Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Perasaan Saya Semasa Pantang

$
0
0
Hi


Tak tahu lah betul ke tak dia terjun tu pasal tak berjaya menyusukan baby dengan sempurna or ada sebab lain. Kadang2 media ni suka bagi tajuk gempak lebih. As a mother of 2 yang pernah bersalin and pantang sendiri...seriously perasaan lepas bersalin tu lain. Kalau dulu i cam pelik apa benda la yang orang duk sebut2 meroyan2 ni. Memang wujud ke, ke mitos ke. Tapi bila dalam tempoh pantang tu, baru tahu apa rasa nya. Sensitive, cepat tersentuh, kesunyian , sedih segalanya macam tak betul. I pernah rasa nak terjun dari rumah tingkat dua tapi nasub baik la iman kuat lagi, rasa cam taknak la Noah ni i tak terima dia. Murung. Bayangkan la i ni jenis yang 'lantak kau lah' tapi bila phase pantang ni i jadi cenggini !

2 kali bersalin, memang i takde pantang pun. Sebab tu lah takde share tips pantang ke lauk pantang ke kat blog ni sebab tak pantang langsung pun. Husband masakkan sup siap2 and belikan yogurt.  Lepas bersalin kat Noah, terperuk la sorang kat rumah dengan Noah. Rasa sedih sangat, husband pulak kerja. Dia silap apply cuti, pi apply seminggu awal sebelum tarikh. Masa pantang kat Noah, i siap rasa macam taknak Noah tu. astaghfirullah al azeem . Masa tu syaiton pun syok la hasut2. Asyik teringat kat Adam je time pantang Noah haritu. Pulak mengandung rapat2 camni. Nasib baiklah ada kakak and adik yang sangat membantu tolong tengok  and manjakan Adam selama ni. 

Dari mandikan baby, apa2 pasal baby semua i belajar sendiri je. Google, my beloved doctor Intan and kakak yang banyak bagi semangat. Masa tempoh pantang, i tak welcome langsung sesape untuk datang melawat. Dengan takde basic jaga baby nya, i totally zero and takde reference . Terkenjut2 dukung Noah mandikan sebab awal seminggu luka ceaser perit nak angkat kaki jalan pun sakit. Dengan kesan cucuk spinal kat tulang belakang tu yang buat belakang i sakit. 

Google is my teacher and luckily ada kakak doctor so apa2 tak tahu boleh tanya kakak je. Sepanjang pantang, memang tak jawab wassap sesape pun , seboleh taknak sape datang melawat. Bukan sebab apa, sebab takut kena emosi terganggu. Imagine la dah la i takde guide atau tunjuk ajar sape2, harap kat google je pastu kalau pelawat datang "eh pe benda buat macam ni, cara bedung salah ni salah tu salah? Rasa stress gila tak camtu ? Ke patut pelawat tu yang jaga and ajar i berpantang and jaga anak. Nak?

Patutnya seronok nak sambut tetamu and boleh sembang2. 

Kalau takat datang

"anak kau pelik eh. kuat nangis. Anak aku tak macam ni pun"

"susu kau susah keluar eh. sikit"

"anak yang ni tak comel macam abang dia eh"

"aku dulu beranak senang, sekali teran keluar terus"

Statement yang bakal buat stress sebab kita tengah dalam tempoh emosi super duper sensitive. Rasa macam loser nya tak layak jadi mak. Kenapa orang lain senang je breastfeed susu melimpah2? Kenapa diorang bersalin senang ? Kenapa diorang pantang ada yang care untuk jaga ? Adakah aku ni tak layak menjadi ibu ? Adakah aku ni bangang dan patut mati je ? Nak bagi Noah ni kat orang lain boleh tak. Tu antara perasaan yang i pernah lalui. Kemurungan selepas bersalin dipanggil kemurungan selepas bersalin atau kemurungan pospartum. Selepas kehamilan, perubahan hormon dalam tubuh wanita boleh mencetuskan gejala kemurungan. Kalau bukan tempoh pantang, peduli apa orang nak kata anak aku pelik ke, susu iols sikit ke. Tapi kalau dalam tempoh pantang ni serious dia punya sensitive tu lain macam. Memang orang sekeliling kena hati2 lah.

Tak salah kalau makcik2 or pelawat nak tegur or kongsi tapi kadang salah cara buat emosi kita terganggu and rasa loser.  Nak mengajar dan kritik tu dua benda yang berbeza. Sikit2 rasa loser lama2 jadi meroyan. Bila perasaan loser tu datang tu yang mula depression rasa tak berguna. Masa tempoh pantang memang kena berjaga la emosi. I asyik nangis je masa pantang kat Noah sebab rindu kat Adam. So demi nak elak meroyan, i prefer duduk sendiri and zikir sendiri je sambil sibukkan diri dengan kerja2 rumah. Luka ceaser bersalin kat Noah memang cepat gila sembuh sebab i banyak bergerak . Husband siap bawak naik tv masuk bilik lah pastu asyik call suh pasang astro Oasis sebab ada zikir2 sedap in between.

Hari pertama dah cuci baju sidai baju.  For ceaser, lagi banyak bergerak luka lagi cepat sembuh sebab darah berjalan kat tempat luka tu so cepat la luka baik. 

Kemurungan and perasaan over sensitive lepas bersalin ni bukan cerita dongeng. Bukan mengada2.Bila dah lalui sendiri, baru faham. 

Betul punya. 

Jangan datang kalau sekadar nak bagi ucapan "eh badan naik eh"

Bila habis tempoh pantang, All back to normal .


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590