Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all 590 articles
Browse latest View live

Photoshoot Wanita Hari Ini TV3

$
0
0
Hi

Malam2 sebelum nak tidur, selepas tidurkan Adam jari jemari sibuk scroll2 down email lagi thru smartphone. Tengok email clients yang mana masih belum di entertain. hewhew. Pastu masuk email baru , "eh siapa ni" . .."Salam saya Nabihah dari wanita hari ini. nak arrange interview pasal topic online shopping. hewhew". Eh hewhew tu I yang tambah, bila dia mention dia nabihah terus teringat video yang masa Thaipusam tuh bahaa . Eh sorry Nabihah tapi I rasa mamat India tu kelakar. hahaa. Tiap kali tengok balik video ni mesti tergelak lagi.


Sebab memang tengok show Wanita Hari Ini , so kenal la pengacara2 semua. Yang lama yang baru semua lah kenal. So fikir2 masa tu free pun, terus reply email and say yes. Satunya sebab topic "online shopping" weyhh. Kepakaran iols tuh. hewhew. Kan tengok kat blog ni selalu kongsi pasal online web mana yang best, mana yang murah. Saja nak goda korang sekali.


So ok set, on Selasa at 2pm kita shoot. Shoot sempoi2 je. Cumanya perlu tunjuk barang yang beli online. Piker punya piker, hmmm pilih few category barang lah untuk di shoot nanti. Of course lah yang banyk beli pun barang kecantikan, baju, handbag, and so far mainan Adam pun beli online. So include sekali lah, baru nampak maciam maciam.



Susun siap2 macam ni sebab macam dah agak, nanti kalau crew tv3 sampai senang lah diorang terus visual shoot je. Susun siap2 pastu I pergi tepek2 bedak kat muka sikit. Nak makeup tebal nampak melebih pulak.. So tepek2 bedak sikit je dah n mascara.

Ni antara I beli online lah , kain tu je orang bagi. Tapi dijual online lah.Mainan Adam semua dibeli online. Satunya seriously kalau keluar bawa baby kan, nak beli terus okay tapi kalau nak pusing2 sambil survey. Kesian lah. Plak baby Adam jenis yang xnak tdo dalam stroller pun.  

Memang keluar setakat makan jela pastu jalan pastu balik.. 

 Berlakon2 scroll2 web. Pinjam iPad Isham. Iols mana ada iPad, buat IT. ni pun minta cousin ajarkan camne nak connect wifi kat iPad. bahaa


Nampak sangat dugong. duduk pun susah nak tutup kaki. tu lah siapa kata namee badan x naik. Naik bertimbun2 ni. Lepas ni pengsan camane nak kuruskan balik.

With Nabihah form WHI tv3 and sebelah tu aunt kita. 


Nampak je gaya sama dengan gambar di atas. Sebenarnya take 2. behee


Nampak je sama dengan gambar di atas...sebenarnya take 3. (perempuan memang macam ni, selagi rasa tak cantik dalam gambar selagi tu take take take take). Walhal sama je angle nya cuma mungkin 'sehelai' rambut je berada di posisi yang tak memuaskan. bahaaa

Last last Nabihah suarakan, eh kena duduk ke ? Jom la berdiri. hahaa, I pun rasa benda yang sama, Rasa bila duduk nampak tembun pastuh dengan keadaan sekarang ni rasa mencabar untuk melipat perut. ekekke

Hasil tangkapan bloggger Yana Yassin. 


Semangat kan iols. haha. thanks Nadiyah Abdullah for the photo. hehe

Tips lah untuk korang kalau membeli online ni...

1) Mula2 tengok review atau testimoni dari orang lain. Kan kadang2 kalau customer akan tagged peniaga bila dia puashati dengan pembelian. so that kind of feedback boleh dipercayai lah. 

2) Kalau nak beli barang2 handbag mahal, kalau rasa tak sabar nak menunggu...jangan pilih online shop yang terlalu banyak followers. Sebab demand tinggi so korang kena tunggu giliran berbulan2. Kalau jenis yang tak penyabar memang akan mengamuk lah. Pilh yang ada sederhana followers je.

Lepas dah on air ....

Namee nape suara garau

Gemoknya, kaki pun nampak susah gila takleh tutup rapat.

weyhh melampau kome ni


T_T.

By the way, terima kasih to Nabihah sebab terus teringat kat namee bila teringat pasal online shopping ni. Nampak snagat namee banyak share kt blog pasal online shop yang best. beheee


Kain Cotton Paling Cantik dan Berkualiti

Lihat ini. Nampak kemas. Ini adalah hasil dari material cotton. Ini semua hasil tempahan dari kain cotton TheCottonIn
Iols paling suka pakai baju kain cotton. Tak panas. hewhew pastu bila berjalan , alur kain xla nampak alur2 celahan badan. hewhew. Ni kalau pakai kain satin line spender pun nampak weyh. Bila duduk dan bangun, eh terselit pulak. bahaa. Segan. So lagi selesa pakai baju kain cotton. 

Kain cotton lawa buat baju kurung peplum, kedah, pahang semua masuk. Mana nak cari corak kain cotton yang cantik? hewhew. sila lah berkunjung ke TheCottonIn .Kat situ banyak kain cotton yang murah dan corak meletop2 and berkualiti. Takdela lepas cuci, berbulu2.





Satin Cotton, Twill Cotton & Printed Cotton
We sell retail at wholesale price
Comfortable yet affordable
Serendah RM66/spsg
The best thing is boleh request by meter
Hurry up!
Choose your favourite Cotton and Let the tailor made to fit your size! 

Page:
Fb: The Cotton In
                                  

Biru Yang Mewah

$
0
0
Hi

The only accessories yang ada pelbagai function selain menyerlahkan gaya, JAM TANGAN lah. lol. Jam tangan yang boleh tengok time, act sebagai accessories, and at the same time kasi personality kat si pemakai tuh. All in one. Sebab tu lah tangan I selalunya togel takde barang kemas atau gelang2 lain sebab pakai jam je dah cukup as accessories. Cukup.


My new pick is jam tangan dari GUESS Collection nih. Guess keluarkan collection jam tangan baru and theme 'biru' for both men and women. Macam tahu2 je memang my fav is blue color, saja je menggoda suruh memiliki satu. For me, warna biru warna yang paling2 tak lapuk dalam fashion. Like yeah, obviously, warna denim yang suit untuk semua occasion. Even our surrounding pun, warna apa yang paling menenangkan ?


Bila stress, dongak kepala tengok langit 'biru' kan ? and tenung lautan biru ? Tenang terus hilang stress. Perasan tak, biru tak pernah tak lekang dalam dunia fashion kita ? Warna biru will always be my pick. Biru symbolize kestabilan, ketenangan, dan keyakinan. Tak percaya cuba pakai baju biru. hewhew.


Dalam dunia fashion, warna biru melambangkan kekuatan . Dari warna denim sampailah accesories, warna biru memang synonim untuk lelaki. Tak kisah lah untuk outfit formal atau casual. See, warna biru memang paling senang untuk masuk dengan semua gaya. Pulak new collection jam tangan GUESS ni combine kan warna biru dengan rose gold and honey brown leathers. Campak lah warna apa untuk padankan dengan biru, mesti sesuai !

Kenapa biru ?
-Warna biru yang dipilih untuk koleksi baru jam tangan GUESS adalah unik dan istimewa
- Belum pernah lagi jenama fashion terkemuka yang lakin guna warna biru seperti koleksi terbaru GUESS ni
- Uniseks. Lelaki boleh pakai, perempuan pun boleh pakai.
-Dynamic dan sangat denim friendly.
-Paling paling senang untuk mix and match dengan warna2 lain macam silver, putih, rose gold, etc.
- Koleksi jam tangan biru terbaru dari GUESS was inspired dari trend of Camo and military inspiration.

Semua jam tangan baru dari new blue colletion GUESS ni sangat variety dari segi

- Dial Details

- Nylon straps

- Denim straps (iconic to the GUESS brand)

- SPECIAL Thermo Pattern Technology

- Smooth and Textured Silicone

My pick...





TThe blue print style W0472L1. Collection yang Namee pick ni is a combination of blue and rose gold. Inspirasi dari warna denim and campuran warna rose gold tu beri impak mewah buat si pemakai. Ewah.


See, told ya. Tak perlu gelang emas weyh. Pakai jam Blue collection dari GUESS je dah serlahkan gaya. Paling suka sebab boleh suit dengan macam2 gaya...


FORMAL ATTIRE



CASUAL ATTIRE



TRADITIONAL ATTIRE


-
-
-
-
Antara koleksi terbaru blue print yang lain dari GUESS Collection..

Koleksi Blueprint dariGUESS memberi idea untuk si pemakai on 'how to wear blue'. Semua pieces dari collection Blue print ni combine warna biru, rose gOld and leather brown. Sebab tu lah mudah untuk gayakan dengan semua style . Tak kira lah formal, casual atau traditional wear. Semua sesuai!



Kalau lebih gemar warna all blue, this will be the best pick !



Untuk design yang ni adalah lebih detail, Gabungan denim untuk tali dan bulatan jam di highlightkan dengan detail warna rose gold.


Untuk pengguna lelaki, koleksi jam tangan blueprint ni bakal menaikkan lagi gaya dalam pelbagai style.

So antara koleksi jam tangan di atas, yang mana paling korang suka ?! hewhew . Kalau nak tengok koleksi lain, boleh tengok kat official website nihttp://guesswatches.com/fashion/blue-printf14


Jika korang pergi kat butik GUESS dan kedai Aksesori GUESS sekarang, anda boleh participate peraduan GO BLUE! Sah dengan pembelian mana-mana jam tangan GUESS. Hadiah utama ialah RM3000 GUESS Cash Voucher!!! RM3000 tau! Mana nak dapat ni??



Toodles !

Terpulang Masing2.

$
0
0
Hi..

Issue halal dan haram , issue yang sangat besar as majoriti Malaysian adalah beragama Islam, agama rasmi negara kita pun agama Islam. Kita penduduk Malaysia sangat bertuah sebab ada badan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang dipertanggungjawabkan tentang hal ehwal Islam di negara kita. Termasuklah dalam perihal halal dan haram sesuatu produk yang dikeluarkan demi menjaga kepentingan umat islam.

Haritu, berkesempatan pergi dengar taklimat Jakim tentang issue halal dan haram terus prosedur Jakim dalam mengeluarkan sijil halal haram untuk sesuatu produk. Halal dan haram ni bukan untuk makanan je, tapi semua produk yang ada kat Malaysia ni. Proses untuk mengeluarkan sijil halal paling minimum pun memakan masa 30 hari.

Contoh untuk produk pemakanan. Setiap pelosok bahan2 dalam produk makanan tu akan dikaji dengan teliti. Even packaging pemakanan itu sendiri pun akan dikaji samada mengandungi bahan2 yang jatuh haram atau tidak. Jakim sangat teliti dalam bab halal dan haram ni as ia dah jadi satu amanah untuk mereka. Banyak faktor yang diambil kira , contohnya seperti bahan itu sendiri samada mengadungi bahan yang memnag haram, proses , sembelih atau tidak, kebersihan, bahan2 packaging produk , mesin yang digunakan untuk proses produk tersebut etc.

Contoh, kenapa ada restoran yang menyediakan menu halal tapi tidak mendapat sijil halal.

Andai kata sesuatu produk/menu itu menggunakan bahan2 halal dan disembelih tapi oleh sebab perkakas dapur yang digunakan pernah digunakan untuk memasak menu yang tidak halal..maka ia jatuh tidak halal sebab dimasak di atas perkakas yang bekas tidak halal. Contohnya, restoran steak di hotel2 as some of the steak yag disediakan , ada yang dicampur bersama alcohol.

