Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Bercuti Tanpa Anak . Kejam ke I ?

$
0
0
Hi 

Isu bercuti tanpa anak. 

Pernah  sekali i dapat komen masa my first trip solo to Tokyo ( dengan suami sekali i tinggal ) , "tak bawak anak ke ?Takpe ke tinggal anak?".  Faham2 je lah apa maksud komen tu cepat pikap tau i ni . Dah jadi mak tu , ramai jugak rasa tak masuk akal tinggalkan anak. Sesuatu yang ridiculous gitu.




I pernah few times lah pergi trip tinggalkan anak, dalam 4 kali macam tu . Itupun perihal kerja yaaa i semuanya kernaa wang ringgiittt hahhh hahhh ahhhh gelak puaka tapi jangkamasa paling lama masa i pergi Tokyo and Hokkaido haritu lah. Jauh pulak tu . Sebelum i dapat offer pergi Tokyo tu dah 3 kali i dapat offer yang sama ke Jepun untuk pergi sponsored trip cuma i pun spesis yang merasakan "takpe ke tinggal anak lama2 ni ?" jadi i tolak offer2 sebelum ni. Sebab rasa "takpe ke tinggal anak ni ?"jadi i berhuhuhu saja lah. Taktahu macam mana nak pergi jauh tinggalkan anak. 

I kawen zapzuszas and kami kawen memang takde atur pre wedding shoot ka , bachelor party ke , post wedding shoot ke apa lagi fikir nak honeymoon mana2 . I bukan jenis yang berjimba bersama rakan2. Spesis terperuk. Lagi lepas ada anak siang malam 24 jam anak saja. Lepas 3 bulan kahwin terus pregnant kan Adam. Pantang tak teratur, emosi tak betul, stress dengan sambung study , kewangan. Adam 3 bulan , i dah pregnant kan Noah. And i pulak jenis ada murung. Murung menjadi2 . As things developed pun I rasa kosong. Makan minum pakai cukup pun rasa kosong. Rasa penat. Dulu masa Adam Noah kecik2 kerap jugak i nangis sorang2 sebab rasa restless . Maybe tu tanda2 kemurungan post partum. 

Kemurungan lepas bersalin adalah benar yaaaa. Bukan dongeng. Salah satu sebab i tak ready nak pregnant lagi sebab i takut nak lalui perasaan tu lagi. Tekanan sangat. Pernah la rasa nak terjun dari balcony rumah ni ingat lagi masa tu Adam nangis, Noah pun nangis and i sorang kat rumah. 

Masa tu i rasa 

lesu
tiada kegembiraan 
rasa diri tak berharga 
tak fokus
menangis tanpa sebab
insonmnia ( penat tapi susah sangat nak tidur )

Saya manusia biasa saja.


Kalau dulu i selalu la tulis kisah suka duka i kat blog ni. Dikurnikan Adam Noah memang satu hadiah paling besar lah untuk i walaupun dulu i konon fikir modern xnak ada anak langsung. Tapi lepas ada anak, memang tetiba ada hala tuju hidup hihi of course jadi matang. Diorang banyak ubah i, yang for sure im not a cry baby anymore lah, , jadi lebih kuat tanpa perlu makan muntah sape2. ( sape xtau cerita badang xtau lah nak kata apa ekkekek) .  Segala kerja kuat untuk Adam Noah. Memang takde 'me' time langsung. Masa i tak active jadi blogger join join event, takde niaga, tak jumpa orang lain..siang malam kat rumah je. Rasa macam tersepit sangat. Bahagia tu memang bahagia tapi rasa macam restless sangat. Ni bukan ayat tak syukur, kalau ikutkan i rasa cukup je dah apa yang ada .. 


Anak2 memang rapat dengan i walau ada time i garang strict. Maybe sebab anak lelaki. Dengan bapak rapat jugak but ada time nya. 
sampai skang pun i nak makan masih meriba anak2. nak makan sampai kenyang tu kurang percentage nya.
kalau pergi mana2 pun masih berdukung Noah tu
dua dua masih clingy sampai kalau pergi grocery shopping pun i xleh ikut atau i keluar dari kereta kemudian  sebab bila Adam Noah tahu i ada mesti diorang jadi manja boy again. 
now plak fasa dua dua kuat bergaduh bergusti
kalau dalam kereta berebut sepit2 mak nya. Bangun dari pagi urus anak sampai malam . Kalau diorang baring, diorang akan make sure i baring sekali "mommy come shleepp" Selalu jugak sampai i tak sempat nak duduk pun. Lepas satu satu bergilir2. Nak kemas dapur cuci pinggan pun kejap2 ada kes . Dua dua memang manja. Tak dimanjakan spoil  tapi memang manja. Balik kerja settle hal rumah pulak. Siapa yang biasa urus rumah, faham la kerja rumah apa yang biasa kena buat. 



Bukan complain. I sangat bersyukur digilai jejaka2 kontot ni . rasa disayangi. I rasa happy je cuma anggap saja lah i ni manusia biasa yang need to recharge. 


Ada time I selalu terdampar , eh guna perkataan terduduk jela hahaa sopan sikit terdampar macam badak sumbu je. Ok back to the topic...i selalu la terduduk sandar kat sofa and tenung ceiling lama2...sebab rasa lesu. Menung lama. Rasa nak menyendiri kejap. 


