Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Awak Buat Apa Kat Rumah ?

$
0
0
Hi

I tak sangka hidup boleh se busy ini. Beriya i clash putuskan hubungan dengan dunia architecture untuk mengelak dari gaya hidup yang hectic tak tidur malam terutamanya. Memang takde hati la sambung nak part 3 ke 4 ke 10 ke apa tak hingin. Orang tanya, "buat apa kau sambung master namee?" .Saja suka hahaa man tahu untuk masa depan ke. So yeah i decided untuk jadi housewife dan bekerja dari rumah saja. Lebih relax. Bak kata my dad "elok la kerja dari rumah. Lebih practical. Boleh tengok anak2 membesar sambil buat kerja"


"Lebih practical?""Lebih relax.". Ok laka laka. Bila dah lalui hah amek kau. Clients pun cam pelik dengan i , how come nak keluarkan invoice pun amik masa lama gila ? Hello perempuan ni bukan surirumah ke, what the hell mintak invoice lama benar baru dapat. Srious weyh, i kesian gila dengan client yang dah pending ni. Minta benda simple tapi lama gila baru dapat dr I. Sian kan sape bekerjasama dengan wanita sendu camni.


Busy macam mana tu ? Susah nak describe. Dari pagi, ok terus set lipat kain kat ampaian. The best way untuk maintain baju is basuh hari2 and lipat hari simpan dalam almari terus. Kalau kumpul2 delay mesti baju berbukit so yeah so kena buat hari2. Tu pun kalau anak meragam2 memang tak dan la nak lipat baju yang 10 helai je pun. Bila anak-anak celik je mata, yang ada perangai pelbagai ni ..dalam kepala dah nak kena susun strategi.


Macam my case, Adam n Noah ada different character. Adam bangun lewat setengah jam dari Noah. so bila Noah bangun kul 8 , I akan terus mandikan dia pastu rapikan katil then settle bawak Noah turun bawah. Turun bawah memang just nice Adam plak bangun. Adam ni perangai moody sikit, bila bangun tdo nak kena amik mood dulu. Tak boleh terus ajak mandi kang sampai ke malam dia punya moody. So yeah nak kena dukung2 dulu. PAdahal dalam hati ni , haihh cepat lah anakkk amik mood happy tu laju sikit. Nak kasi mandi.


Nak kasi mandi satu hal lagi, bukan terus masuk toilet curah2 mandi.  Nak kena slow2 dulu attract dengan botol , ajak main2 bubbles dulu baru la happy nak mandi. Nak gosok gigi pun berperang. Dah makan, so kena gosok gigi okay no excuse ! Pe'el anak ni lain2. Adam plak kalau jenis tegas2 sangat nanti sampai ke sudah dia mengamuk teruk. Sambil mandikan, Noah duduk dalam walker dulu. Nak pakaikan baju satu hal jugak, lari sana lari sini. Memang kejar mengejar.


Dah siap mandi, susukan Noah then Adam memang i saja tak bagi susu dulu. Nak bagi lapar, satgi nak suap makan. Dari kul 8 tadi, sampai kul 10 baru settle budak2 ni secara sejahtera melayan pe'el diorang. Eh kejap je 2 jam masa berlalu . 2 jam berlalu begitu saja tapi percayalah i tak sempat  nak duduk2 pun. Lepas settle Adam and Noah susu terus gi dapur standby nak masak makan apa kat Adam. For Noah mudah sebab dah masakkan puri awal2 buat frozen so bila nak bagi makan just stim / kukus balik je.


2 jam berlalu. Bila masa woih ?


Makanan Adam memang nak kena fikir lain2 hari sebab cerewet makan. Anak2 pe'el lain. Masak makanan Adam yang simple je tapi berperang gila kat dapur. Dengan Noah merengek nak dukung . Dengan Adam pun menyampah dengar suara adik dia nangis so dia pun join sekali. I biar je Adam main periuk2 belanga kat dapur sambil i masak tapi bila dia nampak Noah saja je dia baling periuk kat adik dia. Dah lagi satu hal pulak. Masak benda simple pun boleh jadi berjam. Potong bawang sikit, jagi berlari jap tengok Adam buat Noah. Kadang2 letak Noah duk dalam walker pun berperang gak sebab Noah suka sangat sondol walker dia laju2 langgar Adam. Tengah nk tumis apa2, kang dengar la bunyi macam2 dia tolak tv jatuh pulak dah. Tumbangkan kipas, mace mace mu nih.


Masak pun dah sejam lebih campur dengan pe'el dua dua ni nak berdukung. Masak sambil rapikan dapur .Apa2 perkakas yang guna terus cuci , senang pastu boleh settle benda lain. Ok settle masak.


