah risau dah nak cari duit mana, duit simpanan SSPN-i boleh bermula seawal bayi umur sehari. SSPN-i adalah patuh syariah . Awesome.



Banyak kelebihan kalau kita buka akaun  SSPN-i ni, antaranya ..
1) Layak untuk memohon PTPTN
2) Ibu bapa dapat pengecualian taksiran cukai sehingga maksimum RM6000 . 
3) Mendapat perlindungan takaful dan khairat kematian bagi pendeposit RM1000 ke atas. contoh kalau simpan RM10,000 so akan dapat manfaat takaful RM10,000 jugak. Total yang akan bawa pulang is RM20,000 . 
4) Pemberian geran sepadan sehingga  RM10,000 bagi  keluarga yang layak. 
5) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan dari cukai pendapatan. Kadar dividen untuk tahun 2014 is 4.25% 
6) Urusan penambahan deposit yang mudah sebab banyak giler  cawangan PTPTN pun, lebih 3,000 ejen cawangan untuk deposit SSPN-i. Then lagi satu choice boleh buat potongan gaji, kan senang! PTPTN juga menyediakan kemudahan penambahan deposit melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal di kaunter PTPTN iaitu dengan menggunakan kad debit/ATM bank yang mempunyai logo MEPS.  
7) Simpanan mudah dan hanya serendah RM20 dan dijamin oleh kerajaan. 
8) PTPTN turut menganjurkan cabutan hadiah Simpanan Bonanza! dan Simpanan  X-Tra Bonanza! dengan menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Terkini, PTPTN turut memperkenalkan promosi cabutan hadiah terbaharu iaitu Simpanan Vaganza! yang turut menawarkan hadiah menarik.

Haa baru mention pasal cabutan hadiah tu kan. Sekarang memang tengah hot pun pasal  cabutan ..

1)SIMPANAN BONANZA!, 

a) Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i sekurang - kurangnya   RM1 000 dalam tempoh promosi bagi melayakkan Simpanan Bonanza! SSPN-i.

b) Deposit sebanyak RM1 000 melayakkan pendeposit untuk (satu) 1 cabutan.
c) Tempoh promosi dan tempoh pengekalan deposit macam kat bawah :


Hadiahnya jeng jeng..









2) SIMPANAN X-TRA BONANZA
a)  Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i sekurang - kurangnya RM6 000 dalam tempoh promosi bagi melayakkan Simpanan X-Tra Bonanza! SSPN-i.
b)  Deposit sebanyak RM6 000 melayakkan pendeposit untuk (satu) 1 cabutan.
c) Tempoh promosi dan tempoh pengekalan deposit dan tarikh cabutan hadiahmacam kat bawah :

Hadiah yang ditawarkan is..








3) SIMPANAN VAGANZA!
a) Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i sekurang - kurangnya RM500 dalam tempoh promosi bagi melayakkan Simpanan Vaganza! SSPN-i

b)  Deposit sebanyak RM500 melayakkan pendeposit untuk (satu) 1 cabutan.

c)  Pembahagian zon adalah seperti berikut:
  1. i. Zon Utara (Perlis, Kedah & Pulau Pinang)
    ii. Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang)
    iii. Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor)
    iv. Zon Borneo (Sabah, Sarawak & WP Labuan)
    v. Zon Barat (Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur & WP Putrajaya)

d) Tempoh promosi dan tempoh pengekalan deposit macam kat bawah. 






Hadiah best !




Sesiapa yang dah ada simpanan dalam  SSPN-i sangat dialukan ok ! Hadiah sangat lumayan. Nama pemenang akan diumumkan dalam website official http://www.ptptn.gov.my

Pilihan Ibu .

$
0
0
Hi

I memang lahir sebagai seorang yang cepat jatuh sakit. Zaman sekolah rendah zaman paling parah, terkenal sebagai murid yang paling kerap tak datang sekolah.Kalau datang sekolah pun mesti last2 masuk bilik rehat , alaaah bilik yang sebelah bilik guru tu khas untuk murid yang datang sekolah tapi tak sihat tapi nak balik rumah takde transport pulak sebab naik bas sekolah. So berehatlah sorang2 kat bilik rehat.  Doktor pun dah boring tengok muka I hahah.


Kadang2 straight 2 weeks tak pergi sekolah makanya menjawab lah nak buat kerja sekolah setebal2 nya sebab dah banyak topik pelajaran tertinggal. Dulu my mum selalu kasi minum Horlicks . Breakfast Horlicks , minum petang pun Horlicks. Kadang2 tengahari pun hidang Horlicks ais. Horlicks Horlicks Horlicks. Pelik juga asyik Horlicks je. Why meh. 


Bila dah besar , baru ada kesedaran untuk membaca label. Tengok ni ! 23 vital nutrients . Patut lah jadi pilihan ibu2 sekalian. ewah.




Horlicks adalah minuman yang kaya dengan 23 nutrients penting untuk khasiat tubuh badan. oh okay 23 nutrients penting. No wonder my mum so obsessed dengan Horlicks. Yang mana selalu refuse makan sayur and kurang zat penting harian lagi lah, memang patut pun minum Horlicks. 9 dari 10 ibu pilih Horlicks untuk family . Haa nampak tak betapa berkhasiatnya minuman Horlicks ni no wonder my mum dulu asyik beli Horlicks. So i am one of the 9 group yang pilih Horlicks nih. 




Tinggi dengan kandungan kalsium untuk tulang kuat.



Protein supporting growth, calcium for strong bones, vitamin B3, B6, B9, B12, C, D, A, Iron, Zinc & Potassium

Vitamin D untuk mudahkan penyerapan kalsium.

Multi vitamin supporting growth


Zat besi untuk pembentukan sel darah merah.


Penuh dengan khasiat dan kebaikan susu.

Masa pregnant haritu, my hb sangat rendah sampai bawah 9. Menangis I sebab risau as nurse asyik takutkan je and suruh I masuk hospital cucuk zat besi. Then one of the nurse cakap,"awak cuba minum Horlicks. Dalam tu banyak zat besi !" . So lepas I minum, hb naik yayyy boleh bersalin dengan jiwa yang tenang . bahaaa. 


Tapi yang bestnya, now dah ada Horlicks perisa coklat ! Sedap gila woih. Hari2 mesti minum ! Elok untuk anak anak yang tengah membesar sebab penuh dengan zat yang badan perlukan. Makanan harian belum tentu cukup, so dengan minum Horlicks boleh tambat zat. 



Hot Horlicks.




Horlicks ais



Vanilla ice-cream with Horlicks tabur. Nyummy.

Macam2 lah i buat dengan Horlicks sebab addicted hewhew. Sedap and buat i kekal active.

For more info boleh terus ke www.horlicks.com/my/9in10

My Preloved Item For Sale

$
0
0
Hi

Setelah digodek2 almari, then baru sedar yang banyak gila barang haha sampai penuh almari. Dah lama fikir nak godek and jual as pre-loved item tapi belum sempat jual sebab rasa cam leceh plak banyak sangat barang pun. Nak snap photo then nak transfer to pc then nak edit sikit banyak benda hoi.  Berkurun dah fikir nak setup satu blog khas jual barang preloved hahaa tapi sampai sekarang takde apa2 sebab malas banyak benda nak setup.

Then finally I jumpa apps Shopee ! I baru tahu pasal apps Shopee ni. Apps Shopee ni macam kedai online yang korang boleh create sendiri , and yang paling penting simple gila. Lagi simple dari nak signup social media.  I akan active jual all my preloved kat my mini shop Shopee ni ya, termasuk Luminous Skincare as ramai yang request yang nak direct online banking so Shopee app ni memang online banking firnedly.