Sama jugak bila case Cadbury haritu bila tersebar katanya ada DNA babi oink oink dalam chocolate. First tindakan Jakim adalah terus menggantungkan sijil produk Cadbury , then terus buat siasatan ke kilang, Dari semua bahan yang ada dalam kilang, sampai ke semua pelosok mesin dalam kilang pun dikaji samada ada atau tidak DNA babi melekat pada mesin2.

Setelah diteliti dan disiasat, takde apa2 DNA babi dalam produk Cadbury yang dari dalam kilang dan pada mesin itu. Maksudnya, memang produk yang dikeluarkan dari dalam kilang taklde dijumpai DNA babi. Kata putus dari Hub halal Jakim sendiri, produk Cadbury adalah halal !

Sijil halal Cadbury hanya digantung seketika masa rumors tersebar dimana ada dijumpai DNA babi dalam produk mereka. Setelah disiasat, memang takde dijumpai DNA babi tersebut.

Antara soalan yang I sempat tanya pada pegawai Hub halal , Jakim haritu...

Me : Haritu kecoh kata dijumpai DNA babi dalam produk Cadbury, so lepas kes tu ramai yang tak yakin dengan Jakim as diorang claim Jakim ni tak buat kerja dengan betul then diorang rasa was2 dah dengan Jakim.

Jawapan pegawai Jakim : Simple je. Jakim diberi amanah besar untuk jaga kebajikan hal umat islam termasuklah bab halal dan haram sesuatu produk. Amanah ni adalah sangat besar, sebab kalau pihak Jakim sendiri main2 dalam bab ni....kira lah berapa dosa yang dirtanggung oleh Jakim sendiri sebab menghalalkan sesuatu yang haram . So kalau pengguna masih was2 dengan Jakim, maksudnya anda semua dah jatuh hukum syubhah sebab was2 dengan kredibiliti Jakim dalam mengeluarkan sijil halal. Bukan setakat produk Cadbury, dikira anda was2 dengan semua produk yang dah disijilkan halal oleh Jakim.

Hati2 denga perasaan was2 tu. Itu saja pesanan saya. So pasni takyah risau, Cadbury adalah halal. hewheww sebab I yakin dengan Jakim, lpeas pergi dengar penerangan dari Jakim tentang proses dan jangkamasa yang diambil....i yakin lah. Terpulang pada individu, kalau was2 jangan makan sebab dah jatuh hukum syubhah.

Ok bebeh. Toodles :)


Party Hujung Tahun Yang Paling Wild

$
0
0
Hi

Kalau web buat jualan murah, blog siapa lagi yang akan hebahkan ? Blog ini jugak. Sebab tuan blog ni bukan main gila lagi nampak online web murah murah ni. Menyampah. Tapi sambil menyampah smabil scroll down website tu. Pastu terus add to cart. Ni benci tapi cinta. Sekarang giliran Hermo pulak buat jualan murah besaran sempena Christmas dan hujung tahun.



Lihatlah ini, Christmas Big Sale Party. Betul2 wild ni. Satu, semua barang yang dijual di website Hermo ni akan ada sale gila dari 1 December sampai 29 December 2014 nih. Kedua, sambil berbelanja boleh menang hadiah Bobbi Brown Makeup Bag, SK-II Limited Edition, Honor Gadgets, iPhone 6 dan macam2 lagi. hewww. Menggoda.  Dah tu, setiap minggu akan ada kejutan SALE, dan giveaway yang baru ! Eh bising2 ni, korang tahu tak HERMO tu jual apa ? Siapa tak pernah pergi website HERMO, xtahu lah nak cakap apa.

HERMO ni adalah Malaysia best online store for Beauty Products from all around the world. Semua produk yang famous tu boleh cari dalam HERMO je.  Yang penting 100% Authentic. Yang I selalu beli dari HERMO is brand Yadah , 3CE, Etude House and stage tapi banyak lagi brand2 yang famous lain.


Siapa tak geram tengok makeup2 comel macam nih !herghhh

Click click ...

Eh eh, lepas dah selesai order..mampu ke nak tutup web HERMO ni bila nampak benda berpusing2 ni? Skang pulak ada game SPIN & WIN ! Lepas shopping release tension jap SPIN benda ni pastu boleh dapat hadiah. Saja je HERMO ni nak terus menggoda. Macam bila tetamu datang, tuan rumah bukan main nak jamu macam2.


SPIN pastuh menang Xiaomi Power Bank, Cash Voucher and Credit Points
Sukahati la nak main SPIN berapa banyak kali , tapi tiap kali nak ulang SPIN hanya perlu share apps SPIN & WIN ni kat facebook.

Macam2 lagi HERMO cuba nak pikat tetamu untuk terus jangan pulang. Eh marilah bersembang lagi. Ewah. 

Siap buat contest untuk para tetamu...

  • Instagram Contest ( tangkap gamabr paling creative bersama barang yang anda dah beli dari web HERMO dengan hashtag #hermomy #hermoxmas2014) . Yang paling creative berpeluang untuk menang  iPhone 6. ( 1x winner )

  • Facebook Contest (Answer, Share & Tag) . Senang je. Tapi nak kena sentiasa aware lah dengan soalan2 baru di page facebook HERMO !. Tiap minggu akan adag Prizes such as Bobbi Brown Limited Edition Bag, and Honor Gadgets. ( 4x Winner )

  • Top Spender (Shop and Win) . Siapa yang membeli paling banyak sekali ! Tapi khas untuk top spender dalam bulan December aje lah. Setiap minggu akan ada satu TOP SPENDER yang akan dipilih ! (4 week = 4winner) .HAdiah lumayan such as SK-II Holiday gift set and Honor Gadgets. ( 4 winner ) hewhew
Jangan terlepas weyh party liar ni. Sampai hujung December je pastu harga kembali seperti biasa. sobs. Mari menggila !



Instagram : http://instagram.com/hermomy

Facebook : https://www.facebook.com/HermoMalaysia







Boleh Beli Sebagai Hadiah

$
0
0
Hi


I memang gila shopping online. Sampai masuk tv slot Wanita Hari Ini, topik 'shopping online'. See betapa kegilaan ku membeli belah online mendapat perhatian. haha. Eh ke web web yang tiap bulan i shopping tu pergi report kat tv3. ekeke. Whatever it is, shopping online memang best ah. Satunya seriously kalau beli online, boleh dapat harga lagi murah.

Salah satu benda yang I suka beli online is skincare and cosmetics lah. Sebab dari dalam internet boleh read review terus. Kadang dari web tu sendiri ada testimoni dari pembeli yang dah berpuas hati. Kan sonang kerja iolss. Kalau kosmetik nak beli lisptick, tengok model dah pakai semua warna, so kita boleh agak ah warna lipstick yang mana paling sesuai dengan kita. Kalau beli kat mall, nak kena test satu satu, leceh. Pastu dah la tengah godang mengandung, jalan terbonkang bonkang dah.


So lagi lah giat shopping online. Malas nak jalan gi mall weyh. Even skincare brand Yadah yang I guna pun beli online ! So ini bagi sesiapa yang suka guna produk Yadah and plan untuk cuba.


Yadah tengah buat SALE menggoda. Sempena Christmas and hujung tahun , as a thank u la untuk kita2 yang gila Yadah ni. Suka ah web macam ni, at least kita as customer rasa dihargai hewheww. Sayang Yadah ! hehe. Sale mula 1 December sampai 31 December 2014 !



Ini dia Thank You event. Mari ramai2 jawab You’re welcome. Hewhew. hehe
Boleh pergi web Hermo ini

Ni antara set yang tengah murah dari harga biasa. Jauh pulak tu beza harga. cuba bandingkan harga sebelum dan selepas promotion. Kan jauh beza tu. Kalau beli untuk hadiahkan pada orang pun sweet jugak. hewheww. Wey set skincare dia best gila weyh. sila cuba. Pastuh moisturizer dipanggil emulsion. Ewah. Produk dia very light. Sesuai untuk kulit Asian macam iols.


Tengah murah, poie lah beli .


Tengok lah Yadah Christmas Starter Set ni, harga RM69.90 je tapi dalam kit tu berlambak2 ada. Sesuai untuk bagi hadiah !
Beli atas harga RM99 dapat 1 FREE gift
Beli atas harga RM199 dapat 2 FREE gift
Beli ats harga RM299 dapat 3 FREE gift 

eh kenapa baik sangat nih.



Menggoda kan? Menyampah tau. Sekarang pulak I dah terjatuh cinta dengan crayon lipstick Yadah ni. ish.

YADAH Shopping Page: http://www.hermo.my/flagship/Yadah 
YADAH Hot Deals: http://www.hermo.my/xmas/brand/171-xmas-yadah.html

Cinta Dari Maybank

$
0
0
Hi

Ramai yang takut untuk buat credit tapi perlu fikir logik jugak credit card ni perlu ada untuk setiap orang. Mudah nak bawak jauh2. Takkan la nak bawak cash berkepuk2 dalam wallet. Kalau tercicir , nangis please . So better sediakan satu card untuk mudahkan di waktu emergency. Term 'emergency' ni terpulang lah pada individu.  hewhew


Pastu kalau apply credit card make sure pilih yang bakal banyak memberi benefit pada kita. Contoh credit card dari Maybank . Sekarang pulak ada kempen Maybank #iLove Campaign. Spread the love uolsss.




Tengok lah ni, ini expenses untuk minggu ini saja ok. Beli barang masak untuk semiggu dah berapa. Pastu singgah kedai tiap2 hari beli jajan. Tu belum termasuk expenses untuk petrol pergi balik kerja. Kadang2 malas nak masak, keluar makan luar pun bill lagi. Bila ada duit lebih sikit , mulalah nak shopping2 untuk gembirakan hati yang penat bekerja. 

After total up semua nya, banyak jugak tuh. Imagine la kalau semua benda yang kita dah belanjakan tu ...dibayar balik. Kiranya ada yang baik hati untuk cashback. hewheww. Ni bukan angan2 okay. Memang betul tapi dengan syarat kena spent all the bills guna Maybank credit card ! hewheww

Sebab sekarang tengah ada campaign I LOVE 100% Cashback Campaign .Eh dah seronok belanja2, pastuh Maybank dengan baik hati dan penuh cinta nya nak 100% cashback. Ewah. seronok sungguh. Bermula dari  1 October 2014 till 31 January 2015 boleh berbelanja guna card cinta Maybank anda tuh untuk petrol, groceries, dining dan mace mace lagi. Seronok gila hoi dapat 100% cashback !

    Boleh read terms and condition di SINI




    Eh bukan tu saja..ada lagi cinta dari Maybank ni. Sekarang ni pemegang2 card Maybank berpeluang untuk menang 25,000bonus Air Miles. I LOVE 25,000 bonus Air Miles.

    Sign up Maybank Premium Credit Cards untuk menang 25,000bonus Air Miles.

    Boleh sign up salah satu card di bawah, pastu berpeluang untuk dapat 25,000bonus Air Miles.

    Boleh sign up yang mana satu yang korang suka, hewhew...


    • Maybank World MasterCard
    • Maybank Visa Infinite
    • Maybank 2 Cards Premier





    Lagi satu dengan baik hatinya Maybank nak hadiahkan kereta Polo Sedan, Win yourself Polo Sedan
    Taknak ke ? hihi

    Ewah, dah puas berbelanja, dapat pulak peluang menang kereta. Siapa yang nak bagi . Ada 5 buah kereta untuk dimenangi. Boleh baca terms and condition kat SINI


    Terllau banyak cinta yang Maybank nak bagi. Tunggu apa lagi !


    Toodles !


    OOTD : Biru Yang Sexy

    $
    0
    0
    Hi

    So far , tak pernah memiliki gelang emas sampai ke siku untuk menyerlahkan gaya. satu tips untuk serlahkan gaya, just beli jam tangan yang 2 in 1.  Boleh jadi accessories dan tengok time . Plih pattern yang tampak mewah dan kena dengan semua style. Contoh macam jam tangan baru  GUESS blue timepiece nih. Semua baju pun boleh suit. hewhew

    OOTD with my GUESS blue timepiece..






