Hi
So far, antara soalan yang i paling banyak ditanya selain topic mak mak adalah tentang kisah hubungan cinta tanpa restu. Baik dari lelaki, atau perempuan. Yes i know, bila i tulis pasal hubungan cinta tanpa restu i dulu...ramai yang "ehhh sama macam kisah i !" . Then pulak kisah cinta tanpa restu i berakhir dengan perkahwinan. Jadi seperti sinar harapan jugak untuk korang yang mengalami situasi sama. Yes ive been there before cuma sebenarnya i x selesa jika kisah i jadi ikutan untuk orang. Contoh, derhaka. Ada positive ada negative nya kisah i ni. Marilah i menjawab segala soalan dari 5 tahun lepas orang tanya i tak jawab2 .
So far, antara soalan yang i paling banyak ditanya selain topic mak mak adalah tentang kisah hubungan cinta tanpa restu. Baik dari lelaki, atau perempuan. Yes i know, bila i tulis pasal hubungan cinta tanpa restu i dulu...ramai yang "ehhh sama macam kisah i !" . Then pulak kisah cinta tanpa restu i berakhir dengan perkahwinan. Jadi seperti sinar harapan jugak untuk korang yang mengalami situasi sama. Yes ive been there before cuma sebenarnya i x selesa jika kisah i jadi ikutan untuk orang. Contoh, derhaka. Ada positive ada negative nya kisah i ni. Marilah i menjawab segala soalan dari 5 tahun lepas orang tanya i tak jawab2 .
Kenapa cinta dihalang ?
I rasa setiap benda berlaku, semua ada sebabnya dan hikmahnya.Satu , mak bapak mana yang tak sayang anak, bela anak dari kecik , bagi pakai kemas2, didik sampai pandai . I know ma i ada hope kat setiap anak dia, menantu macam mana yang diidamkan. Setelah diimbas kembali dan dikaji dan dibuat pemerhatian ( ayat reseach sangat) , dulu hubungan i dihalang......First reason, of course sebab umur terlalu jauh. Dulu kalau orang tanya, berapa jarak umur kami dua...i jawab 10 tahun saja ( see awal2 pun dah tak jujur ). Padahal kalau jenis orang yang boleh baca muka, memang dapat agak jenis2 muka 30an atau 20an tapi i dengan lenggang kangkung i sebut beza 10 tahun aje hehh. Back then i kenal suami masa dia umur late 30s and i 18 tahun. So bila orang tanya berapa beza, i jawab je 10 tahun padahal beza nearly 20 years. Dengan kawan2 n budak uia semua i cakap 10 tahun je bezaa. To be truth, memang i takut nak bagitau umur sebenar sebab mmg jauh. Then bila bercinta orang berusia ni of course nampak macam dia nak aturkan hidup kita pendek kata seperti mengongkong, i think itu salah satu sebab jugak why la tak direstui. Lepas tu i muda lagi , jauh lagi journey. Boleh cuba kenal2 laki lain , tak yah couple berkawan je dulu dengan semua. Jadi if korang dalam situasi cinta tanpa restu ,cuba duduk fikir apa sebab dihalang ? Dulu mak i tak tahu yg suami i duda anak dua. See benda kedua i sorok.
Dihalang macam mana ?
Em, memang dihalang betul2 halang macam cite Tamil tu. tapi i tak pakai sari, jadi takde scene kena pukul nampak perut atau sari terselak. Dihalang macam memang takde harapan untuk kawen. Memang xde harapan.
Apakah perasaan i dahulu ?
Rasa macam buntu sangat. Dulu masa i zaman muda remaja, memang rasa macam whyyy ?? kenapa ini terjadi ? purkeee ? . why ?? . Macam2 perasaan timbul, memberontak. Lelaki pertama dalam hidup, tapi ditentang hebat. Bagaimanakah? ,
Biasa la zaman muda, memang akan ada perasaan memerontak . Dulu i banyak menyendiri, tak berapa nak join family. Sebab xtahu nak sorok macam mana. Jenis tak boleh sorok riak muka yang menyimpan sesuatu. I tak sure i sayang suami i ke tak masa tu, tapi rasa selesa la dengan dia. Maybe sebab first bf then nampak kesungguhan dia. Nampak macam betul2 nak i, tak pernah hilang tanpa diduga. Ada je dia setiap masa.