So yeah , ini antara yang i nak jual. Baru upload sikit, banyak lagi terutama my baju ah . Sape minat nak beli, sila beli sebab i letak harga murah sebab dah malas nak tengok baju2 tu dalam almari . Ada yang tak pernah pakai pun.

Shopee app ni free je untuk semua. No hidden charges and no cimmission. Untuk pembeli, korang beli apa yang korang nampak dalam gambar tu. Untuk seller, boleh jual apa2 saja barang yang kita nak tanpa perlu risau nak bagi commission kat Shopee app. Kalau jual harga RM50, so dapat RM50. Takde jumlah yang akan ditolak ! Awesome gila.




Khas untuk jual barang2 preloved and i selit sekali my Luminous Skincare kat Shopee ! Korang boleh download apps Shopee MY, then boleh terus shopping.Boleh download kat sini  Shopee App, then boleh terus shopping dan juga jual barang preloved



Shopee lebih privacy untuk online seller and buyer. 
Senang jual guna apps Shopee ni sebab FREE pun. I rasa leceh nak jual kat instagram as nanti nak kena wassap la so nak kena reveal no phone. Kan I jual Luminous guna system IG then wassap, siap kena kacau dengan mat bangla eh. Saja call main2 bukan nak beli Luminous pun! Erghh so guna apps Shopee selamat ! No more mat bangla nak main2 kacau!

1) Pembeli and penjual boleh beriteraksi guna Chat function yang disediakan dalam Shopee app ni. Sama macam konsep Whatsapp tapi yang bagusnya no telefon tak didedahkan.So privacy for both seller and buyer. Boleh tawar menawar harga dengan pembeli, and dapatkan lebih info pasal barang yang nak dibeli tu.So biar puas hati !


Ni function chat dalam Shopee App.


Easy payment
Em ni lagi satu payah nak detect payment sebab ada yang tipu receipt. Kesian for seller. Then lagi satu situasi, kesian kat buyer jugak sebab ada yang kena bank in thru atm machine  walaupun busy. Tapi guna Shopee apps ni mudah sebab ada juga pilihan untuk EASY PAYMENT guna direct online banking .Boleh pilih nak bank mana of online banking: CIMB Clicks, Maybank2U, Hong Leong Connect, RHB Now. Terus bank in thru online banking Shopee system je. Nak bayar guna credt card pun boleh. Guna Shopee apps ni mudah sebab EASY PAYMENT for direct online banking guna ipay88 saja tak kisah korang guna bank apa. Terus bank in thru online banking Shopee system je. 

Shopee Guarantee
Kalau I jual guna medium wassap, memang payah sikit sebab transaction kena check satu2 setiap kali ada pembeli. Masalahnya pembeli iols harian alhamdulillah banyak jugak so bila nak cek satu2 tu emmmm makan masa. So sebab tu one of a reason I jual Luminous kat Shopee gak okeh ! Semua transaction ada record and Shopee akan guarantee dari payment, ke delivery barang kepada buyer. Kalau tak happy atau berpuas hati dengan 'keadaan' barang, korang boleh ask for refund !



Easy sharing to social media. 
Sama macam social media yang lain, app Shopee ni boleh link terus kat social media korang fb , ig, etc. Promote je kat social media, tapi beli thru Shopee tu yang syok sebab selamat. Senang kerja seller and buyer. hewhew

Tu button share. sukahati la nak share to whatsapp ke, fb ke, wechat ke..semua boleh. Senang la nak buat marketing mcm ni. 

Semua online selller yang menjual d IG, boleh perkembangkan business atau beralih ke Shopee app ni. Gambar2 dari IG tu boleh di import direct saja dari IG kat sini https://shopee.com.my/ig/



<Insert image of the new future>



So guna apps Shoppe MY ni senang lah, terus snap photo then ada button untuk edit gambar then upload. Takyah nak snap photo then nak transfer lagi, takyah takyah. Snap on the spot and upload terus je. 


FOR SALE GAP Toddler . Reason for selling Adam dah tak muat lagi. hehe. Condition tip top.


Baju2 I banyak nak jual juga. Ni antara nya tapi akan upload kat my mini shop on SHOPEE !
Brand
-Zara
-Mango
-Topshop
-H&M

in lower price. 


Banyak benda lagi nak jual, dari baju I sampai ke baju Noah Adam semua banyak lagi yang tak pakai I nak jual sebab dah x muat and ada yang masih belum pakai pun sebab lupa kewujudan. hahaa. Ni kes beli beli pastu lupa .Then barang2 makeup yang beli tapi tak pakai beli sebab nafsu pun i nak jual. 

Nanti korang tengok la, mana mana preloved items kot korang berkenan ke.Banyak barang i akan upload for sale lagi. 

So yeah, I dah upload items untuk dijual so boleh cari my mini shop dalam Shopee MY , just search nameeroslan2395

1) Download apps Shopee MY kat Playstore or Google Play


    1. App Store: Shopee MY
    2. Google Play Store: Shopee MY

2) Then search kedai nameeroslan2395 .

3) Sesiapa yang shopping kat my kedai now i ada diskaun RM20 dengan menggunakan  Code:
SPNAMEE dengan pembelian minima RM40. Diskaun code tu boleh digunakan untuk semua tempat in Shopee app . Tak kisah la korang nak beli barang apa, semua boleh ! TAK imited untuk satu kategori saja. 

So sesiapa yang nak cuba  skincare Luminous atau my preloved boleh guna Code: SPNAMEE ya. Applicable untuk payment thr Shopee Guarantee (credit card ,online banking& bank transfers only)




Applikasi Best Dari Bank Rakyat.

$
0
0
Hi

Ahhh lega bila ada applikasi TouchStyle camni. Sekarang zaman smartphone so semua benda di hujung jari dah hewhew and its 24 hours ya. 
Terus key in daily spending, senang so takde la tersasar.

Selepas tahui tentang applikasi TouchStyle dari Bank Rakyat yang baru-baru ni dilancarkan  Namee pun download untuk cuba-cuba. 


Selepas godek-godek app ni Namee dapati aplikasi ini direka khas dengan bercirikan mesra pengguna. Senang guna, mudah faham dan sesiapa biasa dengan memakai penggunaan app tentu suka. 

Interface warna-warni dan comel
 aplikasi terbaharu daripada Bank Rakyat ini diperkenalkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan informasi terkini tentang produk dan perkhidmatan Bank Rakyat.
Strategi digital yang bagus oleh Bank Rakyat untuk meneroka pasaran baru khususnya dalam kalangan pengguna Gen Y kan?

Aplikasi TouchStyle ini membantu untuk mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan terutamanya dalam kalangan golongan muda. Namee tak muda lagi hewhweee… tapi syiok juga feature feature yang terdapat dalam TouchStyle

Benda yang i rasa leceh malas sekali is nak calculate belanja bulanan. Selalu i catit dalam kertas and letak dalam wallet apa yang MUST pay and apa yang tak penting. 

Contoh bila kat supermarket kita pergi amik barang yang penting dulu. Maybe if take few junk fod, ice cream mahal2 tu dah over budget untuk budget pasar. 

Tapi selalu akan over budget jugak! Maybe silap calcuation ke xtau lah sebab tulis atas kertas pun. 

