Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Jantina Bayi

$
0
0
Assalamualaikum..hey hello :D


Serious, ni kisah benar ok.kihkih. Kan selalu kalau tengok drama tv selalunya cerita melayu kita lah...kalau perempuan tu tak dapat anak lelaki mesti akan jadi big issue, biasa lah tu scene kena halau ke pastu tetiba hujan. haha.. Mesti dipersalahkan . Yang si suami pun sama lah , menyalahkan si isteri je. Kemain background bunyi petir petir. Saya pun taktau kenapa orang macam nak sangat anak laki padahal yang beranakkan diorang dulu tu siapa ? perempuan jugak kan. T_T . For me anak lelaki ke perempuan ke sama je...takpe. Memang masing2 ada tanggungjawab and keistimewaan yang Allah bagi.

Benda ni pernah lah jadi kat family saya sendiri tapi takde la besar sangat issue nya tapi still ada issue jugak lah tapi tak la besar..kecik je. :P. Adik beradik saya 5 kat atas semua perempuan.Mama sebenarnya nak 3 anak je, deret semua girl. So takpelah, takde rezeki nak boy. then tetiba preggy lagi yang keempat. Dia pun girl jugak. Mama macam sedih gak lah sebab mestilah teringin nak boy. Dah tu girl jugak yang keluar, nak buat macam mana kan. Then tetiba pregnant yang kelima pun sama...girl jugak. T_T

Mesti lah ma stress jugak. Pastu ma and pa pun pergi lah consult kat doctor pakar. Pa tanya.."macam mana nak isteri saya beranakkan anak lelaki. pemakanan isteri saya semua"

Pastu doctor terus jawab..."tade tade ini semua bukan keja perrrempuan punya.. ini semua laki punya makan. tade kena mengena perempuan. (slank tamil sikit sebab doctor india. kekeke)

Pastu dah doctor terangkan then baru lah tahuuu."oo begitu rupanya". Doctor pesan lah macam-macam . waktu subur yang patut suami isteri beramah mesra semua tapi tak la saya nak tulis kat sini pulak kan. haha.Tak lucah pun tapi kang ada yang rasa tak selesa pulak tapi salah satunya melalui pemakanan suami. Ma n pa saya dah cuba and dapat 2 anak laki after kitorang berlima perempuan ni. Maksudnya kaedah ni berjaya lah. 

Macam ni ceritanya.....sila baca betul2....
Benih lelaki membawa kromosom X dan Y. Perempuan pulak hanya bawak kromosom X sahaja. So kalau nak dapat anak lelaki , gabungannya is X-Y , anak perempuan pulak akan terbentuk gabungan X-X . Golongan lelaki lah yang akan bagi X atau Y untuk digabungkan dengan perempuan punya X tu. Faham tak ni ?

X - jangka hayat panjang, tahan dalam keadaan berasid dan bergerak perlahan

Y- jangka hayat pendek, tahan dalam keadaan beralkali, dan bergerak laju

Para suami sekalian..

Kalau rancang nak anak laki XY
- Jauhkan diri makanan yang berasid macam nanas , limau, mangga, cuka, minuman bergas semua tu 2 bulan sebelum. Kalau boleh, lagi lama lagi bagus. Banned semua makanan gitu okay.

-Banyakkan makan makanan laut yang contain zat logam kalsium and magnesium. 

-Banyakkan minum soya, susu and protein.

Kalau  rancang nak anak perempuan XX
- Banyakkan makan benda yang berasid macam limau, nenas , oren, cuka etc.

- Kurangkan makan makanan laut.

Kalau nak rancang jantina, si suami cuba amalkan pemakanan yang sepatutnya 2 bulan sebelum buat isteri pregnant la.Kalau boleh, lagi awal lagi bagus. Ma n pa saya cuba kaedah pemakanan ni...ayah saya memang tukar diet dia. Dia banyakkan minum soya, pastu makanan laut...Sebelum ni pa saya memang gila benda masam macam oren,nenas, buah2 asid lah. Alhamdulillah anak yang keenam memang dapat boy. Masa nak scan tu memang debar2 gila, mak saya tak tahu pun yang ayah saya tukar diet. Dia buat senyap2 je. Pastu bila ma pregnant, dia macam risau juga lah kot dapat girl lagi. bukan tak suka girl tapi hati teringin nak anak laki. Pastu bila scan memang boy. Lepas tu dapat lagi adik sorang sebab ayah saya nak anak laki lagi sorang, dapat lah 2 adik lelaki yang annoying gila. 

Sekian.

Apa-apa pun,semua ni kerja dan rezeki dari Allah. Manusia hanya boleh mencuba je. Ni antara petua and tips yang doctor pakar bagi and so far 75% boleh percaya. Selebihnya tips....macam susah nak explain. haha. Tapi kaedah pemakanan ni memang menjadi kat ma pa saya. Doa jangan lupa. But for me anak laki ke pompuan ke takde beza, ada keistimewaan masing2. Anak saya ? hehe. Kita tungguuuuuuuu. tapi isham ni fav dia makan makanan laut and protein tapi kadang2 ada jugak order orange juice, pineapple juice la... T_T . xdapat nak agak. haha



Toodles. :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590