    This is my outfit untuk hari biasa kalau pergi shopping , hangout with friends atau meeting dengan clients.

    So korang dah ada GUESS blue timepiece ke belum ? Kalau belum sila cepat, this is the best accessories ever.

    Good news untuk korang , I nak bagi  this stylish GUESS iPad cover . Korang hanya perlu kongsi Blue style Outfit of the Day (OOTD) di instagram !


    Step 1 : Follow saya di instagram @nameeroslan

    Step 2 : Upload gambar Blue style Outfit of the Day (OOTD) korang paling lambat pun by 31 December 2014 

    Step 3 : Hashtag GUESSBlueNamee

    3 gaya OOTD yang paling menarik bakal menang GUESS iPad cover.

    Pemenang akan diminta untuk email butiran details di nameeroslan@hotmail.co.uk 

    Toodles !


    Sempena Tarikh 12/12/2014

    $
    0
    0
    Hi

    Apa ni, hujung tahun banyak sangat SALE ni and again haruslah digembar gemburkan sebab time SALE jelah boleh jadi seorang yang bijak berbelanja sebab semua barang dijual dengan harga diskaun. Tak bijak dapat SPM straight A pun takpe weyhh asalkan bijak berbelanja jimatkan poket sendiri dan suami. 

    Lazada pulak offer peluang manis untuk pembeli. Sempena tarikh 12 / 12 / 14 . Sempena tarikh keramat yang cantik tuh (bukan main macam tarikh keramat mula bercinta nak pilih tarikh cantik2 pula tuh) , Lazada akan offer SALE untuk pembeli. Pastuh dah puas membeli dengan nilai RM1212 dapat beli macam2 barang....berpeluang untuk menang cash RM500 lagi. Untung tak untung. Dah la shopping bagai nak gila barang murah.

    Eh sekarang di kala ku menaip jam masih pukul 10 malam di tarikh 11 / 12 / 2014. Sempat ku memilih wishlist untuk serang esok..... ( dah nama pun SALE bermula tarikh 12/12/2014 so haruslah wishlisht dicatit awal2 hewhewww)....

    Wishlist2 yang tak sempat dibuat hantaran kahwin...hewhew

    Mesin jahit mini comel, ditawarkan harga di tarikh keramat 12/12/2014 ...RM129 . Harga asal RM299. 


    Camera idaman weyh, ditawarkan harga di tarikh keramat 12/12/2014 ...RM179 . Harga asal RM399.  Eh jauh beza tu, haruslah beli hoi. 

    Teringin nak bergaya dengan baju by Hatta Dolmat. Oh inilah peluangku. ditawarkan harga di tarikh keramat 12/12/2014 is RM231.20 ...harga asal RM280.

    Eh pastu ternampak set sudu nih, gulp. Ok add in cart...kalau nak beli harga bukan sale bukan main mahal so baiklah haku sambar awal2. RM239 saja dari asal RM700 memang takde makna ah i nak beli.

    Teringat nak beli stroller standby untuk Adam. nak beli yang murah je, beli ribu2 pun taknak naik pun. so stroller standby takyah la nak beriya sangat...terus masuk wishlisht stroller murah RM135.


    Dah lama cari benda ni tapi tak menyempat lagi. Dah alang2 ternampak kat Lazada  di tarikh keramat 12/12/2014 yang indah ni..maka mari masuk dalam wishlist untuk diserbu esok..RM55 aje.


    Ini lagi sangat menggoda. RM69 je. Harga asal RM269. 


    Orang bijak memang camnih. Satu hari sebelum nak serbu memang akan sediakan wishlist. So itulah barang dalam range harga RM1212 hewheww. 






    Eh dah 12/12/2014,  hari ni lah kan ?? Apa lagi, mari terjahhhh,,,,



    Sale up to 95% weyh,,

    Nah amik shopping voucher ni ..

    Tekan link ni untuk enjoy RM25 off !  lazada.co/nameeroslan_lazada1212


    T_T


    Aura7Rizqi : gabungan 7 jenis pati bunga yang diproses dan dibacakan ayat suci al-quran

    Suami jarang puji anda ??

    Aura7Rizqi : gabungan 7 jenis pati bunga yang diproses dan dibacakan ayat suci al-quran

    Suami jarang puji anda ??


    Pernah tak rasa lesu ? Pastu rasa macam takde orang nak geng dengan kita , atau kalau pergi interview ke apa mesti panel tak suka kita sebab nampak kurang bertenaga? Rasa dah habis konfiden dah tapi tak diterima ? Haa tu lah yang orang panggil aura. Ada oramg rasa term aura tu macam mengarut kan, padahal dalam islam memang ada sebut tentang aura ni tapi dalam Islam kita panggil Nur ( cahaya ).

    Kita nampak cergas and orang sekeliling pun senang bila bersama dengan kita. Rasa macam "alahai sejuk je mata aku nengok dia ni". Nur ni boleh terserlah dan berkaitan dengan beberapa factors , antaranya..

    -persekitaran
    -pemakanan
    -senaman
    -takafur
    -tidur
    -hubungan kemanusiaan

    Lagi satu cara dengan amalkan 
    Aura7Rizqi ni which adalah gabungan 7 jenis pati bunga yang diproses dan dibacakan ayat suci al-quran dan sangat bermanfaat untuk menaikkan aura seseorang.

    1) Untuk perniagaan ( sebagai pelaris)
    2) Untuk anak2 ( kuatkan daya ingatan, penenang hati , kurang nakal)
    3) Untuk rumahtangga ( sebagai penyeri, dan tambahkan kemanisan rumahtangga)
    4) Mengandam pengantin ( tambahkan seri pengantin dan aura)

    Kalau suami jarang puji pun cuba try....terus meletops...hewhew



    Kalau berminat boleh beli dari Aura7Rizqi

                                      



    Okay Tak Bekerja Dari Rumah ?

    $
    0
    0
    Hi

    Haah, paling seronok dapat tengok anak membesar depan mata. I yang konon taknak ada anak sebelum kahwin , konon nak hidup ala modern pun bila ada anak tetiba banyak drama. Natural.. Rasanya takde ibu yang takde rasa perasaan berat nak hantar anak kat rumah pengasuh. Mesti mesti akan ada perasaan gundah gulana dan drama setiap kali nak hantar anak pergi pengasuh. Kan ? hewhew. Tapi nak buat macam mana, terpaksa sekali membanting tulang untuk mencari sesuap rezeki and bantu suami. 

    Kita sama. Cuma bezanya saya bekerja dari rumah.


    "Salam n hai kak namee,
    We've got the same situation.sekrg I tgh pregnant for 2nd baby but my 1st baby just 3month and 10 days. At first I cant accept all this thing kindly happen to me. Tp after baca ur blog, sy rasa semangat. Baby is rezeki n anugerah

     Just now I need to decide, either nk berenti keje as engineer (but its hard since I love my career n benefit) or hire maid. Both my husband support just me, I don't know which one is better. I look at u, n I c u strong. N I think that I can do it too. "


    Haa engineer lagi. Mesti lah sayang , dah la adik ni memang suka pekerjaan dia. Tapi for me kalau husband dia mampu untuk hire maid and she stay at home...seronok jeee jaga anak kat rumah. hehe. Sambil jaga anak boleh melawa. Kiranya focus anak je. but situasi saya, income just sederhana je sebab ya tanggungan2 yang perlu ditanggung . So memang i need to work cari duit jugak. Last2 kerja dari rumah. so yeah ini lah dia kerja dari rumah.

    Bekerja dari rumah , perlu mencari wang untuk bantu suami mana yang perlu. Dalam masa yang sama I ada tanggungjawab kat mak ayah. Duit bulanan papa RM500 dan duit bulanan mama RM400. (ni mention bukan nak riak takabur ) tapi nak beritahu kenapa saya ada kepentingan untuk bekerja mencari duit sendiri. Satunya sebab nak balas jasa mak bapak ( Sedih tengok rambut Roslan kelabu penat mencari rezeki sampai kami adik beradik habis belajar walaupun i know uban kelabu dia tu is keturunan dia hahaa). hewhewww,  dua nya niat nak bantu suami. Walaupun papa saya tak pernah minta sesen pun duit sebab dia pun masih bekerja. Plus ,takkan duit membalas jasa mak bapak pun saya nak harap kat Isham. dia pun perlu memberi RM500 bulanan pada abah.

    So okayyy keee kerja dari rumahhh ?

    Kerja sebagai apa ? Nak buat business kecik2 jual online ke, nak buat cake dari rumah untuk party2 event ke, nak jadi pelukis pelan dari rumah ke, its your choice. Jenuh I fikir tapi lepas bersalin Adam tetiba rezeki macam masuk sendiri je dapat job online2 ni. Satunya perlu decide nak kerja sebagai apa sebab u are freeeee to choose. heheh. Asalkan waktu flexible untuk memikul tanggungjawab as housewife yang buat cleaning, masak yet still bekerja cari duit. 

    Pastuh kerja kat rumah takde kwsp weyh. Wang simpanan pekerja tiap bulan dari potongan gaji dan majikan takde. Tapi kita ada potongan yang lagi precious. Potongan waktu tidur ada lah untuk jaga anak untuk simpanan kasih sayang dari anak untuk hari tua kelak. Esok kita nyanyuk tua, simpanan kasih sayang ni lah yang kita guna. hewhew. Eh tapi wanita yang kerja luar pun ada jugak simpanan kasih sayang ni cuma xde choice perlu kerja luar.

    Paling pening sebab takde office hour. Orang luar cakap "eh best la kerja dari rumah, senang. Flexible. "Totally tak la sennag sebab bila kau  nak buat kerja kan, japgi datang lah si kenit ni nak dukung bergayut2. Dah dukung, japgi kais2 laptop pulak. Even kalau tengah basuh pinggan pun dukung baby Adam ni, habis dia nak capai2 segala benda yang dalam sink. So bila macam ada kerja client, memang terpaksa la cari waktu lain. satu keistimewaan orang kerja kat luar , korang memang ada office hour time. Focus kerja je tanpa perlu fikir benda lain. Habis office time, balik focus anak. 

    Kalau kerja dari rumah, takde office hour. Time tu lah nak buat kerja client, time tu lah lari2 tengok anak. Kerja yang boleh siap 1 jam jadi 3 4 jam .Selalu terpaksa la tunggu anak tidur baru boleh buat kerja. Kalau dateline x sempat, memang pukul 3 pagi la saya bangun tidur buat kerja client . KAdang2 penat sangat sampai tak terjaga pun. Imagine kalau housewife yang berniaga dari rumah, mana nak packing barang ? mana nak catat order, ? mana nak cek wassap tengok customer nak apa ? Mana nak tulis alamat custoner semua ? Pastu dapat pulak customer bangsa yang tak sabar2 macam ingat penjual tu 24 jam robot. T_T stress gila jadi penjual mcm diorang ni.

    tapi tapi satunya kerja dari rumah ni, tak perlu lalui perasaan gundah gulana duk teringat anak kat rumah pengasuh. hewhew. Kalau saya ada event luar pun, akan hantar baby Adam kat my sister je. Hantar kat kakak pun masa driving rasa x sabar nak balik..ni apalagi korang yang hantar anak kat pengasuh.

    Tapi ni tengah update blog ni . mulut sambil twinkle twinkle little star kat adam sebelah ni. Sampai tertaip twinkle twinkle little star T_T


    Likkaaa boss.


