Hi T_T
Kesian, nak tinggalkan comment tapi hide account.Tak berani tunjuk diri. Mungkin diri terlampau sempurna , segan nak tunjuk. *rolling eyes* Sorok disebalik skrin computer aje. Baling batu sorok tangan. Kalau rasa berani, tunjuk lah diri. Cantik sempurna sangat ke nk gelar orang beast beast ni? mihmih.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
comment dia nampak tenang tapi saya tak suka dia gelar suami saya beast. kuang ajar.
Kesian, nak tinggalkan comment tapi hide account.Tak berani tunjuk diri. Mungkin diri terlampau sempurna , segan nak tunjuk. *rolling eyes* Sorok disebalik skrin computer aje. Baling batu sorok tangan. Kalau rasa berani, tunjuk lah diri. Cantik sempurna sangat ke nk gelar orang beast beast ni? mihmih.
Entah bila masa entah suami saya hartawan. Sian sebab tak baca blog orang,tak kenal penulis blog ni siapa terus je tinggal comment entah apa2. Kesian.Mungkin juga tak reti membaca. Suami orang juruterbang @ flying instructor makan gaji macam orang lain,dia kata hartawan.. Mungkin buku ABC dulu tersalah sylibus atau buku ABC mukasurat ada yang tercabut so ilmu membaca tak sempurna. ekekeke. eh ke xtahu scroll entry lama dalam blog ni ??? Nak saya buat tutorial ke ??? TUTORIAL MACAM MANA NAK BACA ENTRY LAMA. giteww.
Masa baca comment ni x la rasa marah pun cuma rasa kesian. mihmih. Comment macam tu banyak dah dapat sebenarnya. Kesian sebab tak boleh fikir common sense and tak faham proses kitaran manusia. Pepatah paling famous "cantik itu tidak kekal". So siapa kata husband saya masa muda dulu tak handsome ? Yang korang tengok sekarang, zaman dia 20an tak pernah tengok pun kan. Mungkin skang saya nampak menyerlah, 10 years akan datang mesti saya pun akan capai peringkat kedut2 . Sian sebab xpaham istilah kecantikan manusia tak kekal. Oh tak pernah tahu plak manusia boleh maintain muda sampai tua.
Kesian. Ni mesti banyak terpengaruh dengan drama tv. Pasangan jauh umur je, watak lelaki mesti kaya gila. Kalau suami hartawan, tak payah kerja kot duit laki berkepuk2..Apalagi sambung study sampai master dan atur future. Buang masa, baik pergi shopping habiskan duit suami. Beli handbag Hermes ke Balenciaga ke ,Chanel harga 20k tu. Tukang tinggal comment ni mesti banyak masa dihabiskan nonton drama. takde life. kesian. Saya pergi kelas pakai bag recycle percuma dari Petronas tertera tulisan 'save the earth' ...bawak gi kelas isi lecture notes...elok je. takde plak beg kelas jenama MiuMiu ke apa.
Kat rumah ada cermin, tiap hari tengok cermin dari dulu. Tak rasa diri ni cun sampai boleh demand pasangan macam tu macam ni pun. Memang sifat azali, jenis sedar diri. Lebih banyak nampak kekurangan diri dari kelebihan yang mungkin ada. Sebab tu sedar diri. Syukur dapat partner yang jenis penyayang. Jenis yang faham pasangan macam faham component kapal terbang. Isteri sembelit, buka google and cari solution "oh Yakult elok" terus pergi beli dan make sure dalam peti ais ada Yakult tiap hari. Oh isteri cramp kaki...google "oh cuba, minum 100plus " , Isteri penat study, kerja, kemas rumah, ..terus pergi Tesco beli udang nak masakkan isteri sambal tumis udang kegemaran isteri.
See macam mana tak boleh jatuh cinta dengan orang yang paham partner dia macam paham satu body kapal terbang ni ?
Kan ? So far saya gembira hidup sederhana and i love my Isham through thick and thin.
Mungkin kat rumah, awak takde cermin...nah saya hadiahkan satu...
Silakan tatap wajah sendiri. Kalau tak tahu kisah orang, susah senang orang ,jangan nak pandai cakap eh.
p/s : Manusia memang macam2 , kalau tengok laki tu handsome putih tapi isteri tak lawa sangat...kata pompuan tu pakai ilmu penunduk pulak kan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bifa's Charity Bazaar !! Mari beramai2 join jualan amal ni ! 10% dari pada jualan akan disumbangkan pada tabung amal .So mari membeli sambil beramal ! hehe.Nanti akan ada macam2 aktiviti seperti facial and foot spa, ada banyak jualan baju , ada orang yang boleh lukis kartun image kita , ada dessert sedap ...nyum2 boleh makan ! hehe. Macam2 lagi la. Saya pun insyaAllah akan join.Jumpa di sana okay ! :D