I tak tahu lah orang lain bila stress jadi macam mana. Mungkin jadi suka tidur, mungkin jadi mengamuk kat pasangan. Kalau yang jadi mengamuk tu, kesian kat partner lah kena baling2 barang semua. If dapat partner penyabar memang terbaik lah tapi personally i rasa golongan yg jd mengamuk ni semuaaa sebab stress so mmg kena take it seriously lahh. Ikut masing2 lah hormon tu ubah korang jadi macam mana. Tapi dulu i jadi  banyak menangis lah. KAlau i rasa penat i akan termenung and lebih suka passive. Nangis la kadang duk tepi sudut sorang nangis kejap2 sebab stress masa awal2 nak biasakan diri ada dua babies yang dua dua nak kan perhatian and kita memang stage perlu teliti jaga dua dua. 

Masa dapat email offer sponsored trip pergi Tokyo  tu i terus cakap lagi kat partner. 

Kalau xde sponsored trip ni mmg i tak pergi mana2 tinggalkan anak jauh dan lama. Masa tu kali ketiga i dapat pelawaan untuk bercoti2. 2 kali sebelumnya i tolak la sebab anak kecik lagi pun . Masa kali ketiga pun anak kecik gak hahaa tapi entah masa tu i rasa macam nak time kejap. Anak of course pd tangan yg boleh dipercayai. Thank u ma pa and others. 



nah buat kenang kenangan masa i di Tokyo. Pertama kali tinggal anak suami. I nak keluar single boleh tak ? Raff Yakob . hashtag tetiba.  Tengok negara luar. 5 hari. 










Trip kedua away pun sebab kerja. Kerja yang sambil bercoti2. Kalau tak, memang i tak pergi. so pasni if takde sponsored trip kerja memang tak la i pergi mana2 jauh2 tinggalkan anak. eluang haha. 

Rasa awkward masa sorang2 kat sana sebab dah biasa bangun pagi kelam kabut. Ni bangun pagi, tetiba sorang dalam bilik. eh aku perlu urus diri sendiri sahaja. Kalau tak i lah paling last diuruskan. Dah paling last bersiap, masa bersiap Adam Noah memang akan ikut je i pergi mana2. haha. i buka almari amik baju, diorang pun pilih2 sekali. 

Masa away, of course rindu anak2. Bila balik dari trip rasa macam bunga2 sangat nak jumpa diorang. Tapi bila balik tu ,macam mood baru semangat baru . Dulu i pelik nape bestfriend i suka sangat travel lah , daki bukit lah....rupanya memang boleh bagi nafas berbau baru. Mak i selalu cakap anak i takde nakal pun bila i takde. Selalu budak depan mak xtau nape nak extra stunt. 


Sebenarnya issue bercuti ni macam 'me time' lah. Tak semestinya bercuti lama2.... pergi wayang kejap berdua dengan partner pun dah 'me time'. Terpulang masing2. Terpulang pada apa yang korang lalui harian. 

Gi spa ke, pedicure manicure ke, facial ke, salon ke , tengok wayang ke, nak ciriti birit dalam toilet lama2 ke, sukati korang lah. Lain orang lain kisah, lain yang dihadapi harian. Skang kalau i penat kerja stress ke ..pergi salon belek2 melawakan diri pun happy dah. Buat benda yang korang suka lah. 

2 jenis bercuti

Cuti dengan partner. 

For me penting gak kadang2 honeymoon laki bini berdua tanpa anak. Sebab each marriage akan lalui zaman terlupa dah nak teliti partner masing2 sebab so busy dengan anak2 lagi anak2 kecik. Tiba2 lupa kenangan manis masa mula jatuh hati. Nanti tetiba honeymoon  rasa partner korang lawa emsem. Fasa hambar namanya.  Yang ni i taknak ulas sangat lah (  tak layak ulas ). Sape dah kahwin ..u know la. If x bercuti pun, buat banyak benda sama2 pun fine dah. Wayang .  I pernah je gi Sabah (kerja ) and Penang dengan husband konon macam nak spend time sama2 tapi maybe kami dua jenis lagi suka jalan dengan anak. Kalau jalan berdua tu macam emmm entah rasa macam nak ada anak juga. Tu cakap setiap orang lain routine. I hari2 ngadap muka dia. Macam haritu i baca Fatin Liyana kena kecam sebab bercuti dengan suami tinggalkan anak. Tengok la kes dia macam mana, dia doktor... suami dia doktor . Tahu lah orang keja doktor if dapat tempat kerja lain2. dah berjauhan. Jadi relevan lah dia honeymoon tinggal anak kejap untuk sweet2 dengan suami kejap. Why all sisthur kecam.  Tengok situasi masing2. 



Bercuti sorang
Haa ni yang sisthurrr pernah buat. Itupun atas alasan kerja. ( cover diri ). Jadi la 1 tahun sekali sis buat hal . Ingat bukan alasan kerja boleh terlepas dari kandang ke haha. Sedut2 oksigen negara luar. Tapi ni kes kalau kerja la. Kalau xde kerja, xde sape restu sis pergi.


Gitu. Siapa je mak tak sayang anak.  Nak bercuti boleh je setahun sekali ke. Jangan la stress sikit nak away, tu mengada namanya. hashtag mengada. Lain orang lain routine , lain orang lain masalahnya. I pun dah cari masalah. Ahahaiii. 

Perempuan je ke stress ? Laki tak eh. This applied to men also of course.

Ni i tengah taip ni Noah kat riba la ni baring sambil bergimnastik.


Toodles :)







Viewing all articles
Browse latest Browse all 590