Hi
Hai, rasa terpanggil untuk update pasal kanser pembunuh senyap. Biasa kan dengar antara circle keluarga, kenalan kita menjadi mangsa kanser tak kira usia dan jantina. Sel kanser ni senyap2 je dia attack dan develop tanpa tuan badan tahu dan TANPA warning. Sebab tu lah kempen 'medical checkup' setiap tahun dah mula active so that kita boleh detect masalah kesihatan dengan lebih awal. (I sendiri pun dah mula medical checkup secara konsisten aduhai). Yang tak bernasib baik, bila dah capai stage 4, baru dapat tahu yang diri ada kanser. Boleh imagine tak betapa down nya diri dan hilang semangat dalam pada masa yang sakit, perlu decide rawatan / option apa yang ada untuk proceed.
Since its already November dan bulan November adalah bulan Lung Cancer Awareness Month, Lung Cancer & Me 2019 by Roche Malaysia berkempen kan awareness tentang rawatan 'immunotherapy' (#newhope) untuk pesakit kanser terutamanya pesakit lung cancer since lung cancer adalah kanser kedua tertinggi menyebabkan kematian in a range of 4,088 deaths per year.
Lung cancer (kematian kanser kedua tertinggi di Malaysia)
Rasanya kita semua dah maklum dan selalu dengar penyakit kanser ni tapi tak ramai yang aware apa itu kanser sebenarnya. Mari I explain secara simple apa itu 'kanser'.
- Basically, kanser adalah satu sel yang develop secara tidak normal dalam setiap badan manusia. Kelompok sel yang tidak normal dipanggil tumor.
- Tumor ini pulak akan mengambil khasiat dari badan kita. Sel- sel kanser ini akan terus develop dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
- Setiap orang ada sel kanser dalam badan cuma nya sel kanser ni tidak dapat dilihat melalui ujian/pemeriksaan piawai sehingga sel2 kanser ni dah berganda ke beberapa juta sel. Then only boleh detect dan nampak.
- Sel kanser tiada bentuk khas, since sel ni wujud dalam pelbagai size dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam . Sel kanser ni boleh dilihat melalui mikroskop.
Bila dah menghidap kanser, step seterusnya adalah mula consult rawatan yang ada untuk kurangkan atau singkirkan sel kanser yang makin merebak. Selama I hidup ni yang I selalu dengar, rawatan paling mainkan peranan dalam melawan kanser adalah rawatan 'kemoterapi' di kalangan penyakit kanser ni. Kemoterapi direka dan digunakan selama berabad untuk membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan sel sel kanser ni.
Immunotherapy
Tahu tak sekarang kita dah ada banyak pilihan dalam merawat/melawan kanser? Salah satunya adalah Immunotherapy.
Since dah masuk bulan November, Lung Cancer Awareness month, Roche Malaysia telah mengadakan workshop untuk raise awareness on the new option of rawatan merawat kanser. Salah satu rawatan yang membantu melawan/merawat lung cancer too of course.
Korang pernah dengar tak rawatan IMMUNOTHERAPY?
Immunotherapy adalah salah satu initiative dalam merawat kanser. Kaedah Immunotherapy juga dikenali sebagai immuno-oncology dan merupakan bentuk rawatan yang membantu sistem pertahanan diri (sistem immunisasi) untuk menyerang dan memusnahkan sel kanser.
Kalau dalam penerangangan yang lebih mudah untuk korang faham... Kaedah IMMUNOTHERAPY, basically membantu immune sistem dalam badan kita untuk fight sel kanser yang sepatutnya. Immunotherapy membolehkan sistem immune untuk mengenali dan pilih sel kanser yang mana perlu sepatutnya dihapuskan . Dalam erti lain, kaedah Immunotherapy ni lebih positive since dia tak hapuskan kesemua sel yang ada. Refer gambarajah kat bawah ni kalau masih tak faham…
Sebab lung cancer catat kematian kanser kedua tertinggi lah, Roche Malaysia berkempen awareness supaya lebih ramai pesakit, orang awam yang tahu dan faham tentang rawatan Immunotherapy.
Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC) adalah kategori yang paling kerap didiagnosis daripada kanser, menyumbang 85% daripada semua kes kanser paru-paru. Salah satu faktor kes lung cancer semakin meningkat since rata2 orang tend to ignore je symptom2 atau rasa sakit sampai lah sel kanser tu dah merebak. Faktor kedua pulak sebab Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC) ni takde banyak option rawatan. So now kita da ada pilihan rawatan Immunotherapy yang boleh cegah / rawat Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC).
Jadi kenapa Immunotherapy?
- It enhance immune system dalam badan kita untuk melawan sel kanser .
- Rawatan Immunotherapy boleh merawat different kind on cancers dan boleh digunakan bersama dengan rawatan yang lain seperti surgery, chemotherapy, radiation, or targeted therapies to improve their effectiveness.
- Penggunanaan rawatan Immunotherapy memberi jangka hayat yang lebih lama kepada pesakit kanser
#LCAM #LCAndMe #TacklingLungCancer #KnowYourLungs #KnowYourOptions #ImmunotherapyNewHope #LungCancerAwarenessMonth