    So where is my office hour ? T_T


    Toodles


    Tudung Sangat Murah

    Dalam banyak2 penjual tudung, butik online ni yang jual tudung murah gila. Apa kehe entah . Wehee tak kisah la, asal murah. hewhew. Dah murah kualiti tinggi plak. Ni mesti kes pandai cari supplier murah2 ni pastu boleh jual murah. Peniaga jenis camni ah syok, walaupun dapat murah dia x cas mahal pun kat pembeli hewhew. Whatevs , yang penting kita customer dapat beli benda murah. hewhew. Ini diaaa

    3D shawl..

    Tudung sequin. Tengah in gila. 

    Tudung glitter ada, tudung pastel ada, mace mace...
    Tudung glitter kat kedai lain jual harga belas2 inggit...butik Rey Mah ni jual RM10 je sehelai kalau beli 3. murah murah. 

    Semua tudung..
    -MURAH
    -CANTIK
    -BERKUALITI
    -SENANG DIBENTUK

    Instagram : KEENKONG90
    Whatsapp: 0176599032
    Email : syakirinsupardi@yahoo.com
                                  

    Tahun Hadapan Yang Mendebarkan *sigh*

    $
    0
    0
    Hi

    I tak pernah excited nak masuk tahun baru. Samalah perasaan time birthday, tak pernah nak excited. Hanyalah pertambahan angka and makin mencabar. Tapi tapi tapi tahun2 sebelum ni tak pernah rasa debar2 sangat . Mungkin ada new target tapi tak pernah rasa nervous. Inilah pertama kali I rasa nervous untuk masuk tahun baru. hewhewww

    Satunya, perut bakal meletop dan bayi baru bakal melihat dunia. Plak tu kemungkinan besar perlu bersalin secara ceaser. Dari segi keturunan, memang jenis pintu susah dibuka. Mestilah nak induce. Masalahnya kes macam I ni , tak boleh induce. If nak bersalin secara normal perlu tunggu pintu dibuka secara semulajadinya. Kalau induce, contraction bakal kembang kecut 5 kali ganda and rahim dalam risiko untuk pecah. Em mudahan tetiba 'pintu' baik hati untuk buka sendiri. T_T


    momok gila  . Dah nak bersalin and Adam yang clingy nih. Masih belum boleh imagine macam mana nak handle dua baby.


    Mana la luka Iols tak rasa luka ceaser nak terbukak.....ni la trend baru Adam. tantrum kalau orang halang dia nak buat apa. Dia nak jilat tayar stroller dia. hahaa


    Paling debar untuk beranak bedah sebab perasaan lepas ceaser tuh weyhh huwaaa. Tak rasa kaki kesan ubat bius, perlu praktis untuk rasa kaki balik, kena belajar kencing, dah la rahim sakit bedah, pastuh emmm ok lah taknak tulis lagi nanti ada yang takut, ecewah padahal diri sendiri yang ngeri. hahaa T_T . Em teringat masa perjalanan nak balik dari hospital ke rumah...kereta langgar batu besar tahi hidung je tapi sebab hentakan batu sebesar tahi hidung tu ...emm I rasa macam sakit macam usus terkeluar. T_T




    Keduanya sebab mendebarkan, Exam. boleh pulak beranak time final exam. Dah macam mana nak baca buku time tengah sakit and nak jaga anak? Masa beranak baby Adam pun sama lah time final exam. Pandai betul kami merancang, bahaa. herghhh. Even budak2 UPM pun tanya "memang namee saja je ke nak beranak time exam ?" Ewah, seronoknya perit sambil menimba ilmu. 

    Ketiga, Final semester as master student. Tahun hadapan juga final semester, maksudnya perlu membuat thesis dengan jayanya supaya boleh graduate . Nak grad dean list. Mudahan boleh score lagi untuk naikkan sampai 3.8 . Ewah, berangan tinggi. Lepas tu ada pulak yang hasut2 suruh sambung phD terus. Vahvahvah. Tak kuasa .

    Keempat. Photoshoot. Tahun depan maka bermulalah kontrak untuk jadi duta contact lens Lacelle tuh. Nervous sebab big brand Bausch & Lomb tu. Nak photoshoot tu tak nervous, yang nervous nya sempatkah ku kurus ke berat 45kg seperti sedia kala. Sebenarnya tu berat sebelum mengandung Adam. Satunya bila dalam screen, manusia akan nampak 3 kali ganda tembam. Nanti double cheese burger di situ. siapa taknak nampak elok dalam gambar weyh and hope boleh bagi yang terbaik untuk bawak brand tu.  
    photoshoot 4 bulan lepas  tapi x jadi guna pun shot yang ni. entah la tapi memang tak suka pun shot ni Lebih nampak kepada gambar shoot untuk cover kotak anmum. beheee,,emmm macam mana ah nak terangkan...bila u gain weight then automatic xde rasa confident pun. so diorang decide next year shoot lain. Baiklah.

    Kelima. Percutian ke Hong Kong. Tapi untuk dua orang je, so sah sah la tak bawak anak2 kan. Wah dah boleh taip anak-anak. macam ramai je anak iols. T_T . susah hati tinggal anak 4 hari nanti. hewheww. eh tapi nak poie hong kong. Dulu lepas kahwin iols tak sempat honeymoon pun. Inilah peluangnyaaaaa. vahvahh

    totally next year will be sangat busy. Emmm. Yang penting tak sabar nak habis study wee weeee.

    Toodles



             
    FeelVogue foundation
    Foundation paling flawless yang dah terjual RM1 juta jualan. 



    Punya tak gila hits penjualan foundation ni sebab foundation yang terbaik is foundation yang jenis :
    -Ikut warna kulit
    -Tak berminyak kan muka
    -Tahan lama
    -Tak bertompok
    -Kulit nampak smooth

    Mana tak power, foundation ni siap guna untuk mekap pengantin. Sellau kalau mekap pengantin orang sibuk nak guna brand maha2l yang berbelit lidah nak sebut tuh kan. Haa guna FeelVogue foundation Limited  Edition ni je. Tapi dari pagi menikah sampai ke post wedding shoot tahan lagi. Ewah.

    Ni hasil mekap pengantin..
    flawless gila nampak.

    Ni hasil mekap harian, untuk natural look..

    Mana la jualan tak cecah 1 juta, dah memang bagus. Memang susah nak cari brand fpundation yang bagus even brand mahal pun belum tentu serasi dengan kulit. Sempena tercapai nya jualan RM1 juta, diorang dengan baik hati nak bagi diskaun . Sesiapa yang teringin nak cuba and nampak flawless boleh la cuba....

    SMS / Whatssap : 013- 331 0016



    Seronok Kalau......

    $
    0
    0
    Hi

    Seronok gila kalau shopping2, bayar bil, beli petrol, beli barang dapur segala..lepas tu dengan baik hatinya ada orang nak 100% cashback. Maksudnya, apa yg kita dah spent tu ada orang nak bagi balik duit expenses tu. Hoihh.


    Macam tipu je, siapa weyhhh yang baik hati tu ?? Orang itu adalah Maybank. Hanya perlu berbelanja menggunakan kad Maybank dari 1 Oktober 2014 hingga 31 Januari 2015 tanpa perbelanjaan minimum! Kalau x percaya boleh layari website Maybank2u di sini. Hewhew


    OOTD : Earthly Mode

    $
    0
    0
    Hi

    Paling selesa pakai baju collection dari HiDY and Cipela Shoes. Even sedang sarat and berat dah cecah 62kg but I can still fit in. hewheww. Nasib baik lerr baju HiDY punya fitting memang sedap gila pastuh memang target dia bukan untuk kurus je tapi plus size sekali. So iols yang mengandung ni pun boleh ahh. hewheww.


    Top from HiDY and shoe from Cipela Shoes








    Top from : HiDY Collection

    Hari Khamis minggu depan on 25 th December 2014 akan ada sale event yang gila2 sale up to 80% and ada 'FUKUBUKURO' . Tu bahasa Jepun lah tapi kalau dalam bahasa english is LUCKY BAG !! 110 lucky bag je disediakan ! very limited !! Saja je deme ni buat limited lucky bag nak bagi orang menggelupur. behee

    Lucky bag ni best gila. Satu baju dan satu kasut akan diletakkan dalam lucky bag tu tapi lucky bag tu misteri ahh. Korang taktahu apa isi kandungan dia. Kira macam surprise tapi hanya size je diberitahu ! Contoh lah kalau lucky bag tu harga RM80 tapi items yang korang dapat tu jauh lagi mahal. Nasib2 untung badan lah ! Yang sale plak memang up to 80% ..so baju boleh dapat dengan harga serendah RM20 je weyhh. Mana nak dapat baju yang design sendiri n limited edition harga RM20. nanges.

    Address : HiDY boutique store: No.46, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati 53100 Kuala Lumpur.

    Phone no : +6 01338 01338





    Resepi Kek Butter Paling Senang !

    $
    0
    0
    Hi

    Kek apa yang paling senang dibuat selain kek batik biskut Marie ? *Orang kuat kudap kudap tapi pemalas camnih memang nak resepi paling mudah . Weyh excuse me la, kan dah sarat..tinggal 3 weeks je lagi untuk exam dan beranak which will on 11 th of January. T_T . Em gila tak hari yang sama....pagi sampai petang akan bertempur exam..malam decide nak bersalin. Malas nak fikir, nanti takut nanti stress.

    Maka......Butter cake. Mari..come to mommah ! Tapi inI butter cake edisi bertapakkan Cadbury. 

    Bahan-bahan yang memang dah ada dalam dalam rumah.  

    1 buku butter (250 gram)
    1 cawan gula halus
    2 cawan tepung gandum
    4 biji telur
    1 sudu besar esen vanilla

    Coklat Cadbury (sebagai base) . Sukahati nak guna coklat apa yang korang suka tapi iols paling suka rasa Cadbury tu bila dah jadi cake. Tapi kalau taknak yang ada base and nak cake butter semata pun takpe. Depends.

    -
    -
    -



    STEP 1 
    Masukkan butter, gula , telur..dan gaulkan sampai sebati. Nak guna mesin pun boleh tapi kalau gigih dan pemalas nak cuci mesin tu sila guna tangan. Nanti duk berendam jela besi pemutar tu kat sinki nanti. Iols pukul guna tangan je. Sebab memikir kang sinki penuh dengan banyak tools. T_T


    Guna cawan jenis ni ok bebeh.

    1 cawan gula

    4 biji telur. 


    -
    -

    -
    -
    -
    STEP 2 
    Masukkan 2 cawan tepung sikit demi sikit. Pukul adunan sehingga sebati. Eh ayat skema plak tetiba. Em tapi gaul2 sampai tepung semua berpelukan with the butter ok bebeh. Gaul dengan kasih sayang sebelum they all nak kena seksa bakar dalam oven.  

    Masukkan esen vanilla juga.

    2 cawan tepung





    STEP 3
    Sapu minyak pada loyang., setiap inci perlu dilumur minyak ok.  Taknak la melekat. Susah nanti nak potong cake happy birthday to you happy birthday to you.





    STEP 4
    Okeh, letak layer pertama yang nipis...




    STEP 5
    Susun Cadbury. Letak je semua bar tu penuh talam tu. I mengada saja je nak buat tingkat2. hehe. Tapi the best way is just letak je seluruh loyang tu coklat Cadbury. Pastuh simbah je adunan semua atas coklat Cadbury tuh.


    STEP 6
    Panaskan oven dengan suhu 180 darjah.



    STEP 7
    Bila oven dah panas, bakar adunan tadi. selama 30 minit. Tapi ikut oven korang lah. Kalau cucuk dengan lidi and tak melekat tu maksudnya dah masak lah tu.

    Guna API BAWAH !

    Tadaaa !




    Boleh dihidang dengan air nescafe panas. Cuba sekali hendak lagi. Ewah. Sekejap je seloyang dah nak habis. eh ni resepi my mother, I cilok aje. Credit to the mother yang sedang busy main candy crush. Level 400, hebakk.

    Toodles !

    LaishCloset4u : Ladies Beautiful Vintage Boutique.

