Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Conversation : Then & Now...

$
0
0
Hi

Dulu zaman2 tengah berkawan berkenalan ewah ewah, banyak benda betul nak sembang. Bayangkan lah dulu sms 5 sen pun punyalah seronok gila. Murah habis lah tu konon . Pastu ada pakej digi easy ke apa entah register kawan dalam digi easy pastuh sms 1 sen ke apa entah. Selalu dulu text dengan Isham dalam 3-4 pages ah sekali send. Entah apa benda la yang we'olls sembang. Benda2 kecik daging terselit celah gigi pun nak cerita weyh. 

Termasuklah perjalanan pergi minta lidi cungkil gigi kat makcik cafe, semua nak cerita . Liku liku perjalanan nak keluarkan daging terselit tu semua nak cerita. Sehinggalah daging yang terselit tu dapat dikeluarkan dari celah gigi. The end. Jadi satu topik untuk bercerita . T_T Dulu zaman degree, gi kelas jalan kaki..sepanjang duk jalan kaki dari asrama sampai ke department duk sms atau call. Ada je benda nak sembang. Sambil jalan , ternampak apa2 benda semua boleh jadi topik. 

Saya tengah jalan nak gi kelas ni.

Eh ada longkang.

Nak langkah longkang ni.

Dalam longkang ada daun kering.

T_T

Mereng habis topik. Selalunya kongsi buat apa hari2 lah . Nak nak time Isham kerja kat Sarawak dulu, I kat sini. Long distance relationship, so memang hari2 akan update la aktviti harian. Macam nak keep on track la gitu. "Isham serius nak kahwin dengan Mira but kena tunggu Mira habis degree macam syarat yang papa gul dah letak tuh" . Awww. 

Permintaan Isham dari mula berjauhan, please jadi transparent sebab  serius nak ke jinjang pelamin. Okay lah , dah nampak tahap keseriusan di situ. So apa2 yang i buat hari2 akan update lah even dia tak reply pun sebab kadang2 dalam flight lagi. Dulu kan tiap sms ada report.."Delivered" ...bila dapat berpusu2 text report "delivered" tu terus excited gilos sebab tahu Isham dah landed. 

Bila dah landed baru lah sms semua delivered and dia reply. Eh tetiba rindu pulak zaman tu teheee. If makan ke apa mesti nak sms gak"jemput makan"Gigih  tangkap gambar makanan hantar picture message ke apa panggil dulu tapi gambar esok baru sampai lah tapi. bahaaa. 30sen kot satu gambar kalau tak silap.  Sekecil2 benda. Beli pen baru pun nak bagitau. Pen dakwat macam mana semua nak describe made in China semua nak bagitau. Tetiba rasa saiko. hahaa

Those were the days.

Dah kahwin pun.


Alhamdulillah. 

Dengan kesetiaan.

Jauh macam mana pun..

Tapi kalau dua dua setia..

insyaAllah tak kemana jodoh.

Sekarang ni sejak kahwin .

alhamdulillah bahagia .

dan masih belajar tentang diri each other...

alhamdulillah dikurniakan dua baby dah. 

Sorang anak ikut muka Iols..

sorang lagi ikut muka bapaknya..

Very the variety anak2 iols..

Sejak ada anak...


Ini lah sering  dibincangkan.

we are very expert in 'tahi' nowadays. 

Tahi bayi adalah topik harian dan boleh jadi perkara yang merunsingkan jika tak memenuhi kriteria kualiti yang ditetapkan. 

The end. Happily ever after.

Ekekkeke





        
Pemanis Pengganti Gula !
Sesuai untuk penghidap kencing manis !

Satu punca segala penyakit, GULA weyh ! GULA ! Benda yang sedap. GULA weyh. Nikmati lah gula selagi mampu tapi sampai satu tahap body dah takleh carry gula korang telan banyak sangat. Maka banyak lah penyakit. Terutama, kencing manis. Kencing manis lah paling takut sebab dia serang macam2 organ. Sebab tu ada penghidap kencing manis sampai buta, buah pinggang rosak, kaki kena potong. tskk

I salah sorang calon lah kalau tak jaga sebab keturunan kencing manis pun weyh. Tapi penggemar gula. Dalam masakan pun ada gula kan ?T_T . Parah !

Takpe. Masih boleh usaha and tukar gaya kegilaan gula kita dengan Stevia ! Stevia ni produk pemanis pengganti gula. Rasa sama je macam gula yang bawak penyakit tu. Pemanis Stevia ni banyak manfaat. 

                    
450X lebih manis dari saccharose
- tahan sampai suhu 200C pun so kalau masak panas2 pun dun worry .Gula Stevia ni power. Tak basi.

Gula Stevia ni bantu..
-turunkan paras gula darah
-turunkan tekanan darah
-kurangkan radang/inflamasi 
-cepatkan penyembuhan luka. so luka pesakit kencing manis yang teruk2 tu semua boleh elok
-rawat cirit birit akibat rota virus
-kawal kandungan air dalam badan
-kuatkan imun badan.

Ni salah satu testimoni pesakit kencing manis yang dah ada luka akibat penyakit kencing manis, then makcik ni consume Stevia..Luka yang basah tu makin sembuh alhamdulillah. I taip sambil tutup mata ni. Takut tengok. 

Orang yang dah hidap kencing manis ni memang dah addicted sangat kat gula so agak susah untuk kawal pengambilan gula. So produk Stevia ni lah yang akan ganti rasa manis tu. tehee. Bukan tolong ganti rasa manis je tapi tolong baik pulihkan lagi ketagihan kita tuh. 

So mari lah berubah gaya kegilaan gula tu dengan ganti pada Stevia !



ig: norafizaabubakar
wasap, call, sms: 012-2824804



Viewing all articles
Browse latest Browse all 590