Ayah i pulak masa tu lebih concern pasal my study. so macam worry if terlalu menentang akan buat i memberontak taknak belajar pulak. I ingat lagi ayat pertama ayah i mula2 dulu masa hubungan ni ditentang. He looked straight at me and said "emmm esok tak boleh belajar nanti, macam mana ni?". Mungkin sebab dia pernah melalui heartbreak juga jadi tahu luluh hati ni macam mana. Then dia sebut, boleh kawen tapi lepas habis degree. Hidup ni ada many possibilities. Jadi macam mana dilamun cinta pun, as perempuan kena ada pelajaran sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Masa tu i baru dapat tawaran belajar ke UIA, 4 tahun lagi nak habiskan belajar. Tapi masa kat universiti dulu so far takde pulak i melayan perasaan sampai fail ke apa. Okay okay je.
Sepanjang 4 tahun i menghabiskan sisa sisa study macam2 jugak berlaku. Masuk universiti, pemandangan luas , ramai orang depan mata.
Is he/she is the one ?
Macam mana nak tahu tu jodoh kita ke tak ? Takde sape boleh tahu pun, Allah je tahu. Buntu. Patut kenal laki lain ke tak . Dalam pada hubungan terhalang tu, i ada juga cuba kawan2 dengan kawan laki. Tapi tempoh berkawan tu selalu tahan kejap je, seminggu je then i tak reply dah . Keluar dating memang xde, sekadar text pendek2 pastu rasa tak boleh . Dan berulang ulang with few people , then i sedar yang i rasa memang i suka kat suami and nak tunggu dia. Cuma ada jodoh, akan kawen atau tak kawen tu tak pasti. Tunggu and harap jela yang i boleh buat time tu dengan harapan mak i setuju. Paling2 pun tak kahwin jadi anak dara tua la tapi so far suami tak pernah la sebut nak kawen lari ke apa. Kawen Siam ke apa memang tak pernah. I memang tak pernah fikir nak buang family ke apa. I banyak kali fikir nak tinggalkan suami dulu. Tapi satu satu benda jadi. Dalam masa i belajar, suami pulak ada masalah kerja masa ekonomi gawat. Jadi macam teruk sangat pulak kalau i tinggal dia waktu camtu. Then bila ada masalah of course dikongsi dengan orang yang paling kita rapat. Dia pun banyak share problem dia, sikit2 kongsi masalah then develop sampai la jadi buddy bukan setakat pasangan yang suka each other je.
Tik tok tik tok, cepat masa berlalu ..makanya habis degree . Masa tu tak tahu nak buat apa in life. Masih menganggur, suami pun sama masih mencari kerja. But we still got each other back. Takpe ada rezeki nanti. Masa tu pun ada kawan dengan laki but then biasa la nak taknak je i reply sebab entah lah. I boleh jawab entah je sebab tak tahu la masa tu macam entah je. Macam bagi green light kat orang tapi sebenarnya kita tahu hati kita tak boleh . Entah lah, maybe tak jumpa character yang boleh masuk kot. Entah. Apa yang terjadi dalam hidup i dari dulu dan kini di saat ini...entah memang sambil drive pun fikir. Banyaknya perkataan entah. Entah. See entah lagi.
Macam mana boleh approved ?
I rasa maybe jodoh. Lepas tu mak i pelik kenapa i macam takde bf.
Proses nak berkahwin ? Adakah lancar ?
Happy je masa dah dapat green light. Semua orang happy. Tapi i pulak tak happy sebab menyorok umur sebenar dan status. Cuak ni nak isi borang nikah nak kena tulis umur dan kepilkan status. Pasal status adik beradik n ayah tahu je..mak tak tahu.
Korang semua tak tahu kan? ekekekke tahu pun sebab memang i saja upload gambar anak2 tiri kt instagram supaya tiba2 korang ter tahu. I faham je kenapa ada yang tak prefer duda atau janda. Maybe masa silam gagal dengan first marriage takut berulang lagi kot. But for me i okay je duda ke janda ke.
Duda ada anak pulak macam mana ? Boleh kah terima anak tiri ?Boleh tak tolerate semuanya ? Bolehkah beralah korang tak dapat apa2 dari suami sebab suami perlu memberi nafkah ? If kahwin janda yang ada anak and tak bekerja, sudi tak nak support anak janda tu ? Tu semua dari awal i dah fikir but then i rasa yakin i okay sebab dari zaman berkawan, if suami cerita pasal anak2 dia...i takde rasa benda lain. Rasa happy nak dengar dia kongsi. So dr situ rasa boleh go la.
