Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Macam Mana Buat Duit Dengan Blog ?

$
0
0
Hi

Haritu saya pernah mention , dengan blog kita boleh buat duit. Tapi ramai kat luar sana rasa "eh yeke boleh buat duit?" .Dengan hanya menulis rempit2 jewwwwww siapeeeww yang sudi nak bayar tu. Kalau tengok, semua blog nak2 blog personal yang cerita kisah diri sendiri pulak...tapi buat duit dengan blog ? Maciam mana ? Sebenarnya semua orang boleh buat blog. Semua orang boleh cuba dapat side income dengan blog. Ramai je rasa meluat dengan orang yang ada blog ni.Macam hellooo ada ke orang nak bacaaa. 

Sebenarnya dunia blogging ni dah jadi medium pengiklanan. Ala macam iklan dalam tv tu tapi kita online dan yang paling best tulis cara kita ! Ini saya beritahu apa yang saya tahu je okay. Ramai yang ingat kebanyakan income blogger tu dari iklan sidebar ni. Maksudnya, bila orang klik iklan tu..then duit masuk. Sebab tu banyak blogger2 baru duk spam la sana sini paksa orang click iklan dia. Padahal tu bukan utama untuk buat duit pun. So toksah la hampa pasang iklan pastu spam kat orang "hey click link ni" i click link you". Sampai bila2 pun tak jadi apa. Percayalah. T_T

Income utama is dengan menulis. Dah nama pun blogger .Kena la tulis tulis.Takkan nak harap paksa orang click iklan je. Advertisers akan cari2 blogger untuk tulis pasal product.Contoh kalau satu kali tulis, dia bayar RM1000.  Itu contoh. Depends on traffic lah. So far yg saya tahu itu lah yang paling banya buat duit pun....advertisers bayar untuk tulis pasal product. Tapi bayaran depends on traffic blog tu.Kalau makin tinggi traffic maka makin banyak lah bayaran. Ada blogger, sekali tulis dibayar 3-4k. Depends.

Traffic tu is jumlah visitor harian la yang kita nak struggle sikit mula2. Macam mana nak buat kawan dalam dunia blog ni,macam mana nak ada permbaca, macam mana nak blogwalking. Nak tulis pasal apa ? For me ,dalam dunia blogging ni biar la natural je ikut identiti sendiri.Takyah tiru2 and cuba nak copy paste gaya blogger lain sebab tak kemana.Semangat tu akan hilang cepat sebab tiap kali nak tulis kena usaha nak tiru gaya orang. Agak susah.

So far, blog yang saya suka baca gila pun is blog personal.Sebab satu watak tu represent banyak benda.Tips jaga anak, tips masak, tips picit jerawat. bahaa. Seronok tahu kisah orang. Hidup kita lain2 sebab tu seronok kot. Untuk traffic, banyak tips. Boleh google . Saya tak pandai sangat bab2 naikkan traffic ni. 

Tapi saya yakin kita semua boleh ! 

Yang penting, 
1)suka and minat blogging. 
2) Rajin berkawan
3) Tak gelojoh

Pilih la syarikat pengiklanan mana yang korang suka.Ada nuffnang, innity ,etc.Ada banyak syarikat iklan online.. Iklan2 ni la yang pay kita atau korang boleh cari clients sendiri. Bediri sendiri tapi nak kena rajin buat marketing lah macam tu and usaha yakinkan clients dengan traffic korang. 

So kesimpulan, blogger dibayar oleh advertisers sebab blogger ni dah macam medium pengiklanan . Bayaran depends on traffic blog.Jumlah pengunjung harian.Lagi tinggi traffic,lagi tinggi bayaran. Mula2 target traffic 100, 200 pastu 300..sikit2 lama2 cecah 10k visitor sehari.Tulis je. yang penting minat blogging, kiranya kalau xde income pun akan teruskan blogging.haa gitu. Utamanya kena minat. Kalau target utama nak duit...hmmmm susah sikit kot. T_T . Saya sendiri jadi minat blogging pun sebab saya ada tempat untuk berkongsi.Bila buat resipi,boleh share then orang cuba then menjadi and happy ! Seghonok.


Hmmm blogging. Susu dan tidur lebih menggembirakan. T_T


Toodles :)






Viewing all articles
Browse latest Browse all 590