Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Hokkaido Day 4

$
0
0
Hi

Hari keempat dah uols. Cepat masa sebab sana cepat gelap. Pagi lagi, jalan tak busy lagi so cepat la weolls menyibuk nak snap photo tengah jalan. 




 Morning from Sapporo uols ! Kalau gi Sapporo shopping la Gshock banyak2 niceeee. Kasut Adidas i tengok kat KL RM450 , kat Sapporo RM290 . Kasut Vans, Timberland ke, Nike ke, eh mace mace laa..




Depan hotel Richmond i bermalam. Hotel ni bilik kecik je tapi selesa. Untuk traveler memang terbaik la since turun je bawah tu ada shopping street weyh. Kita datang bukan nak tidur sangat, nak shopping and berjalan ! Nak GShock murah pastu balik Malaysia kata beli enam ratus lebih haha. Sini harga far far away murah yela GShock kan dari sini. 




Nijo Fish Market
 Lepas settle breakfast kat hotel, terus naik transport gerak ke Nijo Market. Kenapa pergi Nijo Market ni ?? Kenapa pasar ..hahaa. Lain oi pasar kat Malaysia and sini. Nijo Market ni pasar tertua kat Sapporo, Hokkaido tapi xde la nampak usang atau reput pun ekekeke. Dibaik pulih from time to time of course.




Bersih. Bila entah last i pergi pasar kat Malaysia....Mydin je. Siap suruh siang lagi. bluekk. 






Sini famous buah Yubari melon ni. Melon ni kira macam buah mahal la kat Hokkaido ni. Dipanggil Yubari sebab buah ni dari bandar nama Yubari. I ada baca2 ada pernah sebiji buah dijual RM80000, biar betul engko ni.  Diorang siap buat jelly, gula2, gummy lagi dengan Yubari ni. Kalau orang datang Hokkaido mesti bawak balik souvenirs dari Yubari ni. 

Masa first day, penjaga Masami San beriya suh i cuba..come try come try..i ni jenis mereput je kan ala buah je pun . ekekke, rupanya buah ni ditanam and dijaga dalam greenhouse ok siap dijaga tak kena sunburn. No wonder mahal. Shine bright like a diamond ye engko ni Yubari.

See dapat gak faedah korang baca blog i khenn. Dah tahu pasal buah Yubari ni. Rasa macam honeydew pun ye. Manis. 


Excited je nak nengok cara pasar Hokkaido ni.


 Ada restoran semua kat Nijo Market ni...










Sini semua King Crab ye...! Baby tak main , shuhh. 

Orang kedai baik, kasi je snap photo. Tak sia sia i pakai blusher tebal2 cuba menyamar jadi awek jepun. kahkah...terkeluar keluar benang topi. asal telinga tutup dari sejuk dah. ekkeke






Sapporo TV Tower
Dah ke Nijo Fish Market, mari gerak ke tempat lain. Sapporo TV Tower. Kalau datang negara orang of course la nak tengok view bandar nya. Macam pelancong datang KLCC la, sampai atas dipanjatnya nak tengok. Masa i pergi Tokyo, sampi 3 tower i naik just untuk tengok view saja. Masterplan lain2, jadi agak jakun la. Sesuatu yang boleh dinikmati waw ayat nak gempak. 


Eh traffic light negara orang, harus lahhhhhhh...


Sini la Sapporo TV Tower nya..





Lawa kan...










 Fridge magnet omey nya siap ada telur2 ikan lagi.




 Kat Sapporo TV Tower ni boleh buat coin engrave nama kita....









 Namee Roslan Tv Tower. Buat kenangan. Tapi mana gi coin ni dah ?gulp. susah perangai hodoh suka hilangkan benda. 











Waw macam pelancong tak ?






Shiroi Koibito Park @ White Lover Park Factory Candy Making
Lepas ni kita ada aktiviti lagi best kat Shiroi Koibito Park @ White Lover Park Factory Candy Making.

Nak snap haritu memang tak sempat. Ni i amik dari google. Credit o Issjong.com . Ni la Shiroi Koibito Park . Masa sampai tu snow snow sikit, masa balik snow lebat . Sejuk. Bawa keluar iphone, iphone pun mati. Ahahaiii, korang kalau g tempat sejuk bawa extra battery atau samsung lah haha. Best jalan musim sejuk sebab cantik. 


Korang pernah tengok cerita Charlie and The Chocolate Factory tak ? Aaa camtu la i rasa bila masuk dalam Shiroi Koibito Park ni.

Mr Kazu belikan tiket.


Siap ada passport tau. Saya bukan pendatang asing bulu dada juga tiada. 


Kat sini korang boleh pilih course apa korang nak.Kalau bawa anak, happy la ni. Sebab boleh buat cookies, hias cookies. 





Ni contoh2 biskut yang orang dah hias. Ikut la tahap kreatif korang macam mana. Kot boleh lukis effect 3D ke apa. 


Eeeee cuaknyaaa. Dalam kepala ingat nak buat Doraemon je. Tapi kepala Doraemon je dah besar mana . 



