Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Terpulang Masing2.

$
0
0
Hi..

Issue halal dan haram , issue yang sangat besar as majoriti Malaysian adalah beragama Islam, agama rasmi negara kita pun agama Islam. Kita penduduk Malaysia sangat bertuah sebab ada badan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang dipertanggungjawabkan tentang hal ehwal Islam di negara kita. Termasuklah dalam perihal halal dan haram sesuatu produk yang dikeluarkan demi menjaga kepentingan umat islam.

Haritu, berkesempatan pergi dengar taklimat Jakim tentang issue halal dan haram terus prosedur Jakim dalam mengeluarkan sijil halal haram untuk sesuatu produk. Halal dan haram ni bukan untuk makanan je, tapi semua produk yang ada kat Malaysia ni. Proses untuk mengeluarkan sijil halal paling minimum pun memakan masa 30 hari.

Contoh untuk produk pemakanan. Setiap pelosok bahan2 dalam produk makanan tu akan dikaji dengan teliti. Even packaging pemakanan itu sendiri pun akan dikaji samada mengandungi bahan2 yang jatuh haram atau tidak. Jakim sangat teliti dalam bab halal dan haram ni as ia dah jadi satu amanah untuk mereka. Banyak faktor yang diambil kira , contohnya seperti bahan itu sendiri samada mengadungi bahan yang memnag haram, proses , sembelih atau tidak, kebersihan, bahan2 packaging produk , mesin yang digunakan untuk proses produk tersebut etc.

Contoh, kenapa ada restoran yang menyediakan menu halal tapi tidak mendapat sijil halal.

Andai kata sesuatu produk/menu itu menggunakan bahan2 halal dan disembelih tapi oleh sebab perkakas dapur yang digunakan pernah digunakan untuk memasak menu yang tidak halal..maka ia jatuh tidak halal sebab dimasak di atas perkakas yang bekas tidak halal. Contohnya, restoran steak di hotel2 as some of the steak yag disediakan , ada yang dicampur bersama alcohol.

Sama jugak bila case Cadbury haritu bila tersebar katanya ada DNA babi oink oink dalam chocolate. First tindakan Jakim adalah terus menggantungkan sijil produk Cadbury , then terus buat siasatan ke kilang, Dari semua bahan yang ada dalam kilang, sampai ke semua pelosok mesin dalam kilang pun dikaji samada ada atau tidak DNA babi melekat pada mesin2.

Setelah diteliti dan disiasat, takde apa2 DNA babi dalam produk Cadbury yang dari dalam kilang dan pada mesin itu. Maksudnya, memang produk yang dikeluarkan dari dalam kilang taklde dijumpai DNA babi. Kata putus dari Hub halal Jakim sendiri, produk Cadbury adalah halal !

Sijil halal Cadbury hanya digantung seketika masa rumors tersebar dimana ada dijumpai DNA babi dalam produk mereka. Setelah disiasat, memang takde dijumpai DNA babi tersebut.

Antara soalan yang I sempat tanya pada pegawai Hub halal , Jakim haritu...

Me : Haritu kecoh kata dijumpai DNA babi dalam produk Cadbury, so lepas kes tu ramai yang tak yakin dengan Jakim as diorang claim Jakim ni tak buat kerja dengan betul then diorang rasa was2 dah dengan Jakim.

Jawapan pegawai Jakim : Simple je. Jakim diberi amanah besar untuk jaga kebajikan hal umat islam termasuklah bab halal dan haram sesuatu produk. Amanah ni adalah sangat besar, sebab kalau pihak Jakim sendiri main2 dalam bab ni....kira lah berapa dosa yang dirtanggung oleh Jakim sendiri sebab menghalalkan sesuatu yang haram . So kalau pengguna masih was2 dengan Jakim, maksudnya anda semua dah jatuh hukum syubhah sebab was2 dengan kredibiliti Jakim dalam mengeluarkan sijil halal. Bukan setakat produk Cadbury, dikira anda was2 dengan semua produk yang dah disijilkan halal oleh Jakim.

Hati2 denga perasaan was2 tu. Itu saja pesanan saya. So pasni takyah risau, Cadbury adalah halal. hewheww sebab I yakin dengan Jakim, lpeas pergi dengar penerangan dari Jakim tentang proses dan jangkamasa yang diambil....i yakin lah. Terpulang pada individu, kalau was2 jangan makan sebab dah jatuh hukum syubhah.

Ok bebeh. Toodles :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 590