Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Kenapa Stress Untuk Berita Gembira ? #Noah #Adam

$
0
0
Hi 

Ada seseorang email I and luahkan tentang murung bila dapat tahu pregnant buat kali kedua sebab baby sulung still umur 7 bulan. Murung, tak keruan, stress and tak dapat terima sampai tahap rasa down. 

Tak keruan, nangis, stress, fikir banyak, murung. Tu la yang I rasa masa pregnant kan Noah dari awal sampai ke hujung pregnancy. Serious, at least i ngaku and tak hipokrit. Apa yang I rasa, I akan tulis sebab kat blog ni bukan tempat untuk tunjuk suci tapi tempat untuk meluahkan. So yeah itu lah perasaan masa ngandung kat Noah. Satunya masa time Adam, I tak reti jaga baby. Tak tahu nak jaga anak macam mana sebab takde reference . Korang kalau ada mak yang jenis nak ajar itu ini, alhamdulillah. 

At least banyak ilmu korang dapat. I memang totally zero. Kenapa baby nangis camni kenapa baby nangis camtu, serious I tak tahu kenapa then bila baby waktu tidur. 24 jam ke perlu tidur atau macam mana. Patut kendong ke time baby nangis, ke biarkan je ? Sebab ada kata baby kalau nangis jangan kendong nanti susah nak pergi kerja sebab baby dah biasa kendong. Camtu plak. So Serious I blur. Plak Adam dulu jenis kuat nangis. Tengok anak orang lain duduk kat stroller rilek je tidur tapi Adam tak. Sikit2 nangis. Sebab keadaan Adam camtuh, I rasa dah taknak baby lagi. Tak ready nak ada baby lagi. Biarlah Adam sorang je.

Tapi kuasa Allah tu besar , Allah kurniakan I lagi zuriat dalam masa terdekat pulak tu. Adam umur 3 bulan, I dah pregnant kat Noah. Cepat tak cepat. Memang menggelupur sangat . My first reaction was I menangis teresak esak. Bukan menangis gembira tapi menangis stress. I tanya Isham, siapa nak jaga ? Buruk perangai, tanya siapa nak jaga. I tak sebut pun alhamdulillah tanda syukur. Tak tahu la stress sangat sampai terlupa. Segalanya stress stress stress. Teruk kan ? Patut nya bersyukur dapat zuriat. Rezeki paling mewah. Tapi I masih stress stress stress. Fikir banyak sangat. 

Macam mana Adam nanti. Cukup ke kasih sayang. Adam nanti merajuk ke. 

Macam mana nak jaga dua baby? Nanti malam sorang nangis, sorang lagi nangis.

Macam mana nak adil ? Nak dukung yang mana satu ?

Macam mana nak agih kasih sayang ? Boleh ke aku sayang Noah ?

Macam mana nak pergi kelas , siapa nak jaga ?

Semuanya banyak macam mana macam mana ?

Sampai pembaca blog pun email and tegur, "kenapa namee nampak begitu stress dan macam tak boleh terima baby baru ?"

Tapi bila Noah lahir, semuanya sikit sikit berubah. Banyak benda yang I perasan perubahan.  I belajar menghargai. Menyesal dan mula menghargai. 

Dulu kalau Adam nangis, I dah rasa stress. Asyik2 nak dukung, I siap cakap "no mama dont want to carry you. Main sendiri"Tapi sejak ada Noah, kalau Adam buat perangai teruk2 pun I akan hiburkan dia sampai dia okay. Kalau dia nak clingy pun, I dukung and tenangkan dia. Kalau dengar Adam nangis, I terus lari pergi kat dia and peluk dengan penuh kasih. Sama jugak I mula hargai Noah. I taknak menyesal macam mana I layan Adam dulu. 

Tegas tak tentu hala. Bila Adam clingy, I taknak layan. Sekarang kalau Noah nak perhatian pun I dahulukan Noah, walaupun at the same time Adam pun datang nak dukung jugak. I duduk kat lantai letak Noah kat bouncer  then Adam sit on my riba. Memang payah and stress. I nak dua dau dapat perhatian. I pun tak kuat, and kalau tak tahan pun I ngadu kat my sister .Lepas tu dah okay.

Sekarang memang tough ada dua baby. tapi dari 2nd pregnancy ni I belajar banyak benda. Sabar , sabar dan sabar dan belajar menghargai. 

Antara side positive yang kena fikir..

