Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all 590 articles
Browse latest View live

Jawab Email #Allergy

$
0
0
Assalamualaikum...well hello... :)

Hari tu ada yang email tanya macam mana saya boleh peluk2 kucing, tak gatal ke?

Seriously sedih gila hari tu  allergic. Resdung teruk gila, dark circle saya teruk factor dia sebab sinus lah sebenarnya. Pergi jumpa doctor then doctor kata allergic saya teruk and dia haramkan saya pegang kucing. sobs. Macam mana kalau saya tak pegang kucing, dah tu kucing-kucing yang tak sihat tu takde sape care untuk tengok pun. Cakap kesian tapi masing-masing tak wat apa-apa sebab semua orang pun allergic kucing pun sebenarnya kat dalam rumah ni. haha. Tapi saya pulak jenis tak sampai hati kalau tengok kucing sakit. Sebab nanti terbawak sampai mimpi. Serious tak sanggup. Nanti tetiba nangis sorang-sorang terkenangkan kucing sakit. So, i got no choice. Terpaksa jugak pegang kucing and kulit gatal-gatal teruk. Tak larat nak garu dah :/  

Orang nasihat makan vitamin C sebab boleh reduce kan allergy tapi saya dah try banyak gak ah brand tapi kebanyakan tak berkesan untuk allergy saya ni. Sampai lah rasa nak try Maixara ni sebab ramai kata elok. Tengok kandungan pun set sekali dengan kecantikan. Dengar je untuk kecantikan, apa lagi terus contact penjual untuk beli. Tapi motif utama untuk allergy lah sebab everytime pegang kucing, mesti gatal. Tapi tak boleh kalau tak pegang kucing....comellll sangat. mihmih


Ni lah allergy yang teruk tu. Ni pun dah leper lepas makan vitamin C Maixara ni. 

Dari Laily Beauty Care ni yang saya pernah cuba vitamin C organik, Vitamin C Pahang Pharma and ni the latest one is Maixara. So far yang Maixara ni serious berkesan untuk orang yang masalah allergic macam saya ni.

Dah lega sekarang boleh peluk-peluk meowwww....weeee. Ni nak belai ke nak tampar saya ni...haha

Maixara yang dah sebulan lebih saya consume.

Tu jelah yang saya boleh tolong korang kalau korang pun ada masalah allergy and kulit jenis cepat gatal. Kalau kulit sensitive macam saya yang jenis tumbuh jerawat pun boleh try. Memang kurang lah titik2 di muka ni. Dah sebulan dah pakai Maixara. Allergy memang kurang sangat. Kalau tak, everytime pegang kucing mesti dah gatal and start sinus. Kalau rasa nak cuba, boleh pergi tanya kat Laily...https://www.facebook.com/LailyBeautyCare?ref=ts&fref=ts


nah hamek hidung kembang dah tak sinus . kalau tak tiap pagi cari tissue sampai ke malam hidung merah je sebab sinus. Seriously, product Maixara ni elok. 


Toodles...

Eh lupa plak, hari tu ada yang email saya macam mana nak kulit putih, saya jawab sini je ok. Saya ni taklah putih sangat tapi rajin jugak pergi tanya kat doctor then yang paling famous doctor kata kalau nak putih , boleh cuba produk yang ada collagen, vitamin c, vitamin E and Glutathione. Yang saya dengar famous skang ni Aura White elok untuk resdung and nak putih jugak . Doctor tu ada cakap hari tu. tapi saya tak pernah cuba lagi. Next month pulak. hehe. 

Ok tu je jawapannya.


3 Jenis Yang Most Recommended

$
0
0
Assalamualaikum...well hello :)

Ok saya dah yakin dengan brand Shaklee ni sebab satu family makan supplement dari Shaklee. so far 3 product ni sangat best. Meh kita cerita.....

GLA Complex Shaklee

Salah satu pil untuk hamil. Ok, macam ni...korang2 yang perempuan ni selalu period ok tak ? Ok tu maksudnya datang tiap bulan lah tepat masa and cantik je timing dia. Ada perempuan jenis period tak stabil, kadang2 ada yang bertahun pun tak datang period. Seriously kalau kes macam ni kena take it seriously. Sebab nanti kalau dah kahwin, nak dapatkan zuriat susah. So GLA complex ni salah satu fungsi dia betulkan kitaran haid kita lah. Pil ni boleh betulkan hormon kita.  Banyak testimoni yang saya baca on GLA Complex ni positive tang period. Period dah stabil. Salah satu fungsi dia lambatkan menopaus jugak ! so takyah ah takut suami cari lain.kekeke tetiba sangat. T_T 

Ni fungsi lain GLA Complex...so far memang nampak macam fungsi dia highlight kat perempuan je tapi untuk lelaki jugak..


Manfaat Utama :
  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot  flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus,memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan.
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  •  Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi  - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekana darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif and Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
Vitamin E

Salah satu vitamin yang manusia perlu is vitamin E. Makanan harian yang ada vitamin E ni macam sayuran berdaun hijau gelap,  kacang , bijian ,bijirin, susu, oat etc tapi kadang2 dalam sehari tu kita makan pun caca merba je kan. Entah ada ke tak vit E. so cara senang ambil je supplement. Kalau korang vitamin E kulit korang akan jadi tak cantik , kusam pastu rambut akan banyak gugur. Sesiapa yg rambut gugur tu jaga jaga lah....T_T. Susah nak agak vitamin apa and apa yang takde dalam badan ni...

Kalau kurang vitamin E, ni yang akan jadi...
Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
Penuaan kulit sebelum masa.
Rambut gugur
Anemia.

*Kulit cepat kedut...homaigoddd...

10 Kebaikan kesihatan grape seed extract yang terdapat dalam Vitamin E Shaklee

    Menyingkirkan radikal bebas
    Mengurangkan radang (inflammatory)
     Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
    Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
    Mencegah masalah kelenjar prostat
    Melambatkan proses penuaan
    Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
    Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
    Membantu fungsi sistem saraf otak
    Meningkatkan daya pertahanan


Soya
Okay ini soya tapi bukan macam soya biasa. Lain ok soya Shaklee ni dari soya biasa yang kita minum beli kat pasar malam tu. Seluruh badan kita memang terdiri dari protein (tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.) so kita perlukan protein harian untuk maintain kan badan ni. 

"APA yg BEST tentang ESP? merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan palingg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga."

 Kesan ESP Soya by Shaklee...
-Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, 
-bantu hilangkan parut jerawat di muka, 
-memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, 
-menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur,
- cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. 
-ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, 
-mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

So far saya banyak cuba supplement dari Shaklee je sebab memang terbukti berkesan. Hari tu kan saya ada tulis pasal Shaklee jugak kan, ramai jugak yg bagi feedback makan vitamin shaklee n bagi positive respond. Setiap orang kena ambil supplement kalau tak memang tak cukup sebab makanan yang kita makan belum tentu cukup khasiat. Makan kat kedai lagi lahh...T_T. 

Sesiapa nak try boleh tanya kat sini, saya baru order lagi pil untuk berak @ Ostematrix. hehe
Toodles ! :)

Tempat Shopping Yang Paling Best #Best Buy World

$
0
0
Assalamualaikum...well hello... :)

*benda best harus dikongsi bersama ! weeeee.

Seriously kalau sesiapa yang dah lama baca blog saya , memang dah hafal kot brand apa yang saya most fav. Ada je yang tanya, macam mana saya tahu sesuatu product tu sesuai dengan skin saya. I mean kadang-kadang nak cuba satu established brand tu takut tak sesuai tiba-tiba. Beli sampai harga 500 satu set tapi bila dah try rasa macam tak sesuai plak. Kan bazir macam tu. hewhew. Oh senang je...

Saya kalau nak pilih skincare ke perfume ke, saya akan beli small set dia dulu. Selalu kalau kat shopping mall takde jual kan regular till small size item ?Kalau nak beli, wajib beli yang besar terus, kan ?. Kalau beli, tiba-tiba tak sesuai memang sedih lah sebab bazir. So, kalau nak ikut cara saya ni, korang boleh beli kat Best Buy World ni ! 

Untuk sesiapa yang tak tahu, Best Buy World ni adalah satu International website yang jual branded skincare (Malaysia, Singapore, Hong Kong & Indonesia). Termasuklah barang kosmetik, perfume, handbag+pouch , etc. Macam-macam dia jual. So, kalau macam terpegun dengan sesuatu branded skincare tapi nak test dulu....boleh lah beli yang size kecik dulu.Then dah rasa macam serasi, baru beli yang large set terus. Pandai tak kita ? mihihiihmhiih...

Ni antara brand yang ada.....
Boleh pilih brand mana yang korang suka. Macam-macam ada....weee. Heaven.

Lagi satu yang best, kalau korang takde idea nak bagi apa kat girlfriend ke, boyfriend ke, mak ke ayah ke adik ke abang ke kakak ke sebagai hadiah...boleh lah pilih and beli dari sini je. Beli, lepas tu buat hamper . Hoh, buat barang hantaran pun best gak kan. hewhew. Pandai tak kita?? hihi. Lelaki ke perempuan ke , memang banyak choices. Puas hati boleh pilih semua product kesukaan sendiri. mihmihmih. Semua barang 100% original ok, jangan risau. 

Nak beli brand apa, bila-bila masa je boleh. Just on je internet tu click click ,bayar (online banking, bank transfer & credit card) , then dah settle. Open 24 7 ok. So takyah pening lah nak beli hadiah apa lepas ni. hihi. Siap ada happy hour lagi, waktu BBW akan bagi harga murah untuk customer. Pastu untuk loyal customer, akan dapat special promotion and discounts.  Kalau puas hati dengan product tu, boleh buat review then BBW dengan murah hatinya akan bagi points. weee


haa pilih pilih.Tengah banyak promotion.



Sebab tu lah nama dia tempat shopping yang best. Tempat ? Yes depan laptop je, terus dapat semua benda yang diidamkan dalam hati. mihmih.