Kak Filla buat Hello Kitty . Menjadi pulak tu ! Memang A la kak Filla punya biskut, kalau subjek pendidikan seni memang kena tampal kat board belakang. haha


Entah la. Sian Doraemon. I lupa estimate tempat rantai loceng dia hahaaa dah terkepit mulut n misai kat atas. Macam resize picture x tekan shift. Jadi terpenyek gitu haha


 Budak2 yang excited .





 Kira macam gallery display cawan dari setiap negara. 






Tahun 1913. Eh ni mama i takleh nampak ni. Semua kang nak simpan dalam kabinet kaca. 


Pembuatan coklat !


Tak sangka ! Ingatkan gambar ada Adam Noah je like banyak. First time orang like gambar i sampai 20 juta . hahah



Tengok la detail nya. Kain lace jakel pun tak macam ni ekekek.  Telan air liur jela dulu kawen kek guna bunga yang keropok tu haha. Tak kuasa tau. 

Sedap je bau dalam Shiroi Koibito Park ni. Bau cookies. Paling famous biskut sandwich inti white chocolate tu la. Biskut tu memang originally dari Shiroi Koibito Park ni. Orang lain takleh tiru punya. Halus tapi rangup biskut nya .


Puas berjalan. I keluar paling lambat. ekekke duk sibuk amik gambar segala. Pastu terus gerak lunch. Setelah 3 hari makan Japanese food, hari ke4 kitorang lunch Indian food pulak !




Taj Mahal Restaurant
Restoran Taj Mahal ni ada 3 cawangan kat Jepun wey. Pastu bila masuk dalam ramai je orang local Jepun and pelancong lain. Hihi


Tak makan seafood tapi keropok lekor makan. Jumpa Indian Food licin habis setelah berhari2 tahan bau seafood. Pinjam gambar Ujang, nak tunjuk restoran nya. Ada 3 cawangan kat Jepun ni, salah satu nya in Sapporo yang kitorang makan ni lah.



Oh masing2 tamak. Nak ada semua, kebab tu nak, ayam tu nak nasi nak kari nak ...segala nak . hahaa. Mula2 order lain pastu eh syaitan rasuk...semua pilih ni haha. Orang Jepun makan. Licin pulak tu . Masami San je tak habis sikit nasi . hehe beza sangat la dengan makanan Jepun. Makanan india kan rempah kuat. 




Lepas makan g rayap shopping mall kejap. 20 minit je. ngehhh Taj Mahal yang kitorang makan tadi tu dalam mall la pastu Jocko nak merayap cari Gshock gak eh semua la nak merayap so merayap jela sekali semua mak bapak orang ni. Dah tinggal anak berhari2, ni masing2 cari reward untuk anak jugek ler. 





Tanuki Koji Underground City
Ok settle. Then kitorang diberi masa untuk merayap kat Tanuki Koji Underground City. Actually tu tempat kat kitorang bermalam malam tadi tu. Sumpah weyh, kalau gi Sapporo kat Tanuki Koji Underground City ni beli lah kalau kenan apa2. So far i tengok memang sini murah. Takde masa survey2 dah, memang sini harga kurang. 






Kat area Richmond Hotel. Ni pintu belakang Richmond hotel...sebab tu kat sesuai untuk traveler sebab nak turun je dah shopping street !




Macam2 adaa...i tak beli pape pun kat Sapporo. Sampai dah balik Malaysia ni i duk sebut2 pesal la aku tak beli pesal la aku tak beli haha. 





Mt. Moiwa Ropeway
Ok dah, 30 minit je kat sini pastu terus pergi Mt. Moiwa Ropeway  untuk tengok view Sapporo malam2. Sejuk betul sini sebab dah malam ni. Mt. Moiwa Ropeway ni kira tempat romantik untuk dating la siap ada tempat mangga2 cinta lagi, then tempat untuk pemandangan Sapporo malam2. 











 Besar Sapporo ni. Keseluruhan Hokkaido lagi la besar , sangat besar. 




Dalam tu ada small cafe. Nak minum air panas ke apa. 





Time ni i memang dah tak tahan sangat dah sejuk tak menahan. Gambar pun belas ikhsan dari camera  harga 20ribu Jocko. Pakat2 ramai cepat2 je sebab memang sejuk betul, hp ke camera ke semua mati dah. Pastu menikmati view bandar Sapporo. 




New Ottani Inn Sapporo
Dinner time ! Masa ni camera n iphone i dah kong pun so takde gambar sangat kat restoran ni. Kitorang dinner kat New Ottani Inn Sapporo. Sejuk2 makan sup panas syok nya. Tengok la tu cara diorang susun makanan. Rapi je. 







ANA Crown Plaza Sapporo
 Lepas makan kita jalan kita gi checked in, baik manager hotel bagi bilik best kat kitorang wuuu wuuu. Checked in ANA Crown Plaza Sapporo pulak. Penat , balik terus charge camera and phone sebab esok long journey lagi ! Banyak lagi tempat best kitorang nak jelajah ! Esok nya lagi tempat sejuk !


Bilik takyah cakap la, memang selesa. Bersih , kemas dan selesa. Sangat puas hati. Tak banyak gambar bilik sebab tengah charging haha. Sorry. 


Checked out !


Day 5, last day ! Tengok bear jom !


Toodles























Viewing all articles
Browse latest Browse all 590