Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Sedih Laa Macam Ni .

$
0
0
Assalamualaikum..hey hello.. :(

Sedih aaa. sedih aaa sedih aaaa. haha. Saja je tulis sedih banyak kali,nampak sikit macam sedih sangat . Sekarang dah second trimester ni,  memang semua seluar saya tak muat dah. Baju pun berapa helai jela yang boleh butang . Kalau pakai t-shirt memang nampak ketat je kat perut. Baru saya sedar, saya takde baju nak pakai dah. Tahu kenapa ? Sebab dah 4 tahun saya tak beli baju sampai lah hari ni. T_T . :( .Baju yang ada sekarang pun, baju yang beli zaman degree tu je. Baju yang size 'S' and now saya sudah 'M' .Lepas grad mana ada saya shopping and beli apa2. Pakai je baju2 lama. Tak mengeluh pun sebab saya rawat masalah shopaholic saya and dah terbiasa tak membeli.

So semalam macam sedih aaa. Tengah bersiap nak pergi masjid untuk terawekh, berlari saya cari jubah hitam saya. Kalau pergi masjid selalu saya pakai jubah tu sebab mudah. Tapi entah semalam saya tak jumpa jubah tu. Rasa macam tak cuci sebab baru je cuci.Check dalam almari semua takde. Tapi dah lewat, takut terlepas terawekh plus parking mesti penuh. T_T. so saya capai lah jeans dalam almari. Cadang nak pakai jeans and t-shirt je pastu sarung telekung. :'( Taip pun rasa nak nangis. haha. Emo. Wanita preggy memang emo.kahkah. 

Pastu tengah sarung jeans....Isham sapa dari belakang....

"Girl ! Kenapa pakai ni, kan mengandung. Ketat lah jeans, rosak lah baby. Dah mengandung buat cara mengandung. dah beranak nanti nak pakai , pakai la....pumpampumpam "

Of course la saya sentap sikit . Sedih aaa dengan statement "Dah mengandung buat cara mengandung". 

Pastu saya diam and tunduk je la. Terus nangis. It's not saya  "Dah mengandung tapi tak buat cara mengandung". Dia macam lupa yang perut saya makin besar and saya takde baju muat. T_T .Tapi bila masa nak shopping, dia monday sampai jumaat pun kerja. sbtu ahad pun sama. Kalau ada cuti pun, me as a wife sanggup ke nak susahkan suami ajak gi shopping bila tahu dia penat..mesti la kesian. Baik tak saya ?? kihkih. Tak laa, saya memang xsuka susahkan Isham. Pastu kalau saya nak gi mana2, dia nak ikut n teman n xbagi saya keluar sendiri. Lepas tu dia datang and nak pujuk dia tanya "Merajuk ke.Isham mintak maaf" pastu mula nak kesat2 kan air mata saya. Dah la kesat tu macam nak tenggelam biji mata saya dia kesat. hahaa. Patut kesat air mata kat bawah mata...cara dia kesat macam tonyoh2 mata . hahaaa

Then dalam kereta...dia pun cakap la kenapa dia marah . Saya pun jawab la balik " dah more than 100 times saya bagitau, saya takde pakaian yang muat dah, perut saya dah besar". Pastu baru dia faham "okay nanti kita shopping semua baju baru okay".

K. Saya dah google dah baju apa saya nak beli.....ini.....hehe.....Saya rasa saya pakai maxi dress je kot senang.....kan ? Kalau pakai legging pun.. kat rumah okay kot. 





K. Nak pergi cari baju mak buyung.. Eh tapi kalau sape2 tahu nak beli baju preggy comel2 kat mana...bagitau saya yeah.

Best Regards,
Mat Buyung Dilemma. T_T

baju raya dari Amore


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590