Nah ni kita beli dari BBW gak. Saya suka Marc Jacobs,so cermin ajaib pun sibuk nak Marc Jacobs .hehe.Nak padankan dengan my MJ sunglass :D
ni lah cermin ajaib saya yang saya usung sana sini. hihi.comel kan.hihi. barang-barang kat BBW ni banyak comel-comel.sampai rambang mata nak pilih ok.

Nah,untuk sekalian, tempat paling best untuk shopping http://my.bestbuy-world.com/  and fanpage Best Buy World Malaysia


Toodles... :)

Cara Pilih Makeup Pengantin

$
0
0
Assalamualaikum...well hello...


Kita selalu nak pergi kenduri sebab nak tengok pengantin je. ekekke.Makan taknak sangat pun. kihkihkih. Nak tengok dia pakai baju apa, makeup dia, pelamin semua lah. ekekke gila busybody tapi sian jugak kat pengantin kalau dia punya makeup tu teruk. Kadang-kadang tukang makeup pengantin ni asal boleh je makeup.Siap foundation tak sama dengan warna kulit pengantin pun.tskkk. Dah la hari wedding tu semua orang nak tengok pengantin. tsskk. Ini salah mak andam lah ni.

Kalau nak ambik makeup artist memang mahal sikit harga atas 800 untuk makeup saja. Kalau korang ambik package butik yang sekali sewa baju n makeup n pelamin andaman sekali tu memang murah tapi dia punya hasil tu mendebarkan. Macam kakak saya, tak dapat pun baju yang dia nak. Sian dia. Masa nak bayar tu kemain janji macam-macam sangat. Bila time wedding tu entah apa-apa pulak jadinya. Kena survey betul-betul lah utamanya makeup lah sebab berjam-jam wedding tu. Beribu orang pulak tu datang nak tengok pengantin. mihmih. retis sangat. hihih

Kalau nak pilih MUA, ni benda-benda yang korang memang kena tengok dengan serious lah...

Jangan pilih MUA yang makeup tebal sangat. Sebab kalau tebal sangat nanti korang dah jadi orang lain. Dari muka asli melayu tak pasal dah jadi opera cina. ekekke. Nanti tetamu pun confused eh aku kat mana ni .persembanhan opera ke kenduri kahwin ni.mihmih. ok tak lawak. Benda ni serious tau. T_T. Kalau makeup tebal nanti tak sampai 2 jam makeup akan merekah-rekah macam bumi yang tandus eh ke gersang. sorry kita tak pandai bahasa melayu betul2.  krekkkk kreekk kreeek.*bunyi bumi merekah. hihih. macan tu lah bunyi time makeup tebal merekah. T_T

Foundation flawless.Cuba tengok testimoni yang ada kat tukang makeup tu.Kalau berminyak-minyak tu, jangan lah ambik kalau taknak jadi orang minyak. mihmih. Ok , zerious. Walaupun muka customer jenis minyak gila,as mak andam mesti dia tahu nak buat macam mana. Kalau untuk muka minyak, kena pakai makeup based dengan foundation yang water based. Gituuu, the  only makeup akan tahan. 

Foundation sesuai dengan tone kulit. Kalau kulit cokelat, foundation jangan tetiba putih. Pastu ada yang nampak kelabu. Bila wedding photoshoot memang nampak pelik. T_T . So korang yang bakal kahwin ni time nak pilih jurumekap tu pilih betul2 ok.Banyak je tukang makeup yang murah tapi makeup cantik sangat. Tak semestinya makeup artist je. Sebab dia makeup artist sebab tu boleh charge mahal.itu je bezanya. 

Cara dia handle kening customer yang tak cukur kening. Banyak customer yang memang strict and taknak cukur kening. Kan haram cukur kening. hihi. So mak andam memang kena hormat permintaan customer. Cabut bulu hidung takpe. ekekke. Pastu ada orang bulu kening pacak2 macam  pokok paku pakis. Dah sikat pun dia pacak-pacak lagi. Tu memang cabaran untuk mak andam lah macam mana nak lukis bagi nampakelok tanpa potong. hooooohhh ! Contoh macam ni...


kening tak cukur tapi MUA lukis kening tu cantik.

Gitu. Contoh jurumekap yang foundation dia ikut tone and flawless...






Semua gambar pinjam dari sini FarizSha D'Touch sebab ni salah satu contoh makeup pengantin yang sesuai untuk describe ciri-ciri pilih makeup pengantin yang betul.. Sorry tuan tanah kita pinjam banyak gambar dari page uolss untuk buat contoh. mihmih.  Jenama makeup yang dia pakai is MAC /Kryolan/Giffarine/FCC. mihmih. Ingat ok, time kahwin pun kena nampak natural tau. Lagi nampak proper dan manis. hehe. Sesiapa yang nak kahwin tu, pilih jurumekap yang elok ok. Nanti menyesal.  Alang-alang kalau berminat dengan FarizSha D'Touch ni boleh usha kat fanpage terus...

Cara Tingkatkan Trafik Blog

$
0
0
Assalamualaikum...well hello... :)

2 tahun blogging ni banyak jugak lah saya belajar. Semua benda belajar sendiri je.Kat google tu banyak je tutorial. Senang nak belajar. mihmih. Dulu memang tak faham langsung pasal traffic tapi bila dah 2 tahun blogging ni pandai lah sikit2. Few cara yang saya cuba memang berkesan lah. Contoh dulu nak dapat traffic 100 pun rasa macam mustahil and pelik macam mana orang lain boleh. Kita yang mula dari zero ni and tak terkenal ni macam mana nak naikkan traffic. So ni lah benda yang saya cuba and memang membantu. 

*jangan malas and boring, kena baca kalau nak cuba. hehe

Nama blog
Oh ni penting sangat. Url and nama blog tu biarlah yang senang nak hafal. tssk. Kalau entry best tapi nama blog ya hampun . Nak sebut pun lagi susah dari bahasa French. tssk. Dah tahu blog bahasa melayu, jangan lah nama blog cina. Macam mana orang nak taip perkataan cina tu ? T_T. tsskk .

Minat blogging dulu, baru fikir income
Jangan fikir income dulu, blogging je untuk fun .Seronok seronok je and baca tulisan orang lain jugak. Bagi masa at least 2 tahun lah untuk buat income.Jangan gopoh. Tengok blog yang berjaya gila diorang mula blogging tahun bila ? 2008 ? 2009 kan ?So jangan bising ok.Sabar, ur time will come kalau betul2 minat blogging. Ni baru sebulan,terus bising kenapa tak dapat BE nuffnang. *tsskkk

Keywords
Rajin-rajin pergi cari keyword yang top kat google tu. Saya tak terror sangat SEO tapi so far SEO yang saya pernah cuba banyak lah jugak yang masuk ke blog ni. Satu post tu ada lah view sampai 20k tanpa ping . Traffic harian yang masuk for free ke post saya yang ada SEO. Kan seronok hidup cenggitu free free dapat traffic.mihmih. Tapi jangan lah buat entry yang skema kalau ye pun korang guna SEO. boring. Tsssk. Guna kekreatifan sendiri lah. *ada ke perkataan kekreatifan? eh pedulik asal korang paham dah. 

Fikir Target Readers
Ok, saya ni lagi beberapa tahun dah tak remaja dah kot. Tapi blog saya ni banyak remaja yang baca. So banyak entry saya dulu memang target for remaja ,yang rajin share entry saya tu 99% is umur 20an semuanya tapi lepas kahwin ni tengok macam umur 30 an pun ada yang baca. since kisah cinta saya tu disiarkan disini.:P amboi kemain kalau entry suami isteri pun boleh capai banyak2 ribu view tanpa ping. 

Honestly speaking, kalau compare entry dulu and sekarang, entry sekarang lebih banyak viewers walaupun tak ping ke mana-mana . Rakyat jelata dalam dunia blogging ni lebih suka baca kisah peribadi sebenarnya. T.T

Hebah-hebahkan blog 
Nama glamour nya ping lah. Awal-awal blogging , join lah group2 blogger yang ada. Kat situ ping lah entry. Mana tahu ada yang berkenan and masuk  blog korang . Pastu masuk blog korang *oh best nya. terus diorang bookmark. Tiap-tiap hari nak masuk. Sambil ping tekan button share tu jangan lupa jampi-jampi sikit. kekekekkeke.  

Rajin-rajin lah ziarah jiran
Ni common sense lah. Kalau tak peramah sangat, macam mana nak bagitahu orang yang blog kita wujud. T_T . Blogging lah sorang-sorang. Private blog terus jangan lupa. hihihi

Tajuk Entry
Buat tajuk yang potensi orang minat nak ambik tahu . Em macam saya sendiri kalau tengok tajuk dari icon blog yang saya tak kenal pun..saya akan click untuk baca. Tajuk blog mengancam buat hati ini rasa nak tahu busybody nak tahu apa isinya . mihmih. Jujur lah dengan tajuk entry. Jangan lah tajuk kemain TIPS KURUS DALAM MASA 4 HARI tapi bila bukak..cerita kena mengurat dengan abang nasi ayam. T_T . rasa nak tikam diri.

Jadi humble
Contoh kalau korang anak kaya, jangan lah tunjuk sangat yang korang ni memang anak orang kaya. Takyah lah statement *I bercuti ke london 30 ribu je. apa lah sangat. Pembaca ni selalunya akan eager to know and dia sendiri akan selak2 page blog korang untuk tengok korang anak orang kaya ke tak. haha. So biarlah dia curious kat situ. mehemehe. Pembaca ni suka something yang unique lah *anak orang kaya ke, pandai ke, cantik ke.. Saya pun ada blogger fav saya juga. sebab tu saya tahu apa yg pembaca rasa. mihmih.


Selang seli entry. 
Pelbagaikan entry, tips ada, kisah peribadi ada. Entry review tempat makan ada. Sebab saya suka baca blog macam ni. meheheh. So saya lah salah sorang yang menambah traffic untuk blog yang variety macam ni.mihmih. 

Ciptalah Kontroversi
Ok, ini cara kurang sihat Buat lah cara ni kalau nak traffic cepat naik tapi dibenci.T_T mihmih


Cuba lah, mesti boleh punya. Lepasu bila traffic mula masuk, maka masa tu insyaAllah income juga mula masuk. Advertorial pun akan mula dapat. satu advertorial 1000 ringgit, depends ikut traffic. seronok tak?mihmih. Cuba-cubalah. Keywords yang masuk blog anda pun sangat mempengaruhi . Gitu lah.