So bila Bank Rakyat buat applikasi macam ni, memudahkan iols sangat ah camni. 

So dari gaji bulanan, i masukkan je then dia terus calculate kan percentage. Kita boleh siap2 kan list perbelanjaan harian dan bulanan. Then apps ni yang akan tolong kira kan ! Best la sebab takkan silap !



Masukkan semua perbelanjaan bill, dan duit pasar then settle. Dia siap calculate dah !






Contoh. Masukkan gaji bulanan berapa then bila dia appear in precentage then senang nak estimate samada we are on the right track or not !



Boleh masukkan daily budget siap2. 




Senang kan ? So mudah la guna apps TouchStyle ni. Takkan tersasar lagi dan well planned !


- Pengguna sistem operasi Android boleh memuat turun secara percuma aplikasi ini dari Play Store dan App Store untuk sistem operasi iOS.

Antara istimewanya aplikasi ini bukan sahaja bersifat mesra pengguna malah ia bakal menjadi aplikasi pertama di Malaysia yang dibangunkan berdasarkan prinsip Syariah!


Download sekarang uolls!!


Nak Pudarkan Parut Tak ?

$
0
0
Hi

Benda paling paling dibenci is 'parut' jerawat ! Sebab kekal ! Susah nak hilang ! Muka nampak tak kemas bila ada parut. Benda paling mencabar bila nak apply makeup is bila ada parut. Perlu apply makeup tebal tambah lagi dengan concealer berkilo kilo lagi untuk tutup scar. Payah. Sebab tu parut is musuh utama. Bila tumbuh jerawat , i paling menggelabah kalau dia akan tinggalkan parut. Cis ! Its like the end of the world. T_T Why me. 


Ramai yang ingat parut ni boleh dihapuskan dengan produk kelupasan. Kiranya apply produk yang mengelupas dengan harapan akan pudarkan scar. Padahal skin akan makin menipis then paling sedih parut tak hilang pun hahahhh. So please berhenti dari guna produk kelupasan. Takkan berjaya hilangkan parut !

The best way untuk hilangkan parut is dengan merawat parut tu. Sebab tu la wujudnya produk Hiruscar post acne gel ni ! 

Hiruscar post acne. 100% satisfaction test result. 

Gel Hiruscar post acne ni adalah anti-bacterialuntuk semua jenis parut acne dan parut gelap kekal. Yang paling best nya alcohol free ! Gel Hiruscar post acne ni membantu untuk merawat parut kesan dari acne.   Terbukti berkesan merawat dan memudarkan parut hitam atau merah. Sesiapa yang ada masalah jerawat yang potentially meninggalkan parut merah atau hitam jangan putus asa dulu, boleh cuba Hiruscar post acne ni. Parut yang bertahun lama pun boleh guna dan akan pudar !


Hiruscar post acne, formula unik 3 in 1 dalam merawat parut kesan dari acne. Antara kelebihan Hiruscar post acne gel is ...

1) Membantu untuk merawat parut gelap yang sedia ada. If korang punya parut dah bertahun lamanya , boleh cuba Hiruscar post acne gel ni.
2) Menghalang dari parut baru dari jerawat. Contoh if now skin ada jerawat, boleh awal2 apply Hiruscar post acne gel ni so that acne yang sedia ada takkan jadi parut. 





Hiruscar post acne ni dalam bentuk gel. Tak melekit langsung.

Anti bacterial Hiruscar post acne. Cara guna pun mudah je. Apply 2 - 3 kali per day pagi and sebelum tidur. Guna selepas skincare routine. Maksudnya if korang ada skincare routine pun boleh campur dengan gel Hiruscar post acne ni. 

Ni I bagi steps nak pakai. 

Apply skincare routine

Hiruscar post acne gel.

Then boleh makeup macam biasa !



See i try letak kt skin .This is my skin without any makeup. so boleh nampak texture gel Hiruscar post acne ni. 


Ni dah ratakan. Takde kesan berkilau atau berminyak langsung. Gel tu terus meresap dalam skin.  




Hiruscar post acne ni anti-bacteria so boleh dijadikan makeup based untuk kawasan skin yang berjerawat yang ada potential meninggalkan parut and area parut yang sedia ada.  Takde masalah sebab Hiruscar post acne ni meresap terus masuk skin. Tak berminyak langsung. 

- 100% anti-bacterial
- lighten and improve pimple scars and dark marks
- gets absorbed into the skin
- can be used under makeup
- light gel consistency and not heavy
- non-comedogenic
- alcohol-free
- suits sensitive skin
- doesn't cause breakouts



So yeayy ! Sangat user friendly ! 

Kalau nak cuba now boleh dapatkan RM12 off tapi kena download voucher dulu kat web Hiruscar Post Acne


Facebook page Hiruscar ni juga ada menjalankan kontest selfie sekarang. Senang je cara dia! Ambil selfie dengan Hiruscar Post Acne, post kat Facebook diaorang and uols berpeluang memenangi hadiah tunai mingguan! Hahhhhh yang berminat bolehlah layari https://www.facebook.com/Hiruscar.Gel.Malaysia untuk maklumat lanjut.
Toodles ! :)

Sedapnya OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut .

$
0
0
Hi

Mana nak cari coffee yang betul2 rasa original? Coffee yang betul2 rasa macam zaman nenek dulu . Very traditional. Rasa yang ummpphhh . Rasa yang begitu 'oldtown' . Dengan campuran istimewa  roasted Arabica, Robusta and Liberica coffee beans . Disediakan pulak dengan resepi tradisional. 

Sebut 'oldtown' , terus ingatOLDTOWN White Coffee ! heheh !! Ini dia my bestfriends sekarang ! Ifkorang suka coffee yang rasa original dan aroma yang menyegarkan (bau pun boleh segarkan diri ), boleh cuba OLDTOWN White Coffee.

I tak boleh hidup tanpa coffeee !! Argh , kalau xde coffee i rasa sangat weak. I need caffein lepas terjebak dengan gaya hidup yang hectic gila. Hari2 nak urus babies, rumahtangga, kerja clients, study, and skang gatal business. Hahaa. I rasa hectic sangat and weak. So i need coffee setiap hari !

Especially bulan Ramadhan ni lagi lah terasa hectic dan penat. Kadang-kadang memang boleh rasa diri ni dah tak terurus and pening kepala kerja mana nak siapkan dulu. So memang pentinglah kalau hari dimulakan dengan coffee. Setiap pagi ! If minum coffee pagi, my energy tahan sampai malam. Jadi setiap pagi di bulan Ramadhan ini akan dimulakan dengan OLDTOWN White Coffee. Terus rasa segar minda dan senang nak fokus sampailah ke waktu berbuka. Badan pun tak rasa lesu semacam je hihi.


Dalam 1 packet ada 15 sachets x 40g . Jimat jimat. 

Salah satu perisa yang I dah jatuh cinta is OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut ni ! 

Rasa dia lemak dan berkrim dan yang paling I suka rasa nutty flavor dia. Walaupun rich in flavor tapi tak pernah rasa jelak pun so memang sesuai dengan tekak ni. Aroma yang kuat perghhhh ! Taip pun tetiba teringin .

Paling i suka sebab senang nak bancuh. OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut ni , letak dalam cawan then letak air panas. Jadi sesiapa yang rasa nak cepat bolehlah bancuh OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut ni dulu untuk berbuka biar hilangkan haus tekak. Paling mudah dan pantas.

