Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Puteri Lilin Approved !

$
0
0
Hi !

Selalu perempuan la camni. Takut dengan matahari sebab kulit kita rosak kan. beheee

During pregnancy memang banyak jugak la benda berubah.Tetiba skin macam kering,siap nampak line2 padahal before pregnant takde pun. T_T .sobs. Sebab hormon orang kata tapi baca experience orang lain yang pernah pregnant pun sama gak,mesti kulit macam ada yang kering ada yang tetiba allergic. T_T . But depends on orang lah tapi saya punya kes kulit jadi kering even pakai lotion. Dari pregnant haritu sampai dah bersalin ni lah kulit kering nya. Susah nak cari lotion yang okay. Kalau kena matahari lagilah,kering sangat.

Salah satu brand lotion yang saya baru cuba and okay dengan saya is brand ENCHANTEUR Paris. Semua produk baru memang saya nak cuba, bahaa. Kalau tak cuba mana nak tahu berkesan. T_T . Sedih aaa tengok kulit kering macam biawak tenggiling ni. hahaaa. 

Lotion baru ENCHANTEUR Paris ni  ada 4 jenis...semua jenis saya cuba.Nah ni saya share dengan korang. Sesiapa yang nak kulit badan cantik haluih muluihh nampak glowing and lagi satu wangi....sila lah cuba.  Ni review dari saya sendiri aaaa. Dah lama tak review produk sebab takde time..korang suka la kalau produk2 baru ni kannn. Baby Adam tengah tidur sebab tu saya buat satu entry review produk.Baru la entry maciam maciammm. mehehe. 

Tamak haloba,semua mahu cuba. hehe. Semua wangi sangat. 4 jenis ,tiap jenis ada fungsi and keistimewaan masing2.

1) NEW ENCHANTEUR Paris All-in-One Whitening Body Serum with SPF24++ - one body serum, multiple benefits .
Wee yang ni memang most fav sebab all in one whitening with SPF 24++ , body serum. Act sebagai lotion and serum gak. Kalau nak fungsi SPF and moisturizing dalam satu botol, yang ni paling sesuai.  Texture dia cepat serap. Selalu bila apply lotion,pastu bila nak cuci tangan ke, berpeluh ke nak amik wuduk ke kan selalu rasa macam lotion macam melekit sebab banyak lotion jenis yang tak cepat meresap. Tapi kalau NEW ENCHANTEUR Paris All-in-One Whitening Body Serum with SPF24++ ni , tak melekit langsung. Paling best, serum ni bagi kelembapan 24 jam !

Skang saya kan ada baby,so jap2 nak kena cuci tangah.. sebab hygiene , mehehe. Tengok ni..
Gambar 1 dah pakai serum, gambar 2 cuci tangan selepas apply serum.Tak melekit atau cair pun serum tu sebab jenis mudah resap. Selepas cuci tangan, kulit masih lembut kesan serum ni memang serap dalam kulit.

So kalau apply kat body pun okay je sebab kalau berpeluh tak la rasa macam tak selesa sebab melekit ke apa. Fungsi best lagi, serum ENCHANTEUR Paris  ni memang sangat berkesan untuk elakkan sunburn sebab ada SPF24++..Lepas ni takyah takut nak jalan bawah matahari lagi okay. Confirm kulit takkan burn punya! One of a reason kenapa saya suka serum ni, sebab 24 jam kelembapan! Kiranya kalau apply serum ni pagi,kulit akan maintain lembap sampai the end of the day.Sesuai untuk body care untuk lembapkan kulit badan juga! Kandungan Hyaluronic Hydration yang selalu ada dalam skincare, ada dalam serum ENCHANTEUR Paris ni! Fungsi khas untuk kelembapan kulit.