Toodles... :)

Kenapa Bilik Perempuan Bersepah ?

$
0
0
Hello peeps..

Fuhhh, penat. Baru lepas kemas bilik dek kerana bebelan mama." anak dara pemalas, bilik bersepah-sepah mama tak pernah ajar pun anak mama pemalas macam ni. dari kecik mama ajar displin semua tapi bila besar semua jadi pemalas. kain baju duk berlonggok-longgok atas katil tu dah pakai ke belum tu. rimaslah mama ada anak dara pemalas sangat ni. tak boleh harap semua. dulu kecik-kecik boleh la pukul kalau buat sepah ni dah besar tak larat dah nak pukul. anak dara apa lah ni malu mama nak mengaku ada anak dara ey mama rimas la ada anak dara malas......to be continued......

Kalau mak membebel memang panjang gila kan. Tak pasti titik noktah kat mana, ayat sabung menyabung menusuk jantung terus dan ayat ulang-ulang.. HAH. masa mak membebel, rasa nak cakap.."rilex ma rilex. nanti kita pergi makan ice cream McD chocotop RM1.50" .

Inilah bilik belang-belang pink saya dan adik saya....
Ini time kemas. Adik saya yang rajin kemas. 

Tapi bila saya masuk, jadi macam ni...
yang berlonggok atas katil tu semua baju semata. 

Selalu nya aku tak tahu kenapa bilik aku sepah. Tahu-tahu je alarm dah bunyi (pot pet pot pet dari mak ). Rasa macam tak buat sepah pun. Bila sendiri kemas bilik, barulah tahu.

Sebenarnya kalau perempuan lah especially, suka longgok barang-barang lebihan yang dah tak muat dalam almari dan takde tempat untuk diletak. Beli barang baru, longgok barang. Barang terlalu banyak dan shopping beli sana sini lepas tu longgok. Contoh, beli baju lepas tu tak pakai. Sampai kadang-kadang tu aku tak tahu pun kewujudan baju tu. Beli dan tak pakai. shopaholic. 

Kenapa bilik perempuan tiba-tiba sepah ?

1)Baju banyak sangat sebab kuat shopping sampai tak tahu nak letak mana, almari dah penuh. Suka shopping baju dan semua benda  mengikut nafsu walaupun tak diperlukan. Bila pergi shopping, rasa nak beli semua barang dengan alasan 

"sale lah" 

"ala, kalau aku tak beli baju tu nanti orang lain beli !!! baik aku beli sekarang ! " 

"Ala beli jela, mana tahu masa hadapan nak pakai!"

2)Terlalu banyak alat / makeup kecantikanPerempuan memang la.Pantang ada yang tak kena kat kulit muka ke kulit badan ke mesti gelabah sibuk cari product yang boleh elokkan semua. Tengok model dalam iklan, lawa betul kulit..mesti lotion tu berkesan. Satu hari pakai dah berkesan terus. haha. Tengok iklan tv pasal product...

"eh bagus ni. nak try lah"

lepas tu product tu tak elok, beli pula yang lain. Try try try try lagi product lain.Semuanya..

"eh bagus ni. nak try lah"

Tadi kemas bilik and jumpa banyaknya lah prodcut lama-lama siap dah expired lagi.. So buang dan ambil yang basic je. Sayang nak buang yang lain, tapi dah takde tempat nak letak or else bilik sepah dan kena dengar alarm tiap hari.

Basic needs.
tinggal products yang betul-betul nak pakai je. yang lain buang !! ( alat makeup, accesories, dan body lotion je )

Benda yang sekelip mata boleh buat "cantik" shining shining semua nak beli semua nak try. 
Before ni, simpan Innershine dalam kotak dan tolak bawah katil, sekarang letak kat meja susun  cantik-cantik uols. Buat apa "inner" shining tapi bawah katil tak shining. Sian bawah katil. heh

Tula, bilik perempuan ni bersepah bukan sebab pemalas tau. Tapi sebab bilik tak cukup besar je sebenarnya. heh :B

Em, baju pulak , saya dah pack up yang mana saya jarang pakai dan masukkan dalam lugagge. Masukkan dalam plastic bag and simpan dalam luggage.

Dan yang mana dah taknak pakai, fikir macam nak jual je. Ada ke yang nak beli ? Saya nak jual murah je untuk kurangkan barang. Tolong beli semua seluar saya please!! 
Saya banyak sangat seluar.

Dari atas:
Zara
Levi's
Levi's
Wrangler

Semua original dan saya beli harga RM200 keatas tapi saya nak jual bawah dari half price. Sesiapa nak beli, tolong lah beritahu saya. Kita kira-kira. Kalau lelaki nak pakai dan feeling-feeling nyah pun boleh beli ni. 

Saya dah kemas bilik saya, anda bagaimana? Macam mana nak buang tabiat shopaholic ? Kalau tak alarm akan terus berbunyi...sigh. Em, okay lah semua, saya nak lipat kain. Banyak sangat ni.Esok baru habis kot . sighhh. 

Happy reading and have a nice day..:)




Recipe : Cheesecake

$
0
0
Hello peeps...

Walaupun ayah aku selalu gelakkan aku sebab tak masuk dapur and confused between garlic and ginger ( sebab tak kenal rupa halia) , but at least aku masuk la juga dapur untuk buat cheesecake. Malam semalam dah mimpi-mimpi teringin nak makan cheesecake. Hari ni takde kerja sangat ,so bangun tidur je, terus niat nak pergi Tesco beli barang semua. hihihihi. so ni nak share recipe lah dengan korang semua. Simple cheesecake yang best. Recipe ni aku belajar dari aunt dulu. Dia belajar masa dia stay kat US dulu.So ini cheesecake mat saleh punya style lah. hehe


Baru balik Tesco lah ni. Jom mula ! Boleh buat untuk raya nanti !

So, bahan-bahan yang aku guna simple je and boleh dapat kat kedai lah. 
1) Buttercup (mentega)
2) Biskut digestive ( boleh ganti dengan biskut Marie / Hup Seng empat segi )
3) 2 Philadelphia cheese
4) Susu pekat manis (any brand)
5) Sebiji telur
6) Strawberry ( sebenarnya tiada kena mengena pun, sekadar untuk hiasan)

Cheesecake yang saya selalu buat ni ada dua layer.

Okay, let's start ! Kita mula dengan based of the cake dulu okay which is the first layer. Bahan-bahan yang diperlukan untuk first layer adalah Biskut digestive and butter.


Masukkan biskut tu dalam any bekas untuk lenyek-lenyek sampai dia hancur. Kalau nak blend pun okay cuma takut terlalu hancur sampai jadi pasir halus tu tak best jugak nanti. So kalau rajin, lenyek2 pakai sudu sampai biskut tu hancur jadi macam pasir kasar. Hasil dia akan jadi macam ni....
Biskut sudah hancur

Lepas tu masukkan semua biskut hancur tu dalam loyang dan gaulkan semua biskut tu dengan mentega. Quantity mentega ikut suka asalkan semua biskut tu kena mentega. Tadi aku guna dalam setengah mentega Buttercup tu je. 
Biskut digestive yang sudah hancur + mentega

Gaulkan biskut hancur dan mentega macam dalam gambar (1) dan setelah itu ratakan semua biskut yang dah sebati dengan butter tadi macam dalam gambar (2)

Okay, first layer dah siap! Kita buat layer kedua pulak iaitu top cheese nya.

Second layer pun simple. Sekejap je boleh siap. Second layer hanya guna 2 cheese Philadelphia, susu pekat manis , dan satu telur. 

Masukkan semua bahan iaitu 2 cheese , 3/4 tin susu pekat manis dan satu telur. Kacau semua bahan tu macam dalam gambar (1) sampai jadi gebu macam dalam gambar nombor (2) .

Bila cheese , telur and susu pekat manis dah sebati dan gebu ,masukkan semua cheese tu atas layer biskut yang kita dah buat tadi tu..

Okay dah siap. Ready untuk dibakar ! Suhu dalam 180 degrees dan bakar selama 30 ke 45. kalau cucuk dengan fork and masih lembik2 tu means kena sambung bakar lagi. Keep on checking lah. Kalau cucuk dah macam pejal tu, dah masak lah tu. Tunggu sejuk sikit then masuk dalam peti ais. :)

Dah siap pun! Inilah cake nya ! Tapi lepas bakar tu letak dalam peti ais ok. Lepas dah sejuk sikit, baru potong dan makan.  Hasil dia macam kat bawah ni.


Sekejap je nak buat cheesecake ni. Sedap cheesecake ni. Tak percaya try buat ! hehe. Selamat mencuba. :)


Have a nice day.....

About Me

$
0
0
Assalamualaikum....helllo .. :)


Eh eh kemain nak buat post about me. Idok ler gedik sangat nak buat post about me ni tapi nak tambah tab about me kat header tu. Senang orang nak tengok bio. mihmih. Mari mula .Hmm mula dengan nama sendiri lah kan. Takkan nama orang lain pulak. ekekekke.*ok tak lawak. jangan buat muka annoy.

Orang panggil saya Namee je. Nama penuh Nameera with H at the end binti Roseland. Tapi semua orang panggil Namee je. Suami saya sorang je panggil Meera . Nama gedik lagi Meera Girl. ekekek. Jantina memang perempuan lah.Tak nampak pulak tanda-tanda di tubuh badan ni macam laki. ekeke. Umur? Eh, kita lahir tahun Naga..Tahun lahir kita cantik, kalau ikut orang cina number tu is "kaya kaya". :P 

Kita lahir kat Muar dulu. Entah sesat lahir kat Muar sebab ayah kita kena transfer kerja kat sana dulu masa kerja engineer TNB .mihmih.So kita pun tetibe lahir kat Muar. Pastu stay kat Perak sebab nenek kita bela kita. Sian saya kena duk kampung. ekekke. Takpe, mana nak dapat experience panjat pokok rambutan, mandi sungai selalu, kaki parut jatuh basikal kalau tak duk sana. and saya rapat dengan aunt2 saya. mihmih. Pastu gi UK, pastu balik Malaysia stay Serdang pastu menetap kat Subang Jaya 6 tahun pastu pindah Seremban sampai sekarang. Sekarang current location KL and Seremban. So kalau ada event memang boleh cover both places lah. Gituu.