Betapa mudahnya hidup sekarang ni. Walaupun dalam gaya modern in paket 3IN1 tapi cara pembuatan dia tetap cara traditional. Sedap gila OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut ni. Dalam usaha nak serve rasa kopi yang original dan traditional untuk consumer . Awesome. 

Masukkan air panas saja, ready untuk dihidang . Wah wah ayat macam iklan tv sangat uols. hahaa. Tapi memang sedap gila .

Sedia untuk dihidang !


Dapat bau dan rasa hazelnut dalam adunan coffee ni ! 




Eh eh tapi kadang2 I buat iceblended OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut jugak ! ahaa rasa coffee ni sedap sangat samada panas atau sejuk ! Memang terbaik untuk dihidang untuk berbuka buat family! Sedapnya omaihhhh. 

untuk tengok perasa2 yang ada boleh tengok kat web diorang OLDTOWN White Coffee

Ada Apa2 Nak Dibincangkan ?

$
0
0
Hi

Oh hai. Oh hai. Oh hai . Oh hai. Pastu save draft, tidur di sebelah Adam hahah. Setelah sekian keberapa ribu kali i taip oh hai. 

Ok i taip banyak kali pastu tutup, tak tahu nak tulis apa. Selalunya I dapat email request dari gadis2 manis juga jejaka untuk menulis tentang sesuatu. Mesti berkobar2 nak tulis tentang topik yang di request tapi setelah sekian lama diperam2, haruslah terus jadi pekasam. mehhh.

So yeah, ada apa2 yang awak2 nak saya tulis ? mehhh. Haipp, Kecuali topik cinta tanpa restu. Sebab kerestuan ni di luar bidang kuasa, susah untuk menulis bila masa yang sama nak kena sampaikan mesej jangan derhaka kat mak bapak tapi ehh bercinta kena setia doa banyak2 eh tapi jangan derhaka. So yeah takmau takmau.

Topik lain. mehh. hehehehhe. Ada ?









Kurus dengan Kesejukan

$
0
0
Hi

Pernah tak rasa sakit hati bila dah bersenam, dah jaga diet pun tapi ada jugak lebihan lemak yang degil gila. Susah nak hilangkan lemak. Stubborn fat cells. Sedar tak sedar semua antara kita ada lebihan lemak yang kita nakkk sangat singkirkan tapi yeahhhhh mission failed. hahaa. Pernah nampak tak orang pakai tshirt fit tapi di bawah curvy tu ada benjolan2 ? Gaya confident dah tapi ada benjolan. Kadang2 benjolan tu bukan sebab makan tapi atas faktor genetik pun ye jugak. 

camni..


Siapa ada camni, put ur hands up ! meheee eh malu.

Jenis 'lemak' yang degil sangat2. Sapu lah krim kurus ke apa memang tak jalan dan susah nak hilangkan. So yeah dengan itu, sebab tu lah wujudnya teknologi CoolSculpting dari Me Clinic. Selalunya kalau program kurus dia akan pakai 'kepanasan / heat ' untuk buangkan lemak kan ? Tapi teknologi dari CoolSculpting dari ME Clinic ni gunakan 'sejuk' untuk singkirkan lemak2 yang degil tu. Research teliti dah dibuat dan terbukti 'kesejukan' membantu dalam menyingkirkan terus lemak tanpa merosakkan sel2 tissue2 kulit . Cryolipolysis terbukti secara saintifik  .

HOW COOL-SCULPTING WORKS
1) Siapa ada lemak2 degil di badan , angkat tangan please! Jangan malu2 hewhew
2) Teknologi CoolSculpting iaitu  kesejukan ( Crylipolysis) digunakan untuk target lemak2 degil ni dan singkirkan terus !
3) Dalam beberapa minggu, lemak benjolan yang paling kita benci tu akan berpisah selamanya dengan kita yayyy.
4) Result dari treatment CoolSculpting adalah tahan lama. Lemak2 tu takkan kembali lagi hoihh. Kawasan sekitar yang dibuang lemak tu takkan didekati lemak lagi. 
5) Result akan lebih maksima dengan amalan senaman yang konsisten. 

Nampak tak dari gambar yang kedua tu ? Lemak2 tepu degil akan jadi yang macam ketul2 biru tu then akan terus disingkirkan ! Teknologi cooling target untuk membantu buangkan terus lemak. Selalu concept in slimming centre yang gunakan heat is pecahkan lemak dan kecutkan molecule2 lemak, sebab tu bila ukur guna tali pengukur akan nampak size lebih kecil hanya kerana molecule2 sel lemak tu mengecut buat sementara waktu saja, tapi lemak tu sebenarnya tak hilang pun, hanya mengecut. Lemak tu akan pejal balik. So dengan cooling CoolSculpting ni lemak akan terus hilang !


Weight Loss and fat reduction berbeza ya. Ramai yang salah faham meheee. Sebab tu ada yang pergi slimming centre atau apply gel kurus akan kurus sekejap lepas tu gemuk balik. Faktor utama is kerana fat cells tu masih ada di badan cumanya berat jadi berkurangan dan ukur lilit berkurang sebab fat cells tu mengecut. 'Mengecut' saja tapi tak dibuang.

CoolSculpting by ME Clinic ni target untuk membuang terus lemak tu. FAT REDUCTION. Kalau fat reduction, fat cells akan terus dibuang jauh jahuh shuhh shuhhh dan result akan kekal sebab fat cells tu dah takde. Faham tak nih ? Pasni jangan keliru lagi hewheww.

Weight Loss

Fat Reduction



Faham tak beza antara weight loss dan fat reduction ? Samada korang nak kurus yang kekal atau acah2 kurus sekejap je tapi mudah gemuk balik ? Of course nak kurus permanent ! hehe

So good news untuk uolss ! 


1) Korang boleh signup dan dapatkan diskaun of a minimum 4 kali treatment of CoolSculpting di ME Clinic  Berjaya Times Square .

2) Akan dapat 3 bulan complimentary  unlimited pass at cawangan Curves Malaysia tapi hanya untuk gym , 30 minutes. Yes !

3) Dapatkan CoolSculpting treatment dan bleh bersenam at anay Curves Malaysia.

4) Selepas 3 bulan, submit your fat loss results and stand a chance to win  prizes bernilai more than RM6000 including addiitonal 3 months membership at Curves Malaysia !

Contest akan berkahir 30 September 2015. Keputusan dan pemenang akan diumum hujung December 2015 ! So korang ada 3 bulan dari sekarang untuk rebut peluang nih !

Boleh buat appointment terus untuk CoolSculpting treatment ..


ME Clinic
Berjaya Times Square KL,
LG-18, Lower Ground Floor.
Mobile : 018 222 8122
Clinic : 03 2143 3866
Email : enquiry@meclinic.com.my


2. Follow ME Clinic’s Instagram account @meclinictimessquare for more information 

Toodles !

























































Awak Buat Apa Kat Rumah ?

$
0
0
Hi

I tak sangka hidup boleh se busy ini. Beriya i clash putuskan hubungan dengan dunia architecture untuk mengelak dari gaya hidup yang hectic tak tidur malam terutamanya. Memang takde hati la sambung nak part 3 ke 4 ke 10 ke apa tak hingin. Orang tanya, "buat apa kau sambung master namee?" .Saja suka hahaa man tahu untuk masa depan ke. So yeah i decided untuk jadi housewife dan bekerja dari rumah saja. Lebih relax. Bak kata my dad "elok la kerja dari rumah. Lebih practical. Boleh tengok anak2 membesar sambil buat kerja"


"Lebih practical?""Lebih relax.". Ok laka laka. Bila dah lalui hah amek kau. Clients pun cam pelik dengan i , how come nak keluarkan invoice pun amik masa lama gila ? Hello perempuan ni bukan surirumah ke, what the hell mintak invoice lama benar baru dapat. Srious weyh, i kesian gila dengan client yang dah pending ni. Minta benda simple tapi lama gila baru dapat dr I. Sian kan sape bekerjasama dengan wanita sendu camni.


