Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Trip To Legoland

$
0
0
Hi

Yippie ! Finally sampai juga Legoland. Memang sampai2 je dari jauh dah nampak hotel Legoland tu. Kan warna warni kan hotel nya macam Lego, excited la budak2 ni tak sabar nak keluar kereta. Kereta belum settle parking lagi dah nak buka kereta terjun. 


Area parking kat luar Legoland tu like a open space parking. RM10 per entry ! Ni dah cuti sekolah maybe meriah sikitlah. 


Lepas parking and nak ke Legoland tu nak kena jalan sikit lah. Tak jauh pun cuma kalau macam budak kecik yang nak berdukung tu baik korang standby stroller. Sebab kat luar Legoland tu xde sewa stroller. Kat dalam Legoland baru boleh sewa. 


Harga tiket sekarang. Masa i pergi tu dia kata budak bawah umur 3 tahun free . So korang jangan lupa bawak MyKAd anak korang. Masa i pergi tu tak bawak mykad Adam so dia macam tak caya la Adam ni bawah 3 tahun. Then we just pay jela..tak caya sudaaahhh yang penting i datang jauh dari Seremban nak bawak anak pergi Legoland. hehee so takkan tak jadi pergi pulekk. Plus seronok tengok muka Adam and Noah excited. Cuma waste la kalau dah free kann biar la free hehehhh. 

Jangan lupa bawak MyKad anak korang tauu !! Plus if under 3 tahun bukan semua activity sesuai pun..diorang ni sibuk nak tengok je tapi main nya taknak sangat. Activity pun lebih kepada budak2 yang dah besar sikit macam 4 tahun ke atas. 3 tahun ke bawah kena pilih2 sikit. 


Ni i dapat dari website tapi masa i pay haritu satu kepala macam RM149 harga dia. 

Nanti before masuk dia akan cek bag kita dulu. Makanan tak boleh bawak masuk ok. So better korang makan siap2 bagi kenyang sebab diorang jual makanan kat dalam ni harga mahal sikit. Kalau kita orang Malaysia rasa mahal la. Yang mat saleh bulu dada perang tak rasa apa la kan duit ringgit jatuh lagi nih hehh. 


 I beli air ribena kat dalam ni harga RM6 . Kalau korang gigih nak simpan sorok makanan dalam baju, try ahh . hahaa . Kalau security tanya "ini apa bonggol2 ni "...u jawab je u makan terlebih steroid. sibuk je. 







Dah jalan jalan suku baru teringat nak snap photo stroller haha. Ni sewa stroller RM59 satu stroller. Deposit RM50 ..kira sorang kena pay RM109 . Dia ada dua jenis..satu yang single seat, lagi satu yang double seat. Acah stroller macam anak kembar lah. Tapi i bijak..i tahu  banyak tenaga yang diperlukan untuk tolak stroller yang duo seat yang dua budak duduk sekaligus tuh. hihiii. So kita sewa dua single stroller jadi setiap kilo budak kenit dua orang ni kita bahagi. Japgi i penat, husband i pulekkk tolak . Gilir2 gitu. 


Sebenarnya kitorang lupa bawa stroller.  Masa tengah masukkan barang dalam but kereta...husband i beriya la puji kereta .... "eh besar betulll but kereta ni." duk ulang2 siap kata ni kita dah letak banyak barang pun masih banyak space nii. ..padahal lupa letak stroller dalam but memang la nampak luas but nya ! hahahh 






Tengok budak dalam stroller tu hiihihih bawah umur 3 tahun lettewwww. For me best tempat2 dia, memang excited la bila tengok. I yang tua ni pun excited. Adam and Noah excited tapi excited nak tengok jela. hahaa . 




Ni kat dalam Ninjago tu. Yang frame2 tu salasilah ninja lah gamaknya. Kalau anak korang gila character Lego , memang excited lah. 










Airport. Bomba lah macam2 ada. 











Burger Junction. Banyak stall makanan dalam ni cuma harga dia lerrr. Tapi cuti sekolah maaaa kasi chann la. 



Semua tempat2 ni i sekali lalu je. Tak masuk pun. Anak i nak duduk dalam stroller je tengok2.















Mula2 masuk nampak patung2 susun guna Lego ni excited lah pastu lama2 hehhh sebab semua tempat ada Lego ni.



Budak2 kalau umur 5 tahun suka la benda2 ni sesuai dengan age dia. 






Hati i meronta2 nak naik benda alah ni hahaaa tapi apakan daya. Anak i menjerit kalau i pergi. 












Isham tak bagi i letak gambar dia dalam blog ke apa hahaa. opsss stailista !







Husband is the best photographer ever. Tengok muka i terus exotic. Biawak sangat muka i. 


Ada small2 waterpark semua. Cuma well umur yang atas 5 tahun baru sesuai ni. Kalau Adam Noah tidur dalam stroller mau  i pergi join terjun naik boat nih. 




 Comel kan. Dia yang beriya beli tshirt Legoland hahaa. 



 Diorang seronok tengokkk !





Surau, toilet , tempat makan semua ada ! For me best juga la Legoland ni. Nanti Adam Noah umur 6 tahun i bawak lagi. Skang kalau bawak pun x sesuai sangat aktiviti hehe. 



















Kitorang jalan dalam 1 jam je pastu balik. Plus panas pun kita pergi tengahari. Legolandni very open xde tempat teduh sangat. Tak semua tempat i pergi pun. Actually luas lagi tapi dah diorang ni cranky dah muka macam merayu nak balik hotel. 


Pesanan khidmat masyarakat..

- Bawak MyKad anak kalau bawah 3 tahun sebab masuk free since bukan semua mainan sesuai dengan ketinggian diorang kenit ni. 

- Makan siap2 kenyang kalau taknak bayar mahal . hehehhh . Tapi alang2 dah bayar tiket seharian baik main habisan. Makan sekali dalam tu. 

- bawak payung atau topi sebab panas 

- kalau jenis menggelupur dengan sinaran UV takut gelap bawak sunblock.

- bawak stroller kalau anak x larat jalan. better standby stroller. Kalau dah ada stroller buat apa sewa lagiiii hhihi. 

Tu je. Overall for me Legoland best cuma ikut kesesuaian umur budak. 


Toodles.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 590