Study mana ? Emm dulu tadika mana entah tak ingat nama, yang saya ingat asyik nangis je kat tadika dulu. Cikgu pun bengang kot dapat murid kuat nangis. Cikgu mat saleh kat UK dulu pun dah malas nak layan. Ingat lagi gaya muka bengang dia. haha. Sekolah rendah Seafield and Seafiled 3 Subang Jaya. Zaman paling best kot. Sekolah menengah sekolah perempuan semua. Boring siot tengok diorang ni rebut2 kakak angkat siap nak bunuh diri tak leh blah. Dengan pengkid nya, punggung besar gila nak jadi pengkid memang errr la. Tak jadi langsung. hahaha.Pastu lepas SPM dapat uia terus lah masuk foundation UIA kat PJ tu then terus masuk main campus Gombak. Bidang Architecture . Saya ada degree dalam bidang tu for part 1, grad tahun 2010 rasanya. Part 2 and 3 jangan harap nak ambik. Bidang archi ni sungguh stress.Serius siapa nak fikir 10 kali.Kena kuat semangat. Master dalam cabang lain but still architecture field. insyaAllah. mudahan sukses. 

Kerja.Pernah kerja di architecture firm dalam 6 bulan gitu. Pastu berhenti sebab tak larat ah, boss asyik tahan tak kasi balik je suruh buat kerja lagi. Kagum dengan siapa yang gigih jadi architect sampai part 3 tu. Kalau nak kerja best, walau banyak kerja macam mana pun, by 5 petang..dah balik. Tak suka terbawak2 sampai kat rumah. Prefer freelance buat drawing and 3D. Pastu setahun kerja dengan website, ekekkeke. Taknak bagitau website mana. ekekkekeke. Sekarang housewife, kerja dari rumah. Isham pun suka tengok wife dia duk rumah .Tapi income mesti mau masyuk lah, tak lah rasa serba salah .Berguna degree jugak di jalan yang sohih. Baru lah rasa macam berguna hidup ni. ekekek. Sekarang ambil juga tempahan drawing tapi tengok project and bayaran.Work from home.



Oh family. Saya 3rd dari 7. Ada 2 kakak , ada 2 adik perempuan and 2 adik lelaki. Satu adik lelaki is a special kid. Autistic  child, semua orang sayang dia.Patutnya saya anak bongsu sebab tu panggilan saya kat rumah is "adik". Mama nak 3 orang anak je. Tetiba keluar lagi 4 orang. Pastu orang selalu kata eh tak tahu malu ada adik tapi panggilan diri "adik" T_T.  mihmih . Bukan salah saya ok. Tanya ma pa saya. ekekkeke.

Oh saya dah kahwin to a man. Suami saya kembar Patrick Star. Kalau pergi mana-mana saya suka bawak suami saya sebab perbezaan umur buat dia cemburu sikit . Worry takut isteri dia kena ngurat tapi takde pun . kekekke. Macam bodyguard. Kecuali shopping sebab dia ni boring nya lah kalau bawak shopping. Once u pegang satu benda and kata cantik, terus dia ajak gi bayar. Kita orang perempuan ni mesti lah nay survey2 satu mall dulu kan and duduk fikir yang mana paling sesuai.  T_T . Itulah suami saya. hehe. Tu lah kawan baik saya dunia akhirat. insyaAllah. Kita dah go through banyak circumstances turun naik turun naik and we made it ! *eh tetiba sesat pasal Isham. Post ni should be *about me* je kan. hahah

Suka makan western food, sedapnya. Kalau nasi, macam nak taknak je makan tapi nasi sedap jugak sebenarnya. Saya yang tak reti appreciate kot. sobs. Saya suka kucing. Memang geram2 ketap2 gigi kalau nampak kucing. Tapi allergic sampai tumbuh ruam plak tu. Tapi tak tahan, nak jugak pegang kucing. Saya lagi suka kucing kurap2 tu dari beli kucing yang orang sanggup beli harga ribu2 tu. Marilah ramai2 kita bela nasib kucing yang yatim piatu tu. Sian diorang. Kucing mahal2 tu semua cantik, semua memang suka.Yang yatim piatu ni...meoww pun orang tak endah. sobss


Ni Benjamin Button.. ekekek.



Ok, tu je. 

Toodles...

Hihi

:)



Oh! Gembiranya Hidup Ini.

$
0
0
Assalamualaikum....well hello....

Setiap hari routine sama je. Takde yang beza. Lepas Subuh terus berjaga je kemas katil, siapkan Isham pergi kerja. Ekekeke, macam nak siapkan anak pergi sekolah. Stoking pun dipakaikan. ecececceh. Pastu terus bukak laptop buat kerja. Macam nak muntah hari-hari mengadap benda sama. Time buat autocad lagi lah, rasa nak nangisssss je hari2 tengok lines. sobs. Tapi during lunch hour, rehat jap lah. mihmih. Kemain ada lunch hour siap. Usha usha lah website fav kita. mihmih. 

Lunch hour kita bukan untuk makan, ini time beli belah hokay. ekekkeke. Serious saya suka gila shopping online sebab bila poslaju datang, mesti teruja nak bukak parcel. ekekkeke. Rasa macam ada orang hadiahkan padahal sendiri beli. ekekekkeke. Hoih gembira bila parcel dari BBW dah sampai ! Gembiraaa weeee yayyy ! Order cepat sampai, senang hidup. 

Hasil shopping during lunch hour. mihmih. Dah lama nak beli lipstick, mascara and eye cream. Tension den dengan dark circles ni. Taddaaaaa.....
Cliniqiue eye cream, Estee Lauder Mascara, Estee Lauder Foundation , Clinique Vitamin C Lip Smoothie and Clinique Honey Lipbalm. Eh pouch tu pun kita dapat kat BBW, Estee Lauder. Comel kan. :D

Senang hidup semuanya beli online. meheeee.Tak risau sangat dengan BBW ni sebab kalau barang rosak ke apa, boleh pulangkan balik. Tapi tak pernah pulak dapat barang yang dah expired ke apa. Suka beli kat sini sebab semua benda boleh beli ala-carte dengan harga murah. weee. Pastu tiap bulan tukar2 brand. hihi. 

So far, SK2 punya eye mask ni sangat best ! Dark cirles pun kurang sekali. Tiap2 hari sebelum tidur mesti pakai. Beli kat sini RM13. Kalau biasa, harga RM19. So jimat RM6.Yippie. yela kalau tiap hari pakai RM6  darab 30 dah RM180. Jimat kan. Pastu beli kat sini dapat point, point tu berguna macam duit jugak lah.  Shopping sambil untung. ekekke. 

Nak order senang je...

1) Register / Login
2)Add to cart barang-barang yang nak dibeli sampai puas shopping
3) Checkout
4) Pastu tengok address rumah betul tak tu untuk delivery
5) Pilih cara pembayaran
6) Settle. Terus dapat order number

Untuk area Klang Valley boleh COD. Pastu nak check points and history semua memang ada data dalam acc BBW korang. Time happy hour jangan lupa, time tu memang banyak products dia jual murah sangat-sangat. Special time for us ! :D




cehh,kemain susun2 atas tu. Tiap kali masuk bilik terus try depan cermin. mihmih. Pastu tangkap gambar sorang-sorang. ekekekke. Biasalah perempuan kan.Tengok bilik la, kan pink tu.hihiihih

Pastu gembira sebab  kucing kita yang mata nak buta tu dah sihat pun !! weeee.

Toodles..

Long Distance Relationship

$
0
0
Hello peeps..



Aku rasa nak menulis. Menulis tentang perhubungan jarak jauh. Ramai yang kata hubungan cinta jarak jauh ni susah nak survive, susah nak kekal, dan harapan tipis untuk dibawa sampai kahwin. Tapi bagi aku hubungan cinta jarak jauh ni bagus sebenarnya dan boleh pergi jauh kalau kita nak. Hubungan cinta jarak jauh boleh berkekalan jika begini...

Routine awal relationship
Sebenarnya routine awal suatu hubungan cinta tu yang penting. Kalau dari awal tempoh perkenalan korang sudah biasa tak dating selalu dan tak luangkan banyak masa bersama, tentu long distance relationship ni tak jadi masalah. Banyak kan contact thru handphone pun sudah memadai dengan call dan sms (biasakan diri dengan guna technology dan social medium). Sebab bila dari awal perkenalan tu korang dah kerap dating dan berjumpa, nanti bila terpaksa berjauhan kau akan rasa kekok sebab tak dapat jumpa, tak dapat manja jumpa depan-depan. Tu yang jadi kucar-kacir kelak dan mula cari orang lain untuk hilangkan sunyi.

Boleh hidup tanpa "dating"
Asal couple je mesti nak kena fikir rigid. Asal couple je mesti dating tiap hari , ye ? Hubungan cinta bukan setakat dating happy happy je. Banyak lagi cara untuk interact dalam percintaan. Kalau tak biasa dating dan berkepit, insyaAllah bila berjauhan kau akan rasa cool je dan tak rasa itu sebagai satu masalah. Tiap kali teringat je, contact thru phone , email , skype.. no problem. Pandangan aku, kalau bercinta tak semestinya kena keluar tiap hari , tiap minggu atau tiap bulan, tiap 6 bulan. 

Anggap relationship itu suatu focus dalam hidup
Kenapa bercinta ? Apa focus bercinta ? Bercinta, mesti lah nak bawa kahwin terus dan focus bercinta tu nak work hard untuk beri kebahagiaan pada bakal isteri/suami kelak. Dengan itu, barulah cinta tu berterusan sampai kahwin. Bukan best time bercinta je tapi bila kahwin cinta putus dan kurang. Bila ada focus, peratusan rasa sunyi bila tak dating tu dan peratusan untuk curang akan kurang. Memang pasangan kita tak tahu kita buat apa dibelakang sebab berjauhan  so "focus" tu yang tolong kita untuk stay on the path. 