Paling i debar2 masa nikah. Sebenarnya masa nikah la ayah i baru tahu umur sebenar bila tengok borang. Besar kecik besar kecik je ayah i tenung i tajam dari jauh. Then pasal status duda anak dua pun , baru beberepa bulan lepas i bagitahu mak i sendiri. Since anak2 suami pun datang sini, kang terserempak kat kedai runcit ke dengan suami ke lagi jenuh i nak explain kat mak i hehe. Dah la muka sama depa anak beranak iras sangat takkan nak kata jiran pulak hahaa. So beberapa bulan lepas i decided to beritahu mama. Sampai bila nak sorok gila betul. Kahwin masuk tahun kelima then only i tell , emmm . Gila kan. Tu i cakap payah cinta tanpa restu ni. Yang i tulis before ni basic saja, detail tak tulis . Biasa la, nak cerita yang indah je, yang liku liku bonggol2 bumper bumper tak tulis. hehe
Berbaloi kah tunggu ?
Paling ramai tanya i pasal berbaloi ni . Em i bagi contoh exam ok. Ada masa seminggu nak study, tapi sebab pemalas dan rasa alahhhh 3 hari sebelum exam sempat je, 2 hari sebelum exam sempat je...sampai lah 1 hari sebelum exam sempatt je.. Tiba2 rasa eh malam satgi sempat je ni . Familiar kan ? Then malam tu sanggup je stay up samada berbaloi ke tak atau hafal ke tak boleh jawab ke tak esoknya. Berbaloi tak baloi lain cite tapi yang penting nak jawab exam . Tetiba dah lepas keluar exam hall, takpela tawakal . Yang penting dah usaha walaupun usaha satu malam je. Lulus ke gagal lain cerita. Nak betul2 ke taknak ? If betul nak, boleh je nak tunggu. Apa benda yang kita buat and nak dalam life, if buat sungguh memang Allah bagi. If x dapat pun, akan rasa puas sebab dah cuba. I percaya benda tu . Hanya korang je tahu baik buruk pasangan korang. Benda basic boleh tengok macam mana dia react bila kita in problem ? Salahkan kita ke atau nak solve kan sama ? Korang je kenal partner korang then lepas kawen korang yg akan stay sama.
Lepas kawen rasa awkward tak ?
Awkward mula2.
Namee menyesal tak ?
My marriage dah masuk tahun kelima. So far i never menyesal . Happy ada Adam Noah, takleh hidup tanpa diorang. Lepas kahwin sebenarnya baru betul2 kenal pasangan kita .
Karma ?
Satunya, hidup dalam karma la. Esok kalau Adam Noah pun berada dalam situasi sama, then i know lah asal usul karma tu dari mana .
Overall 6 tahun berkawan tanpa restu boleh tahan jenuh. Jenuh nak sorok. Hidup dalam kekeliruan. Yang i boleh tunjuk, is kesungguhan jela and hope berjodoh. Perasaan sayang kat manusia is natural. Macam i suka suami dulu. Cumanya jangan sampai tahap buang family or ignore family. Macam i dulu banyak ignore dan menyendiri jadi bila fikir balik rasa terkilan. Menyendiri bukan sebab benci tapi sebab diselubungi rasa serba salah. Apa yang korang boleh buat, just hidup macam biasa je. Bergaul macam biasa. If mak potpet buat biasa je. Maybe i bernasib baik je tetiba mak i terbuka hati walaupun issue jarak umur jauh sangat. Hubungan tanpa restu ni bukan u sorang je main peranan, partner tu sekali nak betul2 nak ke tak. Nak terlalu kamimkaze pun xleh gak sebab ada je kes i dengar hubungan tanpa restu but then lepas kawen pun jd tak bahagia sebab dicucuk sana sini.
Restu mak bapak penting
jangan kawen lari
teruskan hidup macam biasa . kalau study, habiskan jangan tersadai
jangan buang family sebab apa2 family jugak yg kita cari
kalau betul rasa hati nak sgt. tunggu je . kalau sanggup berpuluh tahun.
doa
solat istikharah
I tak sokong and tak bangkang hubungan tanpa restu ni sebab memang natural and tetiba je boleh sayang orang kan. Maybe boleh bagi tempoh masa, if selepas beberapa tahun selama mana korang sanggup but masih tak direstui jugak, mungkin kena duduk dan fikir balik. Sekeras2 mak ayah, nanti akan lembut jugak. Macam my case, asalnya mmg xde harapan langsung sbb mmg tahap cite Tamil. Now alhamdulillah memang terima. Hubungan tak la rapat akrab sangat but living normal .