Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Tips Rambut Gugur. Produk Yang Namee Guna Sekarang.

$
0
0
Hi

Sorry. Sis memang siput sedut expired. I rasa dah bertahun ramai orang tanya pasal latest produk yang i guna untuk rambut gugur. Dalam ask me a question kat ig pun tanya benda sama hahaa. Alhamdulillah ya Allah ku panjatkan syukur, i dah jumpa produk yang memang i dah ummmphhhh tetiba teringin teh panas Eh !  rambut i tak gugur banyak lagi. Pernah one time rambut i gugur teruk sampai botak sampaiii ( berapa kali guna perkataan sampaii ) nak photoshoot pun bila set rambut nak kena touch up guna eyeshadow pallete warna coklat dan hitam kat area botak tu . How bad. 




So ini lah dia produk2 rambut yang i guna and rambut sangat kurang gugur.

Some tips untuk rambut gugur ...

1) Sikat rambut sebelum mandi. Sebab masa rambut kering, rambut kuat lagi kat atas kulit kepala. Jadi sikat dan rapikan rambut sebelum mandi. So selepas mandi korang tak payah lah sikat rambut lagi. Biarkan kering sendiri je.

2) Pakai sikat yang berus dia jarang2, so takde la tercarik carik rambut korang yang kusut tu hewhew. 

ahh ni sedap. Lagi kalau orang sikatkan haha


3) Jangan sesekali apply conditioner atau minyak atau benda lembap kat kulit kepala sebab bila kulit kepala lembap....liang rongga rambut terbuka jadi lagi mudahla rambut tu tercabut dari lubang akar . 

3) Cuci guna air sejuk. Jangan guna air panas sebab air panas akan membuka pori rambut si gugur laaa nanti sob. Ingat tak air suhu biasa je tau !

Ok puas dah kita bebel. Now i dedahkan produk yang i guna sekarang dan rambut tak gugur. Sehari gugur pun dalam 10 helai kot. Kalau mandi , kat shower trap tu memang takdee sangat punn hewhew. Sis berlagak .

Konsepnya, kalau rambut berminyak..cari la produk yang keringkan. Kalau rambut jenis dry, cari la produk yang sederhena minyak. Yang penting tengok kulit kepala kita oily atau dry. tapi selalunya oily sebab tu gugur. 



Ni i main terjah je masuk Loccitane ni. Dulu noob sebut LOKITAN kahkah ya ampun. Pastu i cakap la rambut i gugur banyak, intro la produk apa yang sesuai. Then dia bagi i shampoo ni so bila cuba ..eh eh serasi pulak tapi memang rambut i kurang gila gugur guna shampoo atas ni. Dah 2 tahun lebih guna. 

Kulit kepala i jenis berminyak and kelemumur . So memang mandi cuci rambut setiap hari. 




Oooo ni power. Dari zaman remaja sampai skang tua kerepot selulit kedut  , conditioner ni paling2 berkesan sekali. I dah guna banyak jenis condiitoner dari pelbagai jenama...tapi yang ni paling berkesan. 


Cara guna conditioner..please please jangan sesekali apply kat atas kepala sebab nanti kulit kepala berminyak. Walaupun instruction kat botol tulis pakai kat kulit kepala kan, tapi jangan nanti skin kepala minyak. 



Cara apply conditioner yang betul...
Dari hujung i tanda tu je . Jangan terkena kulit kepala pun. 

Gituuu. Then bilas guna air paip biasa. bukan air panas.

Then lepas mandi balut kepala je dengan towel jangan gosok2  pulak. Sikat dengan jari je. Jangan pakai topi ke tudung ke serkup kepala ke time rambut basah. it will lead to kepala berminyak pastu gugur lagi sissss. 

Muahh tu je tips nya.

Toodles. Tapi rambut i memang tak gugur sangat. Sehari dalam 10 helai gitu je. muahh dah toodles nak sambung lagi biasa la manusia tak pernah puas haha.

muah

Toodles . ni betul2 toodles. heee janji tak sambung.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 590