Quantcast
Channel: Namee Roslan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Tahniah Cik Epal and Ami Jofli

$
0
0
Hi

Finally satu lagi blogger kahwin. Kalau ikuti dunia blog ni..sorang sorang kahwin pastu sorang2 ada anak and family sendiri.Tu yang paling best nya dunia blog ni. Semua cerita macam dalam episode. T_T . hewheww. Cik Epal antara blogger senior otai famous fav saya yang saya kenal and pernah jumpa. First meet up masa kat majlis burger bakar abang burn. Banyak sgt blogger yang datang time tu...sampai saya segan. Sebab yang datang semua yang power2 . 

Nampak cik epal dari jauh je duduk dalam group blogger lain. Nak tegur tak berani. bahaaa malu aihhh dengan otai2 famous ni. Pastu  cik epal and pen merah datang tegur. Waa masa tu lagi la segan sebab nampak la cik epal and pen merah ni humble gila and peramah sangat! Semalam Cik Epal kahwin, kebetulan ada wedding jugakpagi tu so lepas kenduri pagi tu terus gerak ke kenduri Cik Epal.

Sampai2 je...cari geng dulu . behee PAstu terpegun jap dengan wedding Cik Epal. Baju , makan , deco semua lah best. hewheww. Sampai2 dengan Isham ,Isham apa lagi cari makanan dulu.Seat takde lagi takpe,makanan kena pilih dulu. beheee. Then kebetulan nampak Kak Yana and Zafirah...dapat lah seat belakang diorang dengan Ujang skali.

Masa sampai tu dah nak dekat pukul 2 pun, waktu pengantin tiba. 
Cantik kan.Ami muka excited kahwin.Cik Epal jelita slim . so happy for them! Cik Epal cantik sangat !!

Lepas tu pengantin bersanding, wuuuu. Tunggu time je nak tangkap gambo dengan pengantin tapi xnak la menyemak plak tetiba pergi kat pelamin.So sambil menuggu tu kita lepak dulu kat belakang kawasan photobooth.  Awal2 lagi dah nampak dua geng ni Syafiqah HAshim XOXO and Fana Chek Saat

entah kenapa nampak gemok nih.ke memang gemok sebab emmmm sebab emmmm sebab pembawakan emmmmmmmmmm.....ahahaa 

photobooth canggih dah zaman skang. kalau photobooth biasa...pakai camera polaroid tu kan..instax instax ke apa nama dia. Pastu gambo tu untuk pengantin je. Untuk tetamu takde tapi photobooth dari PICCABOOTH ni siap boleh print banyak2 bagi kt tetamu skali. wahaa. Menggelupur jap semalam. ahaaaa.

yayy finally dapat jumpa kembar Ieda and IEna. Macam mana dalam gambar macam tu la jumpa depan. Sama je. Si cantik Fatin Suhana dah pernah jumpa dah 2 kali. hehe.Event FCC and burger bakar tak silap. Shafiqah Hashim XOXO pun sama..pernah jumpa dah. Cantik dunia maya cantik juga realiti diorang ni. 

tangkar gambo sat dengan barbie


 Kak yana, Zafirah and ujang. Ujang ni konon abang saya la. Bapak nama sama.ahaa. Dulu dunia blog pernah tertipu jap.eh Ujang tu abang kau keeee.

 Redmummy, kurus gila. Nak tahu rahsia Redmummy kurus macam ni boleh godek blog dia. Rahsia kurus kat situ. hehe .Yana Yassin, me and Kak Anne Pen Merah ! Tanya Kak Anne, motor tak bawak ke. beheee

sempat la sembang dengan kak anne pen merah ni.Cite2 dunia blog sikit. Minta ilmu sikit dengan Yana Yassin n Kak Anne ni. hewhew. 

Lepas dah puas borak makin ramai plak nak balik dah. So apa lagi ajak Yana Yassin seludup ke depan nak tangkap gambar pengantin. Dah kenapa pergi kenduri kahwin tapi camera penuh gambo sendiri selfie dengan kawan2 ja. hahaa. so marilah menyelinap..

Yana Yassin ni pregnant ke tak ke...samo je muko nya haaa. 5 bulan dah. Satu lagi blogger nak ada babyyy. yayyyy

Terus serbu padahal pengantin tengah makan. hewhew




Dapat jugak jumpa Adiela model cantik ni. Seriously lawanya Adiela ni. Dari dulu adore sangat Adiela ni.Kalau nak anak perempuan nak muka macam Adiela ni. hewhewww. Lawa pastu pipi berlubang leseung pipit tuh. heww


Pastu on the way nak balik jalan dengan Yana Yassin and Ceera terjumpa Su Ann and Shahzeeq, manager Nuffnang dulu. Rindu Su Ann sebab dia ceria je selalu. hehe. Nice to see u Su Ann !

Happy tengok sorang2 kahwin . Hopefully dunia blog ni akan terus ber episode macam ni. Dari bujang, bercinta, kahwin, ada anak tambah anak lagi kerenah anak. Journey in life. Selamat pengantin baru untuk Cik Epal and Ami Jofli. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Cepat2 dapat baby...mesti putih melepak macam mama papa dia nanti. Lahir2 je baby nanti terus masuk gym bina badan.behheee. Tahniah again !!

OOTD semalam. #nameemixandmatch
Baju and kain tu sebenornya asing2. Sebab kain peplum tu tak muat. Maklumlah lepas beranak ni badan lain macam sangat. Sana besar sini kecik sini keacik sana besar. ahaa redha dah walaupun sakit hati bila try baju.  

Baju from : Asylla Collection
Kain : Jovian Mandagie
Handbag :Dior vintage mama punya



--------------------------------------------------------------------------------------------
Mega Bazaar 2014

Hanya 50 booth yang tinggal okay ! Cepat gila licin !

Fenomena bazaar terbesar makin hampir
-----------------------------------------------------------
Tinggal tiga minggu saja lagi untuk kita semua memeriahkan sejarah bazaar terbesar di Malaysia, Eh Eh Mega Bazaar 2014 yang menghimpunkan lebih 1000 vendor termasuk lebih 50 selebriti terkenal.
 

  Kenapa kita perlu pergi? Kerana hanya di sini saja sepanjang dua hari kesemua vendor akan memberikan diskaun istimewa selain menawarkan pelbagai pakej jualan dengan hadiah istimewa kepada semua yang datang 'bershopping'. 

  Malah kesemua selebriti terkenal seperti Neelofa, Yana Samsudin, Adi Putra, Adira, Hanez Suraya, Eira Syazira, Ameer (Forteen), Kaka Azraff, Rosyam Nor, Sharol Shiro, Afdlin Shauki dan ramai lagi akan turut sama menemani anda semua untuk membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri di booth mereka. 

  Pihak penganjur sendiri sudah pun mengaturkan pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah kepada mereka yang hadir pada 21 dan 22 Jun depan.  

  Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, hanya tinggal 50 booth saja yang masih kosong untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
  "Kami akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi mereka yang hadir seperti cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah istimewa termasuk barangan elektrik dan pakej percutian, sesi minum petang ekslusif dengan selebriti terkenal dan macam-macam lagi. 

  "Hanya tinggal 50 ruang niaga yang kosong dan ramai-ramai hadir untuk memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini nanti," katanya.  

  Jangan tunggu lagi dan fikir panjang. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131 atau ikuti kami di laman instagram @ehehbazaar. 
  Jumpa anda di sana!

Date : 21 dan 22 Jun
Venue : MAEPS Serdang



Viewing all articles
Browse latest Browse all 590