Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Toilet .

$
0
0
Hi

Tak kisah lah roommate ke, housemate ke, suami isteri ke..mesti akan ada masalah siapa punya tugas cuci toilet. Ngelat. Padahal yang membuat proses pembuangan nya sama sama. Ini lah yang diistilahkan rambut sama hitam, hati lain2. Eh ! Nak tukar tahi sama hitam , hati lain2 susah pulak sebab ada yang berwarna cokelat. hahahh. Tapi kalau makan supplement iron, ye ah najis warna hitam. Ini bukan cerita najis, ini cerita pasal siapa patut cuci toilet nih.

I paling pelik orang yang masih boleh masuk toilet walaupun lantai dah tahap lendir tahap boleh main ice-skating. Kalau pakai selipar pun , rasa licin lendir tuh. T_T . Meremang bulu roma.

Celah dinding di antara tiles ada hitam2 lumut. Eh type ni pun seriau dah. T_T *meremang bulu roma. 

I pun pernah jadi pemalas tapi dulu masa bujang punya pemalas last2 ada orang lain yang mengalah untuk cuci. hewwheww. Sekarang dah kahwin, terpaksa pikul tanggungjawab menyental tandas kerana suami sibuk kerja dan tak berapa pakar mencuci sebab mata rabun. Selalu toilet kotor pun, "eh yeke kotor ?" . Satu untung jadi orang rabun, tak nampak berapa jelas apa yang terjadi ketika mandi. 

Secara trang tang tang, I lah penyental toilet tapi setelah dua tahun kahwin...I makin pakar. Kalah Mr.muscle tuh. tunggu nak pakai baju ketat spender kat luar macam kat gambar botol mr.muscle tu jeh. 

Sesiapa yang memikul tugas menyental, nah sila guna cara ini..(mari terpaksa hentikan rungutan)

Dua barang je yang anda perlukan. No need to buy produk lain . Dua ni jeeee.
Sabun serbuk basuh baju + 2 penutup cawan Clorox tuh. 

Letak dalam tempat spray macam nih. 


Sebelum tidur malam, spray spray je kat semua celah2 tile dinding. Terutama kat celah2 yang susah nak berus. 


Pssttt psstt spray je.
Pastu esok pagi bangun, tengok semua kulat kemulat dah cair pun. 


Pastu curah je dengan air. Tahuu geli kan nak sental guna tangan..hahahh. so beli lah satu berus jamban yang kasar camnih khas untuk berus celah2 tile . Sambil simbah dengan air sambil berus guna berus jamban Tapi make sure ahh berus jamban ni khas untuk celah2 tile je. bukan yang dah berus tahi dalam jamban pi sental plak kat tempat lain. eheeee.
Geli nak pegang berus guna tangan ? Oh beli berus jamban kasar khas untuk sental dinding and celah celahan camnih. So pegang kat batang dia. hewww


Kat lantai guna penyapu kasar macam biasa ahhh. 

Pastu dah bersih. 10 minit berus je sebab kotoran dah cair pun lepas dah spray2 dengan campurang serbuk basuh baju and clorox . clorox kuantiti sikit je..so tak berbau pun.

Maintain buat tiap minggu atau every 2 weeks. Takdela teruk sgt toilet nak sental nanti. Yang paling masalah, bila toilet dah teruk sangat...time tuh lah masing2 lari pergi guna toilet lain pulak.

Eh eh......

tapi sebab I tak larat nak sental banyak sgt toilet sebab tengah mengandung...


-
-
-
-
-
-
-

-
Dari 3 toilet dalam rumah..hanya 2 saja yang dibenarkan untuk diguna...
Toilet lagi satu dilarang guna ! Sila baca notice. 





      
AIRISH MIRACLE

AIRISH MIRACLE yang diperkenalkan di pasaran sejak Jun lalu adalah produk kecantikan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menggunakan ekstrak Hemma Sakura sebagai ramuan asasnya.

Ramuan berkhasiat besar ini bukan saja unik dan istimewa, malah kedua-dua bahan ini menjadikan kandungan AIRISH MIRACLE cukup berkesan dalam melahirkan kulit wajah yang cantik bersinar.
Batuan Hematit adalah sejenis mineral yang paling efektif bertindak sebagai agen anti-penuaan.

Ekstrak ini berfungsi seperti Retinol yang memberikan hasil paling ketara dan berkesan bagi mengurangkan kedutan di wajah.
Ia juga berfungsi untuk merangsang sintesis kolagen dan sekaligus mengembalikan struktur mekanikal wajah secara semulajadi.
Pati asli Sakura yang diekstrak daripada tumbuhan semulajadi Prunus Yedoensis atau buah ceri Yoshino, bertindak memulihkan seluruh kulit wajah dan masalah kulit kusam serta selamat digunakan pada kulit sensitif.
Dapatkan set anda dan alami keberkesanan AIRISH MIRACLE dengan menghubungi 019-2222 696 atau 012-626 2956 sekarang.

1. Set Airish Miracle Premium (RM299)
Mengandungi: Pencuci (60ml), Penyegar (100ml), Serum (30ml), Pelembap (30ml) dan Pati Hemma Sakura (60ml).
2. Set Airish Miracle Signature (RM80)
Mengandungi: Pencuci (15ml), Penyegar (15ml), Serum (15ml), Pelembap (15ml) dan Pati Hemma Sakura (15ml).
Ikuti kami:
Instagram - @airishmiracle
Facebook - Airish Miracle Official

Web - www.airishofficial.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590