    Fashion. Kalau beli baju, janganlah dibuang . Fashion ni pusing2 ke situ jugak. Skang ni, trend retro dah keluar balik. Kalau zaman tahun awal 2000, baju corak polka dot dah tak in . Seluar jeans pun semua low cut dah. Skang dah tahun 2014, tetiba fashion zaman 80an and 90an tak pasal keluar balik. Seluar dah upgrade balik atas pusat tapi jenih ketat. hahaa. Kiranya skirt zaman vintage tu dah keluar balik. Pi la belek almari mak korang lama2 tu, mesti ada something yang in untuk di pakai hari ni. hewheww


    Ok seghonok ! Masih ada butik yang jual baju vintage. 

    LaishCloset4u : Ladies Beautiful Vintage Boutique. Menjual 'Original Vintage for Ladies' iaitu stok lama (New Old Stock - NOS) dari Japan & USA. Cuma 5% slightly used clothing. Kualiti terjamin.




    Semua pakaian vintage unik yang dijual, kalau sesape desperate tak tahu nak beli baju vintage kat mana boleh terjah butik ni. Siap TV9, Berita Harian & TV1 pun cover koleksi dari butik diorang nih. Koleksi yang ada sesuai untuk dinner dress, office wear, & casual. Juga sesuai utk ipt student pergi kuliah.


                                                

    FB Fanpage: Vintage by LaishCloset4u OnlineShop
    (Utk order, sila ke website)

    Email: laishcloset4u@yahoo.com
    Hotline: 013-7599831 (SMS @ WhatsApp) - Laila

    HiDY Collection !

    $
    0
    0
    Hi

    Dah lama dah pun tahu  jenama baju Hidy and jenama Cipela shoes. Masalahnya diorang jual online, lepas tu tahu lah benda hot asyik cepat habis. Menyampah. Pastu laaa baru dapat tahu yang jenama Hidy and Cipela shoes ni dah bukak butik pun kat Wangsa Melawati sana. Sebab idam idam sangat nak baju Hidy, marilah terjah ! Finally ! herghhhh






    Suka sangat baju2 dia. Macam inspired by Punjabi cumanya yang dah dimodern kan lah. Butik Hidy punya collection lain dari yang lain sebab design corak baju tu semua diorang design sendiri. So like no way lah nak sama dengan orang sebelah. hahaa. Ni tak, kang baju I pakai adalah sepasang blouse, satgi pi Mydin jumpa orang lain pakai tapi dia punya skirt. bahaaa. Ni kes supplier beli kain sama. Kalau baju2 Hidy ni takde yea, semua corak adalah baju. Takde tetiba boleh jadi skirt pulak atau tudung. 









    Dah lama dah ngidam nak baju camni sebab boleh pakai dengan jeans, match dengan jeans even jeans gaya koyak rabak pun boleh suit pastu dengan seluar formal untuk gi office. So senang lah nak mix and match. hewhewww.


    mengidam yang ini


    Baju baju diorang semua concept camtuh. We can go for casual and formal. Sebab tu la gila kecewa apesal lah asyiknya sold out dalam website dia. Nasib baik dah buka butik. Kalau tak, tak merasa. Tunggu lama sikit baru merasa. huwaa

    Pastu butik Hidy ni ada jenama lagi bawah dia, jenama Cipela shoes. Pun sama handmade and dijahit sendiri. Bukan jenis kasut2 yang diimport longgok dari China tuh. Selesa gila Cipela shoes nih.

    Semua design sendiri dan handmade. ! Selesa!






    Harga pun seronoknya lah mampu milik. Tapi yang paling best hari Khamis minggu depan on 25 th December 2014 akan ada sale event yang gila2 sale up to 80% and ada 'FUKUBUKURO' . Tu bahasa Jepun lah tapi kalau dalam bahasa english is LUCKY BAG !! 110 lucky bag je disediakan ! very limited !!

    Lucky bag ni best gila. Satu baju dan satu kasut akan diletakkan dalam lucky bag tu tapi lucky bag tu misteri ahh. Korang taktahu apa isi kandungan dia. Kira macam surprise tapi hanya size je diberitahu ! Contoh lah kalau lucky bag tu harga RM80 tapi items yang korang dapat tu jauh lagi mahal. Nasib2 untung badan lah ! Yang sale plak memang up to 80% ..so baju boleh dapat dengan harga serendah RM20 je weyhh. Mana nak dapat baju yang design sendiri n limited edition harga RM20. nanges.


    25 December 2014 
    Khamis !

    Taddaaa !


    HiDY boutique store: No.46, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati 53100 Kuala Lumpur. +6 01338 01338




    See you !!

              

    Aura 7 Bunga  & Harum Sedap Malam



    Macam mana hebat and cun melecun seseorang tu, kalau takde aura....orang luar akan menyampah jugak. Buat la baik camane pun, tapi sebab aura tu takde..mesti nasib selalu tak baik. Contoh, kalau pergi interview kerja, dah sehabis mungkin dah prepare tapi last2 tak dapat job tu . Maybe bukan rezeki . Tapi salah satunya maybe kita takde aura. Dalam agama kita aura tu dipanggil Nur !

    Sebab tu la ada nya minyak bau bauan aura ni. Minda manusia sangat peka terhadap bau-bauan.
    Bau-bauan yang dihidu mampu mencetuskan gelombang aura positif terhadap minda dan tindakan.


    Aroma 100% daripada sumber semulajadi mampu mengaktifkan minda.


    Minyak aura 7 bunga dan harum sedap malam mampu membantu masalah:
    •hubungan suami isteri makin renggang
    •aura anda yang kotor,busuk,bocor,panas,kusam .
    •badan lesu dan tidak bermaya
    •wajah suram,pucat,tiada seri,kurang keyakinan diri,stress dan murung
    •tiada mood untuk memulakan hari anda
    Harum sedap malam:Bunga harum malam
    7 aura bunga:gabungan 7 jenis bunga lavender,rose,zaffron,melur,orkid,ylang-ylang & daisy
    Fungsi :
    •mandian untuk menaikkan seri dan memikat kerana khasiat bunga yang menyerap masuk je dalam tubuh
    •setiap malam bagai malam pertama buat suami isteri
    •membersih,mewangikan dan mencantikkan kulit
    •menyegarkan tubuh yang letih dan lesu
    Cara guna:
    Titiskan 2-3 titik minyak aura ke dalam air untuk mandian terakhir.
    Boleh digunakan pagi dan petang.
    Sebotol tahan untuk 20 kali mandian.
    Harga :
    RM 55
    Tidak termasuk pos
    Pos RM 6 Semenanjung Malaysia
    RM 10 Sabah Sarawak
    Cara belian:
    Whatsapp- 011 402 44 804
    Instagram- @najwa_beutee
    http://instagram.com/najwa_beutee
    Facebook-Najwa beutee

    Happy 1st Birthday Adam !

    $
    0
    0
    Hi

    Rasa macam baru sekejap snap photo ni masa baru balik dari hospital after 2 hari I terbongkang tak sedarkan diri kesan dadah.
    Kiri is Adam. Kanan is Nafeesah cousin Adam. hewhew

     Adam belah kanan. Nafeesah and Adam beza 2 bulan je. Sama la, skang I pregnant my sister pun ngandung lagi sekali. 

    Muka angin. Tak kasi mak dia masuk umah. Paksa dukung dia kat luar untuk menikmati pemandangan luar. Bab bad mood lepas bangun tidur tu ikut bapaknya ye. Angin satu badan. Nak kena popok2 dukung dulu lepas bangun tidur then baru mood okay. Patah pinggang iols tau.



    Tetiba mamat maharaja Guangzhou ni dah sebesar ni. Dulu masa baru lahir, semua kata eh mata sepet, hidung kembang penyek..ikut sape ni. Tak kisah lah sepet ke hidung kembang ke, yang penting anak yang iols kandung . hahaa. Lagi few days je Adam dah nak setahun. Actually macam jarang je tulis pasal development Adam kat sini.Entah la, terlupa nak tulis. 

    Adam lahir pun dah 40 weeks umurnya. so bila lahir pun takde la susah jaga. Perut pun dah matang, x pernah ada masalah perut rasanya. Malam pun so far tak pernah la melalak2 macam kena rasuk ke apa. Alhamdulillah mudah nak jaga si Adam ni. Cuma jadi mencabar bila dia dapat hidu mak n ayah dia ada hubungan sulit hahaa. Dia tahu akan ada orang baru bakal tiba. since then, Adam sangat lah clingy nak berdukung je. 

    Seriously rasa serba salah gila awal 4 bulan kehidupan baby Adam sebab selalu suruh dia main sendiri. Dah orang tua tua kata jangan angkat lah, jangan manjakan lah. Itulah yang iols ikut, tapi perasaan serba salah tu sampai sekarang menghantui diri beta . T_T Lain plak ustazah ajar kt sekolah, bayi elok dimanjakan. T_T


    umur 3 bulan.

    3 bulan
    Dah mula emotional, kalau tengok cartoon Pocoyo tu babak sleepy bird tu kena terkejut dengan Pocoyo...terus cebik sedih. Sedih sebab burung tu kena buli. Adam dah mula mumbling membebel2. Dah mula sembang. umur 4 bulan dah mengereng2 pastu 5 bulan dah x ingat dah. Dalam umur tu set bergolek semua lah. Tak ingat sangat . emm ni lah akibat nya kalau tak catit. Patutnya catit development anak, kenangan. 

    6 bulan
    Tumbuh gigi. Masa umur 6 bulan ni first time Adam demam panas. Paling lama dia demam. Tak teringat plak pasal demam tumbuh gigi . cuma ingat masa tu sian dia demam. Memang stress sangat . Rasa macam diri tak reti jaga anak, sebab tak boleh redakan anak nangis. Masa ni rasa macam betul ke aku sedia nak ada baby dah ni. (yes imma bad mommah ) . Tak tahu nak redakan macam mana. Pastu bila tengok gusi dia, dah ada 6 batang gigi dah tengah nak tumbuh.

    Dah mula makan makanan baby. Mula2  test makanan Heinz tu , tengok dia suka manis ke masin ke apa. So far dia suka yang rasa2 manis yang macam custard ke, bubur ayam ke. Nampak sangat memang genetik kencing manis turun kat dia. heghhh.

    8 bulan. 
    Awal 8 bulan dah berdiri duduk berdiri duduk. Pertengahan 8 bulan, dah jalan tapak demi tapak . Hujung 8 bulan, jalan marathon.  Seronok tengok baby jalan. Macam penguin.  T_T . Paling sexy. Letak la gambar laki badan ketak2 jalan weyh, sikit pun iols tak heran. Baby yang paling sexy. 

    Then masa umur 8 bulan, first word Adam is 'mamumamumamu'. Skang fav word is amamamamamamamam. Panggil iols ke tu ? ;') 

    9, 10, 11 bulan
    Takde banyak sangat development mendadak. Sama je. Hari2 berjalan jela explore rumah. Pastu clingy jela. Makan bubur ayam, bubur kurma, kentang, custard. Alhamdulillah bab makan ni walaupun iols blur tapi family macam tolong test2 jugak. Skang dah tahu lah apa favourite dia. 

    So far Adam ni jenis dengan semua orang pun dia nak. Siap dengan orang Nepal cashier Mydin pun dia nak beramah mesra. Ni kalau cincai2 ni senang je nak kena culik . Kalau gi mana2 memang tengok betul2. Takut. T_T . Skang kuat berlari lah. Berapa kali nak tersembam dah. haishhh.

    12 bulan.
    Kahwin anak satu. 

    sekian lama akhirnya, temui pasangan hidup. entah anak sape lah Adam approach ni. Tahu2 je dah lari pergi stroller budak tuh n hulur tangan . 


    behee

    So on coming Khamis , Adam dah  umur setahun. Bila masa weyh. Semoga membesar dengan jayanya ! Dan insyAllah jadi anak yang berbakti pada agama, bangsa dan negara. Tak kisah lah Adam nak jadi apa esok besar asalkan pekerjaan tu halal . Ada orang dah tetap target anak kena doktor lah, arkitek lah. Terpulang masing2 tapi I memang takdela set apa2. 