Busy macam mana tu ? Susah nak describe. Dari pagi, ok terus set lipat kain kat ampaian. The best way untuk maintain baju is basuh hari2 and lipat hari simpan dalam almari terus. Kalau kumpul2 delay mesti baju berbukit so yeah so kena buat hari2. Tu pun kalau anak meragam2 memang tak dan la nak lipat baju yang 10 helai je pun. Bila anak-anak celik je mata, yang ada perangai pelbagai ni ..dalam kepala dah nak kena susun strategi.


Macam my case, Adam n Noah ada different character. Adam bangun lewat setengah jam dari Noah. so bila Noah bangun kul 8 , I akan terus mandikan dia pastu rapikan katil then settle bawak Noah turun bawah. Turun bawah memang just nice Adam plak bangun. Adam ni perangai moody sikit, bila bangun tdo nak kena amik mood dulu. Tak boleh terus ajak mandi kang sampai ke malam dia punya moody. So yeah nak kena dukung2 dulu. PAdahal dalam hati ni , haihh cepat lah anakkk amik mood happy tu laju sikit. Nak kasi mandi.


Nak kasi mandi satu hal lagi, bukan terus masuk toilet curah2 mandi.  Nak kena slow2 dulu attract dengan botol , ajak main2 bubbles dulu baru la happy nak mandi. Nak gosok gigi pun berperang. Dah makan, so kena gosok gigi okay no excuse ! Pe'el anak ni lain2. Adam plak kalau jenis tegas2 sangat nanti sampai ke sudah dia mengamuk teruk. Sambil mandikan, Noah duduk dalam walker dulu. Nak pakaikan baju satu hal jugak, lari sana lari sini. Memang kejar mengejar.


Dah siap mandi, susukan Noah then Adam memang i saja tak bagi susu dulu. Nak bagi lapar, satgi nak suap makan. Dari kul 8 tadi, sampai kul 10 baru settle budak2 ni secara sejahtera melayan pe'el diorang. Eh kejap je 2 jam masa berlalu . 2 jam berlalu begitu saja tapi percayalah i tak sempat  nak duduk2 pun. Lepas settle Adam and Noah susu terus gi dapur standby nak masak makan apa kat Adam. For Noah mudah sebab dah masakkan puri awal2 buat frozen so bila nak bagi makan just stim / kukus balik je.


2 jam berlalu. Bila masa woih ?


Makanan Adam memang nak kena fikir lain2 hari sebab cerewet makan. Anak2 pe'el lain. Masak makanan Adam yang simple je tapi berperang gila kat dapur. Dengan Noah merengek nak dukung . Dengan Adam pun menyampah dengar suara adik dia nangis so dia pun join sekali. I biar je Adam main periuk2 belanga kat dapur sambil i masak tapi bila dia nampak Noah saja je dia baling periuk kat adik dia. Dah lagi satu hal pulak. Masak benda simple pun boleh jadi berjam. Potong bawang sikit, jagi berlari jap tengok Adam buat Noah. Kadang2 letak Noah duk dalam walker pun berperang gak sebab Noah suka sangat sondol walker dia laju2 langgar Adam. Tengah nk tumis apa2, kang dengar la bunyi macam2 dia tolak tv jatuh pulak dah. Tumbangkan kipas, mace mace mu nih.


Masak pun dah sejam lebih campur dengan pe'el dua dua ni nak berdukung. Masak sambil rapikan dapur .Apa2 perkakas yang guna terus cuci , senang pastu boleh settle benda lain. Ok settle masak.


1 jam 30 minit berlalu. Tetiba 1 jam, bila masa woih ?


Ok dah pukul 1130 pagi. Terus suap makan. Suap makan pun sekaligus. Dua dua duk depan, nganga mulut nak suap makan. Nak suap makan pun berjam2 dua dua  orang ni. Biasa lah, makan sambil tengok sana tengk sini. Japgi lari sana lari sini. Kunyah pun kejap laju kejap main2 . Noah skang kuat makan, sekali dengan makanan Adam dia nk makan. Makan saja dekat sejam . suap makan saja ya sejam.



Puri potato for adik, nasi ayam and carrot puri for Adam.


I suap makan dua baby ni sekaligus je. Adik makan puri , abang makan nasi bubur atau nasi berlauk kuah dengan puri sayur. Adam jenis taknak makan sayur langsung, so harhar i buat jadi puri tapi takde rasa sayur. mehee so dia xtau la tu sayur . tipah tertipu. 


Dah sambil makan nak baca buku pulak Adam ni.Ni yang buat proses suap menyuap ni jadi berjam ni. Kalau tak layan kang taknak makan pulak.



1 jam berlalu. Bila masa woih ?


Tiap kali makan , memang bersepai la makanan. Lepas tu nak bersihkan balik apa yang tumpah2 tu. time ni memang terus cleaning la. Pulak my son ni ikut i, jenis kulit sensitive takleh kena habuk. Kalau kena habuk memang gatal2 la.So nak taknak memang kena vakum la n mop yang tumpah2 tu. 


Tetiba dah habis lagi 1 jam. 


Noah pun dah nangis2 , dah kenyang makanya mengantuk la. Time nak bagi tdo memang struggle gila lah. Nak bagi tido Noah, time tu jugak la Adam nak ajak baca buku. Dah macam mana mulut ni nak bersikir tdokan Noah . Bergilir2  , kejap zikir2 kejap A Alligator, B bat, C cat...japgi sambung zikir balik. makan setengah jam jugak lah i duk mengadap Noah nk tdokan. Selama Noah tdo tu la , time Adam ajak main toys and baca buku. 


Stress betul bila adik dia dah tdo, then Adam menjerit sampai adik dia terkejut. Pastu dah pukul 2 or 3 , Adam pulak menagntuk nak tdo. Gilir2. Bila adik dia tdo, Adam celik ajak main. Bila Adam tdo, Noah celik ajak main. Adam pulak bangsa tdo terjaga2, nak kita tepuk2 jugak sekali sekala. Malam pun camtu la setiap sejam bangun, I naik pening dah kepala. 


Then bangun tdo, makan petang pulak. The same process macam bagi makan pagi tadi. 



Tup2 dah pukul 6 petang. Dah nak siapkan mandi untuk malam pulak. 




Dah macam mana nak cuci periuk sambil baca buku. Kerja memang terhenti2 la.Jap baca buku, jap sambung kerja.

Tetiba hanya tinggal suku hari yang tinggal. Kul 10 dah nak bagi tdo. Itupun lega sebab Noah , husband handle bagi tdo, and Adam i bagi tdo. Lepas time tu lah fikir nak buat kerja pulak. "Kerja" tapi yang bezanya office hour after 12 sampai kul3 pagi.


Cepat masa berlalu. Hari2. 


Sebab tu ah soalan "Awak buat apa kat rumah?" tu sensitive. Masa memang tetiba sangat berlalu. pulak apa2 aktiviti nak kena barpandukan mood bayi2 manis ini. Kalau tantrum seharian makanya seharian la melayan.



