Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

current update pasal diri sendiri

$
0
0
Hey hello.. :)


Ramai jugak yang macam "eh kau mengandung!! Bila masa? Anak sape?!" . hooihh ! Terkejut saya.. Cara tanya macam hoiihhh "anak sape??" seperti saya ini gadis liar pula yang tak tahu siapa pula bapa kepada anak saya. hoiihh. hahaa. Jangan begitu. Tapi takpe. Saya tak blame pun orang yang tanya dan terkejut dengan saya sekarang sebab dunia blog ni..people come and go. Kalau blog saya boring, mereka pergi atau too busy.Ceh "too busy" ayat penyejuk hati sendiri padahal blog sendiri memang boring dan ditinggalkan. hihih. So ni untuk orang yang dah lama tinggalkan blog saya dan tetiba tersinggah balik. heh


ceehh gambar malu malu sipu sipu. tengok tangan...tahu sangat memang tangkap gambar sendiri. kesian. haha

So inilah update tentang diri saya ini yang hina.manis ini...

1) Sudah dekat 9 bulan pun kahwin dengan jejaka pilihan keluarga.hihi. Maaf. Perkataan keluarga terpaksa dipotong sebab suami saya pilihan saya sendiri. hahaa.Saya pun tak ingat bila masa saya ter ada perasaan sayang pada dia. Tahu2 je sudah 7 tahun sama sama soulmate kerana kesungguhan dia..Terus kahwin tanpa ada majlis tunang bersama mini pelamin bersama fresh flowers .Terus nikah saja dan panggil jiran semua nak bagitau "hoihh anak tuan haji yang ketiga ni dah kahwin.!!". supaya tak de lah kejadian tiba2 pintu diketuk dan berkata "hai kami dari JAIS. 


2) Bila kahwin, soalan tipikal biasa "bila nak beranak". hoihh. Hari ni kahwin esok dah ada orang tanya.."bila nak ada anak?". Mungkin dia beranggapan bayi itu seperti kilang kek..hanya perlu dibuat acuan tepung, butter, esen vanilla dan pembuat kek yang lain. Mak saya kata butter buttercup paling sedap buat kek. eh yeke. Selepas 3 bulan menjalin cinta halal, kemudian Allah kurniakan nyawa kecil dalam rahim saya. Syukur Alhamdulillah. Doakan saya dan bayi dan suami dan seluruh keluarga saya sihat aman sejahtera ya. 


3) Kerja apa kak namee ? Saya pun tak tahu nak explain saya kerja apa. Setiap hari bangun, siapkan suami pergi kerja dan selepas itu menjalani tugas sebagai amah di rumah.So mungkin pekerjaan saya is 60% sebagai amah dan 40% sebagai pekerja.  Menggilap seluruh rumah sehingga berkilat. Lepastu mula buat kerja sebagai seorang pekerja dengan satu syarikat . Lagi keja apa lagi ehhh...hmmm. Haaa blogger. Side income sikit as a blogger tapi ni payment lambat so anggap saja sebagai wang simpanan .For me, perempuan selagi boleh cari income sendiri....cari lah. Jangan hope pada suami sangat. Berdikari dan buat masa ni kena bantu suami juga. Sebab itu saya tidak kahwin dengan anak raja. ceh. ayat cover padahal takde anak raja inginkan saya pun. haha


4) Masih belajar. Cita2 sebenar bukan lah sebagai surirumah tapi oleh sebab saya masih tamak mengejar sijil...saya sambung lagi pelajaran. Saja kumpul sijil . Masih tamakkan sijil walaupun sijil seminar score 5A UPSR dulu dah memenuhi fail sijil yang ada. T_T. tapi tak dapat 5a pun upsr. haha. Takpa, menimba ilmu amalan mulia. So i am officially masih a student lah. Suami juga menyokong. Katanya suka isteri pelajaran tinggi. K. Sebenarnya saya teringin nak jadi pilot juga tapi dia kata saya tak boleh. oh terasa hina pula. ekekeke.


5) Baru berjinak dengan dunia instagram. Kasihaannn. orang dah bertahun2 guna instagram, saya baru nak beramah mesra bersama ig. Mulanya sign up acc bila asyik nak stalk anak fynn jamal. Lepas tu ternampak atita haris..."omg santeknya"lepas tu tengok anak dia pula "omg somelnya baby dia". Lepas tu terus hari2 jadi org gila jenguk mereka2. hehe. Till then mula blaja instagram dengan semua orang. hehe .omg atita haris follow ig kita....segan. T_T . kita takut dengan orang lawa. 


6) Minat baking sebenarnya tapi jarang buat kek sebab takde oven.heh .Kalau ada oven pun mungkin akan jarang bake juga sebab apa ? Cuba teka. Sebab malas nak sepahkan dapur. ekekeke. Dapat pulak suami yang tak makan kek....oh sungguh kuciwa. Tiada adegan suap menyuap kek bersama suami tercinta.

7) Sedang mencari nama untuk baby dalam perut. Jantina juga sudah diketahui tapi tak berani nak beritahu lagi tapi masa scan memang terang terangan nampak kemaluan dia. hihihi.Baju baby girl cantik2 kan ? Tak tahan tengok. heheh.

8) Sudah tiada baju untuk dipakai kerana perut semakin besar. sudah memiliki beberapa helai baju ngandung tapi tapi tapi macam segan nak pakai lagi.heheh. 

9) Semalam baru lepas menangis tengok cite Titanic.heheh. ok update ni tak penting.sebab tu kena cancel.

10) ???

Tiada update lagi tentang diri yang manis ini. till then.

Toodles :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ads : Hijrah Timepiece


Korang pernah dengar tak tentang jam tawaf ? Saya pernah tulis pasal jam tawaf ni dulu kat sini http://nameeroslan.blogspot.com/2013/03/hobi-saya.html. One of my hobby . Jam tu bukan macam jam biasa sebab dia tik tok ikut arah pusingan tawaf ! My ustaz pernah cakap, apa apa dalam kehidupan ni cuba amalkan pusingan anti-clockwise / tawaf. Macam arah korang kacau minuman korang, Saya dan suami pun ada jam tawaf ni even dalam islam pun mmg galakkan apa apa pun mula dengan kanan.Especially my husband,memang suka sangat jam ni...antara kebaikan amalkan counterclockwise /jam tangan tik tok ke kanan ni  :

1. Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat.
2. Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej 
tenaga secara tetap dan sekata.
3. Membantu mengawal rentak jantung
4. Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar.
5. Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga.


Suami saya kata ada effect postive kat diri dia.Alhamdulillah kalau macam tu.Pernah saya baca satu kes,dia pakai jam tawaf Hijrah Timepiece ni....dia kata ada rasa positive time dia berenang...senang untuk imbangkan badan time berenang tu. 

So kalau sesiapa nak try boleh la cuba.Kalau ikut fav saya, saya suka design jam dari Hijrah Timepiece. Very up to date. 

https://www.facebook.com/HijraTimepiece


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590