    Happy 1 year baby long Adam. ! :) Kita sayang awak sangat. Dulu kita poyo kata taknak ada baby, bila dapat awak ....sebak iols. Siap nak dapat no2 dah. Lain kali jangan poyo. herghh.
    Cuma kita minta maaf , awal 4 bulan hidup awak, kita banyak blur . Pastu asyik suruh awak tidur je padahal awak nak main. T_T  .Nasib baik makcik awak doktor, tu la rujukan kita nak tanya apa2.  Pasni kalau awak nak clingy, takpe ok. Kita layankan aje. Bukan selalu iols ada peminat duk tergila kat iols kejar and intip iols pergi mana2. Masuk toilet pun awak intip. Ni tahap gila fanatik kat iols ni.  Awak la peminat pertama yang gila fanatik kat kita tahap sampai kita jalan pun nak selak kain kita. Siap kuis kuis kudis kesan nyamuk gigit kaki kita.  T_T . Doktor Intan pun nasihat, jangan abaikan peminat2 jenis clingy camnih. Ok Adam, sila la minat kat iols sampai bila2. Iols rela. Kuis la kudis yang ada di kaki iols, iols rela. 

    Toodles :) 

             


    My own testimoni : Supplement lepas bersalin baby Adam secara ceasarean.

    -Kurangkan sakit bersalin lepas bersalin ceaser 
    -Turun 3kilo Lepas Bersalin Adam
    -Kurangkan sembelit

    Apa yang terkandung dalam Lidah Buaya@ALOE VERA

    1. AIR
    2. 20 MINERAL
    3. 12 VITAMIN
    4. 18 ACID AMINO
    5. 200 PHYTONUTRIEN
    6. ENZIM
    7. TRITERPEN (PHYTONUTRIEN YANG MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH)
    8. GLYCONUTRIEN & GLYCOPROTIEN
    9. ACCEMAN- MANNOSE-6-FOSFAT POLIMANNAN
    10. FENOLIK GLIKOSID
    11. DIHIDROKOMARIN

    Laaa produk Aloe Vera ni. Memang masa habis pantang dulu kawan pernah bagi cuba. Masa lepas bersalin kat lemak lembik sana sini. bahaaa. Berak lagi la sembelit. susah sangat nak buang air besar. Bahasa jantan, berak la. T_T . Pening kepala sebab sampai 2 minggu tak buang air. 

    Ceaser ni susah, kau tak boleh nak push2 sangat buang air sebab luka bedah. Yela sekali dengan dalam rahim kena potong. Memang kena hati2 lah. So bila kawan bagi test produk ni, terus amalkan. Luka ceaser pun makin kurang sakit since salah satu fungsi of produk aloe vera ni untuk memulihkan.

    1. Membina Badan
    2. Sifat Pemulihan
    3. Kesihatan & Kebersihan Gigi 

    4. Mempercepatkan Penyembuhan & Pembaikpulihan (lepas ceaser elok minum)
    5. Pembaikpulihan Elastin & Kologen
    6. Memgekalkan Berat Badan yang Sihat & Meningkatkan Tahap Tenaga
    7. Menyokong dan Menggalakkan Fungsi Sistem Ketahanan Badan
    8. Sistem Pengahadaman Yang Sihat
    9. Membekalkan Mineral 
    10. Membekalkan Vitamin Semulajadi


    Tak risau nak minum sebab produk ni memang asas semulajadi aloe vera pure je and produk no 1 dunia untuk produk yang berasaskan bahan semulajadi 100%.. Dah 30 tahun pun produk ni. Harga dia , ramai rasa macam mahal tapi for me sangat worth sebab botol dia besar and lebar gak. Tahan lama gak kalau nak consume pun. Pastu memang nampak kesan masa lepas ceaser tu , luka kurang sakit . Sembelit memang kurang sangat.

    Satu lagi bantu turunkan berat badan. Memang dah ada sijil KKM and sijil international aloe vera science council. Kiranya takde la propa2. Beranak ceaser memang sakit sebab luka tu dalam, so minum aloe vera ni la yang membantu juga haritu masa bersalin kat Adam. Produk yang paling laris is PRODUK ALOE VERA GEL, ALOE BERRY NECTAR, ALOE BITS & PEACHES & POMESTEEN POWER. I paling suka bits & peaches ni.





    So sesiapa yang nak cuba, boleh try ok bebeh. 


    Instagram : @Organic.Rich.Natural

                                                                   

    RM2000 Pretty Pleaseeee !

    $
    0
    0
    Hi

    Christmas and hujung tahun weyh . Maksudnya apaaa ? Maksudnya banyak SALE. Kalau nak beli barang idaman dengan harga SALE, selalu tunggu hujung tahun. Satu, sebab perayaan Christmas. Eh! yang tak sambut Christmas pun sekali tumpang SALE. Sama la macam musim Hari Raya, kaum lain yang tak sambut Raya pun tumpang sekaki shopping Raya SALE. hewhew. Kedua, bila hujung tahun kebanyakan butik nak habiskan stok yang ada sebab tahun baru nanti koleksi baru. So bila hujung tahun time Christmas sila gila.


    Satu yang I tengah target ni, nak menang voucher RM2000 dari KLCC. Sesape yang follow facebook Suria KLCC tahulah,   bila kita shopping kat Suria KLCC sekarang ni ( di butik yang terpilih) , ada chance untuk dapat free coupon of ... 

    Skinfood product pack
    (FB: https://www.facebook.com/skinfoodMY).

    atau

    Brow Service from Benefit
    (FB: https://www.facebook.com/BenefitCosmeticsMalaysia /
    Instagram:@benefitcosmeticsmy)

    Ni antara butik yang join campaign, so if korang shopping kasut kat kedai ni denga harga RM150 ke atas boleh redeem voucher tuh..

    1) ECCO :Third Level, Lot 308G
    2) Clarks : Second Level, Lot 206A
    3) Florshiem : First Level, Lot 132A
    4) DC Shoes :Third Level, Lot 308J
    5) Jelly Bunny : Concourse Level, Lot C15D
    6) Tiamo : Second Level, Lot 223C
    7) Charles & Keith : Concourse Level, Lot C12-C13
    8) Vincci & Vincci Accessories : Concourse Level, Lot C15L – C15M
    9) NOSE: Concourse Level, Lot C62
    10) Moreschi : Ground Level, Lot G33
    11) Bally : Ground Level, Lot G36
    12) 12) French Sole: First Level, Lot LC-104
    13) Nine West: First Level, Lot 101C
    14) Steve Madden: First Level, Lot 105B
    15) BATA: Second Level, Lot 222B
    16) Stride Rite: Second Level, Lot LC-202
    17) The H Store: Third Level, Lot 313B

    Dapat tahu bleh redeem coupon tu bila beli kasut Jelly Bunny harga RM150  Yang layak dapat coupon ni is pembeli yang berbelanja RM150 ke atas. eh macam "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di kasut" . hewhew. Tiap hari 10 orang akan dapat coupon tuh. Menggelupur bila terpilih and boleh redeem ! 

    Ni lah dia, kasut Jelly Bunny yang dah bawak tuah bagi I dapat voucher free. 











    My pick. Selesa sangat kasut Jelly Bunny. hewhew. Harga tak mahal pun. 

    -
    -
    -


    My Candy OOTD with Jelly Bunny











    Tapi yang I nak nak nak sangat, pretty please....nak final prizes dia. 

    Hadiah utama RM2000 shopping vouchers, 
    Hadiah kedua RM1500 shopping vouchers ( 2 pemenang )

    Untuk menang hadiah utama RM2000 tu, kena invite ramai2 kat facebook untuk sama2 enjoy shopping spree ni. So korang jangan la annoying kalau dapat invitation dari iols. behhee. Harap2 la dapat voucher RM2000 tuh. Skang ni tengah bergiat invite semua orang dalam facebook , mudahan dapat lah menang. Invite je sebanyak yang mungkin. Skang target nak invite beribu2 orang lah ni. Mintak2 la haku menang voucher RM2000 tuh. wee weee

    Korang kalau nak join pun boleh.

    1) Like page Suria KLCC



    2) Tekan app 'Shopping Spree' tuh, pastu isi kan detail nama, alamat , ic segala.



    3) Invite kawan2 seramai yang mungkin.

    -
    -
    -
    -

    Pastuh sape yang invite paling ramai kawan, akan menang la voucher RM2000 tu . Tempat kedua RM1500 and 6 hadiah saguhati.

    Ok lah, bye nak gi invite semua orang. hahaa. Hope menang ! siapa paling banyak invite kawan , menang voucher RM2000 . T_T . Sampai 31 December 2014 je ni. Hope sempat lah lawan orang lain.




    Toodles !


    Happy 2nd Anniversary Husband

    $
    0
    0
    Hi


    2 tahun. Rasa macam sekejap je like macam hek elehhhh baru 2 tahun, jangan kecoh sangat lah kauuu. 2 tahun pun macam2 dah benda belajar dalam misi menjadi wanita matang. Walaupun makan masih tercomot tumpah kat baju, lepas makan guna tangan masih lap di kain ( malas cuci tangan lap kat baju je tak senonoh), sendawa masih burppp kuat2 tanpa segan silu dan pilihan cadar katil masih bercorak cartoon. T_T

    So far 2 tahun ni alhamdulillah bahagia. Nak kata perfect semua benda takde lah cuma nya we both cuba untuk serasikan diri. Mana ada benda perfect kan. Barbie doll yang dibuat oleh mesin pun tak perfect. Pinggang kecik sangat .Tak proportion langsung. Nampak nauu menipu pastu takde nipple. hahaa.Sejak ada anak lagi lah. Sangat2 bersyukur dapat husband yang alhamdulillah boleh harap in certain things. Banyak jugak membantu. Ada yang macam like whatt namee sarat mengandung pun kau masih sental toilet ke weyh. Kenapa tak suruh Isham. 

    Whenever ada benda yang I rasa husband patut buat tapi dia buat dek alih2 haku jugak terpaksa mengadap benda tuh, think again. Ingat balik benda lain yang dia buat. Contoh, I boleh terbongkang bongkang cuci toilet, nampak inner jantan disitu Tapi kalau bila tak puas hati, fikir balik apa yang husband bantu. Selama ni setiap hari Isham tolong buang sampah, cuci baju jemur dan lebih teliti beli barang pasar. Atau kalau dalam situasi husband kau tak membantu kerja rumah langsung  pun, mesti ada kelebihan lain kat dia. 

    Macam pelik kan 2 different people can make up a relationship. T_T Dua dua different values and ada pe'el masing2. hewhew

    Tapi nasib baik kitorang dua ni jenis kalau masing2 x puas hati , x straight away ISH apesal camni ISH ISH. So far these 2 years kita banyak lantak lah macam mana pun sebab Isham memang bukan jenis mulut complain, I pun sama. Dah dua2 jenis tak pokpek...so aman. beheee . I jenis pemarah awalnya ( genetik baran ) tapi sebab x suka gaduh2, maka lek lek saja. PErbezaan tu yang buat kita jadi tulang belakang , bukan setakat tulang belakang,,segala jenis tulang pun to each other.

    Macam yang I pernah mention dalam entry 2 become 1...
    Botol anak I suka cuci terus letak tepi

    While le husband suka rendam dulu sebab bagi dia biar kotoran keluar dulu then only berus dan cuci.

    Kalau makan benda yang berpaket, lepas makan i akan ikat guna getah je.


    While le husband akan masukkan dalam tupperware atau tin kedap udara.



    I picit ubat gigi dari bawah ke atas.