So far alhamdulillah husband tak pernah tanya soalan sensitive "awak buat apa kt rumah?" and jenis yang cuba nak bantu. Kutip baju basuh, siap sebelum gi kerja sidai kan. Amik sampah buang and ngasuh anak. 
For my case surirumah yang bekerja dari rumah ni pun mana ada masa nak mengadap laptop pun. Kerja pun buat lepas tengah malam anak dah tdo . 

Pagi pernah cuba2 nak selit nak reply email client ke apa ...maka inilah terjadi bila banyak benda sangat in mind.



I lupa yang Adam dah tinggi so boleh capai laptop atas meja. Ditariknya makanya jadi lah begini. Nangis please. T_T

Siapa yang duduk rumah , faham la apa yang kome lalui hari2. Nampak macam takde apa2 pun nak buat mungkin golek2 saja dengan bayi.  Tapi cuba try test manage sehari...hehehhhh.





Dunia Glamour

$
0
0
Hi

Entah lah. Dah berapa lama delay dah photoshoot untuk Luminous Series. Dah 4 bulan jual tapi official website pun masih belum siap. Lepas ni akan ada cosmetic pulak, semua import dari Italy dan organic. yaaaa mari guna produk organic. Plan nya banyak tapi sebab terlalu hectic dengan anak2 segalanya jadi tertangguh.Rasa liat sangat nak angkat buntut pergi studio dan photoshoot. Rasa cam berat hati nak tinggalkan jejaka2 tampan nih. hoihhh 

So yeah , delay delay delay. Maka tetiba kena rasuk ke apa terus contact jurumekap dan studio untuk shoot dengan pantas. Brand tengah grow then akan ada marketing team  untuk push tapi gambar produk proper pun takde lagi ? Nasib baik MUA and photographer free kalau tak maybe tahun depan pun tak settle.

The thing is semua i kena settle sendiri.I la director, susun account i la susun stock, i lah model, i lah duta hahahh gila kuasa . Then i told the photographer, actually i malas nak photoshoot sebab tak suka tampil sangat. Prefer berdiri belakang tabir dan takde sape tahu. Malas nak glamour2 sangat. Biar la model yang glamour masuk tv interview smua. I cam suka belakang tabir je hehh. Rasa cam em kertu.


Ok la makeup ni. Natural je. Bulu mata palsu tapi nampak  natural gak. I guna khidmat Shermaine from Makeup Ideal. Dia punya makeup sangat tak melebih. Kenal dia masa photoshoot untuk ambassadorship Lacelle Bausch + Lomb tu. Harga pun tak mahal.

Em memang takde la nak shopping ke apa2. Baju tshirt pakai kat rumah je I pakai. Nampak tak tahap memang malas tuh ? Kalau zoom siap ada bekas air Milo tumpah hahaa. Macam takde semangat. Tu la elok sebenarnya pakai model je. Suka tengok orang photoshoot2 tapi bila sendiri cam malasnyaaaa arghhh. Tshirt pun collar dah celoreng2 regang masuk washer machine. ahahaa. Betapa xde mood nya. Orang nk photoshoot produk sendiri patutnya excited lah sikit...i memang sumpah malas. Maybe sebab penat sangat kot. T_T

Bila dah jadi mother of two ni rasa syok duk rumah je belek diorang, suap makan and main2 baca buku buku dukung. Tiba2. Dulu teringin nak jadi runway model suka glamour2, cita2 pun nak yang meletop2 je kibas2 je bila jalan stewardess, model lah mak segala cekadak la nak glamour weheee. Now banyak peluang untuk push gila glamour tapii bila dah ada anak, dapat offer iklan tvc ke rasa macam x sesuai dah, rasa dah tak kuasa dah. Seronok duk rumah je. T_T . 

Ini lah Shermaine. Baik sangat. Tak lokek ilmu makeup. Kalau tanya2 cara makeup smua dia bgtauu. Nanti minggu depan nk photoshoot concept pulak. T_T . 

Bila dah jadi mak ni, banyak perkara berubah. Rasa macam seronok duk dengan anak lagi even penat gila. Malam tu kalau baring, memang akan tidur terus. Tak berani nak baring selagi Adam belum tidur sebab takut i terlelap and tak daya nak bangun lagi mehee. Kang terlelap. Adam cucuk2 suruh bangun. 

Bila dalam dunia motherhood, happiness tu dah bertukar. kan ?


Toodles.



























































Semua Dari TV Je!

$
0
0
Hi..


Seriously i sangat excited masa diundang ke majlis pelancaran Sharp untuk produk AQUOS Ultra HD 4K TV . Ok 'android tv', rasa macam i baru tahu je. Dunia makin canggih, yaddahh yaddahh. Android, makanya boleh google semua dari tv lah kan ? Youtube, movies online, games etc boleh lah kan ? Omaihhh. 



3 series baru diperkenalkan oleh Sharp iaitu the UE630X series, the UA330X series and the LE275X series . Ketiga2 series tu datang dengan DVB-T2 digital tuner that offers viewing in digital clarity. Direka sejajar dengan teknologi Jepun . 

Untuk AQUOS LED TV ni ada 3 range which is :



1) Premium range: UE630X series.  Yang premium ni paling best. 
- Size yang ada is 50, 58 dan 65inch. 
- 4K/UHD Resolution with 4K Master Engine Pro . Gambar sangat terang ya jangan main main. nm
- Rich Colour (14% improvement over previous flagship 4K model) . Warna memang sangat terang dan sharp. So kalau tengok movies and main games memang best lah sebab clear gila. 
Powered by AndroidTV™  ! So kita boleh tengok movies , games or rancangan tv in 4K Ultra High Definition quality.


Korang boleh tengok dulu video kat sini:




Yang paling syok tu, pengguna boleh guna 'voice search'. So hanya perlu cakap any favourite tv show directly pada remote control khas . Kadang2 ada fav show yang kita nak tonton cepat nih tapi tak ingat pulak di channel mana so sebut je nama movie apa2 then terus akan direct di screen. Woww tak. 


Remote sakti.


Camni..


Saja tutup mata. Feel sikit nak cari fav show.

See cari game, keluar ah game. mehhheee.

Pastu i yang cari orang lain yang sibuk main. Erghhh Jack.
I yang suruh remote sakti cari game, orang lain yang melebih2 ehhhh.
Ada android gaming. Sesuai untuk penggila game ya. Pasni takyah main game kat handphone je, boleh mengadap screen besar camni baru lah puas !

Yang paling i suka sebab ada Google Cast so pengguna boleh cari dan tonton apa2 show yang kita nak terus dari tv ni. Samada show dari Android atau iOS device terus ke tv. Awesome gila. Yang ni I suka sebab suka tengok movie online selama ni tapi tak puas la tengok kat laptop kecik nih hergghh.

2) Range yang kedua pulak is Advance range: UA330X series :

- Size yang ada is 40, 50, 58, 65 inch.
- 4K/UHD with 4K Master Engine
- Rich Colour (14% improvement over previous flagship 4K model)
- Digital Tuner DVB-T2 (Watch in digital clarity)

3) Siri yang ketiga is LE275X series 
- Sizes: 32, 40, 50, 58, 65 inch
- Wide Colour (better green and red)
- Digital Tuner DVB-T2 (Watch in digital clarity)
- Multiple connections (via HDMI, USB and MHL to all your AV devices & smart gadgets)



Above all spec and kecanggihan yang ada, for me harga tv yang Sharp keluarkan ni sangat affordable. with 14% of color improvement from pevious model tv yang Sharp keluarkan. Since now dah jadi trend , pengguna basic LED tv beralih ke 4K/Ultra HD and with Smart TV functions. Dari tv boleh google , buka youtube, fav movies, main games online, semua boleh. 