Contoh: Seorang lelaki tu bataskan pergaulan dengan gadis-gadis lain untuk elakkan TERberi harapan atau TERjatuh hati pada gadis lain.  Sebab focus pada relationship dia walaupun berjauhan. 

Kongsi Minat Bersama dan Bualkan.
Contoh, sekarang movie Mirror Mirror sedang ditayangkan. Korang berdua masing-masing pergi watch secara berasingan then nanti call atau video call  untuk kongsi pengalaman tengok movie tadi. Watch movie Korea sama-sama secara serentak, baca novel sama secara serentak etc .Selain tu, activity harian korang pun boleh dikongsi dan itu yang buat LDR itu menarik. Apa yang korang masak dan makan, baju color apa yang korang pakai, plan nak buat apa fo the whole day dan lain-lain. Banyak benda yang boleh dibualkan asal dua belah pihak are keen to share. 


Bila Berjumpa, Buat Something Yang Special
Jarang-jarang bertemu, bila bertemu buat lah activity yang fun dan lain dari yang biasa. Bukan setakat tengok wayang dan pergi makan je. Buat lah activity yang boleh buat korang fun bersama seperti cycling, playing kites, pergi naik boat ke, picnic, beli novel baru dan target untuk baca bersama dan tuka novel each time korang berjumpa kembali. Boleh buatkan hand-made cards untuk pasangan dan tulis ucapan supaya bila korang tak jumpa dan rindu boleh la baca card ulangkali. 
Handmade cards :)

Percaya dan Doa
Kepercayaan. Ini kalau relationship jarak dekat pun perlu kepercayaan. Kalau asyik syak wasangka je, hubungan mana nak jalan. Cemburu je memanjang. Doa juga bantu untuk kuatkan hati.

Jenis yang setia
Takde apa nak describe. Kalau dah memang jenis setia, memang akan setia. SETIA . Long distance relationship ? Tiada masalah langsung kalau sifat setia tu memang azali sejak dalam perut mak lagi.

Tak susah sebenarnya. Bergantung pada diri masing-masing. Kalau jenis yang memang suka keluar dan dating dan tak boleh sunyi langsung..memang susah lah. Di atas ni, bukan lah pura-pura semata. We're talking about reality. Takde beza pun relationship dekat mahupun jauh, both sama je. Ia begantung pada hati sebenarnya. For me, tiada istilah sunyi bila hati kau kuat kata kau memang sayang seseorang dan bila hati kau penuh dengan perasaan pada patner kau. FOCUS.

"Every kind of relationship takes hard work and dedication to your loved one or partner, whether it's long distance or proximal."

Happy reading and have a nice day..







Me, Husband & The Best Meatball Ever

$
0
0
Assalamualaikum...well hello... :)

Dah lama teringin meatballs yang betul-betul sedap tau tak . Tapi selalu dapat yang tak sedap, banyak tepung. tskk. Kecewa. Dah nama pun meatballs mestilah nak rasa the meat. bukan the tepung. sobs. Pastu ternampak fanpage Burger Bakar Abang Burn duk share pasal dia punya new menu...it's meatballs!! hoih terus teruja nak try sebab pernah makan burger bakar dia. Sangat sedap.Daging fresh. Meatballs dia mesti sedap gak, pastu teruja terus ajak Isham. haha

Finalllyyyyyy.....after several months......mengidam.......finalllyyyyy...! 
kembang-kembang hidung nak makan meatballs. haha

Terliur gila. Padahal before tu dah makan banyak dah benda lain. Tapi semata nak telan meatballs ni rasa macam banyak lagi space perut ni..mihmih. zoom sikit bagi korang jealous..mihmih..
Meatballs + Special Mushroom Brown Sauce pastu tambah lagi dengan Burn wedges+ Cheesy sauce. *nangis please.

Sedapnya lah . Meatball ni best sebab meatball dia "daging"! 100% daging ok. My dream meatballs everrr. Tambah plak dengan sos dia yang best gila tu. Semua original resipi diorang. wuuu. Macam mana lah boleh reka benda sedap camni. Dulu pernah try ah nak buat meatball sendiri tapi jadi tak jadi. Tak sedap. Jadi hanyir. haha. Yang wedges tu sauce atas dia tu cheese ok. Cheese yang pekat ok. haiihh lahhh. 



Haha,Isham pun layan. Makin bulat lah hubby ku ini. Dah sama shape dengan meatball. hihih. Siap chop pulak tu, *ok ni Isham punya, Mira order lain. Padahal saya yang berkurun teringin nak makan hari-hari cakap kat Isham. Dia rilex rilex je macam takde perasaan kat meatball. Last-last dia yang lebih. haha

Last-last saya kena order lain. Mama pulak asyik call and sms je tanya kat mana kat mana .Jangan lupa mama punya burger bakar tau ! Nasib baik service cepat. Dalam 15 minutes macam tu dah siap order. Sobs. Baru order and sembang-sembang dengan Isham *eh tetibe meatballs dah sampai atas meja. 


Omg, ze cheese. Ze meatballs. 

Lepas tu tengok meja sebelah makan burger bakar,terus rasa macam nak makan jugak. Taddaaa! 
muka dah macam burger, tetibe nampak tembam gila. aah pedulik, yang penting burger bakar and meatballs sedap dah masuk perut .mihmih. Burp ! Dah kenyang terus pulang ke rumah dengan hati yang gembiraaaa.

Tapau meatballs and burger bakar lagi.....kat rumah makan lagiiiiiii......
take away punya meatballs. then pagi-pagi tu panaskan balik. Dah bercampur-campur dah cheese dia semua. hihi. the breakfast...weeee . Seriously sedap. Korang kalau nak try, silakan try. Confirm nangis sebab sedap sangattt. Jangan peduli pinggan plastik kantin sekolah itu. ekekkeke. Isham ye ye je ajak saya pergi uitm Shah Alam padahal dia nak makan meatball abang burn kat Sham Alam letteeewwww. Cawangan dia banyak, google je . weeee. Sedapnyaa..

Toodles :)

Kalau Korang Nak Kulit Licin

$
0
0
Assalamualaikum....well hello....


JERAWAT??? MENGGERUTU??? MUKA BULAN???

Korang perasan tak makin meningkat usia ni, makin macam macam pulak masalah kulit ? Umur muda tak nampak sangat tanda-tanda pentuaan tu. ekekek. Penuaan, entah eja penuaan tu macam mana. Tapi tanda-tanda dah nak tua tu macam kulit tetiba tumbuh jeragat, tiba-tiba kulit minyak, dark circles tetiba je ada, kulit muka tompok-tompok etc. Korang kalau ada tanda2 macam tu, jaga-jaga lah kome.Kalau tak dijaga dari  , nanti bila dah 30 nanti nampak tua sangat. maybe nampak macam 40.  :/ aiihh ngeri. Lagi satu, kulit putih tetiba nampak kusam.Macam saya ni kulit cerah jugak tapi pale. T_T . takde seri. takde cahaya. takde nur.  T_T.


So untuk nak jaga, kena lah makan supplement kulit.  Contoh macam EPHYRA ni . Minuman tinggi anti oksidan yang mampu untuk merawat. Memperbaiki serta mengekalkan kecantikan kulit..

Tahu tak korang macam mana nak kulit putih ? consume banyak anti-oxidant tau macam buah strawberry, blueberry yang semua berry2 lah. Tapi malas nak kunyah buah tiap hari kan ? So jalan cepat is ambil supplement yang kandungan dia still sama kebaikan dengan buah2 tu.  Macam Ephyra ni....ce tengok kandungan dia...



KANDUNGAN EPHYRA:



KEBAIKAN EPHYRA:
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab dan sekata
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih dari masalah jerawat
7. Kulit dilindungi kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Anda mencari produk kecantikan yang dijamin HALAL dan SELAMAT yang dapat menyelesaikan masalah kulit dengan kualiti terbaik dan harga yg lebih menjimatkan?
EPHYRA Pilihan yang Bijak untuk anda..! kemain ayat kita skema sangat. Saja je nak serious sikit.:P .Seriously lah memang jimat banyak lah sebab kalau nak beli buah2 yang banyak anti-oxidant semua tu pun banyak pakai duit gak kan. Nak pergi beli satu hal. T_T. So better cara supplement macam ni.


Miliki kulit lebih cerah, gebu & berseri dengan EPHYRA. giteeeww.

EPHYRA ~ mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda.

Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. so kalau dah umur 40, nampak macam 30 lah. mihmihmih

Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda! Apa tunggu lagi!Dapatkan EPHYRA anda hari ini! Terbukti Berkesan!


**GAMBAR DIATAS ADALAH TESTIMONI PENJUAL ITU SENDIRI SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN EPHYRA SELAMA 5 BULAN. KULIT KUSAM DAN PUCAT TELAH MENJADI LEBIH BERSERI-SERI DENGAN PENGGUNAAN EPHYRA.

Untuk membeli ephyra, boleh hubungi Fara melalui:
Telefon/sms/whats app : 012-2265570 (Fara)
Email: kelisalari@ yahoo.com

HARGA: RM 197/ 30 SACHETS (FREE POSTAGE)
harga tengah murah hoii...

toodles..:)

Random Post !

$
0
0
Assalamualaikum...well hello.. :)

Just a random update. Tengah siap siap nak keluar. mihmih. So ini lah pilihan for today!hihi.







Tips for maxi dress : Maxi dress kalau taknak nampak simple sangat, samada boleh padankan dengan belt yang size nipis and dengan denim vest. Pakai rantai yang labuh sikit untuk highlight bahagian dada. Kasut flats/wedges je senang nak shopping tak lah kaki lenguh punggung lenguh pakai heels. Ni lah attire untuk pergi shopping .hehe. Beg tote paling sesuai untuk pergi shopping. Tapi kita takde tote, beg tangan lenguh je ada gaya mak datin  untuk isi handphone and wallet and some other girly thingy. ekekek.

