Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

5 Kebaikan Utama!

$
0
0
Hi

Sebaik2 seperti yang dicipta susu keluar dari ibu untuk baby yang dilahirkan. Waa ayat i skema sangat hahahh. Tapi yeah bila2 fikir2 cantik2 je circle manusia ni, bila pregnant kilang susu akan diproses Selepas melahirkan, automatic baby tahu macam mana nak isap. Pernah terfikir tak kejadian tu ? Kejadian semulajadi, baby lahir2 tahu nyot2 . Sangat wonderful tetiba i sebak haha. Teringat lagi first time masa balik dari hospital, i try letak Adam kat my nipple then terus Adam cari2 and pandai hahaa. 



Sangat banyak kelebihan breasfeeding ni . 

Full of antibodi. Susu ibu ni totally 100% bagi antibodi lengkap untuk baby. Sebab tu lah doktor memang seboleh2 paksa ibu fully breastfeed awal 6 bulan sebab 6 bulan tu perut baby still sensitive so susu ibu yang paling terbaik untuk bagi zat yang cukup. Jangan sesekali bagi baby bawah 6 bulan makan air beras ke, air anggur janggaannn. Usus baby bawah 6 bulan belum ready untuk digest semua tu lagi nanti end up usus rosak.  Selama i medical checkup mse bersalin tu asyik kena remind benda sama. At least awal 6 bulan tu kena bf hehee.

Baby mother bonding. Bila breastfeed ni, bonding between mak dengan baby lagi feeling. Nanti rasa macam 'ey sayangg nyaa janji xnak marah' hahaaa. Rasa macam connected gitu.  baby pun dapat membesar dengan sepenuh perhatian untuk awal 6 bulan tu especially. Macam proses berkenalan, dari situ kita dapat faham baby kita dari cara nangis semua.




Lebih cepat kurus. Time i pregnant, badan naik sampai 70kg wey besar gila hips takleh blah rasa cam Beyonce jap tapi versi perut besar ahh. Bila breastfeed ni memang badan akan cepat turun. Tapi ada tips ! Bila breastfeed kan akan rse lapar, so bila lapar je makan sayur and buah banyak. Jangan take carbs banyak sgt tu badan memang naik. Memang terbukti ibu yang bf ni lebih cepat turun berat badan.

Jimat duit hehehehe. I siap kira2, susu formula sebulan untuk baby kurang2 pun mau 300 ke 500 gak. Kalau susu mahal up to 1000 kot sebulan. Tapi susu mahal macam mana pun still x dapat lawan susu ibu. Itu memang tak leh nak disangkal lah. So jimat duit kat situ lah. hihii

On the go. Susu ready set go nama dia. Kalau nak travel ke mana2 senang ah. Takyah fikir nak bawak botol susu, susu tepung ke. Takyah lalui2 detik2  "bang singgah rnr sat nak cuci botol, amik air panas kat kedai nasi Kiah tu ya bang" haha. I selalu camni sebab Adam dulu tak dapat exclusively bf. So sad right. Sebab tu lah i berkempen ni.

Memang banyak kelebihan breasfeeding ni. Semua ibu pun nak yang terbaik untuk anak. So yeah dont judge each other . Apa yang masih boleh usaha, chaiyokk !! This post untuk awareness tentang kelebihan2 susu ibu dan pentingnya susu ibu untuk bayi 6 bulan awal. 

Toodles :)





Viewing all articles
Browse latest Browse all 590