Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Bibik Job Scope

$
0
0
Hi

Hahaa, bibik ni kira macam perempuan simpanan i lah. Job scope tu tak tetap, semua benda la dia buat. Mengemas pun ye, jaga anak pun ye, as a runner pun ye. Time i busy sangat tu, memang dia tengok and main2 dengan budak2 ni je kat bawah while i terperuk dalam office ( office ke ) tongkang pecah stor hahah . Ya la walaupun dah ada staff yg uruskan order and all tapi yang buat marketing i juga maaa, then kerja blog. So time busy tu, bibik la kena jaga diorang dari pagi sampai petang. I cakap kt bibik, tengok anak je kalau tak sempat buat kerja rumah takyah buat. 

Kalau time bibik kena jaga budak , memang i x kasi bibik buat kerja lain sebab i xnak dia stress. Nanti stress anak i jadi mangsa kan. hehhh. Suh main2 je dengan Adam n Noah walaupun kadang2 bibik ni ajaran sesat je kat anak i hahaa. Haritu intai bibik dari tangga tengah bacakan buku kat Adam, gambar buah oren, "iya bola ini bola " . Sabo jela haha bibik ni tak berapa pandai baca tapi pandai buat kerja. Tak apa lah, even umur dia pun dia xtau berapa. Dia kata dia xde surat beranak. I agak cam 55 tahun kot umur dia. 

Dulu Adam xnak dengan bibik, skang ok dah. alhamdulillah. Bila lama sangat i terperuk kat atas buat kerja then dah petang turun ke bawah rasa macam artis pulak sebab Adam and Noah lari2 nak sambut i dari tangga. hahaa. meletops sangat perasaan tu uols , macam ramai peminat uolss. hahaa. 

Noah tu kalau datang perangai nak dukung tu , mmg dukung jela. Manja.  Awal2 memang i ajar bibik cara main mainan dengan Adam and Noah. Sedih jugak, Dilemma mommies working from home tu la...sebenarnya 'working from home' ni tak wujud pun. Samada buat tengah malam atau commited kerja working hours jugak. Time i banyak kerja tu memang buat keras hati la dari kul 8 tu dah naik atas terperuk. Japg turun jap mandikan diorang n suap makan then i naik balik. Flexible tapi still perlukan waktu untuk buat kerja. 

Time i mandikan budak2 ni pulak, awal2 bibik dah standby sediakan pampers baju lotion semua, then tercegat depan pintu toilet nak bagi towel. Senang. Jadi runner. Kalau i nak tidurkan baby2 ni, at least i boleh minta bibik layan Adam dulu while i settle Noah. Yang paling best, bila i kelam kabut buat kerja kira stok kotak semua dah terabur terabur dalam bilik , bibik susun2 kejap je dah kemas balik bilik stok. ihihihiihihi ahkak suka . Lipat kotak, susun stok. 

So rasa RM1500 tu , kira2 duit minyak anta amik dia, duit makan dia ada lah dalam RM2000. Berbaloi juga lah untuk kerja bibik yang pelbagai ni ekkekek.

Skang plak dah ada job scope baru, fashion advisor..

Sebelum i keluar rumah tu dah mula dah kritik2..tak cantik lah kasut ni...kok warnanya gini tak sesuai sama ini itu...eh ehhh sukahati je eh . Tapi dalam pada yang sama i maintain garang je dengan bibik ni. hehhh. Mudahan kerja lama lah. Sebab i cam malas nak berkenalan dengan orang baru hahahh

Cam risau kot la kita baik sangat nanti dia buat hal kita frust. T_T









Viewing all articles
Browse latest Browse all 590