Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Husband & Wife : "Tepi Sikit !"

$
0
0
Hi.

Dalam hidup pernah sekali je I ada peminat fanatik. Sian kan ? Sekali seumur hidup je. Sorang jela peminat fanatik yang betul2 duk menggila kat saya. Peminat yang betul2 minat tahap semua benda nak sibuk lebih2. Adore lebih2 melampau. I bersin pun comel. Cara buka paket gula2 pun semua cantik lawa jelita comel. bahaa. Cara garu pun comel. Bukan senang nak dapat peminat fanatik tahap gaban camnih. 

I conteng2 kertas pun, siap ambil kertas tu simpan. Disangka lukisan I conteng tu abstract kot. heh. Pastu peminat fanatik ni, bila dia minat... dia sungguh2. Study pasal diri kita ni. Dari takde perasaan minat nak membalas cinta, terus rasa terminat tersayang sekali plak kat peminat fanatik tuh. hahaa. Mana nak cari peminat fanatik tahap you sembelit pun dia yang renyah2 pergi beli buah, air yogurt kasi you supaya boleh membuang dengan lembut dan lancar. Pastu telefon banyak kali dah membuang belum T_T

Banyak benda la peminat fanatik ni buat sampai I rasa..oh hes the one lah.

So akhirnya , saya dari tak minat langsung  pun terjatuh cinta kat the only peminat fanatik I ni. Nama dia Isham. bahaa. So far dari awal kenal 2006 sampai kahwin pun masih sama. Adore, kadang2 rasa benda yang takyah nak adore pun dia adore. T_T . Lepas kahwin I terjumpa harta karun I zaman bila ni tak tahu lah bila dia cilok. O_O





ni gambar ni bila dia amik ni ?? Form 5 masa nak ambil SPM  nih.

Ni jam I masa tingkatan 3 ni mana dia dapat. Rasanya 6 tahun lepas I buang dalam beg plastic masa kemas2 handbag . Dia kutip masa bila.

ni pengepit apa ...bag galas rasanya tercabut.

ni tag zaman degree architecture ni..multidip ke apa ....O_O. Dia simpan ??

Ampules serum rambut jenama Eclips yang I selalu sapu kat rambut. O_O pun dia simpan.

pengepit IIUM masa study kat uia.


Macam mana dari tak suka boleh tersuka, dan mula balas cinta. Wahh gitu. Inilah cinta. wahaaaa

tapi

tapi




tapi

--
-
-
-
-
-
-
-
-

--

-
-
-
-
-
-
Orang kata yang lama selalu dilupakan lepas dapat yang baru. Teringat cerita Toy story mainan lama dilupakan bila dapat mainan terbaru. mihhh

Semuanya makin pudar bila ada yang baru. Tetiba cerita indah I dah jadi cerita Toy Story.

I kiri...Adam kanan merangkap 'mainan' baru. T_T


Mula sedar kisah I sebenarnya dah jadi Toy Story...bilaa...

:Isham : Meh tangkap gambar !!!

Me : (tengah dukung Adam) . Okeh cepat !!

Isham : Mira tepi sikit !!! Gambar Adam je.

"tepi sikit ! Gambar Adam je"



 Ni memang cerita Toy Story.  tsskkkk



------------------------------------------------------------------------------------

Posto posto : Pencarian Flight Attendant !

I dulu berangan nak jadi pramugari. FA aka Flight Attendant tapi bukan rezeki. Dikurniakan jenis mabuk kapal terbang ya. So terluput cita2 saya nak jadi FA. So good news untuk korang yang ada cita2 nak jadi stewardess dan tak mabuk kapal terbang..ekkeke....sekarang tengah nak pakai FA. McPALI Trading Sdn. Bhd sedang mencari anda anda anda yang berminat dan sungguh2 untuk jadi Flight Attendant . Sila korang kejar cita2 ni. Saya tak dapat jadi pun takpela asalkan tengok korang berjaya kecapi cita2. behee.



Criteria yang diperlukan..
1) Wajah dan penampilan menarik
2) Boleh berbahasa Inggeris
3) Lulusan minimum SPM
4) Berumur 18 - 35 tahun !

So kalau berminat, boleh terus 

1) Register di website official http://www.mcpali.my/
 atau
2) Call di number 0122294824
atau 
3) follow instagram mereka : mc_pali

All the best. Jangan hantar gambar pakai baju kelawar plak. ekkekek


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590