Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Tabungan SSPN-i

$
0
0
Hi

Rasanya semua tahu PTPTN tu apa kan ? Duit semua orang tahu hahaha. PTPTN la yang banyak membantu kawan2 masa zaman belajar dulu woi. Takde PTPTN memang akan menyusahkan mak bapak la nak fikir bayar yuran  and duit poket bulanan semua sendiri. 100% pinjaman diberi oleh PTPTN lepas tu jangan liat nak bayar eh. Ada yang jenis tak suka nak meminjam tapi lebih suka menabung. Masalahnya tak tahu nak menabung di saluran mana. Bila nak menabung, nanti bila emergency mesti terpakai duit simpanan tu. So acah2 menyimpan tabung pendidikan untuk anak tapi at last habis terguna alasan 'emergency'. 


Sebab tu lah now dah ada tabungan  SSPN-i . SSPN-i adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang direka khas oleh PTPTN untuk menggalakkan ibu bapa atau diri sendiri untuk menabung bagi tujuan pendidikan tinggi. Khas untuk lanjutkan pelajaran di peringkat IPT . After SPM tak payah risau dah nak cari duit mana, duit simpanan SSPN-i boleh bermula seawal bayi umur sehari. SSPN-i adalah patuh syariah . Awesome.



Banyak kelebihan kalau kita buka akaun  SSPN-i ni, antaranya ..
1) Layak untuk memohon PTPTN
2) Ibu bapa dapat pengecualian taksiran cukai sehingga maksimum RM6000 . 
3) Mendapat perlindungan takaful dan khairat kematian bagi pendeposit RM1000 ke atas. contoh kalau simpan RM10,000 so akan dapat manfaat takaful RM10,000 jugak. Total yang akan bawa pulang is RM20,000 . 
4) Pemberian geran sepadan sehingga  RM10,000 bagi  keluarga yang layak. 
5) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan dari cukai pendapatan. Kadar dividen untuk tahun 2014 is 4.25% 
6) Urusan penambahan deposit yang mudah sebab banyak giler  cawangan PTPTN pun, lebih 3,000 ejen cawangan untuk deposit SSPN-i. Then lagi satu choice boleh buat potongan gaji, kan senang! PTPTN juga menyediakan kemudahan penambahan deposit melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal di kaunter PTPTN iaitu dengan menggunakan kad debit/ATM bank yang mempunyai logo MEPS.  
7) Simpanan mudah dan hanya serendah RM20 dan dijamin oleh kerajaan. 
8) PTPTN turut menganjurkan cabutan hadiah Simpanan Bonanza! dan Simpanan  X-Tra Bonanza! dengan menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Terkini, PTPTN turut memperkenalkan promosi cabutan hadiah terbaharu iaitu Simpanan Vaganza! yang turut menawarkan hadiah menarik.

Haa baru mention pasal cabutan hadiah tu kan. Sekarang memang tengah hot pun pasal  cabutan ..

1)SIMPANAN BONANZA!, 

a) Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i sekurang - kurangnya   RM1 000 dalam tempoh promosi bagi melayakkan Simpanan Bonanza! SSPN-i.

b) Deposit sebanyak RM1 000 melayakkan pendeposit untuk (satu) 1 cabutan.
c) Tempoh promosi dan tempoh pengekalan deposit macam kat bawah :


Hadiahnya jeng jeng..









2) SIMPANAN X-TRA BONANZA
a)  Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i sekurang - kurangnya RM6 000 dalam tempoh promosi bagi melayakkan Simpanan X-Tra Bonanza! SSPN-i.
b)  Deposit sebanyak RM6 000 melayakkan pendeposit untuk (satu) 1 cabutan.
c) Tempoh promosi dan tempoh pengekalan deposit dan tarikh cabutan hadiahmacam kat bawah :

Hadiah yang ditawarkan is..








3) SIMPANAN VAGANZA!
a) Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i sekurang - kurangnya RM500 dalam tempoh promosi bagi melayakkan Simpanan Vaganza! SSPN-i

b)  Deposit sebanyak RM500 melayakkan pendeposit untuk (satu) 1 cabutan.

c)  Pembahagian zon adalah seperti berikut:
  1. i. Zon Utara (Perlis, Kedah & Pulau Pinang)
    ii. Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang)
    iii. Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor)
    iv. Zon Borneo (Sabah, Sarawak & WP Labuan)
    v. Zon Barat (Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur & WP Putrajaya)

d) Tempoh promosi dan tempoh pengekalan deposit macam kat bawah. 






Hadiah best !




Sesiapa yang dah ada simpanan dalam  SSPN-i sangat dialukan ok ! Hadiah sangat lumayan. Nama pemenang akan diumumkan dalam website official http://www.ptptn.gov.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590