Satu. Macam mana baby kedua ni boleh wujud dalam rahim ? Sebab mak bapak menyulam cinta kan. So totally bukan salah baby tu , takleh put all the blame kat baby. Tak adil untuk dia untuk kita be unhappy dengan kedatangan dia. 

Dua. Kita pregnant rapat2, kita stress. Cuba fikir perasaan perempuan lain yang dah kahwin 10 tahun belum ada rezeki lagi . Pergi berubat, makan ubat macam2 nak bagi subur siap ada badan naik sebab makan pil. Pergi berurut sana sini. Kita yang dah diberi rezeki ni eh eh boleh nak stress pulak ? I lah tu orangnya. 

Tiga.Kita jaga budak kecik sekali arung. Tak cukup tidur malam sekali arung. Esok dua dua dah besar, main sama2. Masa tu dah seronok. Anak sulung dah ada geng nak main and bergaduh . Masa tu la kita senyum tengok pe'el diorang. I pun awal2 selalu down tapi bila tulsi kat blog, ramai yang share kisah sama and kongsi gambar anak masing2 tengah baring peluk2. Dari situ I mula postive. 

Empat. Anak itu rezeki. Jangan sesekali anak tirikan bayi.  

Sekarang I happy banyak benda berubah bila Noah lahir. Kadang2 stress tu memang minta kakak datang lepak rumah jap petang untuk teman Adam bila masa Noah cranky .Now Noah nak masuk 2 bulan dah umurnya. I banyak belajar perasaan kasih . Bukan sayang tau tapi 'kasih'. Perasaan bila tengok anak nangis macam monster pun "sayu" je rasa and terus amik anak and kendong. tu la 'kasih". Sayang ni lain, sayang ni macam ahh sayang lah pastu dah ah. Kasih ni ni macam sayang dalam sayu. ekekekke

So bagi sesape yang kes cam I ni, percayalah ..we are not alone weyh. Ramai yang macam kita ni tapi diorang happy je. Bahagia. 

Jangan stress untuk berita gembira .

Camni la selalu. I baringkan sekali. Saja nak bluetooth kasih sayang between dua devices ni.

Jangan sesekali cakap kat anak kecik, "eh pergi main sana. jangan kacau lah!" ..sebab it will lead to masalah social bila dia dapat kawan luar. Paling ketara, I belajar perasaan 'kasih'. Rasa macam dah lama gila tak tegas / marah Adam. 

You know perasaan kasih, bila peluk anak tu rasa macam sayangnya taknak lepas peluk dia.

   
Baju Baby Bundle Diimport Dari US Dari Harga RM3 !

Sejak ada anak ni, belanja memang banyak. Mana nak beli pampers, mana nak beli susu. Zaman skang ni semua nak pakai duit. Tapi takkan la sebab susu and pampers mahal, anak dibiar selebet je tak bergaya. Nak jugak anak2 pakai baju bergaya2 maaa, baju branded branded tapi tambah kos lagi ! Baby kalau beli baju mahal2 bazir sikit sebab depa ni cepat nauuu membesar !

Oh sekarang jangan risau ! Ada baju bundel for babies ! Yang curlass nya all the baju diimport dari US okay !Curlass you ! Baju2 semua harga mula dari RM3 je ! Ralph Lauren beratus2, kau dapat RM3. wehee . Jangan risau, nama je bundle tapi baju memang masih elok sebab penjual ni pilih baju yang kualiti elok je untuk dijual !

Tapi ada time 'Happy Weekend", baju dijual dalam harga RM1 je ! Confirm baju beli dari sini takkan sama dengan anak orang lain !




1) Baju dari bundle yang diimport dari US dijual bermula dari harga RM3
2) Baju akan dipilih sebaik mungkin dan harga diletakkan berdasarkan kualiti baju dan jenama baju
3) Selalu berniaga di Car Boot Sales di Bandar Seri Putra setiap Ahad, dan yang menariknya, kadang2 akan di adakan "Happy Weekend", di mana sehelai baju dijual pada harga RM1 sahaja.
4) Barang-barang vintage turut dijual cuma kerana dek kekangan masa dan teknologi, barang2 tersebut tidak di upload di page
5) Sesuai untuk parents yang nak berjimat, ye lah baju dan pampers anak pun dah mahal kan, belum lagi bayaran pengasuh dan insurans kesihatan lagi, jadi ini lah cara untuk parents berjimat.
6) Dan jangan lupa ye, baju bundle bukan bermakna baju buruk. Uniknya bundle, sebab anda susah nak jumpa baby lain yang pakai baju sama macam baby anda.

Kalau nak beli boleh terus ke...


                                               


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590