    While le husband picit ubat gigi dari tengah


    Kain lap dapur, I suka berus lepas guna, perah letak tepi.


    While le husband suka terus cuci masuk mesin lepas lap dapur.


    Jam apa2 I suka biar je atas meja/kabinet simpan suhu persekitaran tapi semut la kacau. 

    While le husband pulak suka simpan semua dalam peti ais sebab semut takkan datang menyerang

    Kalau tengok perbezaan tu, takde sape yang salah atau betul pun . Cuma masing2 ada style masing2. So itu la lesson tahun pertama dan kedua. Dalam penjagaan anak pulak, kalau nampak macam husband letih tu..i dont blame him kalau anak bangun malam tapi dia tak terjaga. 

    So these early 2 years, I belajar is never ever 'ISH''ISH; to each other. wehee

    Happy anniversary husband. Jangan lupa date japgi tengok wayang. Belanja popcorn large extra caramel satu. Air ice lemon tea. Couple seat please. 




    Breastpump for SALE : Spectra S1

    Selalu sebelum beranak, persediaan baby memang dah 100% lengkap. Dari baju, mittens, pampers segala benda sampai ke breastpump semua dah sediakan. Sebab nanti lepas bersalin senang. Takdela eh eh tertinggal lupa nak beli. Dah la tengah pantang kan. So I faham bila barang2 yang dibeli sebelum bersalin tu ada yang last2 tak terpakai pun. Sebab I pun sama.

    Sebab tu la tuan pemilik breastpump ni nak jual. Kita sebagai ibu memang plan nak yang terbaik untuk anak. Awal2 dah survey breastpump mana yang terbaik. Tapi bukan journey semua orang smooth nak nak dalam menyusu anak. Kalau susu korang banyak , syukur nikmat memang rezeki anak korang lah.

    Ni bagi kes ibu yang dah la x banyak susu, tanpa rela terpaksa bagi jugak susu formula guna botol. Last2 anak taknak langsung cuba nipple ibu. Haah memang ibu2 camni akan terkilan.

    So antara sebab tu la breastpump ni dijual. Yela, dari bazir x guna baiklah bagi manfaat kat orang lain untuk guna.




    • Super quiet
    • Closed system - hygienic for you & baby
    • Night light - 2 Level 
    • Timer - 30 Minutes
    • Timer Display
    • Everything you need for pumping (additional breast shield purchase separately)
    • Powerful, adjustable suction
    • Massage mode & fully adjustable program to best suit your body
    • Inbuilt rechargeable battery
    • 12 Suction Levels
    • 5 Cycle Levels
    • Back-flow protection
    • Vacuum Range : 0 ~ 300mmHg 
    • Cycle Length : 38 - 54 RPM
    • Vacuum range 0 ~ 300 mmHg
    • Cycle length 38-54 RPM
    • Weight : 2kgs
    • Battery Information : 3 LED Bar Battery Indicator on Display - Approx 3 hours expression, 1 LED Bar Battery Indicator on Display - Approx 1 hour expression



    Sesiapa berminat boleh email..

    ieda2512@yahoo.com 

    Nama penjual : Pawida


    Pembantu Indonesia ku.

    $
    0
    0
    Hi

    Since I dah 34 weeks (now nak masuk 38 weeks) , memang tak larat dah nak angkat benda2 berat. Sekarang pulak kalau makan pun dah mula pedih ulu hati. Lepas makan je mesti pedih dada, pastuh macam keluar cecair panas. Macam nak muntah tapi kalau telan balik haruslah jadi Badang kan tetiba gagah perkasa. Tapi blerghhh makin lemah je skang ni. Kalau kerja rumah yang tahap ringan2 cuci pinggan , lap2 tu boleh lagi tapi kalau tahap nak angkat baldi mop penuh air tu memang tak larat dah. Pegnancy kali ni agak lemah kalau compare dari previous pregnancy. 

    Pregnancy dulu brutal sikit. Dah nak due pun masih boleh angkat bakul baju berat2 tak rasa apa lagi. Sekarang no way, kang rasa luka ceaser haritu denyut2 pedih. Tapi tak tahan kalau tiap minggu biarkan rumah tak bersapu n mop. I dont like nanti nampak tak berkilat. So panggil Indonesian helper je. Nasib baik lah ditemukan dengan si Sofi ni. Pandai buat kerja. So like everytime dia kemas satu rumah, dia cas RM50 je. Tapi segala pelosok rumah lah dia geledah. 

    Kipas2 semua dia lap, cermin segala dia lap, carpet angkat jemur luar. Kalau iols carpet tu takat vakum jela. haha takde gigih nak angkat carpet berat tu sidai kat luar. Tak larat . Kabinet2 dapur habis dia selongkar semua and lap dalam kabinet segala. Gila gigih si Sofi ni. Tak payah suruh tapi dia pandai cari kerja. Sorang pulak tuh kerja dari kul 8 pagi sampai pukul 6 RM50 je tai kitorang selalu bagi RM100. Itupun selalu dia xnak extra RM50. "Apa ni kakak banyak sangat ni, Sofi sini kerja ikhlas mau bantu sama kakak". Sampai I tarik seluar dia selit sampai masuk spender. haha

    Sofi ni famous lah sebagai pengemas paling hebat kat sini. Pelakon India Kenchana Dewi pun panggil dia ,siap booking 10 malam tiap bulan untuk kemas umah. Memang Sofi ni terror gila bab2 kemas .Susah nak panggil Sofi ni, semua orang nak guna khidmat dia. Berebut2 we olls. Satu lagi sebab dia jujur.

    Tak payah suruh, tahu2 dah settle segala benda. So haritu minta tolong si Sofi ni tolong susun2 barang and alih perabot sikit untuk siapkan bilik baby. MAsa tengah kemas2 tetiba Sofi panggil..

    Sofi : Kakak, Sofi letak ini di tingkat bawah ya ?! 

    referring to this..
    mesin jahit mini baru beli kat Lazada. Belum sempat bukak lagi, simpan tepi meja je.



    Me : Em takyah la Sofi. Biar jela situ. Takpe.

    Sofi : Iya ke kakak ? Takmau bawak turun ?

    Me : *geleng- geleng*

    ---------------------------------------------------------------------

    After 2 jam..

    Sofi : Kakak , sofi bawa turun ya ini ?

    Me : Takpe Sofi. Biarkan saja di situ.

    Sofi : *garu-garu kepala* Iya lah kak.

    ---------------------------------------------------------------------------

    After 1 jam...

    Sofi : Em ini patut letaknya di bawah sana. Mahu kasi kemas di atas.

    Me : *blur* Takpe Sofi yang itu Sofi letak aja di atas. Saya mau guna nanti.

    Sofi : *weird face*

    -------------------------------------------------------------------------------

    After 30 minit

    Sofi : Sofi mau tanya la kakak,,

    Me : tanya apa..?

    Sofi : Kakak segan sama Sofi ke ? 

    Me : Hah kenapa Sofi tanya camtuh ?

    Sofi : Iyalah, Sofi mau angkat kotak itu kakak tak bagi, akak jangan segan2 sama Sofi. Tak apa, Sofi udah biasa angkat2 barang berat kat ringan ka semua Sofi bisa angkat.

    Me: *weird face* haaaa.


    Pelik weyh apehal Sofi ni berkenan naa nak angkat kotak mesin jahit yang iols baru beli dari Lazada tuh. Berkali2 minta izin nak bawak turun bawah. Nak letak kat mana mesin jahit tu. Dia nak hias letak atas meja ke apa. Terus tanya balik..

    Me : Sofi mahu simpan di mana tu ?

    Sofi : Iyalah tempatnya di dapur ni buat kuih...

    Rupanya dia ingat mesin jahit tu.....

    mixer nak bancuh adunan cake. 

    T_T 

    *patutlah beriya nak bawah turun bawah kat dapur*




    Jam Tawaf Exclusive !

    Susah nak cari jam yang tik tok arah pusingan tawaf. Lama survey, finally terjumpa web yang jual jam pusingan tawaf ni ! Thank you sangat !! 

    Tadddaaa ! Actually ada jumpa few web yang jual tapi yang ni paling lawa lah design dia. Nampak sangat exclusive. So sah sah la Isham akan menggelupur tengok jam tawaf design exclusive camni.

    Ceccececce saja je susun kat atas meja ni sebab sebelah meja ni actually tempat sidai baju baby. Isham rajin cuci and sidai kan baju baby.So nanti bila nak sidai,,,ternampak "ehhhhhh apakah ini semua ??" *terharu isteri romantic sangat. behee




    Design ni yang saya pilih untuk jejaka tampan. :') Hati tampan lagi menawan. Isham suka gila sebab number arabic.


    Siap ada warranty card. Jangan main2 .

    Lepas tu suami dapat, isteri pun mesti lah nak acah2 sweet nak jam sodondon. Gadis punya kotak putih.

    Taddaaa ! Saya pilih design yang exclusive. Actually banyak lagi design lain. Harga so far semua jam dia murah. Kalau tengok design, maybe orang ingat tahap butik punya harga kan..na'ah harga sangat mampu milik. 

    Lega sebab Isham suka gila.Baru jap tadi dia mula pakai pergi kerja walaupun tertinggal handphone lagi sekali. haha. Dari dulu Isham sangat yakin dengan kelebihan2 jam tangan pusingan tawaf. Dia memang sentiasa cari jam pusingan tawaf. alang2 tu , nah saya selitkan benefits amalam pusingan tawaf. Isham kata berkesan kat dia,sebab tu dia yakin.


    KELEBIHAN-KELEBIHAN DAN KHASIAT JAM TANGAN KE KIRI (COUNTERCLOCKWISE):

    1. Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat.
    2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej 
    tenaga secara tetap dan sekata.
    3. Membantu mengawal rentak jantung
    4. Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar.
    5. Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.

    MENGUKUHKAN 7 KEADAAN:

    1. Keberanian mengatasi Kesilapan.
    2. Kelajuan mengatasi Kelewatan.
    3. Kemudahan mengatasi Rintangan.
    4. Kestabilan mengatasi Kucar-kacir.
    5. Kekuatan mengatasi Kelemahan.
    6. KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN.
    7. KEJAYAAN mengatasi KEGAGALAN.


    Semua saya beli dari MEM Watches ni. Siapa pemilik MEM Watches ni,  nak bagi thumbs up depan muka dia sebab this is the first jam tawaf design dia lain dan sangat international.Thumbs up

    Sesiapa minat jam tawaf jugak, boleh dapat dari sini...

    https://www.facebook.com/memwatches







    Resepi : Chicken Chop

    $
    0
    0
    Hi

    Bila teringin chicken chop je ingat nak beli kat kedai je . Ingat susah nauuu  nak buat padahal senang gila. T_T. Kalau poie kedai, makan chicken dalam polisterin ada ayam x semenggah , kentang sikit2, coleslaw sikit harga berapa RM6 dah kan ? Walhal nak buat dia ewahh sonang. Ewah tukang taip ni cakap macam heabt sangat. hewhew. Ni resepi my sister. Untung iols ada kakak yang suka memasak untuk adik2. Terus cilok resepi. So ini dia.....resepi chicken chop. 


    Bahan-bahan

    1) Dada ayam ( tak kisah lah nak beli ayam bahagian mana tapi beli ayam yang dah dibuang tulang ) . Alah yang dalam paket2 dah. Eh beriya I explain sebab I pun baru tahu ada jual camnih . haha

    Macam ni..


    2) Serbuk lada hitam
    3) Serbuk lada putih
    4) 2 biji telur
    5) Tepung beras
    6) Bread crumb ( serbuk2 oren tu haa)



    Bahan-bahan sos
    1) 3 ulas bawang putih
    2) setengah bawang besar 
    3) 1 sudu besar blackpepper biji2 tu. ( jangan guna blackpepper serbuk )
    4) Sekotak susu Dutchlady
    5) Demiglace sauce 

    Ini demiglace , ada jual dalam paket gak.