Maxi dress : Bifa Collezion
Denim Vest : MNG
Accesories : Belt from Bifa Collezion
Handbag : Dior (10 years past punya collection by mama)

By the way, Bifa Collezion ada buat event on this Sunday 21st of April 2013. Diorang buat launching spa diorang . On that day jugak dia buat clearance sale sebab nak keluarkan design baru.So harga memang dia bagi murah .Pastu on that day akan ada free spa & facial treatment for uolsss. Jom ramai-ramai, serious best. Hari tu say apergi butik diorang, baju yang ada memang cantik2. So at this time siapa yang pergi memang untung lah sebab dapat borong banyak ! Ni alamat dia..

Shop add :
Bifa's Collezion (1st floor)
25-1, Jalan tasik Utama 8,
Medan Niaga Tasik Damai (The Trillium Lakefields),
Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur.
Landmark : Near TBS,Pekan Sg Besi, Kader Bistro & Pizza Hut. Above Coolblog


Hihi. Tu je, nak keluar dah ni. 

Eh jap lagi satu. Pemilik butik baju, penjual baju online ke, kasut online ke, tudung online ke kalau berminat nak advertise atau nama lain is post berbayar di blog ini, heheh boleh terus email pada saya at nameeroslan@hotmail.co.uk . :)

Toddless !

What Makes A Man Happy In A Relationship

$
0
0
Assalamualaikum..well hello... :)


Saya selalu tulis pasal perempuan je. Selalu tulis pasal macam mana nak ambil hati women. mihmih. Okay lah okay lah, to make it fair hari ni saya tulis pasal lelaki hahah. I often get a positive response bila tulis pasal relationship. Ada yang setuju and ada yang tak setuju terutama nya lelaki bila saya mention it all comes down to simple things to please a women, really. Tapi ramai je laki booooooooo. "tu bukan simple,tu complicated". Okay lah okay la. Hari ni saya menyelami lah dunia lelaki pulak. Foine. tapi sertakan facts perempuan jugak untuk explain kenapa perempuan macam tu. haha. 



Nombor satu : Respect his privacy.

First is , respect his privacy. Lelaki ni ada ego. Walaupun lembut, soft-spoken macam mana seorang lelaki tu pun, dalam hati mesti ada ego. Tak banyak mesti sikit kuantiti ego nya. Sebab tu lelaki tak suka bila perempuan jadi detective "awak kat mana?" . "awak makan apa?" "awak makan kat mana?" "awak lepak dengan siapa?". Lelaki menyampah kalau gf tetiba jadi detective. Ada lelaki jenis tak banyak muslihat tapi memang jenis tak suka nak share privacy sangat dengan partner macam password email, fb semua. Itu hanya sedikit ego. Padahal dalam facebook tengah bercucuk tanam farmville je pun. T-T .


Facts about women : Perempuan hati tisu. Jenis cepat terasa and curiga. Kalau partner macam nak berahsia, hati mula lah macam terfikir macam-macam. bukan nak fikir tapi TERfikir. tapi kalau pakwe senang hati je bagi password segala, memang kita tak check pun. Dapat kepercayaan untuk simpan password you all pun dah kira besar ya know.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kedua : Give him enough space.
Second is give him enough space. Let him hang out with his friends. Lelaki ni ada masa dia sweet jiwang-jiwang nak romantic dengan the love one. Ada masa dia nak macho. time dia macho tu mestilah nak dengan kawan-kawan dia. Futsal ? Lepak mamak ? . Gitu. Boys talk lah . Time dia nak gelak KAHKAHKAH dengan geng dia. ok. T-T . Kalau lepak mesti berjam-jam.


Facts about women : Perempuan suka berfikir. Kalau partner pergi keluar berjam-jam without update, akan buat partner tak keruan dan terfikir "eh apa lah yang dia tengah buat ye?". Call pun tak angkat,tu lagilah buat curiousity wanita lagi melampau-lampau. Well at least, update lah tengah buat apa lepas tu nak sembang kedai mamak tengok bola lama-lama pun takpe. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketiga : Dont talk/ask too much.
Lelaki ni simple. Jenis tak suka cakap banyak hal remeh. Kalau ada benda dalam benak fikiran, tangan kaki jalan dulu then baru mulut. Kalau bercakap, suka straight to the point. Sebab tu lelaki tak suka perempuan kuat membebel dan banyak tanya "awak makan apa?" "awak makan kat mana?" "awak lepak dengan siapa?"  Kalau partner membebel,mula lah buat muka annoying. T-T. dan bosan nak cari lain. ish. 



Facts about women : Kalau compare dengan lelaki, perempuan memang suka cakap. Ini memang tak dapat nak back up perempuan ah  for this point mihmih .Perempuan kalau bab nak sembang pasal tudung yang satu pun berjela-jela boleh bersembang. "eh cantik lah tudung ni material dia elok. siap ada 3 layer ni beli murah RM10 je kalau beli kat butik sana tu tak dapat harga macam ni" . Itu satu  tudung je tu belum masuk baju lagi. T-T . mihmih

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Keempat : Dont force your guy to express  his feeling towards you.
Banyak lelaki tak tahu luahkan cinta. Ada jenis lelaki yang tak reti nak belikan love card, tak reti nak tulis surat cinta. Tapi bukan bermaksud tak sayang.Kalau birthday gf pun tak tahu nak beli apa tapi bukan kedekut cuma tak tahu. T-T. sobs. Tak semua lelaki dianugerahkan kepakaran untuk meluahkan cinta macam ni. *selit nota i love you kat tepi handbag gf. Lelaki jenis tak pandai express feeling ni selalunya dia cinta diam diam. T-T Eh. 

Facts about women : Perempuan suka something sweet dan benda yang nampak benda depan mata. Fullstop. apatah lagi bila dengar bf roommate sebelah siap atur candle light dinner . Untuk info yang lebih lanjut boleh baca kat sini...ramai suka entry ni and angguk-angguk setuju What Women Want .Tapi kalau dah tahu bf tu tak tahu buat surprise, tunjuk cinta, jangan lah dipaksa suruh pulak. Dah macam suruh jadi orang lain pulak. T-T . *redha aje leeee.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Just avoid being an obsessive girlfriend, then only mereka akan happy. 

OK



T-T


4 Easy Steps by Essenseri

$
0
0
Assalamualaikum...well hello ... :)


Saya banyak jugak dah test skincare kat muka ni. Ni yang latest, saya cuba. Ini saya bagi sedikit review lah as keywords yang masuk dalam blog ni pun banyak cari pasal produk yang berkesan tapi tak bahaya. Yang penting takde bahan bahaya macam merkuri semua tu. Dah sebulan lebih apply kat muka, best nyaa lah. My review.



4 easy steps..




1st step : Essenseri's Skin Renewal Facial Cleanser

Pencuci muka dia bukan act sebagai pencuci biasa je tapi as makeup removal jugak. Selalu perempuan kalau apply bedak compact, balik rumah terus mandi cuci muka dengan sabun biasa. Beautician saya dulu selalu pesan, even kalau hanya bedak compact, korang still kena cuci pakai makeup removal sebab serbuk-serbuk bedak tu akan sumbat liang pori kat muka kita. Cleanser Essenseri ni special lah sebab ada function as makeup removal juga. weeeee. So takyah risau lah kalau pori tersumbat ke apa. Membersih, menyegar , menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkab kulit. All in one. Sonang keja . hihi


2nd step :Extra Whitening Serum Mist.

Spray je. Serious best ! Fungsi mist of course lah mencerahkan. Selalu kalau produk lain ada unsur bleaching untuk cerahkan kulit tapi mist ni tak. Selamat. Bila dah spray kat muka, jangan risau lah kalau nak berjalan bawah matahari yang banyak UV tu sebab mist ni act sebagai sunblock . Best kan ! Takyah lekit lekit pakai sunblock lotion tu. eeee. So tiada lah pigment ! Pigment terjadi sebab UV matahari ok . So please avoid UV. Bukan lari dari matahari tapi cover lah muka tu dengan mist ni yang cover kulit kita dari UV. gittuuuu. hehe 

Step 3 : Acne Reduction Serum Mist
Eh yang ni pun sama ! Spray juga! 3rd step pulak adalah Acne Reduction Serum. Ni memang fav sangat lah ni sebab tiap bulan mesti nak ada acne. sobs sedih.Nak pms, stress sikit mesti tumbuh berketul-ketul pimples. sobs.So bila apply ni, tak lah banyak sangat tumbuh. Sikit sikit je then lepas tu hilang sendiri. Yay ! Sebab dia tutup pori dan minyak kurang lah dirembes . yeehaa ! Parut cepat hilang. 

Step 4 : Age Defying Serum Mist
Walaupun umur muda lagi ecewah. Langkah awal penting. Time remaja ni pun dah mula dah apply Age Defying Serum Mist. Nanti masa akan datang umur dah 30 ke, tak lah kedut . Salah satu sebab muka berkedut ni sebab muka kering sangat juga. So kita kena keep kulit kita moist ok. tapi jangan lah berminyak lebih pulak. hoihhh. Serum ni fungsi dia untuk kekalkan keanjalan kulit . :)

Senang kan ?? 4 steps yang simple dan senang. 
Cuci muka , spray , spray , spray !

Perempuan kalau ada masalah kulit, mestilah consistent jaga kulit. Dulu masa join satu beauty centre ni, dia selalu pesan. Kulit kita ni mesti kena ada pencuci, toner and moisturiser  Semua tu paling penting. Tapi sangat lah leceh kalau nak hangkut semua gi kerja, gi class. Lepas ambil wuduk, kena letak balik toner and moisturiser. Leceh jugak. Tapi produk ni takyah nak pening kepala , sebab concept spray dia yang simple dan size dia kecik. Seghonokkk.



Toodles... :)



VIDEO : Adik Saya Daniel #Kanak-kanak Autisme

$
0
0
Assalamualaikum...hey hello.. :)

Ada yang tanya pasal kanak-kanak autisme, ni nah cerita pasal Daniel..T_T

Alangkah hancur nya jiwa raga mama saya bila tengok tv dia pecah gini. haha. Eh ni cerita sedih tapi kita terHAHA pulak. Terkedu sampai taktahu nak kata apa. Tv ni tv baru beli tak sampai setahun kot, masa nak beli tu papa dah tanya dah..nak letak macam mana sebab takut Daniel  angkat. Pastu ma kata takpe lah, kita gantung plak lah tv ni sebab tv yang sebelum2 ni memang dah hancur Daniel kerjakan., habit Daniel suka alih-alihkan tv.. T_T. 

