Hello peeps..
Aku rasa nak menulis. Menulis tentang perhubungan jarak jauh. Ramai yang kata hubungan cinta jarak jauh ni susah nak survive, susah nak kekal, dan harapan tipis untuk dibawa sampai kahwin. Tapi bagi aku hubungan cinta jarak jauh ni bagus sebenarnya dan boleh pergi jauh kalau kita nak. Hubungan cinta jarak jauh boleh berkekalan jika begini...
Routine awal relationship
Sebenarnya routine awal suatu hubungan cinta tu yang penting. Kalau dari awal tempoh perkenalan korang sudah biasa tak dating selalu dan tak luangkan banyak masa bersama, tentu long distance relationship ni tak jadi masalah. Banyak kan contact thru handphone pun sudah memadai dengan call dan sms (biasakan diri dengan guna technology dan social medium). Sebab bila dari awal perkenalan tu korang dah kerap dating dan berjumpa, nanti bila terpaksa berjauhan kau akan rasa kekok sebab tak dapat jumpa, tak dapat manja jumpa depan-depan. Tu yang jadi kucar-kacir kelak dan mula cari orang lain untuk hilangkan sunyi.
Boleh hidup tanpa "dating"
Asal couple je mesti nak kena fikir rigid. Asal couple je mesti dating tiap hari , ye ? Hubungan cinta bukan setakat dating happy happy je. Banyak lagi cara untuk interact dalam percintaan. Kalau tak biasa dating dan berkepit, insyaAllah bila berjauhan kau akan rasa cool je dan tak rasa itu sebagai satu masalah. Tiap kali teringat je, contact thru phone , email , skype.. no problem. Pandangan aku, kalau bercinta tak semestinya kena keluar tiap hari , tiap minggu atau tiap bulan, tiap 6 bulan.
Anggap relationship itu suatu focus dalam hidup
Kenapa bercinta ? Apa focus bercinta ? Bercinta, mesti lah nak bawa kahwin terus dan focus bercinta tu nak work hard untuk beri kebahagiaan pada bakal isteri/suami kelak. Dengan itu, barulah cinta tu berterusan sampai kahwin. Bukan best time bercinta je tapi bila kahwin cinta putus dan kurang. Bila ada focus, peratusan rasa sunyi bila tak dating tu dan peratusan untuk curang akan kurang. Memang pasangan kita tak tahu kita buat apa dibelakang sebab berjauhan so "focus" tu yang tolong kita untuk stay on the path.
Contoh: Seorang lelaki tu bataskan pergaulan dengan gadis-gadis lain untuk elakkan TERberi harapan atau TERjatuh hati pada gadis lain. Sebab focus pada relationship dia walaupun berjauhan.
Kongsi Minat Bersama dan Bualkan.
Contoh, sekarang movie Mirror Mirror sedang ditayangkan. Korang berdua masing-masing pergi watch secara berasingan then nanti call atau video call untuk kongsi pengalaman tengok movie tadi. Watch movie Korea sama-sama secara serentak, baca novel sama secara serentak etc .Selain tu, activity harian korang pun boleh dikongsi dan itu yang buat LDR itu menarik. Apa yang korang masak dan makan, baju color apa yang korang pakai, plan nak buat apa fo the whole day dan lain-lain. Banyak benda yang boleh dibualkan asal dua belah pihak are keen to share.
Bila Berjumpa, Buat Something Yang Special
Jarang-jarang bertemu, bila bertemu buat lah activity yang fun dan lain dari yang biasa. Bukan setakat tengok wayang dan pergi makan je. Buat lah activity yang boleh buat korang fun bersama seperti cycling, playing kites, pergi naik boat ke, picnic, beli novel baru dan target untuk baca bersama dan tuka novel each time korang berjumpa kembali. Boleh buatkan hand-made cards untuk pasangan dan tulis ucapan supaya bila korang tak jumpa dan rindu boleh la baca card ulangkali.
Bila Berjumpa, Buat Something Yang Special
Jarang-jarang bertemu, bila bertemu buat lah activity yang fun dan lain dari yang biasa. Bukan setakat tengok wayang dan pergi makan je. Buat lah activity yang boleh buat korang fun bersama seperti cycling, playing kites, pergi naik boat ke, picnic, beli novel baru dan target untuk baca bersama dan tuka novel each time korang berjumpa kembali. Boleh buatkan hand-made cards untuk pasangan dan tulis ucapan supaya bila korang tak jumpa dan rindu boleh la baca card ulangkali.
Handmade cards :)
Percaya dan Doa
Kepercayaan. Ini kalau relationship jarak dekat pun perlu kepercayaan. Kalau asyik syak wasangka je, hubungan mana nak jalan. Cemburu je memanjang. Doa juga bantu untuk kuatkan hati.
Jenis yang setia
Takde apa nak describe. Kalau dah memang jenis setia, memang akan setia. SETIA . Long distance relationship ? Tiada masalah langsung kalau sifat setia tu memang azali sejak dalam perut mak lagi.
Tak susah sebenarnya. Bergantung pada diri masing-masing. Kalau jenis yang memang suka keluar dan dating dan tak boleh sunyi langsung..memang susah lah. Di atas ni, bukan lah pura-pura semata. We're talking about reality. Takde beza pun relationship dekat mahupun jauh, both sama je. Ia begantung pada hati sebenarnya. For me, tiada istilah sunyi bila hati kau kuat kata kau memang sayang seseorang dan bila hati kau penuh dengan perasaan pada patner kau. FOCUS.
"Every kind of relationship takes hard work and dedication to your loved one or partner, whether it's long distance or proximal."
Happy reading and have a nice day..