Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Budak Hot Zaman Sekolah

$
0
0
Hi

Dapat luahan perasan dari budak remaja..

"kak saya tak yakin dengan diri sendiri sebab saya rasa tak cantik. Kat sekolah pun kadang jeles tengok budak2 yang famous. "

Camni la dia tulis tapi i sukahati karang balik ayat dia hekhekhekk.

Rasanya , remaja zaman skang lagi mencabar kot sebab skang dunia social media. Budak remaja skang lain saingan dia. Sape banyak followers dia lah yang hot. Sebab tu wujudnya beli2 followers intagram ni. Kadang tengok budak remaja zaman sekarang, budak umur 13 14 tahun je tapi followers beratus ribu wehh dah macam artis korang ni letopp siap boleh buat income lagi muda2 ni. Famous sebab muka comel and lawa . Gila tak. Plus ada juga yang jenis sanggup beli likes n followers untuk bersaing. Sesama diorang follow follow me back. Besar betul komuniti group remaja kat social media.

Kadang kat my page ada budak remaja datang like like gambar i berderet2 pastu tinggalkan comment "please boom my ig back !" . Kiranya betapa penting nya bilangan likes. Gigih betul. Kalau rajin takpela hahaa. Lain betul dunia skang dengan dulu. Kalau zaman i dulu, budak hot pelik2 entah apa2 je. hahah kelako bila teringat. Ada yang group kain senteng pastu nampak stoking. Ada yang group tudung pendek. Kiranya satu group buat imej kain senteng camtuh. Pastuh famous la dengan nama oh group kain senteng. Pastu kalau budak yang pakai bag sekolah branded sikit pun dah famous. 

Famous benda laka laka je. Selalu budak kelas atas2 kalau muka lawa sikit tu pun famous la. Pakai jenama Guess pun dah famous dah. T_T Dulu benda2 camtu je orang dah sanjung. Skang dunia social media, memang beza dengan dunia skang. Instagram penuh selfie sendiri je , follower puluh2 ribu, beratus ribu. Memang lain dunia remaja skang. Dulu kalau baju sekolah jenama Canggih pun dah famous kan baju jalur melintang hahaa. Sampai habis sekolah i  x dapat baju sekolah jenama Canggih mama x kasi beli tau  . Kata habuk lekat nampak kat jalur susah nak cuci. Biasa la mak mak ni ada philosphy dia. hehh

Dulu i tak hot pun kat sekolah , kira budak average saja. Bawak bag tropicana life je pi sekolah . Stress juga kenapa xleh beli bag mahal ratus2 padahal rasa macam bapak banyak duit naik kereta mahal je pehal kedekut. ( now bila dah jadi mak then i understand sebab mak bapak taknak ajar mewah ) Pernah juga jadi mangsa buli asyik kena ejek tapi buli kecik2 jela masih boleh tahan walaupun balik rumah nangis. 

Sebab i jenis lambat nak berbonggol2 ni. Orang dah cup C , i A belum sampai lagi. Negative A kot hahahh. So depa panggil and ejek budak leper la, x hot. Pastu badan keding pulak, memang x hot xde asset. Bukan xde, tapi lambat .Ingat lagi masa form 4 kena ejek, "nameerah kau mesti tak kahwin kan nanti sebab leper. Takde laki nak kat kau" . Kurus pastu tak reti bergaya sebab kurang exposed dengan baju2 up to date ni. i membesar banyak terperuk je kat rumah. Masa tu blur2 jugak lah kenapa kalau leper takde orang nak kat i hahaa. Sedih balik sekolah ngadu kat mama. Yela keding takde asset khenn asyik kena ejek benda tu je. Memang jenis lambat membiak . Dah la muka banyak jerawat pulak tu. rindu nak kopek jerawat. Pengalaman yang indah berjaya korek nasi dari jerawat. hehhh.

Pastu, kira sape2 ada bf zaman sekolah menengah dulu kira hot la.Bila fikir balik, entah apa2 je. Kadang2 benda merepek, perbualan yang merepek strapless bra la apa benda . Kira i tahap blur la dulu tak tahu apa2 .  Masuk universiti pun sama, i dalam group average tiada siapa peduli. Tak hot atau jadi tumpuan pun. Makeup pun tak reti, lipstick pun xde.  Time flies. Tapi bila meningkat dewasa, tengok budak2 hot zaman sekolah dulu yang dulu kira hot ada bf ( tapi last2 tak kahwin pun dengan bf tu ) last2 sama rata je semua. Lepas habis sekolah, masuk kolej / u ...pastu kerja. Struggle dalam bidang kerja masing2. Yang perempuan, last2 kahwin , mengandung, beranak dan michelin. Bila dah sampai stage sekarang, semua nampak sama je. Semua struggle to build up life. Semua. Tunggu la nanti masuk kerja, semua sama. Dah tak valid dah 'hot''hot' tu. 

Last2 sama je. Takde plak upgrade pakai Birkin unless memang anak orang kaya la. Jadi jangan pernah fikir pun nak bunuh diri ke give up belajar ke ponteng sekolah ke sebab takde keyakinan diri sebab tak hot di kalangan kawan. End up last2 kita semua akan capai satu level yang semua sama. Betul dik. Dengar la cakap ahkak ni. hekhekhekk i pun mangsa ejekan juga . Takat kena ejek leper tak hot jela. tertekan jugak, tapi mampu balik nangis kat rumah je la ngadu kat mama. tiap kali balik ngadu jawapan mama sama je "alahh hang toksah duk peduli lah diorang cakap apa" sambil kunyah kerepek. 

Last2 Kita semua akan pregnant jadi michelin dagu lapis dan berbonggol2. hekhekk the point is tak salah nak jadi hot and tak salah pun kalau tak hot. Cuma jangan sia sia kan masa untuk stress benda yang tak bawa kemana pun sebenarnya hekehekk. Contoh, i perhati ada budakyang macam tak pandai sangat pun masa zaman sekolah tapi belajar uni luar negara disponsor lagi.  See. 




Hidup Michelin !


Yours truly,
Selulit



Viewing all articles
Browse latest Browse all 590