Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

How I Met My Stepkids

$
0
0
Hi

Ramai yang nak tahu kisah ni kemain korang ciss. Ngape nyaa expect i nenek Bertha ke. 

Tak kelakar ya sebenarnya. I tahu status husband pun dari anak dia sebenarnya .   Asalnya i jadi mula berkawan berbual , berkomunikasi  dengan husband dulu bila dia luah perasaan pasal hidup. Tak boleh blah juga lah umur mid 30's nak minta pandangan budak 18 tahun whatisthis sangat.  Cakap minat satu pmpuan nama Ella tapi tak sure la si gadis nak ke tanak nak ke tanak kat dia lepakk mamak.  Keja gomen and model majalah pengantin sambilan katanya amboi. I tahu status pasal anak2 husband 2 bulan lepas kita kenal. Kebetulan dalam masa yang sama jugak, makcik2 i ada sebut and tanya...muka suami i macam duda jeeeee kot ada anak kot suami orang ke mana tau baik hang hati2. Danger danger.  Serious la i hanya lah budak pompuan hingus leleh 18 tahun yang taktahu nak tilik muka orang. Boyfren pun takde sebelum ni. ye ye kan jela apa je pun. hahaa




Masa family sebut, memang i ada tanya dia lah.."awak ada anak ke ?" Tapi dia jawab main2   herghh takut i chow chin chow ke . Dipendekkan cerita, kantoiii nya bila anak sulong dia sendiri text i cakap tu ayah dia . Masa dapat tahu tu memang turn off terus lah, status sebenar kisah silam dia ke apa memang i tak tahu. Umur dia pun i xtahu. Jadi hubungan awal banyak misteri saja. Masih contact pun sebab dia selalu luah perasaan pasal kerja jela time tu. Time mula kenal la kereta dia kena jual, hilang kerja, tiba2 i tahu pasal anak tiri. Tak tahu la nak kata best introduction ke tak nih. Liku2 awal perkenalan. 


Masa tahu dia ada anak tu, i personally takde rasa apa . Macam tak terkejut maybe macam dah agak dah sebab muka dia nampak je macam 37 tahun masa mula kenal , nak detect orang berumur ni tengok skin lah. Muka budak sebaya  kita ni skin baby baby lagi hihihhh. Bila tahu pasal anak tiri tuuuu ,rasa normal. Tak rasa nak jadi nenek sihir ke apa lagi , belum nak jadi nenek Bertha lagi walaupun kebaya nenek Bertha cantik2 semuanyaaa.



tatappp mata sayaa..


Sampaiiiiii lah kahwin. First time jumpa anak2 suami masa i mengandung kat Noah. First time jumpa ye, serious la masing2 awkward nya. Dia tengok i, i tengok dia bila mata terpandang cepat2 tengok tempat lain. Gitu . Masa awal2 perjumpaan , masih tak bual sangat. Nak tanya pun segan . Dua dua hala pun segan segan berselisih kat dapur pun tunduk je. Tak pernah discuss pun diorang patut panggil i apa. 


Yang sulong beza 5 tahun je dengan i, so nak panggil i mama maybe dia pun rasa whatzehel nya. I ok dia panggil kakak so yeah why not rasa muda sikit iols hehh. Kalau dia panggil i mak pun  i onz je and bila public tanya boleh lah feeling I Benjamin Button jap waw makin tua i makin bergetah acah anak dah besar nya pun. . Tapi now dah biasa dah, macam kawan2 je. Sebaya je, so boleh share la pasal perfume ke, baju ke , kasut ke diet ke jerawat ke skincare ke. Benda2 viral ni masing2 tahu la. Bapak dia xtahu la sebab generasi lain. Bapa  nya group Linkedin. hihhh









I banyak dapat soalan pasal stepkids cuma rasa tak nak jawab je sebelum ni gegege i acah private person. lulz


Setiap kes anak tiri mak tiri , beza beza. Ada yang dapat anak tiri kecik , ada yang dapat besar , ada yang anak tiri takleh terima bapak/mak diorang tak berbaik dengan mak/bapak diorang. In my case maybe jenis kes mudah. Anak husband okay and terima . I pegang dua benda je dalam hubungan between me and the stepkids...bab nafkah , hubungan diorang dengan ayah and adik2 tiri dia and the door is always open for them tak kisah bila2 nak datang. Nak datang baring tergolek ke silakan. Dua tu je i pentingkan. 

Then i just low down my expectation je. Just lengkapkan bab nafkah , hubungan diorang dengan ayah and adik2 tiri then lepas tu i tak fikir dah. Kalau diorang suka ke tak suka i, i okay boleh terima tapi so far tengok diorang okay. Tapi kalau i , memang boleh terima diorang dr awal  . Since my family pun bagi support and terima macam cucu sendiri. 


Expectation lah yang selalu buat kita kecewa dalam hidup. Jadi takyah la expect apa2 sonang. Sama juga dalam perihal lain. I pun memang dah latih diri untuk expect nothing. Perlu ada target tapi takyah expectation lebih2 sangat. Lagi kalau kita berbuat baik tapi orang tak hargai.Bila ada expectation , jadi kecewa, Pernah je one time issue, my husband suruh2  his kid to jaga Adam Noah. I macam errr okay ke, then husband suruh jugak. Tapi of course la diorang pun dua beradik je mana la biasa nak babysit budak kecik. Dah lama besar tak hidup dengan budak kecik tetiba kena main jaga anak2 i pulak.  Anak i pulak jenis merengek2. Ada la issue sikit sekali. Sekali tu je ah. Pastu bila diorang datang i mmg sound husband la jangan nak suruh2 bossy sangat . But i appreciate je effort abang2 dia especially Luqman (anak sulung husband) la yang nak melayan adik2 dia. 




Setakat ni i rasa kelakar jela. Rendah diri takde. Kalau orang pertikai or bawang2 , u jawab kelakar2 je. I pun experience je mulut2 orang..pertikai . Tapi i jawab kelakar2 jela. Macam anak tiri i dah besar, and ada je orang terdekat yang like laaaa laaaaa ada anak kaaaaaa . I buat lawak2 jela. Bagus la anak tiri besar, banyak sikit tenaga kalau nak dera suh mop lantai ke sental longkang ke macam cite Cinderella tu. ngehhh. Time i kahwin lagi lah tak tahan, banyak mata tengok i atas bawah atas bawah je. Nasib la i jenis macam xde perasaan sangat. 





Memang penat nak kejar. Just buat baik je sebab kalau pihak sana tak nak atau saja atau buat2 xnak terima ke atau buat ego...susah jugak. Just buat baik je. Lama2 mesti diorang cair bwekk. 











Settle hak diorang
Hubungan diorang dgn bapak and sibling baru
Then kita berhuhuhu sajaa..

Macam dalam pergaulan antara kawan2 pun, lebih cakap pun salah kurang cakap pun salah. Sederhana saja . Sayang orang tangan2 kan . eh tiberrr. 

Toodles..



EH now ada MERDEKA PROMO untuk EXPRESS MAKEUP KIT @nameeroslancosmetics ! 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 590