Tapi gantung pun sama gak..tak sangka pulak dia nak ketuk. ingat habit dia dah slow down dah sebab umur dah 11 tahun...tapi samo jo...

Dia ketuk pakai besi pembuka tin. Ni kes terlepas masuk ke dapur lah ni. Mama lupa kunci pintu dapur sebab tengah leka keluarkan kucing. T_T
gaya gangster. hahaa


dari beratus-ratus remote control, ni yang tinggal. ni pun mama try nak pasang balik sebab Daniel mengamuk tantrum tampar2 muka sebab takde remote. Padahal dia yang pecahkan. Buat-buat lupa. T_T. Budak autisme kalau dia buat sesuatu, pastu dia tak ingat and mengamuk. Apa kehee lah deme ni. 

Seriously kitorang hidup dalam rumah ni macam hidup dalam embassy. ekkeke. Sana sini kunci , locked sana sini sebab takut dia buat nakal yang bahayakan dia. Banyak nya lah idea dia nak buat macam-macam. Dapur kunci, library belakang kunci, section atas kunci...banyak tempat berkunci. T_T. macam embassy building kan ? Kemain security ketat. Kalah artist.T_T

Banyak tempat kat rumah ada lock macam ni. Nak naik atas, kena buka then lock balik. Nak pergi dapur, bukak pintu and lepas tu keluar lock balik. Library office belakang pun sama. Sebab Daniel banyak idea sangat nak buat nakal. Pintu depan rumah pun sama sebab takut Daniel lari.  Sana sini nak kena lalu pintu puaka berkunci. ekekke. Rasa jenuh jugak tapi selamat untuk Daniel and kita semua la. Tak boleh leka sesaat langsung. T_T. Daniel sepantas kilat. T_T. 

Sepatutnya kita kena ajar dia hidup dalam dunia kita tapi last2 kami satu keluarga pulak kena hidup gaya budak autistic. ekeke.


tetiba dalam rumah ada pintu pagar lagi. ekekke. Pagar ni buat in case kalau tetamu datang and selalu Daniel akan ganggu n baling gelas semua.. So dia akan stay dalam section belah sana.T_T. 

Daniel ni cepat terpengaruh dengan TV. Selalu mama duk pasang cerita interior design kat astro, dia pun terpengaruh. Terus rasa try nak buat...nah tengok video ni...ekeke.Kemain feeling interior designer sangat ...T_T...mihmih. Habis dia kopek meja tu. ekekke. Ma geleng kepala je tak tahu buat apa. 


Pastu tak semena-mena mengamuk macam ni. Tapi dalam video ni minor la....selalu dia amuk lagi teruk tampar2 muka... T_T . Bayangkan hari2 dia macam ni. Dia pulak dah besar, suara memang besar lah bila amuk. Meremang bulu roma. ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ni symbol bulu roma kita meremang terbang-terbang ekekkee. ~ ~ ~ ~ ~.

Daniel ni hyperactive, tantrum and autistic. Gabung 3 sekali , tu yang dasyat sikit. Ada orang, anak autisme tapi slow, so macam lebih mudah nak handle and tak membahayakan sangat.

ni main tab kejap2 je pastu dia mula nak kopek and rosakkan. T_T. Selalu dia buat apa, memang kena perhati je. Takleh tinggal langsung. Bodyguard keliling.. ekekke. Kalau minum ke makan ke, dia akan amik makanan tu baling2 je kat ceiling. Habis dinding n ceiling bertanda2. Nangis jugak la ma saya sebab dia jenis suka rumah kemas and proper. T_T. Buat lah nakal macam mana, semua orang sayang dia gak sebab dia special  kid. hehe

Selalu tiap hari routine dia sama je. Tengok tv, makan, main tab, pusing-pusing satu rumah . Bila penat baring jap dalam bilik aircond dia yang pasang 24 jam tu. Pastu peluh dah kering dia bangun legar-legar balik pusing satu rumah. Tak lama lagi nak masuk sekolah balik. Banyak lagi video dia, nanti saya share jugak. Saya tengok carian kanak-kanak autisme ni banyak gak. T_T. dah takdir Allah kan. Tapi sejak ada Daniel ni, family kita jadi rapat and duduk sekali. Dulu tak duk sekali pun. Masing2 buat hal masing2. Dia lah yang buat kita marah geram, dia jugak lah yang buat kami ketawa.

Doakan adik saya ok. Mana tahu esok lusa dia sembuh. :')

selalu sebut papa go to work coming home sebab rindu kat papa dia.

Dulu saya pernah tulis pasal adik saya jugak.Untuk sesiapa yg ada anak kecik. nah tanda-tanda kanak-kanak autirme. Kalau kesan awal, insyAllah boleh buat rawatan awal. Tanda-tanda Kanak-kanak Autisme

Toodlesss ! :) Everybody loves Daniel!

Terus Tanya Isham !!

$
0
0
Assalamualaikum..well hello ....(takde smiley sebab ni kisah sedih.sobs)

BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...

Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~ 


(saya terbaca cik epal share kat facebook dia. credit to her)


Seriously, lepas baca ni kita apa lagi, terus tanya Isham. haha. Eh takyah haha sangat, serious risau. Isham , kalau mira dah beranak gemuk banyak tayar layer layer macam duta tayar Michelin tu Isham sayang mira tak ??* panjang sangat soalan kita kan.ekekke. Saja tanya walaupun memang dah tahu pun jawapan sebab dah tanya banyak kali sepanjang 7 tahun ni. Jawapan , mestilah sayang tapi jangan gemuk sangat nanti sakit. Pastu kita pun cakap *eh isham mok , Mira pun nak mok gak. hahah. Sekarang mungkin lah boleh hahahahah sangat sebab badan tak naik and maintain tapi kalau lepas beranak ? Punggung jatuh, perut layer, banyak berubah. Orang kata kalau beranak satu ok lagi..kalau ramai-ramai anak?

Satu lah yang saya sedih sangat baca ni...bukan nak back up perempuan tapi laki tu hanya fikir nafsu semata. Dia tak nampak pengorbanan isteri dia langsung. Dia tak fikir panjang jugak. Sekarang mungkin laki tu sihat, segak tapi esok tua kalau dia sakit...siapa yang akan setia jaga dia, tukar pampers dia masa nyanyuk ke? Mesti lah isteri dia yang korban segala untuk dia tu kan ? Tapi diorang dah bercerai,so good luck untuk masa akan datang kalau gf dia nak jaga dia. Kuku gf dia tu kan cantik sangat kan .T_T tapi perempuan memang kena jaga kecantikan untuk kepuasan diri sendiri. Laki kalau nak isteri cantik, hulur2 duit tu untuk isteri beli ubat2, buat facial semua. Jangan nak tengok sekelip mata je. T_T . Saya tahu tak semua lelaki macam tu, ada je yang terima seadanya. sebab dia hargai perngorbanan isteri. 

tapi tapi tapi kan kalau perempuan dapat suami mok mok, kami boleh pulak rasa suami tu comel and imagine suami mok mok tu macam beruang atau panda sebab sayang sangat.  Bentuk macam mana pun takpe asal jangan tiga segi, itu illuminati .ok tak kelakar. tapi lelaki takleh imagine gadis mok mok macam beruang ke ? T_T kan comel tu. T_T . 

Rozita Che Wan Pun Boleh Kalah !

Toodles.. :((((

Resepi Kek Coklat Moist

$
0
0
Assalamualaikum...hey hello..


Dah lama dah teringin nak makan chocolate moist cake ni. Nampak kat Petronas hari tu ada jual pastu terlupa beli lepas tu bila datang lagi sekali takde. So sedih pastu dah lah *baik buat sendiri. ekekke. Sebab buat sendiri boleh dapat banyak semua orang boleh makan sama-sama. *semangat kekeluargaan sangat. hihi. Nak buat pun senang je, sambil boleh menari-nari. ekekke. Berlagak kemain. Nah try lah buat. Serious sedap. T_T . Cubalah kome...

So mari hari ni belajar buat ....nak buat senang je. ...*saya jenis nak share recipe yang senang je. hihihi. Yang susah 100 tahun sekali baru share kat sini. ekekke

Mula-mula kita buat kek dia dulu, ni bahan-bahan untuk buat .Pergi kedai, sila beli 11 bahan ni tau ! kena 11 bahan tau , kalau tak tak jadi. kihkih 

1) tepung gandum
2)  cawan gula perang
3) Serbuk koko (brand Van Hauton)
4) Susu pekat manis
5) Susu full cream (Dutch lady)
6) Soda bikarbonat
7) Baking powder
8) Minyak masak
9) Butter
10) 3 biji telur
11) Essence vanilla

Mula-mula buat cake dia dulu...Ok imagine macam buat eksperimen kimia dalam lab ok...mihmih.

Ini campuran X
1) 1 cawan gula perang
2) 1 cawan susu full cream
3) 1/2 cawan susu pekat manis
4) 1 cawan minyak masak
5) 1 cawan serbuk koko

Masukkan semua lima bahan tu dalam periuk tu , masak dalam api yang kecik and kacau sampai sebati ok.

Campuran Y
1) 1 1/4 cawan tepung
2) 1 TSP soda bikarbonat
3) 1 TSP serbuk penaik

Campur 3 bahan tu masuk dalam bekas macam tu and ayak kan untuk asingkan ketul2. Baru lah cake smooth je nanti. Kadang2 tepung macam ada ketul2 tu kan, so bila ayak jadi halus lah. mihmih. Mu pehe dop ni ? 

Campuran Z
1) 3 biji telur
2) 1 TSP essence vanilla

PEcahkan 3 telur tu and kacau hingga sebati dengan 1 TSP esen vanilla tu. 

Ok dah siap bahan eksperimen X, Y and Z tu, hasil macam bawah ni...

Ok pastu dah senang dah...

Z tu masukkan dalam X . Kacau sampai sebati sampai betul2 sebati.