Harrr so kalau korang nak ambik tahu lebih banyak tentang teknologi-teknologi yang iols mention di atas, boleh layari website di bawah:


Global 4K Andriod:


So yayy !




Tak Berminyak dan Tahan Lama

$
0
0
Hi

Em paling malas nak makeup .Sebab terlalu banyak steps untuk dapatkan makeup yang sempurna dan tahan lama. Bila dah ada dua anak ni, masa untuk diri sendiri sangat kurang. Dah lama tak duduk depan cermin membelek diri hahaa. Apalagi nak makeup dan membelek wajah lama2. erghhh. Seriously takde masa. Selalu kalau keluar rumah pun dengan muka togel tanpa secalit foundation atau makeup sebab seriously i lah orang terakhir akan bersiap. Bayangkan dengan muka togel tanpa dialas dengan apa2 sunblock bila terkena matahari macam mana ? Confirm sunburn ! Erghh.

I rasa jenuh la kalau setiap kali nak keluar nak kena lalui 'steps' makeup . Paling gigih nak makeup pun bila i ada event je. So kalau pergi dating and outing dengan family and anak2 ke memang biar la muka togel camtu. Boleh tak seseorang cipta sesuatu yang all in one ? 

Yang kekalkan kelembapan kulit , maksudnya makeup tak merekah tapi dalam masa yang sama boleh kawal minyak yang berlebihan ?

Yang tahan lama tapi tak perlu lalui 'steps' yang banyak. Apply je terus boommm tahan lama dari pagi sampai petang ?

Yang kasi nampak skin kita flawless dan fresh ?

Yang sekali dengan sunblock SPF ? So takyah la sebelum nak apply foundation nak kena apply layer sunblock lagi . Erghh proses yang membebankan orang busy macam i nih. Erghh.

And paling penting....

Paling pantas, bleh apply in 5 minutes sambil2 lari kejar anak pun boleh ?

Finally. ADA ! THEFACESHOP keluarkan produk yang paling innovative. Liquid foundation tapi didatangkan dalam bentuk hard foundation case . Lengkap! Apply ni je dah bagis hasil tahan lama dan fresh.



Perasan tak, bila apply foundation yang jenis liquid akan dapat hasil yang lebih flawless compared to foundation yang jenis pepejal yang akan bagi hasil merekah. So yeah, rata2 brand memang keluarkan produk foundation liquid tapi bagi yang rasa jenuh plak nak bawak sponge, berus segala satu persatu. So bila compact foundation macam ni rasa cam senang ! All in one.

Eh ada cermin !


Siap dengan alas untuk letak sponge ! So tiap kali lepas guna, sponge disimpan kembali di tempat khas ni. Lebih bersih!


Nak apply pun senang, just tap tap foundation. Biarkan permukaan sponge menyerap foundation then boleh terus apply kat face and neck. Cara apply yang mudah tapi boleh kasi  coverage yang menyeluruh dan tahan lama. Ini lah magic Oil Control Water Cushion foundation dari THEFACESHOP !


Nampak tak sponge tu serap foundation tuh hihihiiih


Sweat proof, non-sticky, and sebum control ! 

Senang kan ? Yang paling best sebab tak berminyak dan tahan lama ! Cubalah sendiri ! Boleh dapatkan coupon discount code kat page THEFACESHOP Malaysia !


Oilzerochallenge.thefaceshop.com.my













Puri Baby Simple

$
0
0
Hi

Mula 6 bulan , baby dah boleh mula solid food. For Noah, I buat puri je senang. Cuba je beli puri Heinz tu masa time Adam tapi taknak makan. Rasa cam dah habis duit dah beli. Beli banyak2 sebab anak pertama, dia punya excited tu lebih sikit. Sekali suap hehhh takmau. Punya la satu rak makanan puri Heinz tu kitorang beli banyak2 acah2 senang nak bagi makan semua dah ready. Perisa macam2 . excited terlebih. Last2 buang je tak tahu nak bagi sape.

So time Noah buat jela, senang. Tu la orang kata, anak sulong ni selalunya eksperimen, bila masuk anak kedua mak akan lebih matang. bahaaaa. Membazir beli, buat jela senang.




Simple puree

Puri Apple
1) Kukus 2 biji apple yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Mango
1) Kukus buah mangga yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Ubi kentang
1) Kukus 2 biji kentang yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis.

Puri Ubi keledek
1) Kukus keledek yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri labu + sikit halia
1) Kukus labu yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, Letak halia sikit kot angin makan labu.
3) Tapis keladak guna penapis

Puri Carrot
1) Kukus carrot yang dah dipotong dadu sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri pisang + oat
1) Kukus pisang kejap je nk bg lembut sikit je. Kalau taknak kukus pun xpe.
2) Blend dengan susu dan oat yang dah lembut direndam air panas.
3) Tapis keladak guna penapis

Puri brokoli
1) Kukus brokoli sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Puri Ubi kentang + buah peach
1) Kukus 2 biji kentang dan peach sampai lembut
2) Blend dengan susu .Kalau nak lembik letak la air susu lebih, 
3) Tapis keladak guna penapis

Semua steps sama je. Pandai2 la campur2 macam mana tapi tu jela langkah nak buat puri basic. 

Boleh buat dari macam2 pun. Betik, dragonfruit..mace mace lagi. Tengok buah la, make sure anak korang tak allergic. Macam strawberries better start at 8 months, sebab buah tu ada yang baby allergic.

Cam kadang2 Noah boring, I blend je potato dengan carrot atau brokoli ke. Ikut selera baby masing2. Macam Noah tak suka pure brokoli, brokoli semata2. So i campurkan brokoli dengan ubi. Paling sedap buah peach blend dengan susu atau ubi + peach. Tu paling fav Noah . Sonang hidup. Yang payah tu bila nak kupas segala benda ah hahaa. 

So i selalu buat stok seminggu terus sebab kalau hari2 nak kupas and kukus memang tak sempat. Now dah sampai stage Noah dah nak berjalan. Dah berjalan sambil pegang2 kerusi. So kena perhati jela, kalau tak berapa kali jatuh dah. Memang stok makanan kena prepare seminggu terus sebab hari2 kena tengok dia je. T_T




Letak dalam tupperware. Noah punya kuantiti makanan memang banyak ni, so yeah per serving banyak ni lah. Depends baby korang makan banyak mana per serving.

Kalau tak pasti kuantiti per serving,. letak puree yang dah siap tu kat tempat bongkah ais ni je senang. So tiap kali nak makan agak2 la berapa block kecik ni baby korang nak makan sebab kalau letak tupperware besar terus nanti bazir pulak anak tak habis. Takut tak tahan lama la kalau dah celup2 then simpan dalam peti ais. Kurang fresh.








Dah siap2 then terus letak dalam peti sejuk beku. Frozen puri lah giteww uols. Tahan lama. 

Tapi setiap malam atau subuh tu amik stok puri yang nak dibagi makan untuk haritu dalam chiller. Biar dia lembik siap2. Tapi puri yang confirm nak bagi makan jela ok. Yang lain kasi frrozen let it go let it gooo.
Nanti tak la keras. Time nak bagi makan, panaskan je. I stim balik je. Kalau hantar anak kat rumah pengasuh, hah bagi kat pengasuh kak tolong suap anak titeww makan ok.