1 jam 30 minit berlalu. Tetiba 1 jam, bila masa woih ?


Ok dah pukul 1130 pagi. Terus suap makan. Suap makan pun sekaligus. Dua dua duk depan, nganga mulut nak suap makan. Nak suap makan pun berjam2 dua dua  orang ni. Biasa lah, makan sambil tengok sana tengk sini. Japgi lari sana lari sini. Kunyah pun kejap laju kejap main2 . Noah skang kuat makan, sekali dengan makanan Adam dia nk makan. Makan saja dekat sejam . suap makan saja ya sejam.



Puri potato for adik, nasi ayam and carrot puri for Adam.


I suap makan dua baby ni sekaligus je. Adik makan puri , abang makan nasi bubur atau nasi berlauk kuah dengan puri sayur. Adam jenis taknak makan sayur langsung, so harhar i buat jadi puri tapi takde rasa sayur. mehee so dia xtau la tu sayur . tipah tertipu. 


Dah sambil makan nak baca buku pulak Adam ni.Ni yang buat proses suap menyuap ni jadi berjam ni. Kalau tak layan kang taknak makan pulak.



1 jam berlalu. Bila masa woih ?


Tiap kali makan , memang bersepai la makanan. Lepas tu nak bersihkan balik apa yang tumpah2 tu. time ni memang terus cleaning la. Pulak my son ni ikut i, jenis kulit sensitive takleh kena habuk. Kalau kena habuk memang gatal2 la.So nak taknak memang kena vakum la n mop yang tumpah2 tu. 


Tetiba dah habis lagi 1 jam. 


Noah pun dah nangis2 , dah kenyang makanya mengantuk la. Time nak bagi tdo memang struggle gila lah. Nak bagi tido Noah, time tu jugak la Adam nak ajak baca buku. Dah macam mana mulut ni nak bersikir tdokan Noah . Bergilir2  , kejap zikir2 kejap A Alligator, B bat, C cat...japgi sambung zikir balik. makan setengah jam jugak lah i duk mengadap Noah nk tdokan. Selama Noah tdo tu la , time Adam ajak main toys and baca buku. 


Stress betul bila adik dia dah tdo, then Adam menjerit sampai adik dia terkejut. Pastu dah pukul 2 or 3 , Adam pulak menagntuk nak tdo. Gilir2. Bila adik dia tdo, Adam celik ajak main. Bila Adam tdo, Noah celik ajak main. Adam pulak bangsa tdo terjaga2, nak kita tepuk2 jugak sekali sekala. Malam pun camtu la setiap sejam bangun, I naik pening dah kepala. 


Then bangun tdo, makan petang pulak. The same process macam bagi makan pagi tadi. 



Tup2 dah pukul 6 petang. Dah nak siapkan mandi untuk malam pulak. 




Dah macam mana nak cuci periuk sambil baca buku. Kerja memang terhenti2 la.Jap baca buku, jap sambung kerja.

Tetiba hanya tinggal suku hari yang tinggal. Kul 10 dah nak bagi tdo. Itupun lega sebab Noah , husband handle bagi tdo, and Adam i bagi tdo. Lepas time tu lah fikir nak buat kerja pulak. "Kerja" tapi yang bezanya office hour after 12 sampai kul3 pagi.


Cepat masa berlalu. Hari2. 


Sebab tu ah soalan "Awak buat apa kat rumah?" tu sensitive. Masa memang tetiba sangat berlalu. pulak apa2 aktiviti nak kena barpandukan mood bayi2 manis ini. Kalau tantrum seharian makanya seharian la melayan.



So far alhamdulillah husband tak pernah tanya soalan sensitive "awak buat apa kt rumah?" and jenis yang cuba nak bantu. Kutip baju basuh, siap sebelum gi kerja sidai kan. Amik sampah buang and ngasuh anak. 
For my case surirumah yang bekerja dari rumah ni pun mana ada masa nak mengadap laptop pun. Kerja pun buat lepas tengah malam anak dah tdo . 

Pagi pernah cuba2 nak selit nak reply email client ke apa ...maka inilah terjadi bila banyak benda sangat in mind.



I lupa yang Adam dah tinggi so boleh capai laptop atas meja. Ditariknya makanya jadi lah begini. Nangis please. T_T

Siapa yang duduk rumah , faham la apa yang kome lalui hari2. Nampak macam takde apa2 pun nak buat mungkin golek2 saja dengan bayi.  Tapi cuba try test manage sehari...hehehhhh.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 590