Then Y tu masukkan dalam campuran X+Z tadi tu. Gaul sampai sebati. Make sure takde ketulan2 tepung. So bila dah siap sebati tu dah boleh kukus. Kukus dalam masa 1 jam 20 minit.

Pastu untuk buat dia punya topping tu untuk salut cake tadi tu guna 3 bahan ni..

1) 1 sudu butter
2) 1 cawan serbuk koko /satu bar chocolate tu. Saya pakai 1 bar chocolate sebab sebuk koko tadi tak cukup. kehkeh
3) 1/2 cawan susu pekat manis

masak semua bahan tu sampai sebati. Then salut atas kek yang dah siap tadi tu...macam gini....hiihihihihi

Taddaaaa ! Serious sedap. Ikut je resipi kek coklat moist ni pastu siap sedia untuk nomnomnomnom...hihi.

Pastu last sekali ratah balance chocolate....mihmih...makan dengan roti.


Selamat mencuba..! Toodless ! :D


Birthday Mama. hihihi

$
0
0
Assalamaulaikum well helloo... :)

sorry sepatutnya publish semalam tapi tak sempat sebab tertidur penat. hihi.


Haha, mama kemain hari  ni hari jadi dia tapi election day jugak kan. Takde alasan oh, tetap nak pergi mengundi. Sanggup pergi Subang Jaya nak mengundi kat SK Seafield 3. Ni kes lupa lah yang ni tempat mengundi boleh tukar kat pejabat pos tapi masa tahu boleh tukar tu, dah terlambat pun, dah takleh tukar. So dengan semangat waja gigih dari Seremban pergi bertolak ke Subang Jaya pagi. Oh i miss Subang Jaya sangat. T-T .Haha, lagi satu tak boleh blah...mama tengok suratkhabar and ada gambar PM Najib...

ma: Eh Najib ni putih betullah. ni mesti makan aurawahite glutathione ke apa. T_T 

Weheee,. Hari ni harijadi mama..yang keeeee jeng jeng 44 tahun. Muda lagi mama saya ni. Kalau pergi mana orang ingat kakak je T_T.  Esok dah ada cucu orang akan ingat cucu is anak dia kot agaknya. Yela muda lah untuk orang yang beranak 7 ni and anak sulung is 28 tahun. Pandai papa kita, mak kita dari umur 14 tahun dia dah sambar. Kemain masuk meminang lepas tu pilih mak saya.Sebab muka macam mat saleh. Amboi taste kemain. 


siapa dapat teka kita yang mana, dia terror.

So, mama selalu lah cerita dalam hidup dia ni takde fun sangat sebab kahwin umur 14 tahun pastu dah beranak banyak. Papa pulak jenis character yang tak sweet sangat. Idok ler romantic and pamper mama macam baby girl ekekek. Diorang beza 10 tahun la. So mama 14 tahun, papa is 24 tahun lah. Tapi character papa saya memang macam tu even dengan kitorang pun memang takde la nak kata kiss kiss peluk2 sangat T_T. Strict sikit. Dah besar-besar ni baru lah kita semua adik beradik rapat and kita boleh gurau2 among us.

So on her 44th birthday ni kasi special sikit lah.Buat makan-makan jemput adik beradik dia and mak dia makan sekali kat sini. So far tengok kegembiraan dia is adik beradik dia and family dia lah. Tiap hari duk bergayut telefon tu dengan nenek, dengan adik beradik dia.Sampai terlelap-lelap lah tapi handphone kat telinga lagi ekekekek. handphone siap guna plan Digi Easy tu. Free lah 24 jam. hehe

So untuk happy kan mama, so my kakak pun masak lah banyak2 her fav food..tadaaa...
Lasagna, mashed potato, stew, carbonara, coleslaw , cheesecake, caramel pudding etc...pheww. Tak termakan. T_T. Ni semua fav ma lah ni. 


kena paksa buat peace. sorry lah tudung tu...haha. tudung buat sendiri. curlasss. haha


bambam sms je . makan taknak. dia tak suka makan western sangat.T_T


budak2 semua main game je.mentang2 wifi laju. ingat game je. tak best lah. kalau main congkak lagi best. T_T. lain nya budak sekarang and dulu. T_T

Sejak pasang wifi kat rumah laju gila ni lagilah ma happy. Seronok dia senang nak google apa apa. 
hiburan baru ma lah. nak tengok interior design senang, nak tengok cerita drama ke apa kat tonton.my tu semua senang. Yang tak boleh blah ma google ni......

Rita Rudaini dulu gelap sekarang putih. 

Aishwarya Rai latest. 

T_T ekekekek. lawak pulak rasa.

yela, kitorang dalam rumah ni kan tak boleh tengok tv pun. Daniel conquer setiap hari. kalau kita ganggu tv dia, dia akan tukar balik channel dia and rosakkan remote .Pandai . T_T . tapi dah ada wifi ni best lah semua orang boleh menghiburkan diri masing2. mihmih

Kitorang plan suruh pa buat surprise untuk ma. Hadiah tu pa lah yang bagi kat ma. tapi dia taknak. malu tetiba. cehhh. T_T. Ego tauuuuuuu. 


Toodles :)

My Everyday Look

$
0
0
Assalamualaikum...well hello :)

Ceeeehhhhh "my everyday makeup". Aww sangat. haha. Hari ni nak cakap pasal makeup pulak lah. Saya selalu tak suka makeup tebal2 sangat sebab rasa jenuh. Kalau muka berminyak, tak best makeup tebal...nanti jadi orang minyak .ekeke. Dah tu 5 kali sehari pulak tu nak kena cuci makeup. Unless boleh tahan jaga wudu'. Tak boleh tentut.hihih. Selalu kalau keluar, memang saya akan makeup macam ni sebab nak avoid UV satu hal,nak nampak berseri sikit satu hal. hihih. Mace mace.

Basically, saya hanya ada foundation nipis, mascara, eyeliner, and lipbalm.T_T. Sedih kan. mihmih. Takpe sedih tapi tak bebankan diri sendiri untuk cuci ...banyak cotton nak pakai kalau makeup tebal. bazir. amalan syaitooonnn. eh takde kena mengena . sorry.Nah ni sedikit bahan makeup yang saya ada..

1) Mula-mula kita cuci muka bersih-bersih pastu pakai toner. Lepas tu baru boleh start makeup.

2) Lepas tu sapu foundation.Untuk foundation and as UV protection kita guna ni je..
muka angkuh sebab foundation ni best gila. hihi

3)Pastu kita tepek2 bedak compact powder sikit je. Kita guna brand Shiseido compact powder.

3)Pastu kita lukis eyeliner nak bagi mata tak nampak sepet kuyu sangat. mihmih. Mata kita kuyu sikit pastu kekadang nampak sepet. T_T .Eyeliner saya pakai brand Estee Lauder.

4) Pastu saya kepit bulu mata untuk lentikkan. Saya jenis bulu mata panjang gila tapi lurus . Nampak macam bulu mata gajah Sesame Street tu. sobs. tapi nasib baik mascara hebat tolong lentikkan berjam jam.

5) Dah kepit bulumata...terus pakai mascara. Mascara brand Estee Lauder.
Mascara ni superb. Selalu kalau beli mascara kan dia macam ketul2 tu pastu bulu mata kita jadi lekat2. Dari ada bulu mata 20 helai...tetiba melekat jadi 5 helai. ekekek. ok tak kelakar. T_T

6) Pastu sapu pemerah pipi bagi macam manis manis gitu.  Muka ni nak nampak ada warna warni sikit je untuk nampak berseri. T_T. 

7) Pastu pakai lipbalm yang ada warna pink sikit. Paling suka lipbalm Clinique ni sebab dia lembapkan bibir. Nampak lembut je lips .
haha. gambar kanan tertutup mata pulak. sorry.al maklum tangkap gambar sendiri self timer pastu bila dah saat ketiga tak sempat. haha. terima jela seadanya. Takde sape sudi tolong tangkapkan gambar. Eee lagipun malu posing depan orang. baik self timer. walaupun rasa bangang bila belek gambar sendiri angle sama dalam album handphone. ekekkeke. http://my.bestbuy-world.com/index.php?main_page=product_info&cPath=140_169_281&products_id=19431

Saya pakai lip smotthie jugak untuk kilatkan bibir. tapi lip smoothie saya ada vitamin C, untuk kesihatan bibir jugak. hewhew. Hati2 kalau pakai lipstick..takut ada mercuri. Ni lip smotthie saya..

8) Pastu spray perfume kasi wangi. hihih

Ok tu je yang saya selalu pakai kalau keluar . The simplest sebab senang cuci and pakai balik. Gitewwww. Saya ni jenis susah sikit nak beli barang makeup sebab pencuci muka semua dah banyak kali beli yang set besar tapi at last tak sesuai. tak sampai suku pun guna. Bazir. Sebab tu saya suka beli barang-barang cosmetic kat Best Buy world. Saya pernah mentionbefore ni kan my fav shopping place. Sebab dia jual benda yang kecik-kecik . Tak la rasa bazir . Semua my cosmetics semua beli dari sana. Try and error. Bila dah sesuai boleh lah beli yang full set terus. Bijak tak kita. *angkat kening sikit.

ni jelah yang namee bawak ke sana sini. 

even perfume pun beli kat Best Buy World sebab nak tahu bau dia macam mana after few hours and tahan berapa lama. Kalau serasi, baru beli botol besar. Tapi saya jenis suka tukar2 mood. T_T. So habis botol kecik, beli yang kecik yang lain jenis. hiihih. 

Pastu semalam sajalah nak cuci mata lagi kat BBW, terus nampak ARE YOU A BLOGGER ?! homaihh, saya ada blog la, kira blogger lah kan ?.Vah vah..Seronok gak jadi blogger. Menjadi keutamaan sekarang ni. hiih. Korang yang blogger ni dapat jugak kalau pergi sana.Korang kalau nak tahu kena pergi baca sendiri lah kalau nak untung banyak. Tak keluarkan duit pastu dapat something free siapa taknak. T_T.


Toodles ! :)


Viewing all 590 articles
Browse latest View live