Burp.

Nak elak sembelit selalunya pagi i kasi carbs la , petang kasi yang buah2. So balance lah makan harian dia. 

Tu je. 




Adam & Noah Spa Day

$
0
0
Hi

Husband busy gila last week kerja straight. I pun sama la , ada time je tengok handphone reply email. Kalau mother mother sekalian nak jaga anak sambil kerja aka working housewife, please dont. Sebab perasaan akan bercampur baur nanti lama lama sakit jiwa. Satu nak kena displin, seriously i dah kelaut dah due date semua, so i refund je senang. 

Nak kena jawab client pastu dalam masa yang sama anak tengah tarik2 kaki nak perhatian. Yang i pelik tuh, time i tak pegang hp, diorang tahu pulak main snediri. Bila i pegang hp, tetiba dua dua menggelupur buat break dance depan we olls ni. Siap buat aksi kena rasuk. hahahh

Budak kecik pun pandai. Dia tahu mak dia tak focus kat dia. Contoh dua dua duk atas riba i sambil diorang tengok tv or egang toy tapi tangan i sebelah pegang handphone and kepala fikir benda lain. Seriously diorang dapat hidu ketidakfocusan mother mother. T_T 

So yeah i baru tahu kat Seremban ada baby spa. Dah lama plan nk bawak Adam n Noah gi spa. Dari 2 tahun lepas hahaaa tapi baby spa banyak kt KL je so yeah nk cari masa tu payah sikit. Tetiba haritu nampak ehhhh ada kat Seremban. Masa mula2 I pindah Seremban, hari2 mengeluh sebab takde banyal mall. Nowwwwww, i suka gila. Bersyukur gia dapat pindah Seremban. Best ah sini. Seriously ramai dr KL dah pindah Seremban 2 sini weyhh. 

Noah terkenal dengan sifat yang tenang, kurang nangis, happy ceria . Kan ? Tapi bila masuk je spa dah melalak2 hahaa.  I pun pelik dah. Jenuh pujuk. Kot la dia ingat spa apa pulak kan . bukan spa yg amoi pakai skirt pendek tu..bukannn. 
Haa tangan dah cengkam tu . Amoi skirt kau jangan kacau aku.

Mula2 masuk spa i risau Adam mostly sebab dia ni banyak benda tak kena. Semua amuk. Gerun jugak ni tapi excited nak cuba spa. Konon2 nak pampe diorang ah. Hoihh nasib baik ok.  Dia yang exctited lebih.

Tengah syok2 swim sorang tetiba petang tu ada budak pompuan sorang ada swimming lesson. Kecik2 dah belajar swim, iols ni sampai ke tua tak reti swim. Budak tu umur dalam 2 tahun lebih .

Excited nak baling semua benda. Terpelanting semua. I asyik say sorry je tapi biasa ah kot. I tanya budak lain pun baling barang camni ke..dia kata ada yang lagi teruk pun ada. Ok lega i ingat anak i sorang monster sikit. wewewe habis budak pompuan tu kena baling dengan Adam.  Alang2 asyik nk say sorry kat bapak budak tu I boleh nyanyi terus sorry sorry sorry naeke naeke naeke..


Boleh swim dalam 30minit je sebab takut budak letih nanti. Recommended 30 minit je then after that body massage . Package dia RM88 untuk swim n massage tapi Adam ni mne boleh duk diam. Payah nk massage pun. 

Mengamuk nk mandi lagi. 

Merayu kt pekerja spa..pleasee dukungg nk swim lagi. Last2 x massage pun. Swim jela. 

Syok apa kena massage. I lagi la xde mse langsung nk urut. Masa pantang dua dua anak mne ada massage. Sian kan. I tak pasti rahim i ada kt mana skang. T_T haha

Ok la baby spa ni. Best gak untuk budak2 sekali sekala. Ada personal swimming lesson lg.  

Lokasi kat Seremban 2 near City Park.  

haha



Toodles :)

Setiap Tahun Mesti Ada !

$
0
0
Hi

Mycybersale datang lagi. Setiap tahun memang standby dah untuk Mycybersale. Bagi yang tak tahu, Mycybersale ni adalah Malaysia’s Biggest Online Sales Event organized by Multimedia Development Corporation (MDec) . Nampak tak perkataan 'bigGEST' tu. Haa event online sales terbesar. So semua penjual2 online bergiat lah jual harga murah habis habisan . Saja syok nak bagi pembeli online ni menggelupur hahaa. Tapi benda yang best2 ni sekejap je. Mycybersale ni hanya dari 28 September 2015 sampai 3 Oktober 2015 saja. 

Awal2 lagi event Mycybersale dah launch by Mdec and KKMM.

Dalam tempoh tu barang semua runtuh. Salah satu online web yang join event Mycybersale ni is web nile.com.my . Berapa kali dah I share pasal web nile.com.my nih. Setiap tahun web nile.com.my ni dijemput untuk join event ni sebab web ni menjadi pilihan ramai. Meluat je. Tiap kali masuk web dia memang akan terbeli. Tak caya korang try ahhh , mesti adaaaa je benda akan rasa "eh aku perlukan ni !" . Dari barang rumah, perkakas dapur segala benda la.

Kali ni web nile.com.my nak kasi sales up to 90% . Lagi la aku tak tahan camnih. herghh. Siap  FREE DELIVERY untuk semenanjung Malaysia bagi pembelian minimum RM48 je. RM48 je boleh dapat 3 barang. hahaa. Diorang guna perkhidmatan POSLAJU. 

Ni antara items yang harga runtuh untuk event Mycybersale nih..

 Men Teeoffers to RM17.90. Deal start on 29/09/2015, Pukul 11 pagi  boleh serang tapi limited 120 pieces saja. So sape cepat dia dapat lah. hewhew. 


 HANIYA 3 Colour Patchwork Chiffon Blouse- Orangediscount to RM19.90. Deal start on 30/09/2015, 11.00 pagi. Limited to 120 pieces jugak. Blouse jenama HAniya ni design lawa2. I ada few pieces on Haniya.


 Men Rider/Leather Jacket  offer to RM33.90. Deal starts on 01/10/2015, at 11.00 pagi . Limited to 150 pieces je. KAlau nak acah Nicholas Cage dalam cite Ghost Rider, sila sila. haha. Smart. 


Canvas Shoesoffer price RM15.90 on 01/10/2015, 2.00 petang. Stock untuk harga runtuh hanya 200 pasang saja. Lambat memang tak dapat ah. 



 OL Woman Heels#mycybersale2015 price for RM19.90, on 02/10/2015, 11  pagi. Limited to 100 pairs only


Crocodile Pattern 3-in-1 Pieces Bag discounted price RM29.90. Deal starts on 02/10/2015, 2 petang. Limited to 500 sets only.


Bukan time Mycybersale je akan ada FREE DELIVERY , time hari2 biasa pun boleh menggila shopping tanpa perlu fikir kos delivery tu. Dengan pembelian minimum RM48 je woih. 

Selalu buat sales. I kadang2 kalau time nasib baik tu memang beli dapat murah. Ni nak hujung tahun ni standby jela barang2 sales dr nile.com.my huewhueww..


Facebook : nile.com.my
Instagram : @nile.com.my
Twitter : nile.com.my


Follow us on our official wechat account nile.com.my


Follow us on our official line account nile.com.my









Viewing all 590 articles
Browse latest View live