    Mari mula

    STEP 1
    Tumbuk2 ayam tu guna lesung batu. Kasi penyek . Sebab nak lebarkan and nipiskan sikit. Terpulang lah kat korang nak senipis dan selebar mana. Tapi for me, tumbuk kasi flat sikit lah. Ayam kalau tebal2 cepat muak makan.
    Kalau tengah gaduh dengan pakwe, sila terus buat chicken chop. Tumbuk sampai lunyai ayam tuh . Imagine muka pakwe and penuhi emosi dendam. hahaa "ooo kau tengok perempuan lain yeah, nahh hamekkk"





    STEP 2 : Sediakan campuran telur

     Telur 2 biji + serbuk  lada hitam + serbuk lada putih. ( serbuk tu ikut korang la nak banyak mana. Letak dalam satu sudu besar lah sodap .





    STEP 3 : Tepung Beras
    Standby tepung beras dalam pinggan sebab senang nak buat kerja celur masa nak goreng nanti.





    STEP 4 : Bread Crumb
    Letak bread crumb dalam pinggan siap2 camnih. Senang nak celur time nak goreng.

    ni haa bread crumb jenama Pak long. Bukan pak long saya. Entah pak long siapa.




     STEP 5 : CELUR MENCELUR

    Ayam celur dalam telur

    Then celur dalam tepung beras

    Then celur dalam telur balik

    Then celur dalam bread crumb

    (ulang langkah ni untuk semua ayam ) . Bila nak goreng baru celur. Jangan celur siap2 semua then baru goreng.





    STEP 6 : Goreng !
    Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.







     Tadddaaa !!
    Eh tak sedap lah takde sauce. Umpama mandi tak basah, tidur tak lena,..



    Resepi sos chicken chop

    Bahan-bahan sos
    1) 3 ulas bawang putih
    2) setengah bawang besar 
    3) 1 sudu besar blackpepper biji2 tu. ( jangan guna blackpepper serbuk )
    4) Satu susu kotak Dutchlady
    5) Demiglace sauce 


    Ini demiglace , ada jual dalam paket gak.

    1) Tumis 3 ulas bawang putih + 1/2 bawang besar +  1 sudu besar blackpepper jenis biji dah ditumbuk . Tumis sampai naik bau.


    2) Gaulkan 3 sudu besar demiglace + 300ml air  .Masukkan dalam periuk tumis tadi tu

    3) Masukkan sekotak susu Dutch Lady

    4) Kacau sampai pekat dengan api slow.

    Jangan api kuat and sila kacau2 sebab nanti berketol tak cantik. Bila dah pekat, tutup api.


    Tuang la kat chicken chop . Goreng la kentang sikit. Rajin lagi buat lah coleslaw cincang kubis , carrot gaul dengan mayonis sampur air. Dah siap
    Ok boleh buat business jual dalam polisterin RM6.50.  behee





    Suami complain gaya korang macam hantu kak limah ??


    Suami suka pokpek bising kan kalau isteri lambat bersiap ? Tapi  nak isteri melawa jelita meletop, macam mana tu kalau dah nak calit lipstick "eh awak ni apa kehe lama sangat niiiiii?". tu baru nak calit lipstick ikut bentuk bibir. Kang cincai2 kang comot lipstick nampak macam vampire baru lepas hisap darah pulak kang.Bila tengok pompuan lain bergaya semenggah cakap gini pula"awak cuba lah pakai elok2 camtuh". Eh eh tadi nak cepat benor kan.

    That is the reason why banyak pompuan yang dah ada anak, muka macam hantu kak limah. Bukan muka je, gaya pun. Take time tau tak nak sapu lotion, pilih baju elok, apa lagi lah nak lilit2 tudung lawa2. T_T

    Ok skang takyah pening ! Dah ada tudung instant weyh ! Nampak je macam kena lilit berjam2 tapi sebenornya tudung ni ada trick dia. Dah tersedia lilit pun. Kome hanya perlu sarung je ! 


    Macam nih ! Nampak je macam kena lilit tapi tak. Sarung je. 


    Ni lagi satu, nampak je macam kena pakai banyak layer. Idok pun. Sarung je ! Dah tersedia layer pun.



    Banyak lagi tudung yang dijual . Ada  tudung halfmoon beads- import terus dr vietnam with quality material n beads selain itu, tudung instant, shawl, tdg layer, hoodie, inner neck dan byk lagi.

    Skang tengah ada SALE ! Saja buat SALE gempak !

    Boleh tengok banyak lagi kat blog..





    sms/wechat/tele/whatassp: 013-7002981
    fb: http://facebook.com/BeautifulHijab
    blog: http://e-bazaria.blogspot.com
    Instagram: @cutescloset


    Thanks Majalah Pa&Ma

    $
    0
    0
    Hi

    How is it to be mengandung ? Dari first pregnancy, dapat tahu ngandung je terus nangis. Tak boleh  imagine macam mana nak bersalin. tskkkk. Pastu ramai plak tuh yang share gambar2 kepala baby keluar , siap kena potong sikit kemaluan time nak bersalin tuh ( aihh taip ni pun dah lembik jari ) . Memang rasa ngeri sangat. Sekali bersalin kena ceaser. Sakit tu perit after la. Yang kedua ni pun besar kemungkinan memang ceaser juga lah kot agaknya. tskkk.

    Tak pernah terfikir pun yang ngandung ni boleh dilihat di sudut sexy. hewhew . Bila kak Shahrini email and tanya kesudian untuk ditemuramah pasal topik.."ISTERI MENGANDUNG SEXY DI MATA SUAMI" ...I was like terus said okeh. haha. Sebenarnya nak tahu pendapat Isham. hahaa. Kita tak pernah borak pasal ni pun. Takde la pulak terfikir nak tanya "Isham mira sexy tak ngandung ? Hot tak ?" .  Tawakal jela dia nak bagi jawapan apa. Kalau dia kata tak sexy, jangan complain. kekekke takyah nak harapkan pujian sangat.

    After terlanjur said yes then only beritahu Isham. Ok kita ada photoshoot majalah Pa&Ma. Awak sekali kena masuk majalah yang selalunya dia xnak join. Simple shoot je. Tak susah pun. Senyum je. Then hes ok. Haritu tak caya masa I kata jadi model ni sakit pinggang sebab berdiri lama dengan heels. So ini his first photoshoot dalam hidup kot. Mari rasakan pengalaman begini. behee berpeluh. Shoot nya kejap nya tapi dia peluh sebab malu.


    Hmmm dasyat jugak I rupa 60kilo. Tak sangka boleh lebar camni. Peha ayam . Tak tahu lah macam mana nak kurus. Sekarang ni pemakan gila. Aiskrim sampai dua sekali makan. Nasi berapa senduk, jajan segala toksah cakap lah. Semua hentam. pastu bising kenapa senak. .Tahun depan dah la banyak project yang memerlukan iols untuk kurus. Sebab kalau tembam, dalam screen nampak tembam lah. Target 47kg weight asal tapi entah la berjaya ke tak. Emmmmmmm.




    Masa ni hubby dah peluh2 . Sebenarnya Isham ni pemalu sikit actually sangat sebab tu la xde pun gambo dia banyak dalam blog ni. Malu. Segan. Tak suka amik gambar. 

    ok start enjin. kekkeke. Pastu hubby tanya...nak buat apa ? macam mana ?

    Takpe2 awak peluk saya. Macam tak biasa sweet2 kat rumah pulak. Ewahh. Mari laga perut.


    Last2 shot gambar akhir yang jadi pilihan. hewhew

    Lama Isham fikir jawapan "Apa part sexy kat isteri time mengandung ?"

    Siap I pulak yang kena interview dia balik. 

    Awak rasa saya comel masa bila ?? 

    Comel tak saya gemok ??

    Perut saya awak rasa comel tak ??


    then dia jawab I nampak comel masa tidur sebab mulut ternganga penat sangat ngandung nampak bulat. Ok pasni nak menagih simpati , sila tidur terbongkang nganga2. Pakej kuar air liur sekali lain kali. behee

    So kira sexy time tidur lah tu jawapan dia.

    Nah.

    For me time mengandung ni, isteri akan lebih pucat, akan nampak kurang menarik sebab xleh muat baju yang fancy2, ada yang ngandung hidung kembang, jalan bongkang2 time sarat, perut stretchmark. Time ni lah we need sepenuh perhatian . Masa ni kurang keyakinan diri .  So para suami, time isteri ngandung , puji2 la sikit kasi isteri sejuk hati. Sian isteri ngandung berat. 

    Tidur pun kaki cramp2 kejung tengah malam. Jangan bising kenapa isteri pucat time preggy. Dah nama sama2 nak zuriat kan. Setakat 9 bulan isteri godang bongkang, lepas tu hot la balik. Ewahh. Yang mana still pegang tangan isteri  masa jalan even isteri ngandung hidung kembang muka berjerawat ke tahap bini nampak macam makcik...korang memang gentleman ahh ! Salute !


    By the way, ada 2 couple lagi dalam section ni. Kalau nak baca pandangan suami isteri sexy time mengandung di mata suami2 mereka...sila baca magazine Pa&Ma edisi January. hewhew

    Toodles :)



    Putih sekelip mata

    Kadang2 pompuan nampak gelap takde seri. Bukan gelap sebenarnyaa tapi sebab kulit dull kusam. Bila dull nampak macam hantu kak limah. Sebab tu lah makin berusia, perlu ambil supplement kecantikan. Sebaiknya mula makan supplement kecantikan mula umur 18 tahun. Tapi paling wajib bila umur 25 tahun lah supaya boleh maintain kulit gebus mulus.

    Korang pergi lah tengok kat pharmacy, mana2 pun beauty supplement untuk putihkan kulit and anjalkan kulit mesti contain vitamin C , vitamin E and collagen. Boleh je korang takyah makan pill pill supplement tapi kalau tengok gaya pemakanan skang ni..macam susah je nak dapatkan kandungan Vit C, Vit E and collagen dengan cara semulajadi dari makanan2 harian. Hampeh. Masak kat rumah pun siap tambah bahan perasa. hewhew

    Vit C : bantu untuk produce collagen and protein untuk bina tissue. Takde vitamin C, maka kertu lah kome. Mampu ke nak blend buah air mnum jus hari2 ? Telan pil je dah cukup, minum air. Habis cerita.

    Vit E : anti-peneuaan and anti-oksidan yang kuat untuk lawan penyakit.

    Collagen : Collagen ni lah yang tolong anjalkan kulit. Tanpa collagen, korang seperti seluar getah yang dah lunyai. hahaa

    So kalau nak senang, consume jela supplement. Zaman dah mudah. Jenama pun macam2. Takde makna nak blend buah hari2 buat jus minum. Tak menyempat.

    Ni salah satu vitamin yang dah terbukti berkesan melalui testimoni....Dianz Vitamin !


    Fungsi Dianz Vitamin : VITA C & E + WHITENING COLLAGEN
    -mencerahkan kulit seluruh badan
    -melembabkan kulit
    - mencantikan kulit
    -merawat masalah jerawat, jeragat, kulit muka kusam, muka berminyak, berparut, liang pori, masalah resdung dan kulit mati.

    1)Pure Collagen  Berasaskan IKAN TALAPIA
    2 ) Tiada Gelatin dan 100% Halal
    3) Produk MUSLIM BUMIPUTERA
    4) Dikilangkan bertaraf GMP
    5) Kelulusan KKM
    6)Selamat untuk ibu hamil dan menyusu
    7) Sesuai untuk Lelaki dan Perempuan 16thn keatas

    haa ni beza gila.


    instagram : ciksue_chomeyyy

    Atau boleh wassap ke 011 3254 7973



    Viewing all 590 articles
    Browse latest View live