2) ENCHANTEUR Paris Firm & Repair Body Lotion- helps improve skin elasticity and repair damaged skin overnight
Makin berusia,kulit jadi kedut.Bukan kedut sebab kering biasa tu tapi kedut sebab collagen makin kurang so skin elasticity makin kurang.Kedut penuaan la ni...tapi seriously ada je yang masih muda tapi skin kendur macam orang tua.Tahu nape ? Satu sebab biar kulit kering kontang lama sangat, selalu kes camni yang jenis malas minum air. T_T

Lotion ENCHANTEUR Paris jenis ni nama dia Firm & Repair ! Banyak micro-collagen. Seeloknya apply malam sebelum nak tidur okehh sebab time malam memang kulit manusia active untuk repair and bantu anjalkan kulit. Kalau malas makan collagen untuk kulit,boleh apply lotion ENCHANTEUR Paris  ni je. Sebab kandungan collagen memang sangat tinggi. 

 3) ENCHANTEUR Paris Triple Whitening Body Lotion - 3 ingredients working concurrently to perform 3 whitening action and even out skin tone
Korang ada masalah camni tak...masalah macam contoh badan putih pastu kaki gelap ??Atau pun kaki putih tapi lutut gelap?? Padahal dari kecik korang tak pernah jatuh basikal atau berparut pun kat lutut tu tapi lutut tetap gelap. Kan ??mehee . Sesiapa yang ada masalah camtu,yang jenis ENCHANTEUR Paris  pink ni sesuai la sebab kuasa whitening dia 3 kali ganda!Sapu kat lutut,siku and parts yang macam gelap2 tu. 

Tengok ingredients la,3 main ingredients dia Sakura Concentrate , Licorice Concentrate, and Vitamin B3...semua yang memang fokus untuk pemutihan and avoid pigmentation.  Kalau korang aim untuk putih melepak2 tu yang ni sesuai.

ENCHANTEUR Paris  botol pink pun fav saya. Sampai tumbuh bunga pink la tepi telinga tu.ekekek .

 4) ENCHANTEUR Paris Light & Fresh Body Lotion- a whitening lotion complete with UV protection and uplifting fragrance
Antara 4 lotion ENCHANTEUR Paris , yang botol kuning ni paling light sekali. Fungsi dia macam sunblock tapi texture nipis .Let say kalau korang jenis yang selalu buat activity outdoor macam cycling ke, jogging ke tengah2 panas tu....lotion ni lah paling sesuai.Saya standby satu botol gak,mehee sebab nanti lepas habis pantang ni nak banyak buat outdoor sports..nak kurus and fit kan body balik. 

Yela peluh2 jogging tu ,elok apply lotion yang paling light so tak la rasa sticky and tak selesa. Sila cuba.Saya menyapu rumah peluh2 pun pakai lotion ni sebab tak melekit. Best ! 5 bintang over 5 !


So far,kalau nak conclude...semua jenis lotion keluaran ENCHANTEUR Paris  ni memang aim dia untuk protect skin dari UV, senang absorb, and WANGI ! Tapi each of it ada focus sendiri la..kalau nak whitening, beli yang whitening. kalau nak firm kan skin beli yang fungsi firm and repair.Ikut kesesuaian lah ! and etc.

Semua best and wangi ! kalau nak cuba boleh dapatkan di pharmacy and supermarket. Senang nak cari ! Sekian review dari saya.mehehe. Kalau nak cun macam Nelydia Senrose duta ENCHANTEUR Paris , sila lah cuba ! hehee ! Tapi so far saya guna time pantang ni okay...kulit tak kering and wangi ! Kalau nak keluar jalan tengah panas pun dah tak menggelupur pakai pakai payung dah....hahaa.Sebab ENCHANTEUR Paris  ni tolong  protect kan skin kita. So puteri lilin yang takut sangat kena matahari tu tak payah takut dah dengan matahari ok.hehehe

Oh lagi satu berita best !..Saya akan buat contest.Contest paling senang di dunia.Nanti saya umum kat facebook! Hadiah nyaENCHANTEUR Paris la. Tunggu okay :D

                               Get ready !hehe               

Toodles !!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590